Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Bukti Gambar 5 Penjenayah yang ditembak Mati ahli kongsi gelap, Siap Ugut Polis!!

Posted: 20 Aug 2013 09:37 AM PDT



Ada puak Pakatan tak percaya 5 orang penjenayah yang ditembak mati oleh polis tu dari kumpulan kongsi gelap yang berbahaya.

Tapi kenapa Dap marah?

Baca dan tengok gambar yang Mc ambil dari blog Pisau.net

5 penjenayah berjaya dibunuh oleh pihak polis di Pulau Pinang mencetuskan kemarahan oleh pihak pakatan terutamanya DAP. Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP tampil kehadapan membela nasib para penjenayah ini.

Kongsi gelap dan gengster sekarang ini mendapat pembelaan daripada DAP dan pakatan ..kita boleh lihat bagaimana dengan beraninya mereka membuat perarakan membawa bendera dan lambang kongsi gelap.

Hari ini mereka sudah menghantar isyarat seperti gambar diatas di tembok sebuah balai polis .

Gambar dibawah anda saksikan bagaimana para kongsi gelap ini cukup berani…tidak pernah didalam sejarah negara mereka seberani begini..mereka naik tocang apabila mendapat pembelaan DAP..



ugutan bunuh di Tembok sebuah balai polis



perarakan diadakan sambil membawa bendera kongsi gelap

INFO! Tahniah Pasukan Kedah Berjaya Ikat Juala Liga Super LIONXII 2-2!! #PialaMalaysia

Posted: 20 Aug 2013 08:51 AM PDT

Hiasann..

Tahniah Sang Kenari..

Berjaya menjinakkan Sang Singa di Singapura..

Juara Liga Super tuu..

LionsXII 2 - 2 Kedah..

Nampaknya sejak BN mula memerintah, aura kegemilangan dah kembali..

"Pulun Kedah Pulun.. Biar Jasa Jadi Kenangan.."

PAS pelingkup Bolasepak Kedah.. 

Kini BN akan mengembalikan kegemilangan Hijau Kuning..


HOT! Auntie cina tu cium tangan Tun Dr Mahathir sampai meleleh!!

Posted: 20 Aug 2013 06:12 AM PDT


Sapa kata kaum cina tak suka Tun Dr Mahathir? Sebenarnya kaum cina sangat menghormati Tun Dr Mahathir, sebab pada zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. BN kuat dengan undi dari kaum cina. Hinggakan pernah BN yang ditolak 60% kaum melayu namun BN tetap menang 2/3 di parlimen disebabkan sokongan kaum cina.

Zaman dulu kaum cina cuma nak Malaysia ni aman damai, makmur, senang buat kerja dan berniaga. Tapi cina muda sekarang, pemberontak, gila kuasa dan tak ambil peduli langsung tentang negara. Sebab mereka hanya fikir untuk berkuasa dan pijak kaum melayu. Sebab tu mereka dah tak sokong BN. BN ketuanya UMNO, melayu, macam mana mereka buat pun, melayu tetap jadi ketua.

Tapi Pakatan ketuanya PKR, PKR pun hidup segan mati takmau, Pas pula umpama kunta-kinte, bodoh nak mampus dok jadi kuli pada Dap dan PKR. Walaupun PKR ketua, namun Dap yang kuat sebab Dap lebih banyak kerusi dari PKR dan Pas. Sebab tu cina sokong Pakatan, sebab peluang mereka untuk menguasai Pakatan terbuka luas.

Andaikata Pakatan menang PRU, Dap takkan nak tengok saja kalau mereka pegang kerusi parlimen paling banyak. Takkan Dap nak tengok PKR berkuasa? Tentu mereka akan menuntut sesuatu. Buat masa sekarang ni memang cina buat bodoh dan tak tunjuk taring. Tunggu masa melayu dibawah, baru kita tau macam mana kita kena pijak nanti.

Takkan kita nak tunggu sampai macam tu?

Kita perlu pemimpin sekuat Tun Dr Mahathir untuk menjaga Malaysia sekarang ni. Kalau orang tanya Mc, tak sokong Najib ka? Mc sokong, tapi Mc kecewa sebab banyak benda tertangguh dan Najib tak dapat selesaikan.

Contoh terbaik, ramai blogger tak makan dan menderita lepas PRU, ada dia peduli? Macam tu nak jadi pemimpin?

Benda ada tapi salur ke mana? kroni? Geng? Perut? yang kenyang makin kenyang, yang nazak biarkan mati? Tolonglah!!


McTheory:
jangan salahkan pegawai saja, sebab pegawai tu Najib yang pilih!!

TUDIAA!! Baling, Kedah Kena Gempa Bumi!! #KedahAmanMakmur

Posted: 20 Aug 2013 12:09 AM PDT


Gempar!! Bila Mc diberitahu ada daerah di Kedah bakal dilanda gempa bumi. Betui ka? Paling pelik, tempat lain tak kena pun. Nak tau apa cerita boleh sambung baca SINI.

Mungkin sebab Azeez Rahim jatuh tersembam kot, sebab tu gegar.. he he he.. gurau ja..

Nak tau sambung baca la.. kat SINI noo..

HOT! UMNO Perlu Orang Pandai! - Tun Dr Mahathir

Posted: 19 Aug 2013 11:16 PM PDT



Ini bukan cerita baru.Namun situasi ini jika berterusan ia boleh mengundang bahaya kepada UMNO di masa akan datang. Atas sebab ini mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bersuara.

Beliau mahu orang UMNO buka laluan kepada orang muda dan buang sikap takut orang lebih pandai masuk parti kerana gugat jawatan mereka agar mereka tidak mengalir masuk ke parti lawan.

Katanya bagi menjaga kelangsungan agar ia terus relevan kalangan ahli parti harus bermuhasabah.

Beliau jelas merujuk kepada sesetengah pemimpin lama di bahagian-bahagian UMNO yang nak terus bergayut pada jawatan dan main politik sekat sana sekat sini untuk mengekalkan jawatan.

"Saya rasa mereka perlu membuat penilaian terhadap diri sendiri kerana parti semakin tua. Ramai pemimpin dalam parti itu telah berada di sana untuk tempoh yang lama. Golongan muda tak merasakan ini menarik," katanya pada sidang media di rumah terbukanya di Seri Kembangan, Ahad.

Katanya, antara faktor lain yang menyebabkan golongan muda kurang berminat menyertai UMNO ialah dakwaan berlakunya rasuah, sikap cantas mencantas dan mementingkan diri sendiri.

"Sekarang imej UMNO kurang baik sebab ada tuduhan rasuah, serta ada yang masuk parti kerana nak dapat sesuatu untuk diri sendiri. Ada cantas mencantas bila tak dapat jadi calon, berusaha supaya calon lain kalah.

"Kesetiaan sekarang bukan pada parti tetapi pada individu. Mereka kata, kalau orang kita tak naik jangan bagi orang lain menang," tambahnya.


Mahathir berkata untuk memastikan UMNO kekal relevan, ia perlu berubah. "Bila dah rosak nak perbaik, susah," katanya lagi.

Tun Mahathir beri contoh ramai yang tidak mahu menyertai Wanita UMNO kerana merasakan mereka tidak diberi peluang menyuarakan pendapat.

Katanya untuk tujuan mengatasinya Puteri UMNO ditubuhkan.

"Dulu masa kita tubuh Puteri, Wanita bantah. Tetapi apabila kita tubuh Puteri ramai yang nak masuk UMNO. Nampaknya generasi muda nak main peranan lebih berkesan," katanya.

Tun Mahathir turut menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap sesetengah pemimpin UMNO yang tidak menyukai orang berkaliber menyertai parti itu kerana khuatirkan kedudukan mereka tergugat.

"Satu masalah lagi, UMNO tak suka orang lebih pandai dari mereka masuk parti. Ada yang takut orang berkaliber gugat jawatan mereka. Jadi orang yang berkaliber tak masuk UMNO. Itu pasal ramai sekarang ini yang masuk PAS.

"Masa dulu, PAS kita ingat ustaz-ustaz sahaja. Sekarang ini, ada doktor, peguam, jurutera. Mereka tak masuk UMNO. Sama juga dengan orang-orang yang berkaliber yang sudah pencen. Sebab itu kita lihat ada jeneral pencen yang berkaliber masuk parti lawan sebab tak boleh masuk UMNO," katanya lagi.

Lebih 20,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka Tun Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mengulas mengenai isu yang melanda Penerbangan Malaysia (MAS), Tun Mahathir berkata ia patut diswastakan.

"Macam-macam sudah dibuat untuk memulihkannya. Kerajaan patut kaji tawaran daripada swasta. Kita tak perlu ambil orang luar sebab saya percaya ramai pakar dalam negara yang boleh menguruskannya," katanya. – AD

PANASS!! Awas Kerajaan Kedah 'Virus' Hijau Cuba Masuk KUIN Semula! @MukhrizMahathir

Posted: 19 Aug 2013 07:16 PM PDT

Zakariya Man

Mc agak sangsi kenapa si Zakariya Man salah seorang dari sahabat baik Jamil (bekas rektor KUIN) dulu dipanggil untuk temuduga jawatan Rektor KUIN yang baru. Sedangkan Zakariya Man diantara salah seorang orang Jamil yang buat kerja untuk 'melingkup'kan KUIN masa zaman sebelum ini.

Orang macam ni kita nak panggil masuk jaga KUIN semula? Tak takut dia buat sesuatu yang tak elok ka?

Apakah Kerajaan negeri tidak 'check' dulu latar belakang seseorang sebelum dipanggil untuk temuduga? Ataupun kita tak kisah walaupun si Zakar Man ni bersedia untuk merosakan semua KUIN diwaktu zaman BN pula.
Mr SS
Lagi satu, ada yang tanya Mc, apa hebatnya Mr SS (Sayuthi Sanusi) ni? Ini lagi salah seorang 'ulaq ayaq' zaman Pas dalam KUIN. Masa zaman Pas dulu, dia jadi Pas, bila zaman BN, dia cuba jadi BN pulak.

Semasa temuduga Rektor di Holiday Villa 15 Ogos yang lepas. Mr SS ni paling sibuk jadi urusetia. Sedangkan kerja kat pejabat tu berlambak-lambak tertangguh.

Apa Mr SS nak bodek Kerajaan baru pulak ka? Dulu bodek Pas, makan kenyang.. lani cuba nak bodek BN pula. Berlakon memang terer Ulaq ayaq macam ni.

Mc tau Kerajaan negeri cuba buat yang terbaik untuk selamatkan KUIN, tapi jika kita tersilap langkah, bukan pembaharuan yang baik kita buat. Tapi makin teruk KUIN jadinya.

Mc harap Kerajaan negeri boleh terima suara akar umbi. Sebab kami mahukan yang terbaik untuk KUIN. Dah lama kita perjuangkan isu KUIN ni, bukan sehari dua. Sudah tentu kami tak mahu lihat KUIN musnah didepan mata.

Ramai lagi yang boleh jadi Rektor, setakat si Zakar Man tu rasanya tak payah la kot.


McTheory:
Buang yang keroh ambil yang jernih.. tu keroh tuu.. he he
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...