Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! 5 Kanak-Kanak Islam Ajaib yang Pernah Mengemparkan Dunia!

Posted: 27 Sep 2013 10:00 AM PDT



Setiap ibu bapa dalam dunia ni sudah semestinya mengimpikan anak yang sihat tubuh badan, anak yang mampu menjadi anak soleh/solehah, dan anak yang baik-baik belaka. Perkara ini sememangnya tidak mustahil kerana terdapat surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh dibaca oleh ibu bapa semasa anak dalam kandungan dan juga ketika ini terdapat teori-teori tentang amalan untuk ibu mengandung bagi mendapatkan anak yang baik.

Allah S.W.T memang berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini. Ini terbukti apabila lima kanak-kanak yang genius ini berjaya menggemparkan dunia. Siapakah diri mereka sebenarnya? Untuk itu, mari kita lihat senarai lima anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga menggemparkan dunia.


Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:

1. Akrit Jaswal



Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak


2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba'i



Sayyid Muhammad Hussein Tabataba'i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur'an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.


3. Abdurrahman Farih



Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.


4. Ali Yakubov



Di Rusia kemunculan ayat-ayat 'Al Quran" di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.


5. Syarifuddin Khalifah



Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat lima waktu. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang.


Subhanallah

INFO! Siapa Shamsul Anuar Calon Majlis Tertinggi Ni?

Posted: 27 Sep 2013 02:15 AM PDT


YB Dato' Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004). 

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.

Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Sahamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini). 

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato' Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS.

Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam gerakan belia kerana telah mulai menyertai dan memimpin pertubuhan belia sejak berumur 15 tahun dari peringkat kampung, daerah, negeri dan Kebangsaan termasuk memegang beberapa jawatan belia di peringkat antarabangsa. 

Terlibat di peringkat negeri sebagai EXCO Majis Belia Perak (1993-2000), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2000-2004) dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2004-2005) dan di peringkat kebangsaan sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (2000-2002), Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (2006-2009).

Manakala di peringkat antarabangsa terlibat dan memegang beberapa jawatan di Pertubuhan 

Belia ASEAN (CAYC) , Pertubuhan Belia Asia (AYC) dan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY). Semasa dalam gerakan belia beliau terlibat dalam banyak program, seminar dan sebagainya samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja dalam dan luar negara serta terlibat dalam beberapa penggubalan dasar Kementerian Belia Sukan Malaysia seperti Dasar Belia Negara, Pelan Induk Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2006.

Beliau adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (2009 – Kini) dan,pernah menjadi Pengerusi Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (2007 – 2009). 

Sekarang beliau adalah Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur,dan kemudian lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya, dan kini sedang menyiapkan tesis untuk Master Of Art (Sosiologi)  di College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Beliau berkahwin dengan Datin Hamisah Binti Hussin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki.

Saja nak perkenalkan calonn..

PANASS!! Projek Mega Berbillion Ringgit Bakal Di Lancarkan Oleh Kerajaan?

Posted: 26 Sep 2013 11:38 PM PDT


Apakah benar akan ada projek mega bertaraf dunia bernilai berbillion ringgit yang akan meletakan monumen-monumen keajaiban dunia sebagai tarikan? Untuk cerita lanjut Mc rasa elok pembaca mai baca kat SINI

HOT! Adun Pas Kedah Tak Ziarah Jenazah Ustaz Azizan? #KedahAmanMakmur

Posted: 26 Sep 2013 06:36 PM PDT


Terkilan dengan keadaan semalam, sewaktu Ustaz Azizan meninggal dunia. Dimana Adun dan ahli parlimen, Pas Kedah yang lain? Di hospital tidak kelihatan langsung muka mereka, semasa di masjid juga tidak nampak. Apakah mereka hanya tunggu dikubur untuk jenazah dikebumikan?

Paling Mc tak boleh terima, diwaktu kami orang UMNO terkejut dengan pemergian Ustaz Azizan, ada penyokong Pas yang ketawa dengan pemergian Allahyarham. Bercakap telefon dan menyampai berita pemergian Allahyarham dengan senyum sengih, serupa ia satu berita gembira. Kenapa ya?

Apakah dendam puak Pas pemberontak sangat dalam hingga tidak boleh memaafkan Allahyarham?


Agak pelik perangai orang Pas berdendam dengan Allahyarham. Kami bloggers UMNO hanya mengkritik pentadbiran Allahyarham dan cara Allahyarham mengendalikan pentadbiran negeri, tidak pula kami pernah menghina peribadi Allahyarham.

Tapi puak Pas, berdendam bermusuh hingga Allahyarham meninggal dunia.

Malah ketika Allahyarham meninggal dunia pun, takdak muka-muka Adun dan Ahli Parlimen Pas yang sampai, yang nampak muka pun hanya si Mahfuz Omar.

MB Kedah yang baru Dato Mukhriz bersama Ayahandanya Tun Dr Mahathir serta Exco Kerajaan Negeri Kedah lebih awal tiba diperkarangan hospital dan dimasjid untuk ziarah terakhir.

Apakah puak Adun Pas Kedah ni hanya menghormati Allahyarham ketika Allahyarham masih berkuasa sahaja?

Tepuk dada tanya iman.

McTheory:
Kata parti Islam, tingkah laku tak Islam langsung..

INFO! Khas Untuk Penguna Tegar Jalur Lebar!! #KJL1M @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan

Posted: 26 Sep 2013 05:36 PM PDT



Jangan lupa semua hari ini khas untuk penguna tegar Jalur Lebar Kedah, Kerajaan negeri Kedah buat Karnival kat hangpa semua,

Jangan lupa Karnival Jalur Lebar. Rasanya kita yang dok FB ni semua penguna Jalur Lebar tegar. Ada pelbagai tawaran istimewa berkenaan LINE, SIMKAD, BROADBAND, malah BROADBAND 1 Malaysia yang dicari-cari tu pun ada kat sana. Malah dikatakan TM mahu meluaskan coverage UNIFI ke Alor Setar. Jangan lepaskan peluang..

Apa aktiviti menarik kat sana?


Lawatan MB Kedah ke tapak pameran siap duduk bermesra dengan pengiat media sosial dari seluruh negeri Kedah. Pada sesiapa yang berminat nak jumpa MB dan berbual dengan beliau. Mai awai-awai, kerana hanya 100 terawal saja yang dapat berpeluang bermesra dan berbicara dengan MB Kedah yang kita sayangi tu.

Tambahan tempat untuk 2000 orang bersama MB Kedah dalam jamuan tersebut. Jangan lepaskan peluang, 28hb pukul 3 petang, datanglah beramai-ramai!

INFO! Gambar Jenazah Ustaz Azizan Di Kebumikan..

Posted: 26 Sep 2013 11:44 AM PDT



Jenazah Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.






Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...