BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! ULAMA PAS AKAN DIPINGGIRKAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Sep 2013 08:30 AM PDT


Amat menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas.Dan tidak melampau jika dikata,itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan. Manakala Datuk Harun Taib pula yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP,terutama Karpal Singh.Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya,bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. 

Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas,Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun.Bukan sekali,bukan dua.Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP.Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar,Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula.Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi.Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya,Abdul Hadi ke penjuru dilema! Soalnya,apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah? Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta.Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam.Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji.Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja,namun tertanya-tanya juga oleh kita,apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama? Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini? Pada penghujung 1980-an,seorang pemimpin Pas Kedah,Abdul Wahab Abdul Rahman,pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama.Namun itu dulu.Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi? Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah,Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar. 

Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan.Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas.Lebih daripada itu,apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri. Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini? Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? Jika demikian,apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya? Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP.Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata,Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu. Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR,sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! TONY PUA MENGHINA KAUM MELAYU DAN MEMBAWA SEMANGAT 13 MEI !!! APA CERITA NI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Sep 2013 05:00 AM PDT


cuba anda baca statement tony pua diatas.anda faham tak ??? mungkin pembaca Badut Rakyat yang memahami bahasa cina sahaja akan faham.meh saya terangkan satu persatu.Apa maksud Tony Pua menyeru 'sertai saya berjuang dan mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan' ??? (Join me to fight & change Malaysia for Chinese to Rule The Government).Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya dengan begitu jelas sekali.Apakah ini bermakna DAP telah mengambil keputusan untuk tidak berselindung lagi ??? Mungkinkah DAP kini telah bersedia menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis ??? Tidak mustahil DAP sudah 'letih' berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum.Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila manipulasi pemilihan CEC terbongkar.Hakikat bahawa DAP adalah parti 'dari kaum Cina,untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina' sudah tidak boleh dinafikan lagi.

Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang sama ada pura-pura tidak faham atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya,yang masih menafikan hakikat ini.Apa yang diseru Tony Pua membuktikan bahawa semangat puak radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei masih segar di dalam dirinya dan juga DAP.Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah komunis yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.Matlamat mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis.Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.Ini juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia korup atau tidak telus.Tetapi,DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu.Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO,maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.saya menghargai sikap terus terang Tony Pua.Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang atas matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit. 

Cara ini adalah lebih 'gentleman' dan perlu dipuji.Malah,saya wajar berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat kini dapat membuat pilihan dengan lebih mudah.Sesiapa yang suka diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka,tidaklah akan terpedaya dengan slogan 'parti untuk semua kaum' seperti yang dilaungkan sebelum ini.Berdasarkan bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka,wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP.Tentu ada sebab kenapa mereka inginkan penjenayah dibebaskan melalui penghapusan Akta Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka turut mendesak yang sama ke atas Akta Hasutan.Ada sebab mereka terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab mereka membikin filem The New Village yang menjulang komunis sebagai wira.Jangan kita terlepas pandang akan pengajaran dari sejarah kerana mereka yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum mengharunginya berkali-kali.Bukan saya ingin menuduh DAP sedang merancang anarki tetapi tidak salah kita mengambil sikap 'paranoid' terhadap DAP kerana mencegah adalah lebih baik dari tengadah.bukti di atas sudah jelas tembelang tony pua sudah pecah.sekiranya DAP akan perintah malaysia nanti semua ini akan terjadi.anda kurang percaya ??? masihkah anda ingat lagi pada 1 majlis di pulau pinang di mana semua paderi berkumpul dan mereka melafazkan sumpah bahawa Malaysia akan dijadikan negara krisitian.maknanya kristian agama rasmi.masihkah anda ingat semua itu ??? itu bukan pembohongan.itu adalah benar.saksi pun dah ada melihat kejadian itu,ancaman bunuh pun telah berlaku pada saksi itu.kepada rakyat yang menyokong pembangkang,bertaubatlah.kembalillah ke jalan benar

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! UCAPAN DAN NASIHAT TUN MAHATHIR KEPADA ORANG UMNO DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Sep 2013 01:30 AM PDT



Saya berasa serba salah.Saya setia kepada UMNO.Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu,mempertahan dan memajukan mereka.Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua dan ia akan maut kerana sudah tua.Ini naluri manusia.Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat.Anak kita,cucu kita,cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut.Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda.Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu,kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi.Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO,ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti.Jika saya ingin tolong anak saya,sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri.Tetapi saya tidak berbuat demikian. 

pada hakikatnya,UMNO sekarang memerlukan pembaikan dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan,jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu.Saya tidak penting.UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya,atau anak saya.Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut.Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu.Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan.Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat,terutama di peringkat pusat,di dalam Majlis Tertinggi.Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO.Mereka muda-muda belaka.Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan.Mereka memiliki kecergasan minda orang muda,bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.Dan UMNO pun bertenaga,aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu.Dan mereka pun berjaya,berjaya menewaskan Malayan Union British,memerdekakan negara dan bangsa,mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan,mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil,bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa,yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. 

Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa,agama dan tanah air tidak dapat dinilai.Orang muda,pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa.Negara terhutang budi kepada mereka.Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka.Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua.Masa mereka sudah terlanjut.Sumbangan mereka semakin merosot.Ya,menjadi pemimpin memang sedap.Segala kemudahan dapat dinikmati.Ramai yang membongkok di sekeliling pemimpin,yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin.Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini.Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki.Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki.Kenapakah pemimpin perlu undur,tarik diri.Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka.Lambat laun orang akan berasa bosan,bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja.Tanpa mengambil kira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain.Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. 

Kuasa mereka akan disalahgunakan.Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu.Negara akan hancur.Maruah bangsa akan luput.Malangnya,ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.Tak banyak.RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO.Mereka bukan menjual undi.Sebenarnya mereka menjual bangsa,menjual maruah diri mereka.Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.Kata pepatah Inggeris "Money is the root of all evil" (Duit adalah punca segala kejahatan).Duit boleh beli segala-galanya membeli bangsa,membeli maruah,membeli masa depan,membeli agama pun.Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah,mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun.Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil.Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu.

Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan kerajaan (NGO).Jika mereka mempunyai banyak pilihan,UMNO sudah kalah Pilihan Raya Umum Ke-13.Tetapi janganlah ahli UMNO,pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka,kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang.Kalau UMNO dipimpin perasuah,parti lawan akan ternampak lebih baik.Justeru kembalilah kepada perjuangan UMNO.Ketepikan kepentingan diri.Berilah tempat kepada yang muda.Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa,agama dan tanah air dapat diteruskan.Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai.Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka. 


PSSTT-- apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir adalah benar.saya teringat sesuatu.semua benda ni terjadi ketika Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.anda faham kan maksud saya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAKYAT PULAU PINANG KENA KENCING DENGAN LIM GUAN ENG !!! NAK SANGAT UBAH INI PADAH NYA !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 16 Sep 2013 10:00 PM PDT


tu diaaa.nak sangat UBAH rakyat,tapi parti DAP sendiri kencing rakyat di pulau pinang.video di bawah akan memaparkan segalanya.malas nak ulas panjang-panjang.lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KAUM CINA TOLAK DONG ZONG KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 16 Sep 2013 08:15 PM PDT


Pertubuhan pelampau Cina yang bersembunyi di sebalik nama 'pendidikan',iaitu Dong Zong,terus berusaha memperjuangkan agenda perkauman dengan menolak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.Alasan mereka ialah PPPM 2013-2025 bertujuan untuk menghapuskan sekolah vernakular dan mendiskriminasi bahasa ibunda mereka dengan menambah masa untuk pembelajaran Bahasa Malaysia yakni,Bahasa Kebangsaan.Sememangnya inilah yang sepatutnya iaitu penghapusan sekolah vernakular. Namun, ironinya, PPPM 2013-2025 tidak langsung meletakkan penghapusan sekolah vernakular sebagai salah satu pendekatannya.Oleh itu,'amukan' Dong Zong sebenarnya adalah reaksi yang keterlaluan. Melayan karenah pelampau pastinya membuang masa kerana perkataan 'pelampau' atau ektremis itu dengan sendirinya menjelaskan yang mereka tidak mampu berfikir secara rasional. Justeru, keputusan kerajaan untuk mengabaikan sahaja desakan Dong Zong serta meneruskan PPPM 2013-2025 adalah keputusan yang tepat.

Malaysia tidak punya banyak masa untuk memulihkan masalah polarisasi kaum yang semakin meruncing. Manakala,kewujudan Dong Zong merupakan antara punca utama kepada masalah ini.Perjuangan Dong Zong yang meletakkan kehendak kaum Cina mengatasi kepentingan negara menjadikan menjadikan negara ini semakin hari semakin rapuh.Keengganan kaum Cina untuk mengasimilasi dengan kaum asal serta menghayati aspirasi dan sejarah negara, adalah tumor yang semakin membesar yang hampir tidak dapat diubati lagi.Seperti yang saya katakan tadi,tiada penerangan,penjelasan mahupun pembentangan fakta dan bukti yang mampu membuatkan Dong Zong memahami keperluan untuk bertolak ansur,bersatu padu dan melakukan sedikit sebanyak pengorbanan demi negara.Ini kerana Dong Zong tidak pernah menerima negara ini sebagai negara mereka tetapi masih terkenang-kenangkan Tanah Besar Cina.Namun,kurang ajarnya Dong Zong ini ialah mereka tetap ingin mengaut,mengikis dan merampas sumber kekayaan negara ini atas nama 'warganegara'.Atas nama perkauman,keangkuhan dan keengganan menerima Malaysia seadanya,Dong Zong merancang untuk menyaman kerajaan kerana PPPM 2013-2025.Untuk itu,mereka sedang berusaha untuk mengumpul 1 juta tandatangan bagi mendesak kerajaan membatalkan PPPM 2013-2025.Bagaimanapun,akhbar China Press melaporkan bahawa kempen tandatangan yang dilancarkan Dong Zong nampaknya tidak mendapat sambutan. 

Timbalan Presiden Dong Zong,Chow Siew Hong memberi alasan bahawa ia memerlukan sedikit masa dan percaya mereka akan berjaya memperolehi sejumlah 1 juta tandatangan tidak lama lagi.saya percaya semakin ramai orang-orang Cina mula memahami bahawa kedegilan mereka untuk berpaut kepada Tanah Besar Cina adalah tidak wajar.Kelemahan kaum Cina berbahasa kebangsaan akhir-akhir ini membuatkan segala hujah mereka untuk mempersoalkan Hak Istimewa Melayu dapat dipatahkan dengan mudah.Mana mungkin orang-orang Melayu mampu menerima kaum Cina sebagai setaraf dengan bumiputera jika Bahasa Kebangsaan juga lintang pukang? Bagaimana orang-orang Cina boleh dianggap sebagai warganegara yang setia jika siang malam mendabik dada menjulang sejarah, budaya dan bahasa Tanah Besar Cina ???Justeru,segala perjuangan Dong Zong untuk meletakkan kelas yang tersendiri dan berasingan bagi kaum Cina di dalam negara ini tidak menguntungkan sesiapa, termasuk kaum Cina sendiri.Bahasa Cina bukan bahasa rasmi dan juga bukan bahasa antarabangsa.

Pendek kata,ia hanya untuk memuaskan hati kaum Cina dan digunakan sebagai alat mendiskriminasi kaum lain di sektor swasta.Orang-orang Cina hidup dengan mengira untung rugi.Melihat perjuangan Dong Zong tidak membawa keuntungan,lebih-lebih lagi apabila menyedari yang kerajaan juga enggan memberi muka lagi, maka Dong Zong pun dipinggirkan perlahan-lahan.Pastinya,ini bukan bermakna kaum Cina bersedia untuk melonggarkan sedikit sikap perkauman mereka dan menerima Malaysia sebagai negara sendiri dengan sepenuh jiwa raga.Tentulah tidak sama sekali.Kaum Cina hanya berundur setapak dengan memencilkan Dong Zong kerana ia sudah tidak relevan lagi.Percayalah,agenda perkauman mereka sudah pasti diteruskan dengan berbagai cara lain melainkan jika PPPM 2013-2025 dapat dilaksanakan dengan jayanya iaitu dapat membentuk masyarakat Cina baru yang mampu menghayati erti sebenar menjadi warganegara Malaysia.

APA AKATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...