Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Akhbar Cina FITNAH Filem #TandaPutera
- HOT! Hutang Negara, Singapore Lebih Bankrup Dari Malaysia?
- INFO! Kedudukan Presiden Pas Hadi Awang di Cabar Ahli Pas?
HOT! Akhbar Cina FITNAH Filem #TandaPutera Posted: 06 Sep 2013 06:12 AM PDT Nampaknya, filem Tanda Putera terus diburuk-burukkan dan disalah ertikan oleh pelbagai pihak terutamanya DAP. Akhbar China Press dalam artikel bertarikh 4 September 2013 juga dilihat sama nada dengan DAP. Artikelnya bertajuk 'Sengketa Tanda Putera' yang ditulis oleh Hua Qiao disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C19. Di antara salah anggap penulis itu yang diterjemah dalam Utusan Malaysia: Dalam filem ini digambarkan kaum Cina begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan manakala pasukan polis digambarkan bersikap sabar, cintakan negara dan sayangkan rakyat. Bagi kita, dalam negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, kita perlu mengambil kira sensitiviti kaum lain, terutama sekali kalau filem ditaja oleh badan kerajaan. Filem yang dibuat haruslah boleh mengeratkan lagi hubungan dan bukan bertujuan menanam pemikiran tidak sihat yang hanya akan merosakkan perpaduan antara kaum. seterusnya Tidak pasti sama ada penulis bernama Hua Qiao telah menonton filem Tanda Putera. Tetapi dari cara beliau menulis, cukup berasa ragu. Beliau menulis 'dalam filem ini digambarkan kaum Cina begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan'. Kenyataan ini ternyata boleh menimbulkan salah sangka pembaca akhbar bahasa Cina itu. Jika kita tonton filem itu, bukan 'kaum Cina' secara keseluruhan tetapi hanya penyokong-penyokong fanatik yang termakan dengan dakyah kepimpinan DAP sahaja dan juga pihak komunis yang bertindak ganas dan liar. Kaum Cina yang lain tidak terlibat. Malah, di dalam filem itu, kita dapatkan saksikan bagaimana seorang bapa kepada pelajar berbangsa Cina telah bertindak melindungi seorang pelajar Melayu daripada dibelasah oleh perusu-perusuh DAP. Kita juga dihidangkan dengan adegan pelajar berbangsa Cina itu dilindungi oleh keluarga Melayu semasa berlakunya rusuhan 13 Mei 1969. Kedua-dua sahabat Melayu dan Cina itu turut bekerjasama membantu mangsa-mangsa banjir besar di Kuala Lumpur. Malah, terdapat adegan di mana seorang pegawai tinggi polis berbangsa Cina turut dibunuh oleh pihak komunis. Kenapakah adegan-adegan penting ini tidak disebut oleh penulis tersebut? Apakah kerana beliau sendiri belum menonton filem tersebut dan serkap jarang seperti Lim Guan Eng DAP? Akhbar China Press sepatutnya lebih adil melaporkan intipati filem Tanda Putera itu kerana jika mereka tidak, maka akan timbul persepsi salah yang boleh menganggu gugat perpaduan kaum. Dalam hal ini, bukan Tanda Putera tapi akhbar China Press yang dilihat 'menanam pemikiran tidak sihat yang hanya akan merosakkan perpaduan antara kaum.' Betul apa yang diperkatakan oleh Blog MiM Akhbar cina memang suka menyimbah minyak ke api. Menambah apa yang tak patut ditambah dan meyebarkan perkara buruk dan benda yang tak betul. Tak boleh kah kita mengambil tindakan atas perbuatan yang tidak bertanggung jawab ni? Sampai bila nak biar saja? |
HOT! Hutang Negara, Singapore Lebih Bankrup Dari Malaysia? Posted: 05 Sep 2013 11:12 PM PDT Bila Mc tengok jumlah hutang diatas, teringat kata-kata Anwar Ibrahim. Katanya Malaysia dah hampir nak bankrup sebab hutang 53.76%. Tapi bila tengok pulak hutang Singapore yang 113.18% tu. Mc jadi pelik, Singapore tu patut dah lama bankrup, kenapa tak bankrup lagi? Paling menarik apabila Lee Kuan Yew pernah menyindir Malaysia tak pandai urus ekonomi dan memuji Anwar kononnya bijak dalam ekonomi. Contohnya Anwar pandai menguruskan ekonomi Selangor. Hmm.. kalau Malaysia tak pandai urus ekonomi. LKY patut suruh 'blame' anak dia lagi teruk sebab hutang dah lebih 100% dari GDP. Atau pun suruh je anak LKY tu belajar dengan Anwar untuk uruskan Singapore. Kalau agak-agak kesian kat Anwar. Lantik je terus Anwar jadi PM kat Singapore. Gerenti dia ok.. sebab dia pun dah lama nak jadi PM! he he he.. McTheory: Saja panaskan balik benda ni.. sebab ada orang kata hutang Malaysia terukk.. tuu Singapore 'double' terukk! |
INFO! Kedudukan Presiden Pas Hadi Awang di Cabar Ahli Pas? Posted: 05 Sep 2013 06:12 PM PDT Ini ada cabaran terbuka dari YDP Padang Serai. Sudah tentu beliau akan dicantas oleh ahli Pas yang lain. Ahli Pas yang kononnya sayangkan presiden Pas dan mahukan kepimpinan Ulamak. Namun tahukah ahli Pas bahawa ada satu lagi kumpulan dalam Pas yang sedang merancang untuk menjatuhkan Presiden Pas tanpa sedar. Cuba tanya Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya Pas Pusat. Rasanya beliau pun tahu dan kenal siapa yang nak jatuhkan Hadi Awang tu. Kita sibuk dengan isu harga minyak, kongsi gelap dan pemilihan UMNO. Tapi sebenarnya kita lupa, pemilihan Pas kali ni pun cukup panass.. apakah kumpulan Ulamak dalam Pas akan dihabiskan terus, atau kumpulan anwarinas yang diketuai oleh Mat Sabu dan Khalid Samad yang akan tinggalkan organisasi tertinggi Pas. Ramai ahli Pas berpendapat kegagalan Pas pada PRU kali ni berpunca dari pimpinan yang lemah dan tidak konsisten. Ada pula yang kata, Melayu Islam di Malaysia sudah tidak yakin pada Pas dan mengundi UMNO yang dilihat lebih membela Islam. Disebabkan itu, ahli Pas meminta pimpinan tertinggi Pas melakukan sesuatu perubahan yang drastik jika mahu menagih sokongan dari Melayu Islam di Malaysia semula. Apakah kali ni kepimpinan Ulamak akan kembali memenuhi ruang organisasi Pas Pusat? Atau Campur tangan Anwar yang mahu melihat 'orangnya' seperti Mat Sabu dan Mahfuz kekal dalam organisasi tertinggi Pas. Bila ada orang-orang macam ni, senang sikit Pas nak dengar cakap Anwar dan Dap. Sebab Presiden Pas pun umpama pak turut. Mana yang lebih kuat, dia akan ikut. Tengoklah apa jadi pada isu kalimah Allah dan bible melayu. Pas langsung tidak menentang, malah menyokong kedua-duanya digunakan oleh orang bukan Islam. Macam tu parti Islam? Buat malu saja la.. Jika tidak ada perubahan pada kepimpinan tertinggi Pas, maknanya Pas jadi kuli PKR dan Dap la sampai mati!! McTheory: Nik Aziz pun dah 'lemau' rasanya akan ada perubahan.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment