House PK |
ARTIKEL MENARIK DARI BLOGGER YANG JUGA KETUA CAWANGAN UMNO TAIPINGMALI! Posted: 31 Aug 2013 08:46 AM PDT Bila sebut sahaja kegiatan kongsi gelap atau gangster, bandar Taiping dan Penang tidak boleh dipisahkan, Ini lah bandar yang menjadi ibu kepada kegiatan kongsi gelap yang ada sekarang. Di Taiping juga pernah berlaku pergaduhan yang amat besar dan mengorbankan banyak nyawa, mayat bergelempangan dan jalan raya menjadi merah dengan darah manusia. Kongsi gelap cukup ganas dan pernah memeras ugut Sultan Perak untuk menuntut ganti rugi. Kegiatan kongsi gelap di Taiping terlibat dalam dunia perjudian, perdagangan, pelacuran dan sebagainya. Terdapat dua puak kongsi gelap yang sangat digeruni di Taiping dan mereka adalah terdiri daripada kaum Cina dari puak Ghee Hin yang bertapak di Taiping dan Hai San dari Pulau Pinang. Ini lah sejarah yang berlaku lebih 150 tahun yang lalu dan peperangan tersebut dinamakan Peperangan Larut 1, 2, 3 dan 4. Penamat kepada peperangan tersebut termetrilah satu perjanjian perdamaian yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor dan British dengan cara halus mula campur tangan dalam pentadbiran Perak. Kini Taiping merupakan sebuah bandar warisan yang aman selama-lamanya. Kegiatan kongsi gelap tetap ada tetapi dalam kelompok yang kecil. Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kongsi gelap, perang larut dan campur tangan British di Perak boleh lah berkunjung ke Muzium Ngah Ibrahim di Matang Taiping. Sumber: Taipingmali |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment