UMNO Online - “UMNO Terbuka Bekerjasama Dengan Pas – Muhyiddin” plus 9 more

UMNO Online - “UMNO Terbuka Bekerjasama Dengan Pas – Muhyiddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

UMNO Terbuka Bekerjasama Dengan Pas – Muhyiddin

Posted: 17 Sep 2013 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam, UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan Pas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu sebenarnya telah disarankan banyak pemimpin Islam.

hadi-awang-muhyiddin-yassin-umno-pas-bersatu-ummah-jemaah-islam-muslim-malaysia

“Ini sesuatu yang perlu kita teliti (kerana), banyak gesaan dari kalangan pemimpin politik Islam yang mahu melihat kenapa tidak UMNO dan Pas bekerjasama untuk manfaat umat Islam.

“Bagi UMNO, tiada masalah di pihak kami terhadap saranan Pas dan UMNO bekerjasama demi kebaikan umat Islam ini,” katanya semasa menjawab soalan yang dibangkitkan pelajar mengenai perpaduan umat Islam dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dekat sini.

Beliau juga mengakui betapa pentingnya bagi sesebuah negara Islam untuk bersatu kerana mereka masih berdepan dengan banyak cabaran.

Muhyiddin berkata persefahaman antara kedua-dua parti dari segi dasarnya boleh menyatukan orang Melayu dan umat Islam ke tahap yang kebanyakan orang ingin saksikan.

“Untuk bekerjasama sebagai satu pasukan, kita perlu memahami satu sama lain, banyak benda yang perlu dilakukan, tetapi jika berjaya, banyak lagi yang boleh dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata banyak yang telah dilakukan untuk orang Melayu atau umat Islam dan berkembang maju, tetapi beliau bersetuju, ia masih belum mencapai tahap sebenar yang diinginkan kerajaan.

“Sebab itu kenapa kita bercakap mengenai kestabilan politik untuk maju lagi. Perasaan tidak selamat, (dan) ketidakstabilan tidak baik untuk negara, dan kita perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah kita,” katanya.

UMNO Is Open To Work With Pas, Says Muhyiddin

Posted: 17 Sep 2013 04:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 17  - UMNO is open to work with Pas for the benefit of the Malays and Muslims, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today.

Muhyiddin, who is also UMNO deputy president, said the cooperation between two parties actually had been called for by many Muslim leaders.

“This is something that we need to look at, there is a lot of call by Muslim political leaders who want to see UMNO and Pas work together for the benefit of the Ummah.

“Pas and UMNO can work together for the sake of the Muslims, as far as Umno is concerned, we have no problem with that,” he said when replying to students on Muslim unity at a dialogue session, at the International Islamic University (UIAM), Gombak, near here.

He also noted how important it was for the country’s Muslims to be united as they still faced many challenges.

Muhyiddin added that an understanding between the two parties in terms of policies can bring the Malays and Muslims up to the level that people wanted to see.

“To work together as a team, we must understand each other, a lot of things need to be done, but once it succeeds, a lot more can be done,” he said.

Muhyiddin said a lot had been done for the Malays or Muslims, and they had progressed but conceded that the progress was still not up to the level that the government aspired for.

“That is why we spoke about political stability to progress further. Insecurity, instability is not good for the country, and we need to cooperate to overcome our problems,” he said.

Najib Lakar Program Melayu Kuasai Ekonomi Negara

Posted: 17 Sep 2013 03:30 AM PDT

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program untuk memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya Umum ke 13.

Malah 34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.

najib-ucapan-majlis-pemerkasaan-ekonomi-bumiputera-agenda-nasional-melayu-malaysia-dewan-uitm-shah-alam

Untuk mencapai hasrat murni ini, Datuk Seri Najib menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Lima teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa dan cabaran yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.

Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.

Apatah lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan, menyukarkan lagi golongan Melayu untuk bertapak kukuh menyaingi mereka.

Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' – dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan.

Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Antara 34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta.

Langkah ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang baru bertatih dalam perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan kecil-kecilan sedia ada.

Lebih penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada usahawan daripada golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta kemampuan untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Ini seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil dan sederhana yang kukuh di masa depan.

Rancangan untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10 bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan penabungan Bumiputera dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.

Antara langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan kampus UiTM dengan sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada 250,000 menjelang 2020.

Pendidikan pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam menjayakan agenda Bumiputera.

Dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai jurusan pengajian, ini akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua lapangan pasaran pekerjaan dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum bukan Melayu.

Keputusan bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mempunyai sasaran membantu Bumiputera adalah amat diperlukan.

Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.

Dengan adanya pemikiran strategik yang baru ini, prestasi semua GLC dalam konteks meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu dipantau dengan lebih rapi dan ketat.

Satu lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Penubuhan UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati perasaan orang Melayu apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa tahun lalu.

Kini disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada pengembelengan usaha bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan usahawan Bumiputera tercapai.

Tidak ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera dianaktirikan kerana UPB akan memainkan peranan penting supaya mereka mendapat bersaing dengan lebih berdaya maju.

Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020.

Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.

isuhot.com

Renovation Resolves SK Seri Pristana Canteen Issue – Idris

Posted: 17 Sep 2013 03:27 AM PDT

SUNGAI BULOH, Sept 17  – Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh today closed the issue of Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana’s use of a changing room as dining area following the renovation of its canteen.

“Let’s close this case on a forgive and forget note. And revert to a united atmosphere and instill a caring attitude in this school,” he said after visiting the school in Sungai Buloh here today.

SK Seri Pristana was embroiled in an uproar after pictures of non-Muslim students eating in a changing room were spread on the internet in July during the Ramadan month.

Idris spent about two hours inspecting the newly renovated canteen which was expanded in August to accommodate the school’s population.

Also present were headmaster Mohamad Nasir Mohd Noor, Parent Teacher Association vice-president Nor Azman Katib and Kuala Selangor District Education deputy officer Shashim Shah Harun.

Idris advised outsiders to refrain from stirring up the issue again saying the school’s management and teachers had experienced enough stress in handling the matter.

On a separate development, he said the Education Ministry will resolve the issue of teachers wishing to transfer from Sabah and Sarawak back to Peninsular Malaysia by training more locals over there.

“We will look into recruiting more teacher trainees from Sabah and Sarawak next year. This will help deal with the many requests of transfers back to Peninsular Malaysia,” he said.

Jakim To Set Up Fatwa Fellow Unit To Answer Issues On Islam Via New Media

Posted: 17 Sep 2013 03:22 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 17 – The Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) will set up a Fatwa Fellow Unit comprising ‘ulama’ (scholars) to respond to current issues on Islam via the new media.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the fellow members to be appointed by Jakim and the National Fatwa Council will also comprise experts in information technology and the new media.

“The new media platform to be used by the Fatwa Fellow Unit are the Jakim official website, Facebook, Twitter and blogs and other medium,” he told a press conference after attending the 2nd convocation of Islamic Training Institute Malaysia (ILIM) in Bangi, near here today.

The convocation involved 146 graduates who completed diploma and certificate courses in various branches of Islamic studies.

The Fatwa Fellow Unit which has received approval from the Public Service Department (PSD) will provide fast answers to questions about current issues on Islam.

Jamil Khir said the inception date of the Fatwa Fellow Unit which involves the creation of new posts has not been set.

Asked about the refusal of Mohd Damanhuri Mohd Fuat to bury his son, Sherul Aizam who died in July, the minister advised him to immediately do it in line with Islamic teachings.

“I understand that Sherul’s family want answers from authorities on the incident but it is their responsibility to bury the remains immediately.”

In the July 20 incident, Sherul,27, allegedly tried to break into a neighbour’s house but failed and was found dead, stuck between the iron bars of a kitchen window of the house in Taman Saz, Ipoh, Perak at midnight.

Dissatisfied with his son’s death, Mohd Damanhuri lodged a police report on July 27 at Manjoi police station, Ipoh and demanded for another autopsy to be done.

Dakwa Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Rasis Adalah Minoriti Tak Faham Realiti

Posted: 17 Sep 2013 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, dakwaan yang mengatakan Pelan Pemerkasaan Bumiputera rasis dan hanya memberikan keuntungan kepada Melayu dan Bumiputera saja, berlaku akibat ketidakfahaman mereka tentang realiti hakikat pembahagian ekonomi di negara ini.

Menurut beliau, dakwaan dan tuduhan yang mengatakan bahawa Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini sebagai rasis sebenarnya hanyalah pandangan minoriti dan tidak pun mewakili pandangan majoriti rakyat di negara ini.

"Dalam hal ini, kita perlu melihat kepada realiti sebenar pencapaian ekonomi Melayu dan Bumiputera di negara ini. Pada pendapat saya, sepatutnya penguasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera perlulah ke tahap 50 peratus dan bukanlah hanya 30 peratus saja.

n-surendran-peguam-naib-presiden-pkr-anwar-rasis-biadap-perkauman-anti-melayu-islam

"Tetapi realitinya hari ini, usaha untuk mencapai 30 peratus pemilikan ekonomi Melayu Bumiputera dalam program Dasar Ekonomi Baru (DEB) pun masih mencapai matlamatnya. Jadi berdasarkan perkara itu, realitinya memang bumiputera agak tercicir dalam bidang ekonomi berbanding dengan kaum lain," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, tanpa menyedari realiti ini maka akan timbul persepsi di mana pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu hanya bersifat  mementingkan dan memberi keuntungan kepada Melayu dan Bumiputera sahaja serta mengenepikan hak non bumi di negara ini.

"Pelan pemerkasaan ini sebenarnya  adalah usaha kerajaan untuk menyeimbangkan ekonomi antara kaum di dalam negara ini. Pelan ini sebenarnya adalah pelan pemerkasaan negara dan bukannya hanya tertumpu kepada bumiputera saja.

"Sudah tentu ekonomi Melayu dan bumiputera mesti diperkasakan kerana mereka merupakan bangsa majoriti di negara ini yang mana jumlahnya 68 peratus berbanding dengan kaum-kaum lain. Sekiranya ekonomi Melayu dan Bumiputera diperkasakan, maka labanya juga akan melimpah kepada non bumi di negara ini untuk bersama-sama menikmatinya." katanya.

Jelasnya, sekiranya golongan majoriti ini tidak diperkasakan ekonomi mereka, maka akan wujud ketidakseimbangan dalam ekonomi negara yang boleh menyebabkan kestabilan negara tergugat.

"Sebab itu, pelan ini amat penting untuk memberikan kesimbangan di dalam ekonomi yang seterusnya mewujudkan kesimbangan negara. Malah ia  juga akan turut memberikan nikmat kepada non bumi untuk berkongsi hasil dari kekuatan ekonomi Melayu dan bumiputera itu kerana sistem ekonomi kita saling berkait,"ujarnya.

Justeru itu,  dakwaan yang mengatakan bahawa pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu rasis dan hanya mengutamakan bangsa Melayu dan Bumiputera adalah datangnya daripada individu atau kelompok yang tidak  memahami hakikat realiti sebenar perjalanan ekonomi di negara ini.

"Di Malaysia, kita mengamalkan sistem pengagihan baik dari sudut kuasa atau pun ekonomi. Jika kita lihat dari struktur pentadbiran negara, kuasa diagih-agihkan kepada kaum lain walaupun pada hakikatnya kaum Melayu dan Bumiputera merupakan majoriti dominan di negara ini.

"Begitu juga dengan ekonomi di mana hari ini penguasaan non bumi telah melebihi 40 peratus dari kek ekonomi negara berbanding dengan pencapaian Melayu dan bumiputera di negara ini.

"Jadi tidak timbul isu tentang rasis atau meminggirkan hak non bumi kerana pelan pemerkasaan ekonomi bumiputera ini adalah pelan pemerkasaan ekonomi negara, di mana setiap rakyat di negara ini tanpa mengira kaum akan merasa hasilnya sekiranya pelan ini berjaya dilaksanakan,"jelasnya. -MediaUMNO

Penyerahan Borang Pendaftaran Calon Peringkat Jawatankuasa Bahagian Dan Sayap

Posted: 17 Sep 2013 02:15 AM PDT

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

KUALA LUMPUR, 17 Sept. – Ibu Pejabat UMNO memutuskan bahawa semua borang-borang Pendaftaran Calon Peringkat Jawatankuasa Bahagian serta Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Bahagian boleh juga dihantar ke Pejabat UMNO Bahagian masing-masing selain daripada Pejabat Perhubungan UMNO Negeri pada 21 September 2013 (Sabtu).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan bahawa setiap Borang Pendaftaran Calon yang dihantar di Pejabat Bahagian hendaklah diberikan Pengesahan Penerimaan Borang Pendaftaran Calon oleh Pejabat UMNO Bahagian masing-masing.

"Pihak UMNO Bahagian dikehendaki menyerahkan borang-borang pencalonan tersebut ke Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing pada hari yang sama." – MediaUMNO

Pas Perlu Teliti Secara Mendalam Resolusi Kaji Hubungan Dengan PKR, DAP

Posted: 17 Sep 2013 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 17  Sept – Resolusi yang dicapai pada Multaqa Ulama Se-Malaysia yang antara lain mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula menunjukkan kekhuatiran mereka terhadap kedudukan parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu Pendakwah Bebas, Ustaz Toharudin Yaakob mencadangkang agar kepimpinan Pas melihat serta meneliti cadangan tersebut demi kelangsungan perjuangan Pas dalam arena politik negara.

hadi_anwar_kit

Katanya pandangan yang dilontarkan itu adalah dari kalangan ulama dan sewajarnya perlu diambil kira dengan serius oleh kepimpinan Pas.

"Kena ambil kiralah pandangan berkenaan… Janganlah pula keluar bermacam-macam kenyataan dalam usaha mengalih tumpuan terhadap apa yang dilontarkan itu. Saya kira lontaran itu adalah ikhlas.

"Ini kerana umum dapat melihat dan malah saya merasakan kalangan ulama di dalam Pas sendiri merasakan kerugian yang dialami setelah parti itu bertahaluf siyasi dengan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang. Mungkin dari sudut peranan Pas itu sendiri atau yang lain," katanya.

Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar, Kedah mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.

Beliau seterusnya menambah tidak pelik jika lontaran daripada resolusi tersebut mendapat pelbagai pendapat di kalangan kepimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana katanya masing-masing ada yang akan mengambil 'jalan selamat' memandangkan muktamar agung parti itu yang akan datang.

"Bagi saya tidak peliklah perkara tersebut kerana Muktamar mereka pun dah dekat. Mungkin jalan terbaik adalah mengambil jalan selamat demi kepentingan politik masing-masing," katanya.

Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpendapat resolusi Multaqa Ulama Pas yang berlangsung di Kedah Sabtu lalu disifatkan sebagai luahan perasaan daripada sayap parti untuk memelihara Pas atas dasar Islam. -MediaUMNO

Pembangkang Diingatkan Jaga Barang Dalam Kain Sendiri Dulu – Zahid

Posted: 17 Sep 2013 12:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Sept –Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepada pemimpin pembangkang supaya tidak sibuk untuk mengambil tahu masalah orang lain sedangkan mereka sendiri mempunyai pelbagai masalah dalaman.

zahid-hamidi-menteri-umno-bn-malaysia

Menurutnya, jika pembangkang merasa parti mereka bersih daripada sebarang masalah, sudah pasti DAP tidak perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Pusat bagi mengelakkan parti itu dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Mengapa kita perlu melayan pembangkang ini, mereka tidak ada hak, mereka jagalah parti masing-masing, kelemahan lebih bnayak dalam parti pembangkang, yang pilih anak beranak pasal apa, yang pilih adik beradik pasal apa, apakah mereka lebih baik daripada kita?

"Kenapa DAP perlu diadakan pemilihan parti semula, kenapa parti lain ada permasalahan dalam menentukan kepimpinan parti, jaga barang dalam kain sendiri dulu sebelum jaga dalam kain sendiri,' katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap segelintir pemimpin pembangkang yang mengkritik dan  mempertikaikan pemilihan UMNO kali ini yang disifatkan mempunyai pelbagai  masalah walaupun pemilihan kali ini lebih terbuka berbanding sebelum ini.

Ahmad Zahid mengingatkan kepada ahli UMNO supaya tidak terpengaruh dengan apa yang cuba dilakukan pembangkang itu kerana sudah menjadi sifat semulajadinya yang sememangnya sengaja untuk mencari silap bagi menutup kelemahan dan kegagalan mereka.

"Jangan ikut cakap dia orang, ini masalah dalam keluarga UMNO, jangan dengar pendapat orang lain, bukan kita tidak mahu terbuka , ini masalah rumah tangga kita, biar orang dalam rumah tangga itu serndiri yang selesaikan," katanya.

Menurutnya, pemilihan UMNO kali ini adalah berbeza kerana buat pertama kalinya kira-kira 150,000 ahli UMNO di seluruh negara berpeluang untuk memnetukan siapakan pemimpin yang mereka ingin untuk menerajui UMNO di peringkat pusat berbanding dengan apa yang pernah dilaksanakan sebelum ini. -MediaUMNO

 

NGOs Told To Assist Govt To Address Serious Crime, Gangsterism Among Youths

Posted: 17 Sep 2013 12:03 AM PDT

PUTRAJAYA, Sept 17 – Non-governmental organisations (NGOs) are today told to play their role in helping the government to address serious crime and gangsterism among youths in the country.

Deputy Youth and Sports Minister Datuk M.Saravanan said the government had introduced various programmes for youths, but the support from NGOs was necessary to ensure their effectiveness.

He also hit out a NGOs which issued statements and blamed other parties when there were cases  of youths involved in crime.

“Do not form NGOs only to get allocation from the government, but not doing anything to help youths,” he told reporters here today.

In another development, he said a national youth forum would be held on Sept 28 at the Putra World Trade Centre to discuss ways of addressing serious crimes and gangsterism among youths.

He said some 200 people were expected to attend the forum, comprising youths, community leaders, representatives from Parents-Teachers Associations and Residents Associations.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...