House PK

House PK


PANAS! KENAPA PERWAKILAN UMNO MESTI PILIH MUKHRIZ MAHATHIR? BACA DAN FAHAMKAN

Posted: 25 Sep 2013 12:58 AM PDT

Aku tertarik dengan artikel yang dibuat oleh Gelombang Wangsa Maju mengenai Mukhriz Mahathir KLIK SINI.

Kenapa kita perlu sokong Mukhriz Mahathir? Sebabnya mudah saja, kita perlu remajakan UMNO semula dna Mukhriz boleh mewakili suara akar umbi dalam UMNO. Malah boleh dikatakan keputusan untuk beliau bertanding ni pun kerana desakan akar umbi. Sudha tiba masanya UMNO perlu direjuvenasi.

Aku nak kongsi sikit dengan korang petikan GWM kat bawah ni:

Suka atau tidak, UMNO sebenarnya masih ketinggalan dari segi barisan pelapis muda bagi peringkat kepimpinan tertinggi jika dibandingkan dengan parti pembangkang. Cukuplah sekadar menyebut nama-nama pemimpin pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub yang puratanya dibawah lingkungan usia 50 tahun.

Memang benar, perlu ada keseimbangan golongan muda dan golongan tua dalam UMNO. Namun, tidak terjentikkah telinga dan hati 146,500 KINGMAKER UMNO ini melihatkan barisan pelapis muda dalam parti pembangkang. Puak-puak ini diangkat sebagai Pengarah Strategi, Pengarah Komunikasi untuk parti dalam linkungan usia yang cukup muda.

UMNO ? Question mark tu bang ...

Barangkali, dari satu sudut keperluan mengapa Mukhriz perlu diberi ruang dan peluang adalah kerana kemampuan beliau menerajui UMNO dan BN untuk menawan kembali Kedah dari tangan PAS, PRU12 [ Parlimen - 4, DUN - 14 ], PRU13 [ Parlimen - 10, DUN - 21 ]. BN berjaya mengekalkan kemenangan PRU 12 di 14 kerusi DUN di samping berjaya merampas 7 kerusi yang sebelum ini milik PAS, seterusnya merampas Kedah kembali. Fact is fact, fakta adalah fakta.

Ini adalah trek rekod yang perlu dilihat dan dinilai oleh 146,500 KINGMAKER UMNO. Jika Mukhriz [ jika ditakdirkan ] terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, kita yakin beliau tidak akan lokek untuk memberi pandangan, berkongsi idea dan strategi terbaik untuk merampas kembali Selangor dan Kelantan dari tangan pembangkang. Jika ingin menilai dari segi calon yang boleh BEKERJA dan EFEKTIF, jawapannya sudah tersedia.

Kita juga yakin bahawa Mukhriz boleh menjadi pemimpin yang sayangkan parti dan berani memperjuangkan hak orang Melayu. Tidak semudah untuk bersikap apologetik apabila melibatkan hak orang Melayu. Jika tidak sayangkan parti dan orang Melayu, mana mungkin beliau terpaksa menegur dengan cara berhemah kepimpinan Pak Lah agar mengundurkan diri demi UMNO dan orang Melayu. Rasanya tidak perlulah mengulas begitu panjang insiden keputusan teruk PRU-12 yang hampir-hampir meranapkan UMNO ...

Ada juga suara akar umbi yang agak skeptikal dengan Mukhriz Mahathir "Apa jasa dia pada UMNO selama ini, layakkah beliau diangkat sebagai Naib Presiden"?


PEMIMPIN BERJIWA BESAR AKAN SENTIASA MEMPUNYAI SIKAP POSITIF

Soal jasa seseorang pemimpin terhadap parti sebenarnya cukup subjektif. Ukuran dan had bagaimana yang menentukan seorang pemimpin itu telah berjasa kepada UMNO payah untuk diberi 'benchmark'. 10 tahun ? 20 tahun ? 30 tahun ? Tun Dr Mahathir pun terpaksa mengambil masa lebih daripada 30 tahun untuk dilihat telah berjasa kepada UMNO. Begitu juga dengan Dato Seri Najib yang masih dalam lingkungan dua penggal menjadi Presiden UMNO, apakah Dato Seri Najib tidak mempunyai jasa terhadap parti selama ini ?

'Benchmark' yang bagaimana untuk dilihat sebagai sudah berjasa kepada UMNO ? Mukhriz Mahathir pun baharu bergiat aktif dalam politik lebih kurang dalam 10 hingga 12 tahun. Itu pun DIHALANG oleh Tun Dr Mahathir untuk tidak bergiat aktif dalam politik sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri agar tidak berlaku 'conflict of interest'.

Merampas Kedah dari tangan pembangkang sudah boleh dianggap sebagai jasa beliau sedikit sebanyak terhadap parti [ walaupun bukan beliau seorang sahaja yang melakukannya tanpa bantuan akar umbi ].

Apa yang penting adalah 146,500 KINGMAKER UMNO ini tidak boleh terpengaruh dengan apa jua bentuk TAWARAN, JANJI dan IKRAR semata-mata. Pilihlah calon yang benar-benar BOLEH BEKERJA dan EFEKTIF kalau mahu UMNO TERUS HIDUP. Jangan bercakap soal PEREMAJAAN UMNO kalau 146,500 KINGMAKER UMNO ini masih mengidap SINDROM TIPIKAL UMNO.

Perlu diingat, UMNO memerlukan sokongan kritikal dari kumpulan PROFESIONAL MUDA berusia 40 tahun ke atas dan golongan ATAS PAGAR. Golongan inilah yang akan menjadi "PENENTU KUASA HAYAT POLITIK UMNO" pada masa hadapan.

Nasihat aku kepada 146,500 pemilih adalah mudah saja, pilihlah Mukhriz untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang. Kita perlukan pemimpin bersih dan boleh buat kerja. Ketika ini Mukhriz dapat menjaga negeri Kedah dengan begitu baik sekali dan aku percaya Mukhriz boleh bawak suara Melayu Islam.

Jom kita pastikan Mukhriz Mahathir menjadi Naib Presiden UMNO.

SEKAT? UGUT? TARIK DIRI? BILA NAK BERUBAH NI?

Posted: 24 Sep 2013 11:43 PM PDT

Aku terkejut dengan pendedahan The Unspinners KLIK SINI. Siapakah yang mereka maksudkan? Kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali?

Bile kite dengan AMARAN sebegini keluar, ada baiknya kita hampar SEJADAH dan mintak petunjuk dari yang MAHA ESA......

LAPORAN HARIAN DARI TANAH SUCI BERSAMA PORTAL PERAK TODAY!

Posted: 24 Sep 2013 06:00 PM PDT


Aku dapat tahu Perak Today akan melaporkan dari Tanah Suci Makkah setiap hari, portal pertama dalam negara yang akan melaporkan segala berita dari Tanah Suci secara Eksklusif. Kepada sesiapa nak tahu apa updates dari Tanah Suci Mekah, maka boleh la layari portal tersebut di www.peraktoday.com

Ini artikel pertama Perak Today, aku nak kongsi dengan korang:

Saya Redha Dengan Ketentuan Ilahi': Rosnamsiati:

"Ajal maut adalah ketentuan Allah SWT dan saya redha dengan takdir Allahyarham pergi dalam sekelip mata. Saya tabahkan hati kerana Allah lebih sayangkannya," demikian ujar Rosnamsiati Mohd Daham, balu arwah Hashim Abdul Latif yang meninggal dunia di Makkah, Sabtu lalu.

Allahyarham Hashim, 60, menghembuskan nafasnya terakhir pada jam 12.01 pagi waktu Makkah setelah pengsan akibat terjatuh dalam bilik mandi.

Menurut Rosnamsiati, 59, arwah suaminya pernah mengadu sakit dada dan pasangan itu berjaya melaksanakan ibadah umrah setelah tiba di Tanah Haram beberapa hari sebelum kejadian.

Allahyarham Hashim dan Rosnamsiati berasal dari Kampung Rapat, dekat Ipoh.

Baca seterusnya di Perak Today...

TERKINI! LAGI SENARAI CALON YANG AKU SOKONG UNTUK TRANSFORMASI UMNO!

Posted: 24 Sep 2013 03:17 PM PDT

Ini aku nak nasihat sikit sama tukang kempen calon-calon yang korang bawak ni, baik bloggers mahupun facebookers ataupun twitters. Sokong la pemimpin mana korang nak dan aku mintak tolong jangan la hentam calon lain kalau pun korang tak suka.

Dont start something that you cannot stop ok! Aku mintak tolong ni. Lepas ni aku tak nak cakap aku nak tengok je siapa yang bawak calon then dia bantai calon lain, kata pilihan adik beradik kan? So lets act like one.

So aku nak promo seorang calon yang aku suka dan aku nampak boleh buat sesuatu untuk UMNO, calon tersebut adalah Sohaimi Shahdan. Mari kita tonton video dibawah ni:

Isu dia bawak ni best, pasal blacklist. Ramai orang melayu tersangkut dan tak boleh nak membuat pinjaman samada untuk beli rumah atau untuk berniaga kerana dah diblacklist. Menarik ni, aku harap Shohaimi boleh bantu orang melayu yang tersangkut dengan belenggu BLACKLIST.

Lagi seorang calon favorite aku untuk Exco Pemuda UMNO ialah Fathul Bari, tak payah nak cerita banyak sangat pasal dia sebab ramai dah kenal dia siapa. Maka aku menyokong penuh akan UFB
Kalau nak buat perubahan inilah masanya...berubahlah...kena berani berubah ok. Bila cerita pasal BERANI BERUBAH maka kita semua ingat slogan keramat inilah yang digunakan oleh Mukhriz Mahathir pada tahun 2009 semasa beliau bertanding Ketua Pemuda masa tu.

Calon seterusnya yang paling aku suka untuk menjadi Naib Presiden adalah Mukhriz Mahathir. Mari kita ikuti wawancara beliau yang dirakamkan oleh Minaq Jinggo dibawah ni:

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...