Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Misteri Kehilangan Kaum Nabi Hud Terbongkar!

Posted: 16 Sep 2013 09:37 AM PDT

Kota Iram yang dirakam setelit NASA

Satu ketika dahulu, ramai yang ragu-ragu tentang kewujudan kaum A'ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A'ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A'ad tersebut.

Begitu juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang kaum A'ad tersebut. Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A'ad sedangkan kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus menyebarkan fitnah bahawa kaum A'ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak berfakta.

Ternyata Orang Yahudi Silap

Tahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.

Lawrence of Arabia

Lawrence of Arabia

Kepada yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyahsekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah dan King Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei 1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45 tahun.

'Jasa' Lawrence Of Arabia

Miskipun Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai kota kaum A'ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama daripada Eropah yang sangat berminat dengan 'Lost City' Iram. Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai kemusnahan tamadun kaum A'ad mudah sampai ke telinganya.

Kerana sangat berminat dengan kisah kaum A'ad dan kotanya yang memiliki tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan gelaran 'Atlantis of the Sands'. Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung di dalam al-Quran.

Atlantis of the Sands

Lokasi Kota Iram

Sebenarnya, apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang digelar beliau sebagai 'the Atlantis of the Sands' telah menarik minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins dan Ranulph Fiennes.

Pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada masyarakat Badwi.

Dr. Zarins mengetuai pencarian Kota Iram

Dr. Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah. Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA, SPOT (Satellite Pour I'Observation de la Terre). Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan mengelilingi sebuah 'runtuhan' oasis.

Lakaran Kota Iram oleh pelukis

Namun laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan di Rub'al Khali, Oman yang terletak di selatan Semenanjung Arab.

Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A'ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam 'lautan' pasir.

Keajaiban Al-Quran

Peninggalan binaan di Kota Iram

Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A'ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.


1. Tiang-Tiang Tinggi

Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi.

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
(Surah al-Fajr ayat 6-8)

Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.


2. Membina Benteng-Benteng

Kaum A'ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu'araa' ayat 128 sehingga 130.

Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main. Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis.
(Surah as-Syu'araa' ayat 128-130)

Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A'ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A'ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.


3. Terdapat Kebun-Kebun Dan Mata Air

Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak. Dan kebun-kebun dan mata air.
(Surah as-Syu'araa' ayat 133-134)

Sebuah runtuhan oasis

Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A'ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A'ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.


4. Dimusnahkan Oleh Angin Kencang

Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.
(Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42)

Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A'ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A'ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.


Penutup

Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.

Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini. Lihat dokumentari penemuan dan gambaran Kota Iram.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Surah Yusuf ayat 111)

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil di Kota Iram (Ubar)











Pekan Iram yang dibina selepas Kota Iram dijumpai pada 1992


Bagi yang blur-blur tentang kisah Nabi Hud ni, boleh baca kat SINI, untuk rujukan.

HOT! Blogger Akhram Cabar KJ Untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia!! #BeraniBerubah

Posted: 16 Sep 2013 06:13 AM PDT


Beberapa persoalan akhirnya terjawab apabila Akhram Sanusi 'confirm' untuk mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan yang akan datang.
Beberapa blog serta  halaman media sosial lain telah mula memberi komen tentang kemungkinan Blogger ini bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan ini. 
Banyak persoalan dan andaian timbul tentang niat, taktik serta kemungkinan pencapaian saya apabila berentap dengan Ketua Pemuda yang bukan sekadar mempertahankan kedudukannya, tetapi juga sedang menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Blogger ini tak akan dapat menjawab semua persoalan ini dalam satu posting sahaja, namun, bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.  
Insya Allah, blogger ini akan melakukan deklarasi rasmi tidak lama lagi, tetapi ingin saya berkongsi niat di sini dahulu demi menghormati warga sosial media yang mula menimbulkan persoalan ini secara serius.
Persoalan asas kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila membuat sesuatu adalah, apakah niat di sebalik perbuatan tersebut. 
Maka di sini, ingin blogger ini mengakui yang niat bertanding ke jawatan ini adalah kerana saya ingin mengabdikan diri, BERGANDING BERSAMA kawan-kawan, untuk MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ke PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA berlandaskan nilai-nilai keIKHLASan dalam PERJUANGAN serta BERSATU dalam meLAKSANAKAN AGENDA MELAYU.

Pengupasan Niat serta Agenda akan diteruskan dalam perbincangan. Blogger ini berharap kawan-kawan Pemuda UMNO mahupun sahabat-sahabat serta bekas Pemuda UMNO di ruang Media Sosial sudi menyertai perbincangan membentuk wadah baru Pemuda UMNO Malaysia yang dirasakan perlu dibawa oleh saya sekiranya berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda tersebut.

Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi haruslah membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya, dan kesemua warga muda UMNO khususnya.

Ikhlas dari calon anda... 
Akhramsyah Sanusi

Sebenarnya ramai yang terkejut dengan pengumuman Akhram Shah Sanusi untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang kini disandang oleh KJ. Kalau anda mengenali si Akhram, memang dia darah pahlawan dan terkenal dengan semangat juang Melayunya.

Jangan ada orang lain kutuk si Akhram, sebab diantara beratus ribu pemuda UMNO, hanya si Akhram saja yang berani mencabar KJ untuk pertandingan Ketua Pemuda.

Sebelum ni ada juga dengar suara-suara sumbang nak cabar KJ. Tapi hanya hangat-hangat taik ayam. Bunyi saja kuat, tapi dalam kosong habuk pun tarak.

Apa pun syabas saudara Akhram, teruskan perjuangan. Kepada KJ, bertandinglah dengan adil dan saksama, jangan buat sesuatu yang diluar batasan.

McTheory:
Kepada ahli UMNO perlu Berani Berubah!

HOT! Bapak Komunis Malaya Chin Peng Sudah Mati!!

Posted: 15 Sep 2013 10:37 PM PDT




Bekas kepala Komunis Malaya Chin Peng dilaporkan sudah mati di hospital Bangkok pagi tadi..

Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, mati akibat sakit tua...

 Lepas ni tak payah lah pemimpin Dap nak bawa balik mayat ka abu mayat Chin Peng ke Malaysia sebab bumi Tanah Melayu tak terima dah..

Para pemimpin Pas dan Pkr boleh bawa lilin keliling Malaysia untuk menghormati kematian Chin Peng.

PANASS!! Dewan Ulamak Pas Terus Di KUTUK!!

Posted: 15 Sep 2013 09:17 PM PDT


Kesian Ketua Dewan Ulama Pas Harun Taib, selepas beliau mengeluarkan cadangan untuk kaji semula hubungan tahaluf siasi. Beliau dibantai teruk oleh para pengampu Pkr dan Dap dalam Pas.

Kaji semula hubungan dengan PKR, cadang ulama PAS 
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar kelmarin.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun. -TMI

Selepas itu kenyataan ini, Harun Taib terus dikecam diperlekehkan oleh golongan pengampu Pkr dan Dap dalam Pas. Termasuklah Nik Aziz yang menganggap Harun Taib umpama pemberi pelampung pada UMNO.

Tidak ada pihak yang menyokong cadangan Harun Taib selain dari Pemuda Pas. Kemudian muncul lah kenyataan lain hanya untuk menafikan kenyataan awal Dewan Ulama Pas!


Resolusi Multaqa Ulama usaha perkukuhkan PR 
KOTA BHARU: Cadangan Multaqa Ulama Se-Malaysia yang mahu tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula disifat sebagai usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, keputusan itu dianggap sebagai satu strategi bagi mewujudkan gabungan yang lebih kuat.

Veteran PAS, Subky Latiff pula menyifatkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain bermula pada 1959, apabila PAS bekerjasama dengan Parti Negara.

"Kemudian pada 1982 PAS bersama Barisan Nasional dalam kerajaan campuran. Oleh itu tahaluf siyasi sebenarnya bukan perkara baru.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkukuhkan kepemimpinan ulama," katanya pada wacana anjuran Ilham Centre di Bazar Tengku Anis malam tadi.

Resolusi Multaqa Ulama di Alor Setar semalam mencadangkan lapan perkara termasuk tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menjaga maslahah syariah.

Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Hussin juga mahu Majlis Syura Ulamak berperanan lebih berkesan bagi membantu presiden membuat sesuatu keputusan.

Katanya, Dewan Ulamak perlu meneliti semula perlembagaan parti bagi melihat kembali peranan mereka.

"Wajar sekali PAS mengadakan semula seminar membincangkan perlembagaan parti untuk membolehkan semua pihak berperanan dalam ruang lingkup ditetapkan," katanya pada wacana tersebut.

Wacana terbabit mengupas isu "PAS Era Ulama: Impian dan Kenyataan" menampilkan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh bertindak sebagai moderator.

Tajuk tersebut diubahsuai daripada tajuk tesis PhD, Dr Kamarulzaman Yusoff. Hadir sama pelajar PhD di UKM, Mustapha Ahmad dan pengarah program Zahari Sidek.

Resolusi Multaqa Ulamak di Kedah mengundangkan reaksi berbeza terutamanya anak-anak muda yang hadir pada wacana berkenaan.

Subky juga berkata, Dewan Ulamak tidak boleh menyalahkan pihak lain sekiranya ada masalah dalam pengurusan dewan berkenaan.

Kata Khalid pula, ulama sudah mendapat kedudukan tinggi dalam parti dengan mendominasi Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

Jika dulu, Dewan Ulamak Pas mendapat tempat yang paling tinggi dalam Pas, malah segala kenyataan Dewan Ulamak Pas umpama 'Fatwa' baru dari Pas. Namun selepas Tahaluf Siasi bersama Pkr dan Dap, Dewan Ulamak Pas hanya salah satu cabang sayap Pas. Malah makin lama mereka ini dipinggirkan dan dianggap tidak relevan lagi.

Tak pernah lagi Mc lihat Dewan Ulamak Pas disanjung, atau kenyataan mereka diangkat sebagai 'pandangan utama' sejak Pas bersama Pkr dan Dap. Apakah Anwarinas dan pengampu Dap dalam Pas takut, mereka tidak lagi berkuasa jika Pas tidak bersama Pkr dan Dap.

Lama kelamaan, Mc percaya Dewan Ulamak Pas akan dianggap 'kumpulan orang tua nyanyuk' yang pandangan mereka tidak lagi relevan.

Itulah nasib Ulama dalam Pas. Makin lama, makin terpinggir.


McTheory:
Dewan Ulamak dah jadi Dewan ULAM Pas!!

HOT! Gambar Ngeri Kemalangan Peserta Konvoi Dari Penang!

Posted: 15 Sep 2013 05:44 PM PDT



Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating.

Dibawah gambar-gambar kemalangan..







Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai dirempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.

Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.

Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...