Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Esok Mukhriz Mahathir Bakal Buat Kejutan!! #MM4VP #BeraniBerubah

Posted: 18 Sep 2013 09:28 AM PDT


Semua orang tertunggu-tunggu pengumuman dari MB Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Masing-masing membuat kesimpulan sendiri, dan tertanya sama ada beliau bertanding ataupun tidak.

Jika sebelum ada Naib Presiden yang pernah menasihatkan Mukhriz supaya meminta nasihat PM jika mahu bertanding.

Apakah Mukhriz menganggap saranan itu sebagai satu amaran untuk tidak bertanding, atau itu sebagai satu cabaran bagi beliau.

Sama-samalah kita tunggu esok..

Pengumuman pukul 4 petang. Agaknyalah..

Ehemm ehemm.. Mc dah tahu.. jangan marah haaa..


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!




HOT! Mufti Kedah Sedia Berdepan Dengan Ketua Syiah Kedah! #KedahAmanMakmur

Posted: 18 Sep 2013 06:12 AM PDT

Geng Syiah Kedah

Mengulas mengenai tindakan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan yang tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Syiah, Syeikh Muhamad Baderudin berkata, beliau bersedia demi menegakkan syiar Islam.

"Jika mereka berhasrat ambil tindakan undang-undang terhadap saya, dipersilakan. Amanah saya untuk menegakkan kebenaran dan saya tidak gentar berdepan mana-mana pihak untuk menegakkan syiar Islam," katanya.

Menurutnya, pihaknya bukan sengaja mahu membangkitkan isu Syiah, sebaliknya membangkitkan fatwa yang diwartakan, di mana sebahagian adalah kesalahan berkaitan dengan ajaran selain Sunnah Wal Jamaah.

"Jika ada ajaran lain selain Syiah, juga akan diambil tindakan kerana ia suatu kesalahan. Pindaan yang kita buat adalah pelanggaran fatwa yang diwartakan, agar tindakan boleh diambil," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia bersemuka dengan pengikut Syiah untuk memperjelas pertikaian dibangkitkan golongan minoriti itu, Syeikh Muhamad Baderudin berkata, ia perlu bersyarat.

"Jika mereka mahu bersemuka untuk dapatkan kebenaran, tiada masalah. Tetapi jika mereka mahu pertahan pendirian, tidak perlu kerana saya percaya jika kita berdakwah sekalipun, mereka tetap dengan fahaman itu, seperti pernah berlaku di Perak sebelum ini," katanya.

Mengulas amaran keras yang dikeluarkan golongan Syiah di Kedah, yang tidak menolak kemungkinan membukukan penulisan lebih 500 halaman berhubung fahaman itu yang tidak diterbitkan.

Syeikh Muhamad Baderudin berkata, tindakan boleh diambil jika dijadikan bahan bercetak bawah enakmen terbabit.

"Jika dibukukan penulisan berkenaan, bermakna ia satu kesalahan bawah enakmen dan tindakan boleh diambil berdasarkan peruntukan sedia ada," katanya.

Mengulas perkembangan penguatkuasaan enakmen diluluskan Ogos lalu, Syeikh Muhamad Baderudin berkata, beberapa perkara bawah enakmen itu sedang diperhalusi untuk lebih terperinci.

"Beberapa perkara sedang diperelok untuk lebih penjelasan. Jabatan Mufti sedang memperhalusi proses itu sebelum serah kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang bagi tindakan lanjut," katanya.

PANASS!! Siapa Jamawi Untuk Halang Nizar Bawa Abu Chin Peng?

Posted: 18 Sep 2013 02:12 AM PDT




Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan. Mesti ramai yang bertanya mengapa perlu Nizar nak marah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini?

Tahukah anda semua apa kaitan Chin Peng ni dengan Ngeh Koo Ham? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak. Tahukah anda semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming? Mereka adalah sepupu yang tentunya berkongsi bapa saudara yang sama iaitu Chin Peng.

Dan tahukah anda apa hubungan DS IR Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming. Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Ming adalah sepupu manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!


Chin Peng, atau nama betulnya Ong Boon Hua adalah seorang cauvinis anasir subversif komunis bersifat teroris. Nama Chin Peng sinonim dengan anasir subversif bersenjata komunis di Tanah Melayu untuk menumbangkan Kerajaan yang sah pilihan rakyat dan digantikan dengan kerajaan komunis.

Ringkasnya, tangan Chin Peng penuh berlumuran dengan darah rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum. Melayu, Cina, India dan ramai lagi menjadi mangsa kekejaman gerombolan anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng.

Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara dibunuh kejam pada 07 Jun 1974 dengan tembakan bertalu-talu disimpang Jalan Tun Perak (dahulu Jalan Mountbatten) berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.

Datuk Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak dibunuh kejam pada 03 Jun 1976 juga dengan tembakan bertalu semasa berada dalam kenderaan rasmi polis di persimpangan lampu isyarat Anderson School Ipoh, Jalan Ashby berdekatan Fairpark. Kebetulan pada masa itu saya bersekolah di Anderson School.

Ribuan anggota keselamatan polis dan tentera yang cedera atau terkorban angkara gerombolan komunis pimpinan Chin Peng.

Pada masa komunis bermaharajalela mengangkat senjata membunuh rakyat dan anggota keselamatan sekitar tahuan 1970an saya tinggal di berek Pengkalan FRU 5, Sg. Senam, Ipoh, Perak.

Memetik artikel Zul Noordin yang menulis mengenai Chin Peng :

1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;

2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng;

3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;

4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;

5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian;

6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;

7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand. Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini;

8. Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.

Persoalannya kini kenapa pembangkang heboh nak bawa abu mayat Chin Peng balik? Anwar Ibrahim cuba jadi hero lagi?

HOT! Akhirnya Pas Tolak Semua Ulamak Dalam Pas!!

Posted: 17 Sep 2013 11:17 PM PDT


Mc ingat lagi Nik Aziz pernah kata semua orang dalam Pas adalah Ulamak. Semasa kes Nik Aziz sindir Mat Sabu tentang jawatan Timbalan Presiden Pas. Selepas sindir, Nik Aziz cover kononnya media salah petik dan salah ulas tentang kenyataannya tu. Itu memang perkara biasa dalam Pas, kita tak hairan pun.

Bila jadi kontroversi, Nik Aziz nak selamat dan bagi kenyataan 'semua orang Ulamak dalam Pas' maknanya semua pimpinan dan ahli Pas adalah ulamak. wow! Hebat parti Pas ni, maknanya si Spenda Stopa dan Khalid Gereja tu juga ulamak? rosakk rosakk..

Kemudian Allah nak tunjuk bahawa Pas ni kelam kabut dan huru hara. Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib memberi pendapatnya semasa Multaqa Ulamak untuk kaji semula hubungan Pas dengan Pkr kerana bagi pendapatnya ianya merugikan Pas.

Maka Dewan Ulamak Pas pun bersetuju untuk mengkaji hubungan itu..

Namun selepas Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas, baca elok-elok.. Ketua Dewan Ulamak tau.. maknanya Ketua Ulamak dalam Pas, mengeluarkan kenyataan tersebut. Beliau di sindir, dicaci, dimaki dan dihina oleh para pemimpin Pas sendiri.

Malah ada yang keluarkan kenyataan bahawa Ketua Ulamak Pas ni tak cerdik, dalam bahasa kasarnya BODOH, sebab keluar kenyataan tersebut.

Maknanya, pendapat Dewan Ulamak yang berhimpun tempohari ditolak mentah-mentah oleh para pemimpin Pas sendiri. Apakah ini yang Nik Aziz kata semua orang Ulamak dalam Pas? puii!

Kalau Pas boleh mengangguk apa saja kata Anwar Ibrahim, menjerit takbir apabila Kit Siang kutuk UMNO. Tapi Pas tak boleh terima nasihat yang baik dari Ketua Ulamak sendiri?

Tak payah la Mc ulas panjang, kalau pembaca cerdik, rasanya dah tahu apa sebenarnya tujuan Pas sekarang ni. Apakah Pas mahu menegakkan syiar Islam, atau meraih simpati politik untuk berkuasa?


McTheory:
Mulut sebut Islam, tapi hati Allah saja yang tahu..

HOT! Video Jaringan Kemenangan Kedah Lawan Perak Semalam!!

Posted: 17 Sep 2013 08:18 PM PDT


Pehh.. berbaloi penyokong Hijau Kuning buat rombongan 17 biji Bas ke Perak semata-mata untuk beri sokongan pada pasukan kesayangan. Rugi betui Mc tak dapat ikut sekali ke sana.

Apa pun tahniah pada pasukan Kedah. Aura Kedah zaman kemenangan dulu datang semula!

Mungkinkah ini disebabkan aura pentadbiran baru negeri Kedah?

Puluh Kedah Pulun oii..

HOT! Stopa Spenda Kata Ketua Ulamak Tak Cerdik!

Posted: 17 Sep 2013 06:43 PM PDT



"Tidak bijaksana dihebohkan. (Jika dihebohkan) maksud kajian boleh disalah tafsir dan akibatnya kita menghantar mesej yang salah, bukan sahaja kepada rakan PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas dan Pakatan." 
- Datuk Mustafa Ali

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sepatutnya tidak perlu bercakap mengenai strategi parti kepada umum kerana boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tahaaluf siyaasi adalah strategi dalam perjuangan dan perlu dibincangkan secara dalaman, bukannya dihebohkan kepada umum

"Tidak bijaksana dihebohkan. (Jika dihebohkan) maksud kajian boleh disalah tafsir dan akibatnya kita menghantar mesej yang salah, bukan sahaja kepada rakan PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas dan Pakatan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dr Harun (kiri), dalam ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia baru-baru ini, menyarankan Majlis Syura Ulama mengkaji semula tahaaluf siyaasi dalam PR berdasarkan garis panduan syura atas alasan pengaruh parti itu semakin lemah.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Harun bukan bertujuan melemahkan parti, tetapi mahu memastikan Pas lebih konservatif dari segi hala tuju parti itu dalam PR.

"Bagi mana-mana organisasi parti dan badan korporat, mengkaji (semula) sesuatu strategi adalah perkara biasa.

"Saya yakin, beliau berkata demikian untuk menjadikan Pas lebih kuat daripada sekarang," katanya. Salahuddin berkata, perkara itu tidak sepatutnya dianggap negatif, sebaliknya perlu memahami apa yang cuba disampaikan.

"Kenyataan beliau itu supaya Pas bekerja lebih kuat ke arah memanfaatkan pengaruhnya dalam PR.

"Apa sahaja kekurangan dan masalah perlu diperhalusi demi memanfaatkan melalui kerjasama dalam PR, selain mahu melihat peranan Pas bagi menjana kekuatan dalam PR," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...