BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! ULASAN PENUH KOMPAS INDONESIA SEMPENA HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER DIDEDAHKAN !!!
- KANTOI !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! BUKTI PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA DIDEDAHKAN !!!
- MELETUP DAN SENSASI !!! APA KAITAN PEREMPUAN MELAYU INI DENGAN LIM GUAN ENG ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KHALID JAAFAR PERTAHANKAN SYIAH DI MALAYSIA !!! VIDEO INSIDE !!!
- HOT NEWS !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM !!! VIDEO INSIDE !!!
- ISU KALIMAH ALLAH !!! SURAT TERBUKA IMCA KEPADA BADAN-BADAN GEREJA MALAYSIA DAN PENGANUT KRISTIAN DIDEDAHKAN !!!
HOT NEWS !!! ULASAN PENUH KOMPAS INDONESIA SEMPENA HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER DIDEDAHKAN !!! Posted: 13 Sep 2013 08:30 AM PDT Baru-baru ini,masyarakat antarabangsa meletakkan keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat (Dr. Marc Faber,"Investment Strategy – Where's the Money?) Walau bagaimanapun,saya lebih terkejut apabila membaca ulasan akhbar-akhbar asing mengenai Kerajaan Malaysia.Dengan tema "rakyat Malaysia terlalu dimanjakan",kita ingin melihat pandangan itu dari aspek yang realiti.Akhbar Kompas yang sangat berpengaruh di Indonesia menulis dengan tajuk "Di Malaysia,Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit" (28 Ogos 2013),amat menarik untuk dibaca dan dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia apatah lagi menjelang Hari Malaysia yang ke-50 pada 16 September 2013 ini.Rencana di akhbar Kompas itu dimulakan dengan tulisan di bawah ini, "Di Malaysia, Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit" Malaysia mungkin menjadi salah satu negara kredit dengan sistem yang sangat memanjakan warganya.Tapi yang namanya kredit,tetap saja ada nilai minus dan beberapa masalah di dalamnya.Berikut ini beberapa sektor kredit yang kurang lazim atau tidak ada di negri kita 1. Kuliah Setiap warga Malaysia memiliki kemudahan untuk mendapatkan pinjaman dari pemerintah untuk biaya kuliah, kerajaan menyebutnya PTPTN.Syarat untuk mendapatkanya pun sangat mudah dan nyaris tanpa seleksi.Cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia.Pinjaman ini wajib dibayar setelah nantinya para mahasiswa lulus dari perguruan tinggi.PTPTN bisa didapat untuk semua perguruan tinggi, baik swasta atau negri dan tanpa jaminan aset layaknya bank.Jadi setiap orang,baik miskin atau kaya memiliki kesempatan yang sama untuk kuliah.Yang namanya pinjaman,tentu ada bunga setiap tahunnya sekitar 1% (kalau belum dirubah).Dengan rata-rata biaya kuliah di Malaysia adalah kisaran 90-120 juta.Bagi mereka yang belum bisa melunasi pinjaman ini,maka mereka tidak dibolehkan melakukan perjalanan ke luar negri. Dengan nada kesyukuran,akhbar Kompas itu berkata "cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia",rakyat di Malaysia boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),Gadjet,Alat Transportasi,Rumah malah pernikahan semuanya mendapat bantuan daripada Kerajaan Malaysia yang amat prihatin.Katanya di hujung artikel itu, "rakyat Malaysia terlalu dimanjakan" dan "kamu tidak akan menikmatinya di negara kami". Ianya amat-amat memberi keinsafan kepada kita bukan. KONSEP BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH Isunya sekarang,sejauh manakah kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi dari Kerajaan ini ??? Soalan paling mudah,apakah kita bersyukur ??? Sesungguhnya agama Islam dan agama lain turut menekankan konsep bersyukur dan berterima kasih.Jika kita renung di negara-negara lain yang lebih kaya hasil buminya berbanding negara kita,kemudahan-kemudahan seperti ini pun mereka tidak dapat melaksanakannya walaupun mereka lebih berkemampuan.Namun,Alhamdulillah kita mempunyai Kerajaan yang bertanggugjawab sehingga segala keperluan anak cucu kita dapat diwujudkan di hadapan mata kita.Ianya memang tanggungjawab kerajaan, namun kita harus bersyukur dan membuat refleksi betapa di negara-negara luar mereka tidak mampu pun melakukannya.Namun begitu,masih ada lagi segelintir masih mahu mempersoalkan PTPTN sedangkan orang luar melihatnya sebagai "bersyukurlah kamu ada PTPTN, sedangkan kami tiada, anak-anak kami harus berhenti sekolah jika tidak punya ongkos, atau harus menjual harta benda untuk membayar yuran".Sesungguhnya,mereka mengajak kepada kita supaya menanamkan nilai bersyukur dalam diri kita, khususnya kerana mempunyai Kerajaan yang bertanggungjawab.Akhbar Kompas dengan terus-terang mengungkapkan betapa beruntungnya rakyat Malaysia dengan segala kemudahan yang disediakan Kerajaan Malaysia. Cuba perhatikan luahan hati mereka di bawah. UNTUK SELANJUTNYA Sudah tiba masanya menjelang Hari Malaysia yang ke-50,kita menyemai konsep Bersyukur dan Berterima kasih di dalam hati sanubari rakyat Malaysia. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! BUKTI PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA DIDEDAHKAN !!! Posted: 13 Sep 2013 05:00 AM PDT Pembangkang sekarang mengambil kesempatan untuk menyerang kerajaan berhubung tindakan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan disel sebanyak 20 sen.Mereka mendakwa kerajaan zalim dan tidak prihatin terhadap masalah bebanan kos kehidupan rakyat di peringkat bawahan yang semakin mendesak.Seperti biasa pembangkang hanya bercerita setengah fakta sahaja tetapi setengah lagi fakta yang lebih penting yang perlu diketahui oleh rakyat disorokkan.Tujuannya ialah mengapi-apikan kemarahan rakyat supaya kerajaan dapat ditumbangkan.Itu sahaja tujuan utama pembangkang dengan berbuat demikian iaitu untuk mendapatkan kuasa politik.Maklumat yang seimbang dan menyeluruh amat penting bagi memberi pemahaman rakyat supaya mereka dapat menyedari logik segala keputusan kerajaan berhubung dengan keadaan ekonomi negara.Jika rakyat sudah memahami mereka juga akan turut memberi sokongan dan membuat penyesuaian kepada perubahan iklim ekonomi negara yang berkait langsung dengan suasana ekonomi global. Antara modal pembangkang untuk menghentam kerajaan ialah tindakan agensi penarafan antarabangsa,Fitch,yang menuruntarafkan unjuran mengenai Malaysia daripada stabil kepada negatif.Dalam erti kata lain,agensi tersebut menganggap usaha Malaysia mengurus serta menangani masalah bebanan hutangnya masih belum mencukupi.Ini yang dimaksudkan dengan istilah 'budgetary reforms' dan 'fiscal consolidation'.Susulan daripada itu,dalam bukan Ogos lalu,pasaran saham melihat pengaliran keluar pelaburan oleh pelabur asing daripada pasaran bon kerajaan dan juga saham.Pasaran bon menunjukkan pengaliran keluar pelaburan sebanyak RM12 bilion sementara saham pula RM3 bilion ke RM4 bilion.Kesan kepada fenomena ialah kelemahan kepada kedudukan matawang Ringgit yang jatuh pada tahap terendah sejak tahun 2010.Kali terakhir pengaliran keluar pelaburan sebesar ini daripada pasaran bon dan saham ialah ketika berlakunya krisis subprima di Amerika Syarikat pada 2009. Ini adalah fakta yang tidak boleh disanggah tetapi pada masa yang sama rakyat tidak perlu panik kerana ini adalah kitaran biasa pada sistem ekonomi mana-mana negara di dalam dunia.Jika rakyat masih ingat,keadaan ekonomi negara jauh lebih parah dan tertekan semasa krisis kewangan Asia yang disebabkan oleh serangan terhadap Ringgit dan juga matawang negara-negara rantau ini.Pada ketika itu kerajaan mampu mengharungi badai krisis ekonomi yang hampir membankrapkan negara-negara jiran tetapi berkat ketokohan dan kecekapan pemimpin negara,kestabilkan ekonomi Malaysia mampu dipertahan malah diperkukuhkan melalui beberapa langkah drastik.Apa yang disembunyikan oleh pembangkang adalah tatkala negara terkesan daripada pengaliran keluar modal asing,negara-negara lain juga mengalami keadaan yang sama.Filipina,Indonesia dan India menghadapi pengaliran keluar pelaburan asing yang besar sejak beberapa minggu lalu.Malah masalah India lebih besar dan kritikal sehingga nilai matawang Rupee berbanding Dolar Amerika mengalami kejatuhan paling teruk dalam sejarah negara itu.Ini kerana kebanyakan pelabur asing mempunyai 'herd mentality' iaitu apabila terjadi suasana ketidakyakinan terhadap satu negara Asia, negara-negara lain di Asia termasuk Malaysia dirangkumi sekali dalam penilaian mereka. Kemelut kemungkinan terjadi serangan tentera Amerika ke atas Syria juga menyumbang kepada suasa ketidaktentuan di kalangan pelabur asing.Mereka kini lebih yakin untuk membuat pelaburan dalam emas dan juga bon Amerika.Pelabur adalah seperti sekumpulan ternakan lembu atau biri-biri yang bergerak secara berkumpulan dan bukannya bersendirian.Namun hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul yang melimpah ruah dari emas,bijih timah,bijih besi hingga kepada kesuburan tanah yang menghasilkan tanaman getah,kelapa sawit,koko dan sebagainya di samping keluasan dan khazanah maritim yang begitu besar.Kekuatan semulajadi Malaysia inilah disamping mempunyai pentadbiran kerajaan yang efisien dan mampu membangunkan ekonomi negara dengan dasar dan program yang dinamik dan berdaya saing meletakkan negara pada tahap yang diyakini dunia.Apa yang berlaku sekarang ialah kesan krisis ekonomi luar yang terpaksa juga ditanggung bersama kerana Malaysia mengamalkan dasar pasaran terbuka atau 'free market economy'.Langkah menaikkan harga minyak dengan tujuan untuk mengurangkan subsidi dan menjimatkan perbelanjaasn kerajaan adalah tindakan mengurus ekonomi secara berhemah.Tidak perlu dipolitikkan kerana jika kerajaan terus memberi subsidi yang besar kepada bahan api, itu adalah lebih tidak bertanggungjawab dan menjurus negara kepada keadaan yang lebih parah dan merbahaya. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
MELETUP DAN SENSASI !!! APA KAITAN PEREMPUAN MELAYU INI DENGAN LIM GUAN ENG ??? WAJIB BACA !!! Posted: 13 Sep 2013 02:41 AM PDT panass dan meletup !!! Berita yang baru saya terima,gadis jelita di atas adalah masalah "baru" kepada rejim chauvinis Guan Eng dan DAP.Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang memang terkenal sebagai seorang kaki perempuan,dikhabarkan sedang tertekan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana gadis ini.Gadis ini dikenali dengan nama Marini Nasution. Macam mana tak tertekan,jika kes skandal RAINBOW sebelum ini pun kepala boleh naik plaster,ini nak tambah lagi dengan 'skandal' baru ??? Silap-silap Guan Eng boleh kena strok memikirkan apa yang Betty akan lakukan kepadanya jika perkara ini bocor.Menurut maklumat risikan,sejak semalam lagi Guan Eng sudah mulai kelam-kabut dan jadi serba tidak kena apabila berita ini mulai tersebar.Semacam binatang,beliau nampaknya sudah dapat menghidu bala yang bakal menimpa. NAK TAHU APA TERJADI ??? UNTUK SELANJUTNYA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KHALID JAAFAR PERTAHANKAN SYIAH DI MALAYSIA !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 13 Sep 2013 12:20 AM PDT Khalid Jaafar adalah Pengarah badan pemikir Anwar Ibrahim,IKD (Institut Kajian Dasar).Inilah produk kebanggaan Anwar Ibrahim,Khalid Jaafar Si Liberal yang menghalalkan apa sahaja.Pun begitu masih ada orang Islam yang menyokong.Pelik kan ??? Tapi sama je dengan Si Anwar Ibrahim ni.Kalau tak masakan dia lantik orang sesat macam Khalid Jaafar ni.Pun begitu kita tetap hairan dengan aqidah orang macam ni.Agama ni tak pentingkah bagi mereka ??? lihat video di bawah sebagai tambahan YDP Agong pun dah tegur.baca statement di bawah JITRA - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu semua pihak menggembleng tenaga untuk menangani penyebaran fahaman syiah di negara ini.Mufti Kedah Datuk Syeikh Mohamad Baderuddin Ahmad berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan perkara itu semasa beliau menghadap Seri Paduka yang juga Sultan Kedah di Istana Anak Bukit dekat sini semalam.Katanya Seri Paduka melahirkan kebimbangan terhadap penularan fahaman syiah yang semakin serius di negara ini termasuk di Kedah walaupun penyebaran fahaman itu dilarang di negara ini. Tuanku Abdul Halim turut menitahkan supaya hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang dikesan menyebarkan fahaman itu yang cuba menghakis pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini,katanya. Syeikh Mohamad Baderuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di seminar menangani isu Syiah di Malaysia peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Zon Utara,di sini hari ini.Syeikh Mohamad Baderuddin berkata golongan muda antara mereka yang mudah tertarik terhadap fahaman syiah kerana difahamkan ditawarkan wang ringgit dan lawatan ke luar negara."Baru-baru ini ada maklumat yang diterima,ada remaja yang telah menunjukkan kepada rakannya kesenangan selepas dia ikut syiah.Remaja ini tak ada kereta sebelum ini dan bila dia masuk syiah dia dah ada kereta dan kesenangan."Umpan-umpan macam ini boleh menawan hati remaja untuk ikut syiah ini. Mereka juga tertawan dengan tarikan nikah mutaah yang memudahkan pasangan untuk berkahwin selain dibawa membuat lawatan ke negara yang dipimpin syiah. Semua ni nak tarik ramai orang masuk syiah," katanya. - Bernama APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 12 Sep 2013 07:00 PM PDT Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang mengkritik kerajaan tidak pandai menguruskan ekonomi sehingga menyebabkan kenaikan harga minyak,ditempelak semula oleh Dr Fathul Bari yang berkata pada zamannya menjadi Menteri Kewangan kenaikan harga tersebut juga turut berlaku."Bila kita sebut pasal kawal (harga minyak) ini,kita tengok balik sejarah.Masa Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada ketika itu.Zaman beliau pun berlaku kenaikan harga minyak.Naik sekupang (10 sen).Jadi kalau nak kata hari ini,kerajaan dikatakan menaikkan harga minyak,zaman dia pun ada.Sekupang pun persoalannya naik ataupun tidak,boleh kawal ataupun tidak.Kalau zaman dia tak boleh kawal,macam mana dia nak mintak zaman kita supaya kawal, "katanya. LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 12 Sep 2013 05:00 PM PDT kelmarin keputusan tentang Kalimah Allah telah ditangguhkan hingga bulan depan,kedua-dua pihak sudah berhujah dan ramai umat Islam dari pelbagai pertubuhan dan individu telah datang dan memberikan sokongan supaya Kalimah Allah dipertahankan dari digunapakai oleh agama lain.Aku tabik umat Islam yang sayangkan agama Islam ni semua.Makanya saya nak kongsi satu artikel dari IMCA mengenai isu ini,bacalah kalau korang sudi.Kita semua umat Islam kena bersatu mempertahankan Kalimah Allah ini.(Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.Maksud asal artikel ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah.Namun begitu beberapa istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.) Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh dunia. Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013,yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad .Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja,beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam.Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar.Antara lainnya,Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab,IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa,Allah.Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian? Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran yang mereka percaya, seperti yang biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah ini? Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut ; "Malangnya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannya" (Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987) Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian Islam volum XLVII 298) "Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengenengahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian. Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan "Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah? ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment