UMNO Online - “Perbetulkan Rumah Tangga Sendiri Sebelum Campuri Urusan Orang lain – Megat Firdouz” plus 9 more |
- Perbetulkan Rumah Tangga Sendiri Sebelum Campuri Urusan Orang lain – Megat Firdouz
- Ugutan Bunuh Tak Mampu Tutup Isu Kepincangan Pemilihan DAP
- Media Perlu Main Peranan Untuk Pengukuhan Negara Bangsa – Najib
- 1AZAM Programme Has Created 4,300 Women Entrepreneurs
- Borang Pendaftaran Calon Pemilihan UMNO Diedar Esok
- 16 Sept… Selamat Hari Malaysia.. Malaysia Selamat Dari Segala Penipuan
- Kerajaan Akan Guna Budi Bicara Laksana AES – JPJ
- MTAB Membalas Kesetiaan Orang Melayu dan Bumiputera Kepada Kerajaan
- Kenyataan Jeffery Biadap Dan Buta Sejarah – Salleh
- Bumiputeras Must Have Entrepreneurship Culture To Help Malaysia Achieve Developed Nations States
Perbetulkan Rumah Tangga Sendiri Sebelum Campuri Urusan Orang lain – Megat Firdouz Posted: 13 Sep 2013 05:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept – Kepimpinan Pakatan Pembangkang diminta membetulkan perlaksanaan dan amalan demokrasi di dalam parti masing-masing terlebih dulu sebelum mahu mencampuri urusan persidangan dan pemilihan UMNO yang kini sedang berlangsung, demikian kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid. Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Subang menasihati kepimpinan Pembangkang bahawa mereka perlulah melihat keadaan 'rumahtangga' parti masing-masing terlebih dulu sebelum memberikan komen negatif terhadap pemilihan UMNO dengan menggambarkan seolah-olah tidak ada demokrasi di dalam UMNO. "UMNO merupakan parti yang sentiasa melaksanakan amalan demokrasi secara telus dan sentiasa berubah dari masa ke semasa untuk memastikan kaedah pemilihan parti lebih telus dan relevan dengan masa "Buktinya apabila kepimpinan UMNO bersetuju untuk mengubah kaedah sistem pemilihan terbaru UMNO seperti yang kita lihat hari ini, yang mana dengan kaedah terbaru ini, ia tidak menyekat mana-mana ahli untuk bertanding dengan syarat yang minimum, termasuklah untuk jawatan tertinggi di dalam UMNO," katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Ini menurut beliau lagi, amat berbeza sekali dengan kaedah pemilihan di dalam parti-parti pembangkang terutamanya PKR dan DAP di mana pelbagai kontroversi dan pertelagahan timbul semasa berlansungnya pemilihan parti-parti tersebut. "Di mana nilai demokrasi dan ketelusan apabila di dalam satu-satu parti, anak beranak dan kroni menguasai jawatan-jawatan tertinggi di dalam parti? Contohnya PKR, di mana Wan Azizah menjadi Presiden, anaknya Nurul Izzah menjadi Naib Presiden manakala suaminya menjadi Ketua Umum PKR, yang mana jawatan Ketua Umum itu tidak pertandingkan. "Begitu juga kita lihat di dalam DAP yang dikuasai oleh dua dinasti iaitu dinasti Karpal dan Dinasti Lim. Mereka tidak dapat menafikan bahawa dua keluarga dinasti di dalam DAP ini telah mendominasikan jawatan-jawatan tertingi di dalam parti. "Ini diperkukuhkan lagi apabila pemilihan CEC DAP baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi yang menggugat imej parti tersebut yang konon-kononnya telus dan berintergriti, apabila lebih 700 perwakilan DAP telah dinafikan hak mereka untuk mengundi, sehingga ROS terpaksa meminta DAP untuk melakukan pemilihan semula,"ujarnya. Senario di atas menurut beliau merupakan satu perbandingan antara perlaksanaan pemilihan parti yang berdasarkan amalan demokrasi dan ketelusan yang amat ketara perbezaannya di antara UMNO dan parti-parti pembangkang, apabila dibangkitkan soal ketelusan dan demokrasi di dalam pemilihan parti. "Di dalam UMNO, jawatan Presiden dan Naib Presiden juga dipertandingkan. Begitu juga dengan jawatan ketua-ketua sayap. Ini memperlihatkan bahawa amalan demokrasi amat subur di dalam UMNO dalam menghadapi pemilihan kepimpinan parti baik diperingkat cawangan, bahagian mahupun pusat. "Ada pihak pembangkang mendakwa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan maka itu tidak benar. Jawatan tersebut dipertandingkan cuma ahli UMNO secara sebulat suara bersetuju agar jawatan tersebut tidak dicabar dan keputusan tersebut juga tidak dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana individu di dalam parti," katanya lagi. -MediaUMNO |
Ugutan Bunuh Tak Mampu Tutup Isu Kepincangan Pemilihan DAP Posted: 13 Sep 2013 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept – Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, DAP akan terus bermain sandiwara bagi mengelirukan rakyat berkenaan kemelut pemilihan semula CEC. Terbaru jelas beliau didakwa kononnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerima ugutan bunuh dan ini boleh dianggap satu lagi taktik terbaru DAP di dalam mengalih isu CEC. Justeru tambahnya lagi dek kerana tertekan dengan sikap ahli DAP sendiri yang menggesa kepimpinan DAP berhubung pemilihan tersebut maka cerita baru terpaksa direka agar kepincangan mereka dapat ditutup rapat. Semalam Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh melalui laman twitternya yang dipercayai ada kaitan dengan permasalahan pemilihan CEC. Selain itu Guan Eng turut melahirkan rasa tidak percaya dan menuduh pihak polis sebagai 'double standard menyebabkan dia masih menimbangkan samada mahu membuat laporan polis atau tidak. "Ini semua adalah propaganda DAP. Seperti biasa mereka akan menuduh pihak lain untuk rakyat kembali membenci polis kononnya polis bersikap tidak adil dan pilih kasih. "Inilah kepakaran DAP di dalam mengalih perhatian rakyat daripada melihat keburukan mereka. Sekiranya sentimen di hati rakyat telah disemarakkan maka isu CEC tidak lagi menjadi perhatian," jelas Norliza. Tambah Norliza yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor, seharusnya sebagai seorang Ketua Menteri, Guan harus mempercayai kredibiliti pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara ini serta memberi sokongan sepenuhnya tanpa ada rasa prejudis. Pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa pilih kasih atau parti politik. "Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan tidak percaya kepada pihak berkuasa. "Ini sebenarnya adalah dalih mereka. Jika benar dia menerima ugutan bunuh, laporan polis mesti dilakukan dan siasatan akan dibuat. Bukan menuduh pihka polis tidak adil dan pilih bulu," jelasnya lagi. Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan semula pemilihan CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu. Bagaimanapun, parti itu sebelum ini berulang kali mempertahankan bahawa pemilihan berkenaan diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal. DAP pada awalnya membantah arahan ROS itu namun kemudian memutuskan akan berbuat demikian. – MediaUMNO |
Media Perlu Main Peranan Untuk Pengukuhan Negara Bangsa – Najib Posted: 13 Sep 2013 04:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peranan yang dimainkan media membawa kepada pengukuhan sebuah negara bangsa. Beliau berkata peranan media, khususnya Utusan Melayu, penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang segala dasar, agenda dan prakarsa yang dilaksanakan untuk masyarakat negara ini. “Kini, sudah 75 tahun Utusan Melayu melaksanakan visi pengasas-pengasasnya, memegang amanah dalam membela nasib dan bangsa Melayu dan Malaysia melalui pelbagai naskhah terbitannya. “Peranannya diperakui dalam membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir, baik mengenai politik, ekonomi, pentadbiran, kerajaan, jenayah, hiburan, sukan dan sebagainya,” katanya semasa merasmikan bangunan baharu ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd di sini hari ini. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, menteri-menteri Kabinet dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh. Najib berkata syarikat akhbar Utusan Melayu yang ditubuhkan atas keringat, air mata dan darah orang Melayu wajar dipertahankan, dan “oleh itu, jangan dipersia-siakan pengorbanan mereka terhadap titik peluh pejuang terdahulu.” “Marilah kita terus beristiqamah memperkasa dan memartabatkan Utusan Melayu,” katanya, dan menambah beliau akan terus membantu syarikat akhbar itu untuk terus maju. Perdana menteri berkata selari dengan dunia yang berubah pantas, Utusan Melayu perlu menguasai media baharu serta berusaha menentukan ia sentiasa menerajui perubahan dalam setiap segmen perniagaan yang diceburinya. Pada majlis itu juga, Najib bersetuju untuk menukar nama Jalan Enam di Jalan Chan Sow Lin tempat tersergamnya bangunan baharu syarikat itu kepada Jalan Utusan. Beliau berkata bangunan baharu itu akan memperlihatkan Utusan Melayu bakal melangkah lebih maju melalui penghasilan karya yang berkualiti kepada masyarakat. “Para pemegang saham, pihak pengurusan kanan, para pengarang dan wartawan serta semua petugasnya perlu berusaha lebih gigih memastikan syarikat ini terus diuruskan dengan cara yang dapat menyahut cabaran perniagaan pada era ini,” katanya. Ibu pejabat baharu Utusan Melayu (M) Bhd dibina bagi menggantikan ibu pejabat Utusan yang beroperasi di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin selama 55 tahun sejak berpindah pada tahun 1958 dari Cecil Street, Singapura. Bangunan setinggi tujuh tingkat dan mempunyai tiga blok iaitu blok pejabat, lobi utama dan ruang kereta bertingkat mengekalkan ciri-ciri kemelayuan sebagai melambangkan jati diri syarikat itu. |
1AZAM Programme Has Created 4,300 Women Entrepreneurs Posted: 13 Sep 2013 03:55 AM PDT PUTRAJAYA, Sept 13 – The 1AZAM programme has so far trained and created 4,300 women entrepreneurs, with 86.86 per cent of them comprising Bumiputeras. Women, Family and Community Development Minister Datuk Rohani Abdul Karim said it was now striving to improve services for these entrepreneurs in the areas of promotion, packaging and marketing. “This effort is in line with the Bumiputera economic empowerment agenda and my ministry will work with the agencies steering this agenda,” she said in a statement, here, today. Rohani said from 2010 until the end of last year, 65.65 per cent of the 106,967 1Azam programme participants comprised women. “This programme uses the approach of productive welfare, enabling the participants from low-income families to generate income so that they can get out of poverty,” she said. Rohani said the 1AZAM programme had also established strategic partnership with Amanah Ikhtiar Malaysia to produce highly capable women entrepreneurs under the Women Entrepreneurs Development Programme. |
Borang Pendaftaran Calon Pemilihan UMNO Diedar Esok Posted: 13 Sep 2013 03:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pemilihan UMNO 2013 membuka tirai dengan borang pendaftaran pencalonan mula diedarkan kepada ahli-ahli parti bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bermula esok, 14 September (Sabtu). Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Datuk Tajudin Harif, borang pendaftaran calon telah dikeluarkan untuk tiap-tiap bahagian dan mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan terbabit boleh mengambilnya. "Kepada mana-mana ahli UMNO yang merasakan layak, menepati kriteria kepimpinan dan ingin bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini maka bolehlah dapatkan borang pencalonan bermula esok," katanya kepada UMNO-Online. Dilaporkan, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan pekeliling kepada semua UMNO Bahagian berkaitan makluman pengambilan borang pendaftaran calon yang dikeluarkan bermula 14 September dan tarikh pendaftaran calon adalah pada 21 September 2013 (Sabtu). Dimaklumkan, kepada mana-mana calon yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Jawatan Kuasa Bahagian dan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian maka borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian masing-masing sementara bagi mana-mana individu yang ingin bertanding peringkat majlis tertinggi dan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia maka borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO. Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. - MediaUMNO |
16 Sept… Selamat Hari Malaysia.. Malaysia Selamat Dari Segala Penipuan Posted: 13 Sep 2013 03:39 AM PDT Sejak 2008 menjelang sahaja September, rakyat Malaysia akan mengingati dua perkara iaitu Hari Malaysia dan pembohongan besar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tarikh keramat tersebut, Anwar dan 16 September bagai irama dan lagu…, bagai aur dengan tebing. Seolah-olah ianya tidak dapat dipisahkan dan tahun ini bolehlah dianggap tahun kelima ulang tahun peristiwa berkenaan. Apakah ketua Pembangkang sudah lupa peritiwa tersebut? Kalaupun Anwar terlupa atau buat-buat terlupa hakikatnya seluruh rakyat Malaysia tidak akan melupakan pembohongan terbesar dalam sejarah negara itu. Ini kerana Anwar bukan saja sekadar berbohong kepada rakyat, tetapi beliau juga sanggup menjual nama yang Di Pertuan Agong kononnya telah memberikan restu kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri, sekiranya beliau berjaya 'membeli' 30 Ahli Parlimen BN untuk menyebelahi beliau. Malah turut mendakwa mendapat sokongan dari Panglima Angkatan Tentera. Tidak ketinggalan juga ramai di kalangan pemimpin pembangkang sendiri ditipu hidup-hidup dengan dijanjikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri hingga ada di antara mereka sudah pun menempah pakaian “suit” untuk majlis angkat sumpah jawatan. Hingga ke tarikh tersebut, Anwar terus menyatakan keyakinan bahawa pembangkang sudah ada cukup bilangan ahli Parlimen BN yang akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan. Bukan saja di negara malah perkara ini turut dicanang dan mendapat perhatian meluas dari media-media antarabangsa. Paling melucukan apabila tiba saat dan ketika tarikh 16 September selepas menipu satu dunia maka alasan yang diberikan adalah Perdana Menteri ketika itu enggan memanggil satu sidang khas parlimen.
Satu Malaysia tertanya-tanya logik alasan itu. Tanpa mendedahkan 30 nama ahli parlimen BN yang dikatakan hendak melompat parti kenapa pula perlu diadakan satu sidang khas parlimen. Mungkin 30 nama ahli parlimen itu sudah dimasukkan dalam enam kotak rahsia yang dijaja sejak sekian lama kononnya mempunyai bukti penyelewengan rasuah yang dilakukan pemimpin kerajaan. Maka hanyutlah nama-nama ahli parlimen tersebut bersama enam kotak-kotak rahsia itu. Justeru sempena ulang tahun kelima pembohongan mega dalam sejarah negara pada 16 September ini marilah seluruh rakyat melihat dan memahami secara jelas cara permainan politik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang itu yang amat kotor dan sanggup berbuat apa saja demi untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri di negara ini. Kita yakin bahawa rakyat hari ini sudah tahu siapa dan bagaimana caranya Anwar Ibrahim berpolitik dan sudah pasti rakyat tidak lagi mudah terpengaruh dengan menelan bulat-bulat segala kata-kata Anwar. Ini kerana sudah terbukti, bahawa apa saja agenda politik yang keluar dari mulut beliau hanyalah satu pembohongan semata-mata yang sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah bagi rakyat dan negara, kecuali terhadap survival politik beliau semata-mata. Alhamdulillah kerajaan yang ditunjangi BN masih lagi memerintah dan terus diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Sementara Anwar… sehingga ke hari ini masih kekal juga sebagai Ketua Pembangkang dan berterusan dengan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan dan kepimpinan negara maka adalah baik kita membiarkannya terus menjadi sesumpah politik bak kata pepatah “biarkanlah Luncai terjun dengan labu-labunya”. Selamat Hari Malaysia ke-50! Azman Haider |
Kerajaan Akan Guna Budi Bicara Laksana AES – JPJ Posted: 13 Sep 2013 02:56 AM PDT PUTRAJAYA, 13 Sept - Kerajaan akan menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) apabila mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem itu kelak. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad berkata antara perkara yang akan diambil kira ialah lokasi pemasangan kamera AES. “Sebelum ini, pemasangan AES terikat kepada perjanjian. Mengikut perjanjian, sebanyak 1,093 kamera AES akan dipasang di seluruh negara dan kadar sama ialah RM300 bagi setiap kesalahan. “Apabila kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES, kita ada formula lain dan boleh guna budi bicara. Lokasi pemasangan akan mengikut keutamaan,” katanya dalam sidang media di sini Jumaat. Beliau berkata selain mengutamakan laluan dengan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu, lokasi pemasangan kamera AES juga akan mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). Beliau sebelum itu menerima kunjungan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman dan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di pejabatnya. Ditanya mengenai perkembangan pengambilalihan AES itu, Ismail berkata proses berkenaan akan mengambil masa kerana perlu menyelesaikan banyak isu termasuk aspek perundangan. Bulan lepas Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada syarikat pengendali. Sebanyak 14 kamera AES beroperasi sejak sistem itu dikuat kuasa September 2012, dan setakat 11 Jun lalu kerajaan mengeluarkan 673,339 saman dan mengutip kompaun sekitar RM20 juta. |
MTAB Membalas Kesetiaan Orang Melayu dan Bumiputera Kepada Kerajaan Posted: 13 Sep 2013 02:45 AM PDT KUALA LUMPUR 13 Sept – Majlis Tindakan Agenda Ekonomi Bumiputera (MTAB) ditubuhkan khusus untuk membantu menambah baik kekurangan pembabitan orang Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang di negara ini termasuk bidang ekonomi yang dilihat terdapatnya adanya jurang perbezaan dengan kaum lain di negara ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MTAB adalah satu sekretariat untuk melihat kepinggiran dan ketinggalan orang Melayu dan Bumiputera berbanding kaum lain dan diharap melalui MTAB ianya dapat membantu golongan berkenaan menikmati serta memperolehi kejayaan sama seperti apa yang dinikmati oleh kaum lain yang sudah jauh ke hadapan. "Majlis Tindakan Agenda Ekonomi Bumiputera merupakan sekretariat yang melihat kepinggiran dan ketinggalan orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi, aspek-aspek penguasaan dan ketinggalan dalam pegangan semua agensi dan organisasi perniagaan," katanya kepada UMNO-Online di sini. Menurutnya, suatu ketika dahulu kerajaan menubuhkan Kementerian Keusahawanan adalah untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera supaya mampu bersaing dengan kaum lain, walaupun sudah banyak usaha dilakukan namun pencapaiannya masih belum sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. "Kementerian Keusahawanan yang dulu terlihat hanya menjadi wadah untuk orang Melayu dan Bumiputera dan mereka menuntut apakah hak keistimewaan, hak yang mereka perolehi. Yang mereka tuntut bukan atas nama kesamarataan tetapi kesaksamaan," ujarnya. Dr Ahmad Zahid berkata, inisiatif yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Majlis Pemerkasaan Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabtu ini adalah untuk memberi perhargaan kepada kesetiaan orang Melayu dan Bumiputera kepada kerajaan. "Di dalam soal ini, apakah yang akan dilontar oleh Perdana Menteri dan sebagai pengerusi MTAB, kita mahu melihat orang Melayu dibayar harganya semula kerana menyokong kerajaan tanpa mengenepikan hak kaum-kaum lain, tanpa mengenepikan etnik lain. "Sumbangan orang Melayu pada kerajaan sedia ada banyak, orang Melayu harus diberikan penghargaan atas sumbangan mereka," katanya. -MediaUMNO |
Kenyataan Jeffery Biadap Dan Buta Sejarah – Salleh Posted: 13 Sep 2013 12:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said Keruak menyifatkan kenyataan Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang mencadangkan Hari Malaysia dinamakan sebagai 'Hari Penjajahan' sebagai kenyataan yang biadap dan buta sejarah. Menurut beliau, Jeffrey sepatutnya bersyukur apabila rakyat di Sabah hari ini dapat mengecapi kemakmuran dan pembangunan infrastrutur serta ekonomi disebabkan kemerdekaan Sabah di dalam Malaysia. "Bagi saya, seseorang yang mempunyai pendidikan tinggi seperti beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Kenyataan itu saya anggap biadap dan menggambarkan beliau seolah-olah buta tentang sejarah negara. "Apa yang beliau katakan itu tidak betul sama sekali dan jelas tidak ada konsep penjajahan dalam penggabungan Sabah ke dalam Malaysia semenjak Sabah mencapai kemerdekaaanya bersama-sama Malaysia," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. Kata beliau lagi, Presiden STAR itu ternyata sengaja cuba untuk memanipulasikan fakta sejarah serta mahu menjadikan isu ini sebagai satu polemik politik bertujuan untuk mengaut keuntungan politik peribadi. "Saya anggap kenyataan beliau itu lebih bersifat politik peribadi yang cuba untuk meraih populariti politik di kalangan rakyat di negeri ini. "Tidak sepatutnya beliau sebagai salah seorang pemimpin di Sabah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati ramai pihak, khususnya mereka yang memainkan peranan penting untuk kemerdekaan Sabah di dalam Malaysia hanya kerana kepentingan politik peribadinya semata-mata," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Bumiputeras Must Have Entrepreneurship Culture To Help Malaysia Achieve Developed Nations States Posted: 13 Sep 2013 12:37 AM PDT KUALA LUMPUR, Sept 13 – Bumiputeras, who make up the majority of the population, must possess the entrepreneurship culture to help Malaysia become a developed nation by 2020. Deputy Finance Minister, Datuk Ahmad Maslan, said Malaysia could not become a developed nation if the core population were not entrepreneurs. Ahmad, who is also Umno Information Chief, said a study of the races in the world showed that those who adopted entrepreneurship culture were the most successful, like the Chinese in the country. “As the Bumiputeras are in the majority, they need to be helped so that they would not be left behind and be psychologically affected,” he told Bernama here today. He said this when asked to comment on Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s announcement tomorrow of a comprehensive policy to spur Bumiputera participation in the economy. Ahmad said the Bumiputera leaders would gather at Dewan Agong Tuanku, Universiti Teknology Mara in Shah Alam, Selangor from 8am to 1pm. The function would start with a forum to discuss ways to strengthen the Bumiputera economy and after that Najib would outline and unveil strategies, including on shares, real estate and human capital, he said. The information chief said the government’s main objective was to help Bumiputeras progress so that they could be able to compete locally and overseas and ultimately to have a strong entrepreneurship culture. “The efforts are being taken because the Bumiputeras are still being left behind in certain areas although successes have been achieved in other areas. “The announcement is eagerly-awaited by Bumiputeras nationwide,” he said. He described the announcement as a ‘gift’ for the Bumiputeras who played a key role to help Barisan Nasional win the 13th General Election on May 5. Ahmad said Najib, who is also Umno President and head of the government, had said the government would not forget the aspirations of those who had given their support. “The Bumiputeras deserved to be given help and what’s important is that the assistance is given without taking away from those non-supporters,” he said. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment