Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Cabar Tuhan Nak Bertemu, Akibatnya?
- INFO! Fitnah Terhadap Roti Gardenia Berpengawet!!
- WOW! Tongkat Dewa Nik Aziz Harga RM15 Ribu?
- INFO! Rayuan @TunFaisal Kerana Di Sekat Bertanding! #TFOurHope #TF4MT
- HOT! Mukhriz Mahathir Takut Hadapi PRK Sungai Limau? #KedahAmanMakmur
INFO! Cabar Tuhan Nak Bertemu, Akibatnya? Posted: 29 Sep 2013 08:37 AM PDT Ini suatu kisah benar ~ Kejadian di Johor. Tempat dan nama-nama terlibat tak perlulah ditulis di sini. Jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran untuk kita semua. Sepasang kekasih dinasihat oleh keluarga dan kawan-kawan agar jangan kerap buat maksiat. Semua nasihat hanya dibalas dengan kata-kata perli oleh mereka berdua. Nak dijadi cerita semalam, terluncur kata-kata dari mereka berdua: "Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tengok siapa lagi kuat !" Sambil ketawa. Kedua-duanya gelak. Kira-kira jam 11.30 malam (tanggal 16 sept 2013), mereka brdua berkenderaan motosikal memecut laju di lebuh raya tepi kampung kami. Tiba-tiba brdentum bunyi pelanggaran. Kedua-dua pasangn itu terpelusuk ke bawah lori 16 tayar. Menurut saksi, mereka cuba memotong lori berkenaan tetapi ada kereta bergerak perlahan di depan, lalu terbabas ke lori semula. Apa yang terjadi kepada mereka? Kedua-duanya digilis hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu. Menurut saksi, tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung bagaikan dikikis habis. Bomba yang mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dengan penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat mati berasingn, maka dapatlah diasingkn juga antara keduanya. Di hospital, kedua-dua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang, tiada jalan lain. Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung 'kuih popia' dan dikerandakan. Keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu. Maka, telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu. Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah! Wahai saudara-saudaraku, wahai hamba-hamba Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini. Na'uzubbillah! Inilah balasanNYA. Cash di dunia. |
INFO! Fitnah Terhadap Roti Gardenia Berpengawet!! Posted: 29 Sep 2013 06:34 AM PDT ![]() Golongan kaum ini (kemungkinan tentera Red Bean Army-RBA) sedaya upaya cuba untuk memburukkan roti-roti keluaran Gardenia milik sepenuhnya Bumiputera. Terbaru adalah dakwaan kononnya satu ujikaji telah dijalankan bagi menentukan tahap pengawetan roti bagi 3 jenis roti iaitu keluaran Bread History, Massimo dan Gardenia. Ternyata, tujuan asal ujikaji ini adalah untuk menunjukkan bahawa roti keluaran Gardenia mempunyai bahan pengawet yang tinggi sehinggakan roti selepas tarikh luput masih tidak dihinggapi kulat. Mari kita baca jawapan Gardenia mengenai isu ini: Sumber Mc ambil daripada blog CTS Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mendapatkan penjelasan daripada kami. Kami dengan tegasnya ingin menyatakan bahawa terdapat satu analisa saintifik iaitu "Kromotografi Ion (IC)" yang boleh digunakan untuk menentukan tahap Asid Proprionat (pengawet) di dalam roti. Apakah Asid Propionat di dalam roti? Asid Propionat adalah sejenis asid yang berfungsi sebagai pengawet di dalam pengeluaran roti. Ianya boleh berpunca dari: • Kalsium Propionat – merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara "wholesale". Kami telah menghantar semua jenama roti terkenal di Malaysia ke beberapa makmal bebas untuk menguji tahap Asid Propionatnya dan kami dengan bangganya ingin menyatakan bahawa Gardenia menpunyai bacaan/ dos yang terendah iaitu 90% - 92% lebih rendah daripada jenama roti lain di pasaran. Roti kami dapat mencapai bacaan yang begitu rendah hasil daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi; cuka dan pekatan jus kismis bukan seperti bakeri-bakeri lain yang digunakan pengawet kimia, Kalsium Propionat. Gardenia juga berbangga dengan usaha dalam pengamalan piawai kebersihan yang tertinggi dalam kilang pengeluarannya. Selain piawai kebersihan yang "stringent", kami juga memberi kepentingan terhadap pengurangan bacaan spora (spora menyumbang kepada pertumbuhan kulat) untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang terendah. Kami juga menjaga kualiti udara yang baik dalam kilang pengeluaran kami. Perkara-perkara inilah membolehkan Gardenia untuk menghasilkan roti Tanpa Pengawet Tiruan, Sintetik atau Bukan Semulajadi. Sekali lagi, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan perkara di atas. |
WOW! Tongkat Dewa Nik Aziz Harga RM15 Ribu? Posted: 29 Sep 2013 12:04 AM PDT Tongkat Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didermakan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu telah dibida seorang usahawan pada harga RM15,000. Tongkat itu dibeli Abdullah Beran, 50, pada program lelongan amal di sebuah pasaraya, bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang semalam. Lelongan bermula dengan harga RM500 dan akhirnya mencecah RM15,000 tepat jam 6.30 petang. Pada masa yang sama sebanyak RM4,000 lagi berjaya dipungut pada program itu hasil lelongan barangan lain termasuk sumbangan orang ramai. Ketika ditemui, Abdullah mengakui sanggup membeli tongkat yang pernah digunakan Mursyidul Am PAS itu dengan tujuan membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lemah. Jelasnya lagi, beliau berhasrat untuk menggunakan sendiri tongkat berkenaan walaupun tidak menggunakannya sebelum ini. "Saya memang meminati Tuan Guru, dia ikon saya malah saya sentiasa mengikuti perkembangan tok guru sejak 25 tahun lalu," ujarnya. Beliau tidak teragak-agak untuk membeli barangan peribadi Tuan Guru sekiranya ada yang ingin dijual untuk tujuan amal. Walaupun tidak selincah sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar, tidak bererti keperihatinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap rakyat telah berakhir. Keperihatinan dan tanda tanggung jawab yang tidak pernah berakhir itu mendorong Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyerahkan tongkatnya untuk dilelong baru-baru ini. Hasrat itu telah disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga mangsa kebakaran Kampung Sireh Bawah Lembah. Tongkat itu diserahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alaani Abdul Kader kepada Abdullah sebaik sahaja memenangi bidaan. Rosli melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil peluang untuk menyampaikan derma melalui kaedah itu. Jelasnya sumbangan itu akan diserahkan pada mangsa kebakaran yang terlibat dalam waktu terdekat. "Bagaimanapun kita akan bermesyuarat terlebih dahulu sebelum menyampaikan sumbangan kepada mangsa," ujarnya. Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 16 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari. |
INFO! Rayuan @TunFaisal Kerana Di Sekat Bertanding! #TFOurHope #TF4MT Posted: 28 Sep 2013 09:04 PM PDT Terkilan beliau disekat daripada bertanding MT atas kerana TIDAK PERNAH menjadi AJK Bahagian, seluruh bekas jentera UMB bangkit dari setiap pelusuk bersuara meminta JK Pemilihan mempertimbangkan syarat yang bagi kami tidak masuk akal. Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia, GAGAL untuk bertanding MT kerana tidak pernah menjadi AJK Bahagian? Pelik tak? Hinggakan disebabkan itu, seluruh cybertroopers dibawah Tun Faisal dulu, bersuara dan #TFOurHope menjadi Malaysia Trending dalam masa beberapa hari ini! Dahsyat bila UMB, BNYCT dan SISWA4U yang dulu dibawah seliaan Tun Faisal dah berbunyi. Kita dah baca bloggers, facebookers dan twitterian bersuara, apa kata kita baca rayuan sebenar Tun Faisal mengenai sekatan terhadap beliau untuk bertanding.. Check it Out! Baca SINI |
HOT! Mukhriz Mahathir Takut Hadapi PRK Sungai Limau? #KedahAmanMakmur Posted: 28 Sep 2013 07:12 PM PDT Siapa sangka, disebalik taruhan untuk menjadi Naib Presiden, Mukhriz Mahathir diuji pula dengan ujian paling getir dalam sejarah politik beliau. Menjadi Ketua dalam pilihanraya kecil, walaupun DUN, tetapi ia lebih getir kerana DUN Sungai Limau merupakan tempat kubu kuat pembangkang di Kedah. Masakan tidak kuat, DUN Sungai Limau merupakan tempat bekas Menteri Besar Kedah yang lepas dan merupakan kubu kat Pas setelah sekian lama. Pengaruh peribadi dan keluarga merupakan kekuatan utama Allahyarham Azizan Razak di Sungai Limau. Sentuhan peribadi terhadap orang Sungai Limau menyebabkan Allahyarham Azizan Razak tidak tumbang pada PRU yang lepas walaupun beribu orang Pas tidak mengundi Allahyarham kerana protes terhadap kepimpinan kerajaan terdahulu. Sungai Limau diprotes oleh orang Pas sendiri, kempen TOLAK AZIZAN dilakukan secara bergerak oleh pemimpin Pas Kedah berhaluan kiri, hinggakan orang UMNO pun pelik betapa dahsyatnya dendam pemimpin Pas berhaluan kiri kepada Allahyarham. Pernah Ketua Cawangan UMNO disana, tergaru-garu kepala, kerana tiba-tiba dikawasan beliau penuh dengan bendera BN. Sedangkan tidak pernah pula beliau mengarah atau menyuruh sesiapa pacak bendera BN di sempadan Sungai Limau sebegitu banyak. Bila disiasat, rupanya orang Phahrolrazi pemimpin Pas Kedah berhaluan kiri yang mengupah budak-budak Pas kawasannya supaya memacak bendera BN di sempadan Sungai Limau. Maklumlah Sungai Limau dengan Pengkalan Kundur kan berjiran, maka senanglah dia nak buat kerja jahat! Pertelingkahan antara dua puak Pas boleh dijadikan modal besar kepada Dato Mukhriz untuk memenangi kerusi ini. Namun faktor kekuatan sendiri dan calon juga perlu diambil kira. Mc difahamkan Pas sedang bergaduh sesama sendiri untuk meletak calon di Sungai Limau. Biasa la sentimen puak A dan puak B, masih belum hilang, walaupun penyandang yang lepas sudah tiada. Namun sikap berpuak-puak tetap wujud di dalam Pas Kedah. Lihatlah betapa kurang ajarnya Pas berhaluan kiri, belum beberapa jam Allahyarham Ustaz Azizan meninggal dunia, mereka sudah berbicara bab calon malah wujud pertelingkahan untuk meletakan calon mereka sendiri. Sudah la sewaktu Allahyarham hidup mereka tidak hormat terhadap Allahyarham, selepas meninggal pun, mereka tetap bersifat begitu, apakah ini sikap umat Islam yang kononnya patut semua umat Islam contohi? Sambung baca blog PRK Sungai Limau |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment