BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! FILEM #TANDAPUTERA DEDAH KAITAN DAP DENGAN KOMUNIS !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! HARAMKAN FILEM #TANDAPUTERA ADALAH KERJA BODOH DAN FIKIRAN SEMPIT !!!
- HOT NEWS !!! TAHNIAH DS @ZAHID_HAMIDI DI ATAS KEBERANIAN GEMPUR GENG KONGSI GELAP !!!
- EKSKLUSIF !!! FILEM #TANDAPUTERA VS FILEM KOMUNIS !!! MANA LAGI BAGUS ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! HISHAMUDDIN RAIS HINA TARIKH 31 OGOS !!! VIDEO INSIDE !!!
- HOT NEWS !!! IBRAHIM ALI MEMPERTAHANKAN KENYATAAN KETUA WIRA PERKASA !!!
BONGKAR !!! FILEM #TANDAPUTERA DEDAH KAITAN DAP DENGAN KOMUNIS !!! WAJIB BACA !!! Posted: 31 Aug 2013 08:30 AM PDT Parti rasis Dap terus menperjuangkan politik perkauman pula apabila enggan untuk menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang.Kemelut baru ini adalah tambahan masalah baru yang dibawa kepada agenda nasional perpaduan kaum di negara ini di samping isu penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksukutif Pusat parti itu.Setiausaha Agung Dap merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng memberi alasan filem mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969.Yang peliknya jika Dap yang suka menyaman mana-mana pihak yang cuba memcemarkan imej 'suci'nya akan diambil tindakan undang-undang melalui saman.Ini telah dilakukan terhadap media arus perdana terutamanya akhbar Utusan Malaysia dan saluran televisyen TV3. Dap mempertikai adegan kencing di tiang bendera oleh watak yang kononnya di katakan Lim Kit Siang yang masih muda ketika itu.Kit Siang pula bermati-matian mengatakan beliau tidak terlibat langsung secara langsung dengan tragedi 13 Mei dengan memberi alasan berada di Sabah ketika Kuala Lumpur terbakar dengan rusuhan kaum.Nah,jika benar seperti yang didakwa beliau,apa lagi silakanlah menyaman penerbit filem tersebut,Shuhaimi Baba.Rakyat mahu tengok kejantanan Dap yang selama ini berselindung di sebalik undang-undang untuk menutup segala kepincangannya.Hakikatnya,Dap tidak akan menyaman mana-mana pihak yang berkait dengan produksi Tanda Putera kerana apa yang dipaparkan adalah benar belaka.Penerbit mahu mendedahkan sebenar mungkin fakta-fakta kejadian 13 Mei yang selama tersembunyi daripada pengetahuan rakyat. Sebab itulah berusaha keras menentang penayangan filem itu supaya peranan sebenarnya sebagai dalang dalam tragedi yang meragut lebih 2,000 nyawa itu tidak diketahui umum. Fakta yang menunjukkan bahawa Dap terbabit secara langsung untuk mengapi-api sentimen anti-Islam dan anti-Melayu bersama-sama elemen-elemen Parti Buruh dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.Perarakan besar-besar yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Dap dan parti berhaluan kiri yang lain di kawasan-kawasan penduduk Melayu di Kampung Baru membuktikan mereka mempunyai agenda untuk mencetuskan sengketa kaum untuk mengalih alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu.Laungan yang mengandungi maki hamun dan cacian terhadap orang Melayu dan anggota polis Melayu sudah cukup menjadi bukti bahawa Dap bukan sahaja mengadakan perarakan politik untuk meraikan kemenangan mereka di Selangor untuk mewujudkan suatu suatu ketegangan yang akhirnya akan menjurus seluruh negara ke dalam kancah peperangan.Agenda Dap ialah untuk mengembalikan keadaan di mana anasir komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap orang Melayu setelah pihak tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu setelah kakah dalam Perang Dunia Kedua. Ini adalah perancangan licik Dap supaya apabila keadaan huru hara berlaku,maka mudahlah anggota komunis mengangkat senjata untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Melayu.Dap hanya bertindak sebagai 'political front' atau wajah politik bagi Parti Komunis Malaya.Tragedi 13 Mei adalah bukti nyata apakah bentuk perancangan dan tindakan Dap di Malaysia sekiranya mereka berjaya merampas kuasa. Jika baru berkuasa di Pulau Pinang,Dap sudah menunjukkan taring menjadi hero untuk menekan tayangan filem Tanda Putera,apa agaknya akan dilakukan jika berjaya merampas Putrajaya ??? Dap tidak akan berjaya menjayakan agenda mereka tanpa mendapat sokongan dan kerjasama puak Melayu yang rela mengkhianati agama, bangsa dan negara mereka sendiri demi nikmat kuasa.Pas dan PKR telah merelakan diri mereka di kuasai dan ditunggangi Dap seperti keldai kerana pemimpin-pemimpin mereka yang tamakkan kuasa.Anwar Ibrahim umpamanya tidak segan silu untuk bersekongkol dengan Dap asalkan dia dapat merasai kerusi empuk perdana menteri. Itu sajalah matlamatnya selama ia berpolitik iaitu untuk menjadi perdana menteri bukannya untuk membela nasib rakyat.Kalau Anwar sudah menjadi talibarut Zionis-Yahudi antarabangsa untuk menghancurkan Islam dan Melayu apakah sangat menjadi talibarut Dap pula ??? Filem Tanda Putera akan membuka mata rakyat khususnya orang Melayu tentang bahawa yang bakal mereka hadapi jika terus mempercayai Dap dan PKR manakala Pas hanya digunakan sebagai budak suruhan yang tidak berani menentang tuannya.Dap perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana agenda parti itu tidak secocok dengan fahaman komunisme yang cuba diterapkan secara halus di dalam masyarakat negara ini. APA KATA ANDA ??? SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56 !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! HARAMKAN FILEM #TANDAPUTERA ADALAH KERJA BODOH DAN FIKIRAN SEMPIT !!! Posted: 31 Aug 2013 05:00 AM PDT Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak.Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti.Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia,Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut.Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik.Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas. Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya.Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam.Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa,filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab.Namun begitu,keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas.Ini kerana beliau atau mana-mana ahli PR belum lagi menonton filem tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar ??? Secara tuntasnya saya boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional,lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh PR sahaja ??? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat,tetapi tidak mengikut ideologi PR,maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan ?? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat ??? Apa yang ditakuti oleh PR sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut.Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem "low-class" (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat ??? Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia.Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969.Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal.Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup.Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera.Bagi penduduk Pulau Pinang,diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini.Ini adalah kerana,seperti semua filem tempatan yang lain,ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam.Usaha,Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh.Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton.Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia,walau dimana ceruk rantau sekalipun. APA KATA ANDA ??? SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56 !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! TAHNIAH DS @ZAHID_HAMIDI DI ATAS KEBERANIAN GEMPUR GENG KONGSI GELAP !!! Posted: 31 Aug 2013 01:30 AM PDT Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi.Kes-kes ragut terjadi hampir setiap hari di mana ia pantas dijadikan modal politik untuk pembangkang menyerang kerajaan dan memburuk-burukkan pihak polis.Dari situ,pembangkang membina persepsi seolah-olah polis Malaysia lembab,korup dan bodoh.Pantang ada kesempatan,pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah.Namun,pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat,pembangkang turut mendesak agar Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan. Dengan desakan berterusan,pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan dihapuskan.Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus mereka ini dibebaskan,jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun berlaku.Sejak dari itu,jenayah bunuh,sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir setiap hari.Apa yang menarik ialah,mereka yang berjaya ditangkap,hampir semuanya mempunyai hubungkait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.Dari kronologi ini,tidak salahlah jika rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat Bagi memulihkan keadaan,pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan.Malangnya,tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi dipersoalkan pula.Nampaknya,pembangkang lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia,berbanding memikirkan keselamatan rakyat.Namun,saya bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi.Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada.Setakat ini,sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambilkira sentimen politik.Sepatutnya,semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daripada politik.Seharusnya,pembangkang mula memahami bahawa rakyat tidak gemar kepada penjahat,penjenayah,pembuat huru-hara dan pengkhianat dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini.Kesimpulannya,rakyat mahukan lebih banyak Zahid Hamidi. APA KATA ANDA ??? SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56 !!! RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! FILEM #TANDAPUTERA VS FILEM KOMUNIS !!! MANA LAGI BAGUS ??? WAJIB BACA !!! Posted: 30 Aug 2013 10:00 PM PDT Antara Filem,Seni,Budaya,Bangsa dan Politik DAP Filem Tanda Putera menjadi kontroversi hebat dan telah tertangguh kelulusan penayangannya begitu lama hanya kerana DAP takut perangai buruk mereka terserlah.Filem sejarah yang menyentuh tragedi 13 Mei itu akhirnya ke pawagam juga setelah orang-orang Melayu bangkit memperjuangkannya.Perkembangan ini menjadikan DAP panas punggung sehinggakan sanggup menghalang penayangannya di negeri yang dikuasai mereka.DAP juga cuba mewar-warkan kepada semua konon filem ini adalah fiksyen serta enggan mengakuinya sebagai sejarah.Pelik sekali kerana DAP tidak pulak menghentam filem The New Village oleh Namewee yang merupakan sebuah fiksyen,tetapi cuba dipaparkan sebagai sejarah.Mungkin kerana itulah DAP begitu gusar kerana menjangkakan filem Tanda Putera juga mempunyai unsur manipulasi yang sama seperti The New Village.Untuk pengetahuan pembaca yang menyokong DAP,Shuhaimi Baba bukanlah pembikin filem jalanan seperti Namewee.Shuhaimi Baba merupakan seorang professional yang bertanggungjawab dalam membentangkan karyanya dan bukan sekadar ingin membikin filem untuk melepaskan geram atau kebencian pada mana-mana pihak. eliau pastinya telah mengkaji dan telah berfikir sedalam-dalamnya dari segenap aspek sebelum memilih untuk membawa kepada kita 'Tanda Putera'.Ini kerana,seorang pembikin filem mempunyai tanggungjawab ke atas seni,moral,jatidiri dan juga pembentukan pemikiran masyarakat sekali gus perlu mampu menghayati aspirasi negara serta menyebarkannya.Namewee,sebaliknya,berada terlalu jauh di belakang Shuhaimi dalam dunia perfileman.Pembikin filem seperti Namewee yang membawa bersamanya dendam perkauman yang membara hanya akan mengkucar-kacirkan pemikiran masyarakat.Jika Shuhaimi Baba mendidik masyarakat agar menghayati sejarah dan belajar daripadanya demi keharmonian negara,Namewee pula membawa mesej yang jauh bertentangan iaitu supaya masyarakat bersangka buruk terhadap kerajaan serta menafikan sejarah,sekali gus mengundang risiko berulangnya sejarah hitam.Andainya Namewee enggan belajar dari Shuhaimi Baba kerana terlalu memandang rendah terhadap orang-orang Melayu,maka beliau wajar belajar dari seorang sutradara Indonesia iaitu Teguh Karya. Untuk pengetahuan Namewee pula,Teguh Karya,telah pergi meninggalkan kita pada 11 Disember 2001.Beliau merupakan seorang Pengarah hebat yang amat dihormati di kalangan rumpun Melayu di rantau ini.Teguh melahirkan bintang-bintang besar seperti Slamet Raharjo,Christine Hakim,Ayu Azahari dan Alex Komang.Filem-filem arahan Teguh menyingkap patriotisme,seni dan budaya.Antaranya,Wajah Seorang Lelaki,Doa Tanda Mata,Badai Pasti Berlalu,November 1828 dan lain-lain lagi yang kebanyakannya merangkul banyak trofi di Indonesia dan juga di peringkat antarabangsa.Atas kebolehan beliau itu,beliau juga sering diundang berceramah di universiti luar negara.Filem-filem Teguh di gambarkan sebagai khazanah berharga bangsa Indonesia untuk mengenal wajah,jati diri dan perjuangan.Selain khazanah berharga untuk negaranya,Teguh turut meninggalkan pengajaran untuk renungan mereka yang sebangsa dengannya yang berada di tengah-tengah rumpun Melayu.Ya,Teguh Karya adalah berbangsa Cina. Nama sebenar beliau adalah Steve Liem Tjoan Hok.Namun,Teguh memahami bahawa beliau perlu menjunjung langit di mana kakinya berpijak.Bukan sekadar itu,beliau juga turut menyebatikan dirinya dengan alam di mana udaranya dihirup.Beliau menjulang sejarah Indonesia purba sebagai sejarahnya serta menjunjung budaya Indonesia sebagai budayanya.Sesungguhnya beliau adalah seorang warga Indonesia yang sebenar-benarnya biarpun darahnya adalah Cina.Melihat dari sejarah Teguh,di manakah kedudukan Namewee dalam dunia seni Malaysia ??? Namewee tidak menyumbang apa-apa selain merosakkan pemikiran masyarakat dengan mengajak kita memperlekeh dan memandang rendah pada satu pihak (kaum) di samping memanipulasi fakta sejarah.Filem-filem Namewee langsung tidak punya roh Malaysia malah langsung tidak berpijak di bumi nyata.Namewee hanya memaparkan filem dari otak seorang Cina yang sempit dan hati seorang Cina yang busuk.Ia langsung tidak membawa nilai budaya, bangsa Malaysia mahupun moral kepada masyarakat. APA KATA ANDA ??? SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56 !!! RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 30 Aug 2013 07:00 PM PDT kurang ajar si Hishamuddin Rais ni,dia kata tarikh 31 ogos yang diraikan oleh Rakyat Malaysia tiap-tiap tahun untuk Hari Kemerdekaan adalah hari malapetaka ??? lepas tu nak suruh kibar bendera macam komunis.bendera apa tu ??? apapun saya malas nak komen panjang-panjang.sejak ISA dihapuskan,menjadi-jadi hishamuddin rais ni. LIHAT VIDEO DI BAWAH APA PUN SAYA RESPECT BROTHER YANG MEMPUNYAI SEMANGAT MERDEKA !!! LIHAT VIDEO DI BAWAH APA KATA ANDA ??? SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 56 !!! RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! IBRAHIM ALI MEMPERTAHANKAN KENYATAAN KETUA WIRA PERKASA !!! Posted: 30 Aug 2013 05:00 PM PDT Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan. Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi. "Saya nafi dengan keras," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my hari ini.Ahad lepas Ketua Wira Perkasa,Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan. "Apapun,itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa.Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan,mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa," katanya.Sementera itu,Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. "Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan," katanya. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment