BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! FILEM #TANDAPUTERA !!! ZAINUDDIN MAIDIN MEMBELASAH LIM KIT SIANG ANAK BERANAK KAW-KAW !!!
- KANTOI !!! FAKTA YANG ANWAR IBRAHIM SEMBUNYIKAN SELAMA INI TERBONGKAR !!!
- HOT NEWS !!! MINYAK NAIK 20 VS SURCAJ AIR NAIK 100 PERATUS !!! MANA 1 ANDA PILIH ???
- EKSKLUSIF !!! PENGURANGAN SUBSIDI !!! LANGKAH POSITIF KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI !!!
- HOT NEWS !!! KERAJAAN PERLU PERTIMBANGKAN SEMULA TAMBAT NILAI RINGGIT !!!
Posted: 04 Sep 2013 08:30 AM PDT Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei.Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura,Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya : Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu? kenapa Keretaapi Tanah Melayu ? dan mengapa Raja Melayu ? ( Baca buku Memoirs of Lee Kuan Yew) Pada petang kejadian 13 Mei 1969,saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan : Orang kita dah kena!orang kita dah kena! Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama,Tunku Abdul Rahman Putra dalam pekara ini adalah benar dan tepat. Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan.Orang orang yang tidak berdosa telah mati.Saya kutuk,saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew.Racun yang mereka semai telah membunuh.Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung" Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar.Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif.Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan. Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan " Ini kalilah." Populasi Melayu akan bertambah,profesional Melayu akan semakin ramai.Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa,pemerentahan BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei,DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara.Dia mahu terasing dari aliran perdana,dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya. Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni,makmur dan aman damai. Tun Razak memberitahu doctornya : "Saya mahu sedikit masa lagi." tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! FAKTA YANG ANWAR IBRAHIM SEMBUNYIKAN SELAMA INI TERBONGKAR !!! Posted: 04 Sep 2013 05:35 AM PDT kantoi sudah.satu lagi fakta anwar ibrahim sembunyikan telah terbongkar.masihkah anda ingat Anwar Ibrahim kononnya ingin memberikan pendidikan percuma di negara malaysia sekiranya jadi PM.anwar ibrahim dan pakatan juga telah mengagung-agungkan negara Turki yang memberi pendidikan percuma kepada rakyat kerana kononnya mereka mengagihkan kekayaan negara untuk pendidikan.Tetapi satu perkara penting yang tidak diberitahu rakyat Malaysia ialah harga petrol di negara Turki adalah yang paling mahal sekali di dunia.tak percaya ??? lihat gambar di bawah anda faham tak maksud saya.cuba fikir sejenak.kecoh pasal 20 sen petrol naik.kalau anda nak tahu,harga minyak di Malaysia masih kelapan terendah di dunia dengan jumlah subsidi bahan api yang ditanggung kerajaan pada tahun ini berjumlah RM23.7 bilion.Buat masa ini di negara asean,harga RON 95 dan diesel di Thailand masing-masing adalah RM4.74 dan RM3.06,manakala Singapura (RM5.56 dan RM4.32),Indonesia (RM3.43 dan RM3.05) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32).mana yang lebih rendah ??? Malaysia kan ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MINYAK NAIK 20 VS SURCAJ AIR NAIK 100 PERATUS !!! MANA 1 ANDA PILIH ??? Posted: 04 Sep 2013 01:30 AM PDT Harga minyak naik ? Sakit hati ? Frust ? Dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur-baur ? Tak dinafikan.memang lah semua tu ada,sama macam apa yang penduduk Penang rasa baru-baru ni bila Lim Guan Eng naikkan surcaj air 100% .Tapi dalam masa yang sama,mereka yang layak terima BR1M dikatakan akan dapat bantuan yang lebih berbanding jumlah yang diterima sebelum ini.Jadi pengumuman PM tentang kenaikan harga minyak ada pro dan kontranya.Kali terakhir minyak dinaikkan ialah pada penghujung tahun 2008,jadi lebih kurang 4 tahun setengah rakyat Malaysia menikmati harga minyak RM1.90 seliter selama 4 tahun setengah walaupun dalam tempoh tu harga minyak dunia adakalanya naik mendadak.Sebenarnya,kenaikkan harga minyak ni boleh dijangkakan kalau melihat kepada trend peningkatan harga minyak sedunia. Maka bila harga minyak dinaikkan kerajaan maka timbullah macam2 persepsi terutama dari yang di sebelah sana,tak kurang juga dari mereka yang menyokong kerajaan.Ramai yang bimbang bila harga minyak naik,maka macam2 harga lagi akan naik.Tapi bila minyak turun,harga yang dinaikkan tadi tak pula turun.Oleh yang demikian diharapkan kerajaan perlu ada mekanisma untuk mengawal kenaikkan-kenaikkan yang lain.Kita faham kenaikkan harga pasti berlaku apabila permintaan melebihi bekalan yang ada.Itu adalah teori ekonomi yang asas.Jumlah kenderaan pada tahun 2008 bukannya makin sedikit tetapi makin bertambah.Apabila kenderaan makin bertambah,permintaan terhadap bahan bakar kenderaan juga bertambah.Bila dibangkitkan soal "supply-demand" ni ,maka akan ada pula yang akan mempersoalkan status Malaysia sebagai negara pengeluar minyak .Soalnya sekarang adakah "argument" Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh diguna pakai apabila negara ini menjadi "crude oil nett importer" dan bukan lagi "nett exporter". Maksudnya minyak yang kita eksport kurang dari minyak yang kita import.Timbul pula cerita kenapa minyak yang kita "export" tu tak diguna pada rakyat negara ini saja ? Mungkin ramai yang tak tahu atau terlupa minyak di Malaysia adalah dari jenis bermutu, atau orang dalam industri panggil "sweet crude" ,bila bermutu ia diguna dalam industri-industri tertentu dan bukan untuk jadi bahan bakar kenderaan darat.Yang jadi bahan bakar kenderaan darat ialah dari jenis "sour crude",yang jenis ini lah kita import,yang kita eksport ke luar ialah jenis "sweet crude".Apa jadah rakyat Malaysia naik kereta isi minyak dari jenis "sweet crude" sedangkan ia boleh dijual ke luar dan bagi pendapatan lebih pada negara.Senang cerita macam ni la.kita bawak kereta kancil tapi isi minyak yang kelasnya untuk F1 punya perlumbaan.Gua pun sedih minyak naik harga,tapi itu lah ada pro dan kontra.Kita lihat kenaikkan ni berlaku pun akibat kenaikan di seluruh dunia.Malaysia terikat dengan harga minyak dari negara2 yang kita import minyak jenis "sour crude" dari mereka.Pilih Pakatan yang janji boleh turun harga minyak? Come on lah.Guan Eng sebelum ni pun dah janji harga air kat Penang takkan naik,last-last lepas secure Penang, naik jugak.. - Bidaman DAH DAPAT PENJELASAN ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! PENGURANGAN SUBSIDI !!! LANGKAH POSITIF KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI !!! Posted: 03 Sep 2013 09:51 PM PDT Pengurangan subsidi minyak yang diumumkan kelmarin mengundang reaksi 'panas' di kalangan rakyat dari semua golongan.Sebahagian dari mereka kelihatannya cuba bersikap rasional dan menerima kenaikan ini sebagai sesuatu yang perlu dan harus diterima walaupun sedikit kecewa.Namun,secara umumnya rata-rata rakyat Malaysia masih bersyukur kerana minyak di negara ini masih berada di kadar termurah berbanding jiran-jiran terdekatnya.Setakat ini,harga minyak di Thailand adalah RM4.71,Filipina RM5.85,Singapura RM5.48, Indonesia RM3.08 dan Malaysia RM2.10.Pengurangan subsidi minyak sebenarnya perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan jauh.Perlu diingatkan bahawa Malaysia kini dalam 'perlumbaan' untuk menjadi negara berpendapatan tinggi sedangkan ekonomi dunia hari ini berada di dalam keadaan tidak menentu. Untuk itu,Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan kesan langsung dan tidak langsung dari perkembangan politik global.Defisit Malaysia yang mencecah RM14 billion dan juga hutang negara yang mencatatkan kadar 53% berbanding GDP telah memaksa kerajaan lebih aktif dalam usaha merancakkan ekonomi.Salah satunya adalah dengan meningkatkan usaha untuk menarik pelaburan asing.Untuk itu,persepsi asing terhadap Malaysia amatlah penting.Malangnya,berdasarkan laporan penyelidikan yang dilakukan oleh Fitch Ratings,Malaysia telah mencatatkan pandangan negatif dalam beberapa bulan selepas PRU-13.Laporan yang negatif mampu mempengaruhi persepsi pelabur untuk mengeluarkan pelaburan sedia ada dari negara ini sekali gus menjejaskan peluang negara untuk mendapat pelaburan baru.Sekiranya ini berlaku,ia pastinya merupakan bencana kepada negara. Justeru,bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing,kita perlu memulihkan persepsi pelabur dengan meningkatkan kedudukan dalam Fitch Ratings.Ini boleh dicapai dalam kadar segera dengan mengurangkan subsidi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan mengurangkan defisit.Tindakan ini bukan sahaja mampu memulihkan persepsi asing pada kadar segera,tetapi juga dijangka membantu memberangsangkan ekonomi dalam jangka panjang,sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah BR1M kepada rakyat berpendapatan rendah.Selain peningkatan kadar BR1M,RM1.1 billion yang dapat dijimatkan melalui pengurangan subsidi,akan digunakan untuk projek-projek pembangunan di luar bandar,termasuk Sabah dan Sarawak.Dari situ,saya turut menjangkakan peningkatan pendapatan di kalangan penduduk luar bandar.Beberapa program lain turut dicadangkan,antaranya,skim insurans untuk golongan berpendapatan rendah.Secara dasarnya,langkah mengurangkan subsidi ini dilihat sebagai persediaan awal ke arah sebarang kemungkinan dalam menghadapi cabaran global yang semakin genting dan tidak terjangka.Sehubungan dengan itu,rakyat Malaysia perlu dipersiapkan dengan sikap dan mentaliti yang sewajarnya bagi meningkatkan daya saing di peringkat individu 'Mentaliti subsidi' perlu dikikis secara perlahan-lahan,namun tidak terlalu perlahan.Oleh yang demikian,masyarakat perlu turut memainkan peranan untuk sama-sama menyertai 'perlumbaan' ke arah negara berpendapatan tinggi yang kita idam-idamkan. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KERAJAAN PERLU PERTIMBANGKAN SEMULA TAMBAT NILAI RINGGIT !!! Posted: 03 Sep 2013 07:10 PM PDT Dalam kepayahan kita mencerna berita pengurangan subsidi minyak,berbagai-bagai persoalan dikemukakan mengenai rasionalitinya tindakan ini diambil.Ramai yang melihat bahawa pengurangan subsidi minyak seharusnya menjadi pilihan terakhir untuk merancakkan ekonomi negara.Ini bukan kali pertama subsidi dikurangkan.Dari pengalaman Malaysia,telah beberapa kali subsidi dikurangkan dan setiap kali juga ia akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.Apa yang penting ialah kerajaan harus menunjukkan bahawa langkah ini diambil sebagai pilihan terakhir.Dalam pemerintahan Tun Mahathir,kenaikan harga minyak diimbangi dengan kenaikan cukai hiburan,cukai korporat,cukai minuman keras, rokok dan sebagainya.Dengan cara itu,ekonomi negara terus rancak dan rakyat juga tidak marahkan kerajaan.Dalam menghadapi krisis kewangan pula,Tun Mahathir melaksanakan kaedah tambatan ringgit,sekali lagi bagi mengelakkan rakyat bawahan menerima kesan yang besar. Kaedah ini dilihat sesuai digunakan pada hari ini di mana keadaan Ringgit Malaysia yang semakin merudum.Hari ini,Ringgit Malaysia jatuh ke paras rendah berbanding dolar Amerika untuk tempoh tiga tahun dan 15 tahun rendah berbanding dolar Singapura menjadikan dagangan import lebih mahal sementara nilai eksport lebih rendah meskipun jumlah eksport menurun.Justeru,tambatan nilai ringgit harus dilakukan segera bagi mengelakkan nilai ringgit terus jatuh.Secara ringkasnya,pengurangan subsidi adalah tidak perlu sekiranya beberapa langkah lain dilaksanakan.Apa yang lebih membimbangkan ialah desas-desus bahawa kerajaan bakal mengambil langkah yang bertentangan dari yang diambil oleh Tun Mahathir dalam menghadapi situasi sama.Jika Tun Mahathir memilih untuk menaikkan cukai korporat dan menyalurkan pendapatan dari situ kepada golongan berpendapatan rendah melalui subsidi,kerajaan hari ini dikhabarkan akan mengurangkan lagi cukai korporat atas alasan untuk merancakkan ekonomi.saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk menggunakan penjimatan dari pengurangan subsidi minyak bagi pembangunan luar bandar,peningkatan kadar BR1M dan program-program kewangan untuk golongan berpendapatan rendah. Namun,jumlah RM1.1 billion tidak mungkin mampu melonjakkan kedudukan ekonomi masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi menyaingi golongan berpendapatan tinggi.Sebaliknya,ekonomi yang rancak hasil dari pengurangan cukai korporat dan dasar terbuka akan melipatkan-gandakan pendapatan golongan berpendapatan tinggi.Keadaan ini akan menyebabkan harga hartanah meningkat berlipat kali ganda,begitu juga dengan harga barangan harian.Kadar peningkatan pendapatan kedua-dua golongan yang tidak seiring akhirnya akan melebarkan lagi jurang ekonomi.Di kala golongan berpendapatan tinggi melonjak secara drastik,golongan berpendapatan rendah masih merangkak untuk membina ekonomi keluarga. Dari segi politik pula,tindakan tidak popular tidak seharusnya diambil jika masih ada cara lain.Rakyat berpendapatan rendah dan luar bandar mungkin merasa gembira dengan pengumuman peningkatan BR1M,tetapi rakyat berpendapatan sederhana yang merupakan kumpulan paling ramai menggunakan RON95 tertanya-tanya apakah faedahnya untuk mereka.Ini menimbulkan persoalan sinis dan kritikal terhadap kerajaan kerana mereka tidak layak menerima BR1M serta tidak pula mampu menyertai 'pesta ekonomi' golongan berpendapatan tinggi.Mereka terperangkap dalam kos sara hidup dan hartanah yang melonjak tinggi di bandar.Memandangkan masalah utama ialah penurunan nilai ringgit,maka sebaiknya kerajaan menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkannya terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa membuat keputusan.Dengan itu,kaedah tambatan nilai ringgit dilihat sebagai kaedah paling tepat.Kaedah ini akan membantu meningkatkan populariti kerajaan di kalangan rakyat marhaen serta membawa kesan jangka panjang yang lebih baik dari segi mendekatkan jurang ekonomi di dalam masyarakat.ini adalah pandangan saya untuk kerajaan.terima kasih kerana membaca. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment