Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! CEC Dap ROS Kena Kencing Lagi!!

Posted: 30 Sep 2013 09:42 AM PDT



Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP semalam, seorang ahli yang telah dipecat daripada parti itu dibenarkan mengundi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee hadir dalam pemilihan semalam kononnya sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?


Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April lepas kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya.

Wanita ini yang pada sekitar bulan Jun seperti marah benar dengan DAP sehingga bakal membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal.

Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 1 Jun lepas, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

"Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya," katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.

Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun Jenice tidak merayu.

Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?

Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC Dap sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??

Mynewshub.my

HOT! Jamawi Jaafar Rebah di Kuala Terengganu? #JJ4NKP

Posted: 30 Sep 2013 12:28 AM PDT


Semalam Mc mendapat berita Jamawi Jaafar calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah rebah ketika berada di Kuala Terengganu. Kenapa dia rebah? Di pukul ke? Atau rebah sebab sepak kayu?

Rilek.. cerita yang betui kat bawah ni,

Sebenarnya Jamawi memang penat. Dari wife dia bersalinkan anak kembar yg pre-mature sebelum puasa haritu, dia tunggu 20 jam sehari kat hospital selama hampir sebulan, sampai anak dia discharge. Lepas pada tu, dia sambung terus kerja sambil berkempen seluruh Malaysia. Mana tak rebah betul tak?

Mc diberitahu Jamawi direhatkan sebentar di Hospital Kuala Terengganu. Maybe Jamawi kekurangan air dalam badan kerana tak cukup rehat.

Kalau robot pun boleh habis batery, inikan pula manusia, cuma Jamawi kena jaga diri elok-elok, badan nak pakai lama. Kalau ikut hati memang nak berjalan satu Malaysia, tapi kesihatan tu pun penting. Perjuangan tu perjuanganlah.. tapi kalau sampai sakit, nak berjuang apa lagi bro?

Mc pun belum tentu boleh buat macam Jamawi ni, semangat pemimpin muda.

Semoga cepat sembuh bro..

PANASS!! Gambar Menarik Dato Mukhriz Gempur Sungai Limau!! #PrkSgLimau

Posted: 29 Sep 2013 08:36 PM PDT



Semalam Dato Paduka Mukhriz Mahathir turun bermesra bersama rakyat di Warung Pak Su, Bukit Besar Sungai Limau. Bukit Besar ni adalah kawasan HITAM bagi UMNO/BN. Bak kata orang, kempen sampai lunyai pun takkan menang. Namun pendekatan yang dibuat oleh MB Kedah, mengejutkan ramai pihak.

Mana ada pemimpin yang turun padang ke tempat musuh dulu betul tak?

Mai kita tengok sambutan orang Bukit Besar terhadap beliau,

Kedatangan MB Kedah disambut meriah


penuh..
Malah Imam Masjid Bukit Besar Ustaz Sayuti turut bersama MB Kedah

Sambutan hebat..

Boleh tahan! Sewaktu sesi berbual dan bermesra bersama penduduk di Bukit Besar ni, ada juga yang sok sek sok sek mahukan Datuk Suhaimi, Ketua Bahagian UMNO Jerai di jadikan calon DUN Sungai Limau.

Sambung baca di blog PRK Sungai Limau

HOT! Kempen Pas Paling Teruk Dalam Sejarah! - Mat Sabu

Posted: 29 Sep 2013 06:35 PM PDT


buruk tak ??


Memetik wawancara yang dibuat oleh The Malaysian Insider bersama Mohamad Sabu yang mahu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas.

"Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.

"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya.



Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin Pas bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.

"Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal," katanya.

Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa' Fikri.

"Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya," katanya.

Mat Sabu berkata, ketika beliau dalam Pemuda Pas dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang.

"Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno," katanya.

Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain.

"Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...