UMNO Online - “Kerajaan Hargai Peranan NGO Dalam Membina Negara – Najib” plus 9 more |
- Kerajaan Hargai Peranan NGO Dalam Membina Negara – Najib
- Fuel Price Hike Not Excuse To Raise House Prices – Ahmad Maslan
- Shabery Describes Samad Said As A Child Who Longs For Attention
- Penglibatan Samad Said Dalam Insiden Kibar Sang Saka Malaya Memalukan
- Pemilihan UMNO Buktikan Parti Bukan Hak Peribadi
- Wanita UMNO Tidak Halang Anggota Puteri Bertanding Jawatan Dalam Wanita – Shahrizat
- Lebih Baik DAP, Pas Nasihatkan Anwar Usah Buang Masa Ajak Dialog
- Pindaan Tarikh Dan Tempat Pendaftaran Calon
- 60 Peratus Mesyuarat Cawangan UMNO Kedah Selesai
- Majikan Diminta Daftar Segera Pekerja Asing
Kerajaan Hargai Peranan NGO Dalam Membina Negara – Najib Posted: 06 Sep 2013 06:33 AM PDT PUTRAJAYA, 6 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha membina dan membangunkan negara. Sebagai sebuah kerajaan bersikap terbuka dan rasional, katanya kerajaan sentiasa mendengar suara, pandangan dan idea yang membina daripada NGO di negara ini bagi kepentingan rakyat dan negara. Beliau berkata dalam landskap politik terkini berikutan dengan proses globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), peranan NGO kini lebih ketara berbanding masa dahulu. “Justeru itu sebagai sebuah kerajaan, selain daripada kita mendapat sokongan daripada badan-badan politik dan institusi-institusi tertentu, kita tidak boleh mengenepikan peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO yang ada dalam negara ini, “Mesej saya ialah pengiktirafan NGO-NGO dalam konteks pembinaan negara. Suara dan peranan NGO semakin hari semakin penting. “Sebagai kerajaan, kita amat wajar memberi ruang dan kesempatan supaya peranan NGO ini dapat diambil kira oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Bersama NGO Melayu di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, di sini Jumaat. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan pemimpin-pemimpin mewakili 45 NGO Melayu dari seluruh negara. Najib berkata, walaupun pendekatan parti UMNO dan NGO Melayu berbeza, namun matlamat dan prinsip perjuangan tetap sama iaitu memperjuangkan kepentingan dan kejayaan orang Melayu di negara ini agar terus maju dan menjadi contoh kepada masyarakat Islam di seluruh dunia. “Prinsip dan matlamat kita tidak lari daripada Islam, Melayu dan negara kita. Mungkin pendekatan kita berbeza tetapi perjuangannya tetap sama. “Saya berulang kali menyebut bahawa kerajaan kita hari ini tidak lari (daripada perjuangan sama), walau kita menentukan perjuangan kita berasaskan kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam syariah yakni agama, nyawa, akal, keturunan dan fakta,” katanya. Bagi memastikan kedudukan dan kepentingan orang Melayu terus terjamin, Perdana Menteri berkata satu perhimpunan besar-besaran bertemakan “Pemerkasaan Ekonomi Melayu” akan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 14 Sept ini yang turut disertai NGO Melayu. Menurutnya kedudukan dan penjanaan kekayaan orang Melayu juga tidak boleh dilihat dari sudut pemilikan saham bernilai korporat semata-mata, tetapi dalam konteks yang lebih besar dengan pemilikan harta, simpanan dan harta intelektual. “Kita (kerajaan) juga tidak boleh beri tumpuan pada indivudu tertentu sahaja, tetapi apa juga dasar untuk kita bangunkan ekonomi Melayu, ia mesti merupakan secara menyeluruh supaya (orang) Melayu akan merasakan bahawa di bawah kerajaan hari ini, setiap individu akan dapat peluang dan pembelaan yang sebaiknya,” katanya. Menyentuh kenaikan harga bahan api baru-baru ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan hanya mengurangkan subsidi terhadap bahan api tersebut selama ini dan bukan meningkatkan harganya. Jelasnya pemberian subsidi yang besar dan berterusan hanya akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. |
