Kedah Ke KL - MctHeory |
- Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari McTheory!!
- INFO! Sokong @UstazFathulBari Bertanding Exco Pemuda UMNO!!
- PANASS!! Lagi Mangsa Tembakan Jarak Dekat! Bila Nak Selesai Ni?
- PANASS!! Video Polis Kena Maki Dengan Cina Tak Sedar Diri!
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari McTheory!! Posted: 07 Aug 2013 08:30 AM PDT Selamat Hari Raya Aidilfitri Pada Semua Umat Islam Di Malaysia, pada pembaca blog, pada sahabat blogger, tak kisah la yang baik dengan Mc ataupun tidak, semua Mc ucapkan selamat beraya, maaf zahir batin. Termasuk tahun ni, dah 5 tahun Mc beraya sebagai blogger tegar! Tulisan yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruknya dari Pas, Pkr dan Dap!! he he.. McTheory: Semoga nasib blogger lebih terbela selepas raya ni.. |
INFO! Sokong @UstazFathulBari Bertanding Exco Pemuda UMNO!! Posted: 07 Aug 2013 02:12 AM PDT Ketika pemilihan Umno semakin hampir, rata-rata pemimpin-pemimpin Umno sudah mengumumkan penawaran masing-masing untuk mempertahan dan merebut jawatan tertinggi dalam parti, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya nampaknya tidak mahu ketinggalan. Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam. Katanya, kesediannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno, jawatan tersebut dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam. "Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam," tulisnya. Sebelum ini, Umno-BN telah memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu. Memetik daripada laman blog Taipan Master,beliau berkata "Saya akan menawar diri untuk bertanding Exco Pemuda sekiranya ada sokongan dari kawan kawan" ujarnya. Beliau dicalonkan di Dun Sanglang bagi menewaskan calon Pas, namun tidak berhasil. Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak. |
PANASS!! Lagi Mangsa Tembakan Jarak Dekat! Bila Nak Selesai Ni? Posted: 06 Aug 2013 10:15 PM PDT Seorang lelaki berbangsa Cina mati ditembak sewaktu sedang mengisi minyak kenderaanya awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku di Segamat, Johor. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Lim mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala akibat ditembak dari jarak dekat. Mc ambil berita dari SINI untuk sambung baca. Selagi tidak diwujudkan balik akta dan undang-undang yang telah dilupuskan tu. Selagi itulah ada kes tembak-menembak ni. Puas la hati manusia yang mahu akta Ordinan Darurat dilupuskan, biar penjenayah dok menembak-menembak macam koboi. Berdoalah supaya negara kita kembali aman damai macam dahulu kala.. McTheory: Pom Pom Pom.. ingat mercun, rupanya bunyi tembak.. naya-naya. |
PANASS!! Video Polis Kena Maki Dengan Cina Tak Sedar Diri! Posted: 06 Aug 2013 08:07 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment