Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Perghh Lemang Beperisa Katak!!

Posted: 08 Aug 2013 11:43 PM PDT


Artikel edisi syawal


HATI-HATI !! Bagi yang beli lemang tepi jalan hati-hati.... periksa dahulu sebelum makan.... jgn sampai ada perisa katak atau katak puru... ada kes melibatkan rakan rakan aku termakan lemang yang ada katak..

Tapi takdelah sampai meninggal atau tercedera setelah makan lemang katak ini sebagaimana kes ibu mengandung yang dikatakan meninggal akibat makan lemang berperisa ular berbisa.

Namun sudah pasti akan meninggalkan kesan mendalam dan memualkan terhadap pemakan lemang perisa katak ini.
Jadi berhati hatilah dan sentiasa amalkan kebersihan dalam pemakanan dan penyediaan makanan.

Sumber Anak Seberang

HOT INFO! Jalan Kaki Sejauh 5,700KM Ke Makkah!

Posted: 08 Aug 2013 08:40 PM PDT


Seorang warga Bosnia bernama Senad Hadzic, 47, berjaya mengharungi pelbagai cabaran sejauh 5,700 km dalam masa 314 hari dengan merentasi tujuh negara termasuk Syria.

Hadzic turut membawa beg galas seberat 20 kilogram bagi merealisasikan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

"Saya tiba di Syria dan berjalan sejauh 500 km merentasi negara itu dalam tempoh 11 hari. Berikutan konflik meruncing di negara tersebut, saya juga terpaksa melalui pemeriksaan di puluhan pos kawalan keselamatan yang dikawal oleh tentera kerajaan dan pemberontak.

Bagaimanapun, saya tidak pernah ditahan oleh mereka kerana segala urusannya seperti dipermudahkan oleh ALLAH SWT," katanya.

Selain itu, Hadzic terpaksa berhadapan dengan perubahan suhu di beberapa negara.

Menurutnya yang terendah dicatatkan adalah -35 darjah Celsius di Bulgaria, manakala suhu paling panas adalah 44 darjah Celsius di Jordan.

Sebelum tiba di Makkah, beliau terkandas beberapa minggu di Istanbul untuk memperoleh kebenaran bagi merentasi Selat Bosphorus.

Dia juga terpaksa menunggu dua bulan di sempadan Jordan-Arab Saudi untuk mendapatkan visa.

Masyallah di akhir zaman ni masih ada lagi orang macam ni.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...