Fuel Price Hike Not Excuse To Raise House Prices – Ahmad Maslan Posted: 06 Sep 2013 06:30 AM PDT PONTIAN, Sept 6 - The rise in the price of RON95 petrol and diesel by 20 sen per litre recently should not be an excuse by property developers to raise house prices by up to 10 per cent. Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said basically house prices are based on demand from purchasers and not dependent wholly on petrol price. “To me, the house prices do not have any link with petrol price, so I hope the ministry involved will monitor this matter to ensure it’s under control,” he said. He said this to reporters after launching a get-together event of Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB) at Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, here today. Also present was SPNB Managing Director Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh. Ahmad said this when asked to comment on a statement by Real Estate and Housing Developers’ Association Malaysia Datuk Seri Yam Kong Choy who said in a portal last night on the possibility that house prices might increase by 10 per cent. The increase was due to the government’s move to raise RON95 petrol and diesel by 20 sen per litre, besides other factors including the absence of foreign workers at construction sites following the 6P integrated programme to crackdown on unwanted foreign workers launched last Sunday. Meanwhile, Kamarul said SPNB had no plans to increase house prices following the hike in fuel prices as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak recently. “Demand for houses is not related to the rise in diesel price, rather prices in the property sector are dependent on demand from purchasers. “Following the banks’ move to tighten housing loans recently, the number of eligible buyers also declined and I did not expect the developers willing to raise house prices in the current situation,” he said when commenting on the issue. |
Shabery Describes Samad Said As A Child Who Longs For Attention Posted: 06 Sep 2013 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR, Sept 6 – National Laureate Datuk A Samad Said is just trying to capture public attention with his antics, such as by waving a flag other than the Jalur Gemilang in the eve of Merdeka Day recently, Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said. In fact, he said the national laureate would do almost anything to get the public to give their attention to him. “Like a child who longs for love and attention, he will do all kinds of antics in the hope that his parents will give their attention to him, or even get angry with him. It’s just unfortunate that such antics are done by a national laureate,” he told reporters after launching a short film script writing competition here today. On the playing of the national anthem, Negaraku, in cinemas, the minister said he was satisfied with the commitment showed by all quarters and hoped that it would be repeated on Malaysia Day celebration on Sept 16. The script writing competition is organised by Anext Star Production with cooperation from the National Film Development Corporation (Finas) with the aim of scouting new talents in film production. The deadline for entry submission for the competition is Nov 15. |
Penglibatan Samad Said Dalam Insiden Kibar Sang Saka Malaya Memalukan Posted: 06 Sep 2013 04:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Sept - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar penglibatan sasterawan negara Datuk A. Samad Said dalam insiden pengibaran bendera lain daripada Jalur Gemilang pada Jumaat lepas. Beliau berkata penglibatan A. Samad dalam acara pada ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-56 adalah tidak sesuai dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sasterawan negara. “Kita tahu di Malaysia sudah ada simbol negara kita sendiri iaitu bendera Malaysia, Jalur Gemilang kita berikan nama. Ia telah diterima oleh rakyat dan di mana-mana sahaja, orang kenal kita dengan Jalur Gemilang. “Bagi saya (ia) tidak harus dilakukan, dan sesuatu yang memalukan apatah lagi dilakukan oleh sasterawan negara,” katanya dalam sesi dialog dengan hampir 2,500 pelajar lama dan baharu Universiti Malaya (UM) sempena Minggu Haluan Siswa UM sesi 2013/2014 di sini, Jumaat. Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Datuk Prof Murshidi Sirat, Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Rohana Yusof. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku walaupun ada rasa tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan kerajaan kerana Jalur Gemilang sudah lama termaktub dalam perlembagaan. Justeru, beliau meminta generasi muda supaya menghormati Jalur Gemilang dan menghayati makna tersirat di sebalik bendera kebangsaan negara. “Bendera Malaysia adalah jiwa kita, roh kita. Lagipun setiap kali dikibarkan, kita berdiri tegak. Itu adalah simbol kedaulatan negara kita,” katanya. Dalam insiden itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki. Dia ditahan polis di rumahnya di Bangsar Utama di sini pada awal pagi Rabu lepas untuk membantu siasatan berhubung insiden itu. Isnin lepas, aktivis politik, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa, AdamAdli Abdul Halim ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sama. Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial. Muhyiddin yang juga bekas mahasiswa UM turut berkongsi pengalaman penglibatan beliau dalam bidang politik, yang turut menjadi antara soalan popular dalam kalangan mahasiwa pada majlis itu. Walaupun menyokong penglibatan kepimpinan boleh dibentuk sejak zaman persekolahan dan universiti, namun Muhyiddin menasihati mahasiswa supaya tidak terlalu ghairah dan beria-ia sehingga menampakkan mereka berjuang untuk diri sendiri dan bukan berniat untuk membantu masyarakat. Muhyiddin berkata beliau melibatkan diri dalam bidang politik selepas tamat pengajian dan memasuki bidang pekerjaan serta didorong oleh tokoh-tokoh Umno Johor. “Saya masuk politik bukan secara saya rancang, orang lain rancang dan oleh kerana Allah yang tentukan. Bermula dari situlah, baru saya faham apa itu politik sebenarnya, apalah perjuangan sebenarnya, apalah tujuan saya masuk parti seperti itu. Tidak lain adalah untuk membela kelemahan, kekurangan dan ketidakadilan dengan menyertai badan seperti itu. “Sebab itu saya katakan kepada anak-anak muda yang berminat nak masuk politik, jangan kamu menunjukkan bahawa kamu beria-ia benar, secara agak agresif tidak mahu bersedia menunggu dan menaik dari satu tangga ke satu tangga. Saya pernah naik dan pernah turun dan saya anggap sebagai cabaran dan belajar,” katanya. Menurutnya dalam politik, keikhlasan perjuangan dan matlamat boleh menentukan kejayaan seseorang ahli politik itu. Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata kerajaan komited dalam usaha mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan sedia mempertimbangkan peruntukan sekiranya institusi pengajian tinggi mahu memperbanyakkan aktiviti berunsur perpaduan. “Saya boleh pertimbangkan peruntukan kalau universiti mahu memperbanyak aktiviti yang membentuk semangat kebangsaan dalam kalangan pelajar,” katanya. Selain itu, beliau berkata dalam mesyuarat jemaah menteri yang lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan perkembangan program askar wataniah dan Palapes (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) di institusi pengajian tinggi. Beliau berkata program itu boleh menerapkan disiplin, nilai, menghormati dan semangat patriotisme yang tinggi yang boleh menjamin masa depan negara yang aman dan harmoni. Muhyiddin juga mengingatkan para mahasiswa agar memberi tumpuan kepada bidang pelajaran dan menjadi manusia yang berjaya pada masa akan datang. |
Pemilihan UMNO Buktikan Parti Bukan Hak Peribadi Posted: 06 Sep 2013 03:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Sept. – Keterbukaan dalam pemilihan UMNO yang bakal berlangsung membuktikan bahawa parti tersebut bukan milik peribadi sebaliknya semua anggotanya mempunyai tanggungjawab dalam menentukan masa hadapannya, kata Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Wan Salwati Abdullah. Katanya, keupayaan UMNO sebagai teraju dalam pembangunan dan pentadbiran negara dan menjadi pelopor kemerdekaan bersama-sama Barisan Nasional (BN) adalah sesuatu yang amat membanggakan dengan kepimpinannya silih berganti menerajui negara. "Dalam UMNO semua anggota parti bebas untuk terlibat secara langsung bukan sahaja sebagai pemilih tetapi juga boleh menawarkan diri untuk bertanding bersandarkan kepada syarat-syarat yang begitu mudah dengan berteraskan Perlembagaan parti. "Semua jawatan dalam UMNO juga dipertandingkan malah cadangan agar jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pun bukanlah keputusan peribadi sebaliknya ia adalah permintaan akar umbi memandangkan individu terbabit paling layak mendudukinya dan mengekalkan ketokohan memimpin parti." Tegas beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban, dengan adanya keterbukaan ini ia juga menolak tohmahan segelintir pihak yang melihat UMNO sebagai parti eksklusif sebaliknya akar umbi mempunyai kuasa menentukan kesinambungan kepimpinan parti di semua peringkat. "Jika mahu dibandingkan antara pemilihan dalam UMNO dengan parti-parti politik lain termasuklah dalam PKR, DAP dan Pas sendiri maka sememangnya parti-parti terbabit tidak layak untuk dikaitkan dengan UMNO. "Bukan sahaja dari usia UMNO yang telah 67 tahun malah organisasi dan Perlembagaan parti ini juga amat jauh berbeza berbanding dengan parti-parti pembangkang apatah lagi jika dinilai dari sudut kepimpinannya," katanya. Ujar beliau, sewajarnya parti-parti pembangkang perlu mencermin keseluruhan parti mereka dan memperbetulkannya maka barulah kemudiannya memasang impian untuk mentadbir negara. "Kalau dalam parti sendiri pun banyak pergolakan, pemilihan pun kucar-kacir dan mengisi jawatan dalam parti tanpa melalui pemilihan maka tidak usahlah bermimpi untuk menerajui sebuah negara yang sedang berada dilandasan yang baik untuk menuju negara membangun. "Sampai ke hari ini, tidak ada parti-parti politik dan kepimpinan dari parti lain yang layak untuk dibandingkan dengan UMNO lantaran UMNO terlalu banyak jasanya kepada agama, bangsa dan negara," tegasnya lagi. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bulan lalu, Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baru UMNO yang dilakukan tiga tahun lalu. - MediaUMNO |
Wanita UMNO Tidak Halang Anggota Puteri Bertanding Jawatan Dalam Wanita – Shahrizat Posted: 06 Sep 2013 02:21 AM PDT ALOR SETAR, 6 Sept – Wanita UMNO tidak pernah menyekat peluang anggota Pergerakan Puteri UMNO untuk bertanding sebarang jawatan dalam pergerakan itu pada pemilihan Oktober depan. Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebaliknya, pihaknya mengalu-alukan bekas anggota Puteri yang ingin bertanding sebarang jawatan dalam sayap Wanita dengan tangan terbuka. Beliau berkata dakwaan yang mengatakan anggota Puteri tidak mempunyai masa depan cerah dalam pergerakan Wanita tidak benar kerana ramai anggota Wanita dari kalangan anggota Puteri. “Datuk Habibah Mohd Yusuf yang kini menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, dulu dia adalah bekas Exco Puteri. Saya sendiri lantik Noraslina Zainal Abidin yang merupakan bekas Ketua Puteri Johor menjadi Bendahari Wanita UMNO. Ini adalah antara jawatan yang tertinggi dalam Wanita UMNO. “Wanita UMNO boleh diibaratkan sebagai ibu kepada anak-anak (Puteri UMNO) dan saya sebagai ibu, kita mahu buat dengan elok, silaturahim sentiasa berkekalan, saya pun seronok dengan ahli Puteri untuk berjuang bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Wanita UMNO Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini. Turut hadir Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Abdul Hamid. Sementara itu, Rosnah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Wanita pada pemilihan Oktober ini berkata kepimpinan wanita tidak pernah menolak mana-mana kepimpinan Puteri yang menawarkan diri untuk berkhidmat dalam Wanita UMNO kerana ia adalah landasan yang baik untuk mendewasakan diri. “Kita lihat ia adalah platfom yang baik untuk menjadikan diri kita lebih matang dalam politik. Sebagai pemimpin saya tolak segala tanggapan negatif yang mengaitkan Wanita dan Puteri UMNO,” katanya. |
Lebih Baik DAP, Pas Nasihatkan Anwar Usah Buang Masa Ajak Dialog Posted: 06 Sep 2013 02:00 AM PDT MASJID TANAH, 6 Sept – “Buang masa dan tidak berfaedah. Pas dan DAP sendiri pun macam tak berminat. Apa guna kita pula nak layan”, demikian padangan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin terhadap ajakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk mengadakan dialog berhubung isu-isu negara. Jelas beliau lagi terlalu banyak perkara penting lain yang perlu kerajaan lakukan dan beri tumpuan demi pembangunan negara dan kemakmuran rakyat daripada berdialog dengan Anwar yang sudah terkenal dengan kaki putar belit. "Sebenarnya, Anwar mungkin merasakan populariti dirinya merudum selepas PRU-13. Sebab itu dia mula mencipta cara untuk mempopularkan dirinya semula. Namun sayangnya ajakan berdialog ini seakan dipandang sepi oleh rakan sekutunya DAP dan Pas. "Kita lihat DAP dan Pas juga seakan tidak bersetuju dan mungkin juga sudah muak dan jemu dengan perangai Anwar. Siapa Anwar untuk mengajak Perdana Menteri berdialog. Ini semua hanya agenda politik demi kepentingan peribadi dirinya. "Oleh itu saya berharap DAP dan Pas dapat menasihatkan Anwar agar sedar diri. Kerajaan khususnya Perdana Menteri mempunyai senarai agenda yang panjang dan jauh lebih penting untuk menjaga negara ini. Banyak yang perlu difikir dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat," ujarnya kepada UMNO-Online. Anwar sebelum ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka yang akan berlangsung secara telus dan kondusif antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu kebangsaan yang perlu ditangani. - MediaUMNO |
Pindaan Tarikh Dan Tempat Pendaftaran Calon Posted: 06 Sep 2013 01:16 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Sept. – Mesyuarat Majlis Tertinggi yang bersidang pada 30 Ogos 2013 telah memutuskan pindaan tarikh dan tempat pendaftaran calon yang ingin bertanding pada pemilihan parti. Pindaan tersebut melibatkan pendaftaraan calon untuk semua jawatan parti yang akan berlangsung serentak pada 21 September 2013, Sabtu. Pindaan terbabit adalah sepeti berikut: 1. TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT JAWATANKUASA BAHAGIAN DAN PERGERAKAN WANITA, PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN 1.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Jawatankuasa Bahagian adalah pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian mulai 14 September 2013. 1.2 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi jawatan di peringkat Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Bahagian adalah pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Pejabat UMNO Bahagian mulai 14 September 2013. 2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) adalah pada 21 September 2013 bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mulai 14 September 2013. 2.2 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan di peringkat Exco Pergerakan Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia adalah pada 21 September 2013 bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Borang pendaftaran calon boleh diambil di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mulai 14 September 2013. Semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya. – MediaUMNO |
60 Peratus Mesyuarat Cawangan UMNO Kedah Selesai Posted: 06 Sep 2013 01:14 AM PDT ALOR SETAR, 6 Sept – Sebanyak 60 peratus daripada 2,200 cawangan Umno di Kedah telah selesai mengadakan mesyuarat perwakilan cawangan masing-masing. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Othman Aziz yakin cawangan yang belum melakukan mesyuarat, akan menyelesaikannya sebelum 15 Sept, tarikh akhir mesyuarat peringkat cawangan perlu diadakan. “Setakat ini mesyuarat berjalan dengan lancar dan tak ada apa-apa masalah besar, cuma ada sedikit masalah teknikal yang kecil. Kami ada jawatankuasa pemantau bagi melihat perjalanan mesyuarat itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Othman berkata jika terdapat kes khas, cawangan yang gagal menyelesaikan mesyuarat itu, pihaknya akan melihat masalah yang dihadapi mereka serta membantu untuk menyelesaikan perkara itu dengan segera. |
Majikan Diminta Daftar Segera Pekerja Asing Posted: 06 Sep 2013 12:59 AM PDT PUTRAJAYA, 6 Sept – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta mana-mana majikan yang masih tidak mendaftarkan pekerja asing mereka supaya berbuat demikian ekoran ada dalam kalangan mereka yang ditipu oleh ejen pekerjaan. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat majikan yang telah membayar antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada ejen untuk proses 6P pekerja asing sebelum ini namun ejen tidak melaksanakannya. “Mereka telah membayar kepada ejen pekerja asing namun tidak diberikan sebarang dokumen,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Seminar Khas Kesejahteraan Keluarga KDN bersama pengarang buku ‘La Tahzan’ di sini hari ini. Beliau berkata ini juga untuk memberi keadilan kepada majikan dan ejen sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini. Bermula Ahad lepas, Jabatan Imigresen bersama pelbagai agensi telah menggempur pendatang tanpa izin (Pati) dalam operasi besar-besaran di seluruh negara dengan menyasarkan beberapa kawasan tumpuan termasuk pembinaan dan komersial. Ahmad Zahid berkata sehingga kini lebih 5,000 Pati berjaya ditangkap dan sebelum ini beliau berjanji operasi Ops Bersepadu 6P ini akan diteruskan sehingga tangkapan menujukkan angka sifar. Dalam perkembangan lain, beliau merancang menaik taraf kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya mewujudkan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menerapkan dua aspek iaitu akademik serta hafalan Al-Quran khas untuk anak-anak anggota polis. “Kami juga akan mencari alternatif untuk meningkatkan daripada empat peratus dividen pelaburan dalam koperasi polis. “Saya juga ada turun ke beberapa balai polis, Ibu Pejabat Daerah dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri dan dilihat banyak yang perlu dinaik taraf selain kuarters anggota,” katanya. Sebagai langkah pencegahan jenayah, beliau berkata, PDRM akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang berdefinisi tinggi di kawasan-kawasan tumpuan jenayah. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment