BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! CEC DAP DISELUBUNGI KEMEWAHAN DAN PERKAUMAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Oct 2013 05:00 AM PDT


Pemilihan Semula CEC DAP telah diadakan tanpa sebarang insiden di sebuah Hotel 5 Bintang,One World,di Petaling Jaya kelmarin.Walaupun begitu,ia tetap menimbulkan beberapa persoalan di kalangan para pemerhati.Persoalan pertama yang timbul berkenaan pemilihan ini ialah dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk dibazirkan bagi mengadakan mesyuarat dan pemilihan di hotel mewah ??? Persoalan kedua ialah bagaimana sudahnya kedudukan Lim Guan Eng yang kini jatuh ke tangga ke 5 ??? Apakah alasan beliau untuk terus kekal di kerusi Setiausaha Agong sedangkan Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi ??? Persoalan ketiga adalah lebih mengujakan iaitu tentang ketiadaan walau seorang pun wakil Melayu yang mampu meraih undi yang cukup untuk memegang jawatan utama dan kenapakah DAP masih tidak serik menipu dengan menggambarkan Zairil Khir Johari sebagai wakil Melayu ??? 

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Zairil bukan Melayu dan tiada setitik pun darah Melayu dalam diri anak Cina yang menumpang nama bapa tirinya,arwah Tan Sri Khir Johari itu.Kedua-dua ibubapa Zairil adalah Cina.Justeru,inilah diulang bahawa Zairil adalah Cina.Tidak ada sebab beliau diumumkan sebagai wakil Melayu,melainkan DAP mempunyai agenda jahat untuk mengelirukan orang Melayu kononnya DAP tetap memberi tempat kepada Melayu.Sedangkan,hakikatnya,DAP terlalu rasis dan tidak sanggup memilih seorang Melayu sehingga memaksa mereka memilih seorang Cina untuk mewakili Melayu.Lebih menarik lagi apabila Zairil sendiri meluahkan rasa terkejut dengan menyifatkan kemenangannya sebagai 'tidak dijangka'.Tentu sekali Zairil lebih tahu bahawa beliau bukanlah calon pilihan memandangkan beliau mendapat tempat corot dalam pemilihan awal.Bagaimanapun jumlah undi beliau melonjak ke tempat ke 12 dalam satu kiraan semula yang penuh misteri.

Justeru,tidak hairanlah jika Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya.Sebenarnya,saya yakin Zairil telah ditolak pada awalnya kerana para perwakilan DAP menyangkakan yang beliau seorang Melayu.Kini,setelah segalanya terbongkar iaitu bahawa beliau seorang Cina,maka tentu sekali perwakilan DAP tidak punya masalah untuk memilihnya.Jelas di sini,bahawa walau apapun terjadi,perwakilan DAP tetap akan mengundi berdasarkan kaum.Dengan itu,biarpun kemelut pemilihan CEC DAP akhirnya selesai,namun kredibiliti dan imej DAP sudah tidak mampu dipulihkan lagi.Rakyat tidak mungkin akan lupa bahawa Lim Guan Eng tidak pernah mengaku salah memanipulasi undi dan soal 753 perwakilan yang tidak menerima notis sebelum ini masih belum terjawab.Lim Guan Eng juga dikatakan akan terus memegang jawatan Setiausaha Agong walaupun undi beliau jatuh sehingga tangga ke 5 iaitu antara tercorot bagi seorang pemimpin dengan nama yang begitu besar.Zairil seorang Cina pula terus diwar-warkan sebagai wakil Melayu manakala mesyuarat pula diadakan dalam suasana penuh pembaziran.Kesimpulannya,DAP sudah tidak layak untuk bercakap atau menegur BN atau mana-mana parti dalam konteks amanah,ketelusan,keterbukaan dan apa pun jua lagi selepas ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PINDAAN PCA LANGKAH TEPAT BENDUNG JENAYAH BERAT - TUN MAHATHIR !!!

Posted: 01 Oct 2013 01:30 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohammad menyifatkan,pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959,mampu membendung kegiatan jenayah berat dengan lebih berkesan dan efektif.Beliau berkata,pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),Akta Kediaman Terhad (RRA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dilakukan kerajaan pada 2011,menyebabkan lebih banyak jenayah dahsyat berlaku dalam negara,sekali gus mengancam keselamatan rakyat. 

"Jika kita buang ISA,penjenayah akan gunakan kesempatan itu untuk mereka lakukan jenayah yang lebih berat.Kita tiada pilihan lain,melainkan kembali kepada cara lama," katanya ketika ditemui pada program 'Walk-A Mile' di Taman Tasik Titiwangsa,kelmarin.Dr Mahathir mengulas cadangan kerajaan meminda PCA,bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan awam. 

Tahan tanpa tuduhan 

Cadangan pindaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,pada 25 September lalu.Pembentangan peruntukan itu berikutan pemansuhan ISA,RRA dan EO yang membenarkan penahanan tanpa pertuduhan jenayah atau perbicaraan.Sementara itu,seramai 1,500 peserta menyertai acara jalan kaki 'Walk-A Mile' yang dianjurkan Yayasan Jantung Malaysia dan Nestle sempena Hari Jantung Sedunia.Acara jalan kaki sejauh 1.5 kilometer itu diadakan sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kesihatan jantung selain mempromosikan kaedah pencegahan penyakit kardiovaskular dan strok.Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali,Presiden Yayasan Jantung Malaysia,Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Pengarah Urusan Nestle,Alois Hofbaeur.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

CEC DAP !!! ZAIRIL MENANG LAGI ??? APA AGENDA SI ZAIRIL UNTUK MELAYU DALAM DAP ???

Posted: 30 Sep 2013 10:00 PM PDT


Maka berakhirlah sudah episod pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dengan menyaksikan Zairil Khir Johari kali ini terpilih sebagai pemenang di dalam pemilihan tersebut setelah hebat dipertikai sebelum ini.Pada pemilihan yang lalu,Zairil terpilih ke dalam jawatankuasa CEC setelah Guan Eng mengaku "tersilap kira".Dan kali ini,mungkin kemenangan "anak" Tan Sri Khir Johari itu tidak lagi disalah kira.Zairil muncul sebagai satu-satunya wakil "bangsa Melayu" di dalam CEC tersebut.Begitulah yang didakwa ramai pihak,termasuk kepimpinan DAP yang baru.Sebelum ini,DAP dipandang serong oleh ramai pihak yang menganggap parti itu merupakan sebuah parti rasis yang sangat condong pada kepentingan kaum Cina di negara kita. Mereka dikritik hebat atas beberapa tindakan yang jelas membuktikan sikap "berat sebelah"… 

Persoalannya,bolehkah kita bangsa Melayu mengiktiraf Zairil sebagai "wakil bangsa Melayu" di dalam kepimpinan tertinggi DAP ??? Layakkah dia mewakili Melayu di dalam DAP ??? Sejak aktif bersama DAP dan dilantik sebagai pegawai paling kanan untuk "Khalifah" Lim Guan Eng,nama Zairil agak hangat diperbualkan.Maklumlah.Dia merupakan "anak" kepada bekas Menteri BN,Allahyarham Tan Sri Khir Johari.Malangnya,nama Zairil hanya hangat apabila statusnya yang dikatakan berbangsa "Melayu" mencetus spekulasi dari ramai pihak.Misalnya,desas-desus mengatakan bahawa Zairil sebenarnya bukanlah berbangsa Melayu.Benarkah dakwaan itu ??? Khabarnya,Zairil merupakan seorang anak yang lahir ketika ibunya masih lagi belum bergelar isteri kepada Allahyarham Khir Johari.Maksudnya,desas-desus itu mengatakan bahawa dia adalah hasil perkahwinan pertama ibunya yan berbangsa Cina dengan seorang lelaki Cina.Benarkah ??? Jika benar dakwaan tersebut,bolehkah Zairil dikategorikan sebagai "bangsa Melayu" ??

Pada saya,jika benar dakwaan itu maka Zairil bukan berdarah Melayu dan tidak layak untuk diiktiraf sebangsa dengan saya.Meskipun dia dipelihara dan membesar sebagai Melayu,dia tetap bukan Melayu.Saya faham,mungkin di dalam kad pengenalan Zairil tertera menunjukkan dia berbangsa Melayu ekoran ibunya berkahwin dengan Allahyarham Khir Johari.Pun begitu,apakah darah yang mengalir di dalam tubuhnya itu adalah darah Tan Sri Khir Johari ??? Justeru itu,tidak hairanlah jika "anak" Khir Johari itu bermati-matian berjuang bersama DAP.Otaknya "liberal" dan dapat menerima ideologi serta pendekatan parti itu yang jelas bersikap "chauvinis ultra kiasu".Malah parti itu sering mempertikai kepentingan bangsa Melayu dan hak keistimewaan yang diberikan kepada Islam.Bagaimana seorang Muslim yang kononnya berbangsa Melayu sanggup menyokong sebuah parti yang anti-Islam dan anti-Melayu ??? Bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Aziz yang cukup berpengalaman di dalam DAP sendiri menegaskan agenda parti itu yang "memerangi" Islam dan Melayu.Zairil baru setahun jagung di dalam DAP,patutnya dia boleh rujuk terlebih dahulu pada Tunku Aziz sebelum menyertai DAP,bukan ??? 

Nampaknya "anak" Khir Johari itu sudah semakin hanyut dari semangat Melayu Muslim.Biarlah.Sebagai menghormati haknya untuk memilih parti dan mendokong amalan demokrasi di Malaysia,biarlah Zairil bersama DAP.Cuma,jangan marahlah jika ramai di kalangan bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini menganggap dia sebagai pengkhianat agama,bangsa dan Tanah Melayu.Itu pandangan dan "personal impression" kami terhadap Zairil.Harap dia tidak berkecil hati.Apapun,sebagai "wakil tunggal" yang kononnya bagi "bangsa Melayu" di dalam DAP,saya nak sangat tengok apa yang Zairil boleh sumbangkan pada bangsa Melayu melalui jawatan CEC yang dimenanginya itu.Apa agaknya agenda Zairil untuk bangsa Melayu nanti ??? - MYKMU

kenapa saya letak gambar diatas nama si zairil christopher ross lim ??? Bapak kandung darah daging Zairil bukan arwah Tan Sri Khir Johari.Mak Zairil Puan Sri Christine adalah Cina.Dia dapat Zairil dengan bekas suaminya,seorang Cina Singapura.Zairil tidak lahir sebagai bernama Zairil tapi sebagai Christopher Ross Lim Tak payah DAP nak cuba buat cosmetic game nak katakan ada Melayu menang. Jawabnya tak ada Melayu yang menang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! UMNO PERLU WUJUDKAN MAJLIS ULAMA UMNO !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Sep 2013 07:00 PM PDT


UMNO disaran mewujudkan majlis ulama UMNO yang peranannya setaraf dengan sayap parti itu atau menyediakan satu platform khas bagi golongan agamawan untuk membolehkan mereka bersuara dalam membantu perjuangan parti terbesar orang Melayu itu.Pengerusi Badan Bertindak Agama Minda Pondok Kelantan,Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berpendapat,penubuhan majlis itu bagi memastikan perjuangan UMNO dalam menegakkan Islam berada di landasan betul.Beliau berkata,ia juga dapat menangkis segala tuduhan dan tohmahan liar yang dilemparkan parti pembangkang khususnya Pas bahawa UMNO sentiasa meminggirkan golongan agama. 

"Saya cukup yakin dengan penubuhan majlis ulama ini atau satu platform khas untuk golongan agamawan ini akan mewujudkan keseimbangan dan meyakinkan rakyat untuk kembali memilih UMNO serta mengekalkan parti itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia.Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Ilmuwan Malaysia yang menyokong penuh cadangan agar UMNO diberi lebih ruang serta peluang kepada golongan agama bagi bersama-sama parti itu demi masa depan Islam dan Melayu.Penasikat Eksekutif pertubuhan itu,Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata,cadangan itu wajar diperhalusi dan dipertimbangkan kerana dilihat sejajar dengan agenda transformasi parti yang sedang diusahakan Presiden UMNO,Datuk Seri Najib. 

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan agar UMNO memberi ruang kepada golongan agama untuk bersama-sama menerajui parti itu.Mengulas lanjut,Mohd. Syamsul yang menyokong kenyataan Fathul Bari itu berkata,penglibatan lebih serius golongan agama dalam UMNO turut diyakini dapat mengangkat imej parti tersebut dalam kalangan rakyat yang selama ini hanya melihat Pas yang menjuarai isu-isu agama. "Sedangkan UMNO sendiri sudah memperjuangkan agama sebagaimana termaktub dalam perlembagaannya, cuma orang agama dilihat tidak diberi tempat sewajarnya dalam parti," katanya. 

Sementara itu,aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK),Mohd. Zawawi Awang berpendapat,ketika ini golongan agama terutama ustaz-ustaz muda amat kurang diberi tempat dalam parti sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri.Justeru katanya,cadangan supaya golongan agama diberi peranan lebih besar dalam parti UMNO perlu dipertimbangkan kerana ia sebenarnya merupakan proses 'ulang kembali' peranan ulama dalam UMNO yang telah wujud sebelum ini tetapi 'diketepikan' sehingga membawa kepada penubuhan Pas."Saya menyokong golongan agama diberi ruang supaya transformasi UMNO benar-benar menguntungkan orang Melayu dan Islam.Selain itu,untuk meremajakan UMNO,maka parti kena sedia platform khas kepada golongan agama ini tanpa melibatkan pemilihan atau pertandingan," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! DATUK MUKHRIZ PERLU MASA UNTUK MENYINAR !!!

Posted: 30 Sep 2013 05:00 PM PDT


Jika dilihat dari komen-komen di laman sosial,Datuk Mukhriz Mahathir boleh dikatakan antara calon yang paling 'menyinar' dalam pemilihan UMNO ini.Sepertimana rakyat Kedah meletakkan harapan ke atas beliau dalam PRU yang lalu,begitulah juga rakyat Malaysia menaruh harapan terhadapnya dalam pemilihan UMNO ini.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa antara sebab kejayaan BN merampas balik Kedah dari PAS sebelum ini adalah faktor Datuk Mukhriz.Rakyat Kedah terlalu dambakan perubahan dari segi gaya kepimpinan UMNO dan Datuk Mukhriz dilihat sebagai mewakili perubahan itu.Ternyata rakyat Kedah tidak silap.Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar membawa makna yang begitu besar kepada rakyat Kedah di mana permusuhan dan perpecahan antara PAS dan UMNO kian pudar,walaupun masih tidak bersatu.Walaupun begitu,ada yang merasakan bahawa 'sinar' Datuk Mukhriz masih belum cukup terang dan masih perlu masa untuk menyerlah.Kekalahan beliau dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO sebelum ini dilihat sebagai bukti yang beliau masih belum cukup bersedia,kalaupun tidak layak. 

Beliau juga belum pernah memimpin jentera pilihanraya negeri,yakni belum membuktikan apa-apa.Dengan pengalaman yang begitu terhad,beliau dilihat sebagai bukan ancaman sebenar bagi calon-calon lain yang merebut jawatan Naib Presiden UMNO kali ini.Kelemahan Datuk Mukhriz adalah beliau merupakan anak Tun Mahathir yang menghalang anaknya berpolitik selagi beliau belum bersara.Akibatnya,Datuk Mukhriz terpaksa bekerja dua kali ganda bagi menyaingi pemimpin-pemimpin lain walaupun pada hakikatnya beliau bukanlah 'orang muda' lagi.Kelebihan Datuk Mukhriz pula ialah beliau bukan seorang 'pelakon' sepertimana kebanyakan ahli politik lain dan ini pantas dikesan oleh rakyat.Sikap beliau yang rendah diri dan bersahaja menggambarkan kematangan dan kebijaksanaan yang diwarisi dari bapanya.Beliau cukup kerap mendampingi rakyat dengan masuk ke kampung-kampung hatta bermalam dengan mereka walaupun pada ketika beliau tidak bertanding untuk apa-apa jawatan.Beliau juga telah membuktikan bahawa beliau bukan berbuat semua itu untuk publisiti kerana beliau jarang sekali melibatkan pihak media,rombongan pengiring atau apa-apa protokol dalam tugasnya. 

Malangnya,kelebihan ini mungkin merupakan 'kelemahan' dalam konteks pemilihan UMNO.Selain itu,Datuk Mukhriz juga diketahui cukup kuat berusaha serta melontarkan idea-idea bernas bagi meningkatkan ekonomi bumiputera melalui apa saja platform yang mampu dimilikinya.Sekali lagi,semuanya dikatakan dibuat tanpa publisiti.Atas dasar ini,saya dapati bahawa kasih sayang rakyat terhadap beliau adalah tulen dan bukan dibuat-buat.Malah rakyat percaya beliau juga benar-benar ikhlas prihatin terhadap mereka.UMNO hari ini sering melaungkan perubahan atau transformasi.Malangnya,tafsiran perubahan dan transformasi itu adakalanya tidak sama.Ada yang ingin membawa perubahan dari segi keterbukaan terutamanya dalam memperkatakan soal bumiputera dan agama Islam.Ada yang ingin membawa perubahan dari segi memperkasakan kaum minoriti sehingga sama kedudukan dengan majoriti.Seringkali rakyat keliru dengan perubahan yang dilaungkan. 

Namun,perubahan yang ingin dibawa oleh Datuk Mukhriz adalah jelas iaitu mengenai sikap dan pemikiran ahli-ahli dan pemimpin UMNO sendiri.Inilah yang sangat-sangat didambakan oleh akar umbi dan rakyat keseluruhan yang menyokong UMNO selama ini.Walaubagaimanapun,di dalam politik hari ini,kasih sayang dan harapan rakyat bukanlah penentu kalah menang seseorang ahli politik.Suka atau tidak,Datuk Mukhriz tetap merupakan calon yang ketinggalan dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.Datuk Mukhriz bagaimanapun,berpeluang menafikan kenyataan ini jika beliau berjaya memimpin Pilihanraya Kecil Sungai Limau yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Apapun,sebagai pemerhati dan juga rakyat biasa yang tinggal di luar negara,saya hanya mampu mendoakan agar kemenangan berada di pihak yang benar dan berhak dalam PRK Sg. Limau mahupun dalam Pemilihan Agong UMNO nanti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...