Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERKINI!! Nik Aziz di kejarkan ke ICU Kecemasan lampu merah!!

Posted: 04 Sep 2013 08:00 AM PDT


Mc diberitahu oleh seorang sahabat, yang mengatakan Nik Aziz dikejarkan ke hospital besar setelah didapati terlalu uzur. Beliau dikatakan telah dimasukan ke ICU dengan kecemasan tahap merah. Maknanya bahaya la tu.

Semoga kita sama mendoakan Nik Aziz selamat.. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

HOT! Jangan Komplen Harga Minyak Naik! Ikut Kata Menteri.. - Dr Maza

Posted: 04 Sep 2013 06:12 AM PDT

 

Jangan komplen harga minyak, nanti anda akan dituduh tidak mengikut ASWJ dan jalan salafussoleh..lihat mereka dalam gambar ini yang memilih jalan yang lurus dalam situasi ini.. - Dr Maza

Ikutlah cara menteri kita, jangan guna kereta.

kah kah kah.. rakyat disuruh jalan kaki? Pak Menteri? Boleh tunjukan dulu tak?

Berbasikal pun ok kot.. he he..

INFO! Akibat Ops Cantas, Anggota Kongsi Gelap Melarikan Diri Ke Negara Jiran!

Posted: 04 Sep 2013 12:10 AM PDT


Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR - Ops Cantas Khas yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lebih dua minggu lepas, dilihat telah memberi tekanan kepada anggota kongsi gelap apabila mereka cuba mencari perlindungan di negara jiran.

Berikutan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi memburu kumpulan kongsi gelap kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk.

Untuk operasi dalam negeri, katanya PDRM menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita akan pantau semua pintu masuk sempadan supaya mereka tidak dapat keluar," katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pertauliahan Kor Sukses Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Khalid berkata anggota kongsi gelap melarikan diri ke luar negara berikutan penahanan ketua-ketua kongsi gelap serta kesukaran menjalankan aktiviti jenayah disebabkan operasi pihak berkuasa, selain mahu menghapuskan tatu kumpulan pada anggota badan supaya sukar dikesan polis.

Beliau berkata PDRM mungkin bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara jiran bagi menahan mereka yang diburu.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas, di seluruh negara PDRM menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, sebuah bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Kementerian Dalam Negeri turut mengumumkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Dalam pada itu, Khalid berkata polis juga akan menyiasat warga asing yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap setelah laporan Ops 6P Jabatan Imigresen Pulau Pinang semalam mendapati adanya pintu bilik penginapan atau rumah kongsi warga asing di Bayan Lepas, mempunyai lambang kongsi gelap.

"Jika benar ini berlaku kita akan ambil-alih kes supaya siasatan senang dilakukan dan semasa disiasat semua elemen-elemen penting juga akan dilihat," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu.

"Polis setakat ini tidak mengesan pembabitan warga asing dalam kumpulan kongsi gelap tetapi sedia siasat," katanya ketika dihubungi. - Bernama

INFO! Luahan Hati Yang Patut di Baca Bila Minyak Naik harga!

Posted: 03 Sep 2013 08:49 PM PDT


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.


McTheory:
Dikirimkan melalui email, oleh seorang hamba Allah..

HOT! Orang Tua Gila HINA Bendera Kena Tangkap!

Posted: 03 Sep 2013 07:12 PM PDT


Akhirnya orang tua gila ni kena tangkap juga. Walaupun kita tahu, selang berapa jam mesti dilepaskan balik.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.

"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.

"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.

Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.

Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi selepas diambil keterangan.

Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
 Kerajaan patut kali balik akta hina bendera yang mengenakan hukuman terlalu ringan dan denda yang rendah!

Cerita tu Mc pernah tulis kat SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...