CELAH GELEGAR |
- GEMPAR "SULTAN BABI" Video Ustaz Syiah Pro PAS Rancang Hapuskan Sultan Pada 2030
- [ISU SYIAH] Haji Hadi Kata Sunni BODOH dan Syiah BODOH Punca 'Penyakit' Hari Ini
- [ISU PTPTN] Mentaliti Bangsa Yang Bankrap & Korup
- [VIDEO] Akhirnya PAS Ucap SYABAS Kepada Zahid Hamidi Kerana Lucut PR Pemilik Resort
GEMPAR "SULTAN BABI" Video Ustaz Syiah Pro PAS Rancang Hapuskan Sultan Pada 2030 Posted: 20 Aug 2013 02:36 AM PDT Apakah ianya sekadar cakap-cakap biasa atau lawak jenaka yang dibuat bagi mengajak peserta bengkel untuk tidak mengantuk dan terus memberikan perhatian terhadap apa yang di ucapkan ? Jika ianya benar maka semestinya penggunaan nama Sultan itu dan penghinaan menyamakan Sultan dengan Syaitan dan babi adalah satu tindakan BIADAP dan menghina. Dari pemerhatian MMI sendiri ianya bukan sekadar mainan lawak jenaka tetapi merupakan gerakan tersusun yang sebenarnya sudah bermula sejak lama dulu. Keyakinan aktivis dan blogger pro PAS itu berdasarkan usaha-usaha yang telah dilakukan pihaknya menghakis institusi kesultanan Melayu sejak dari tahun 2012 lagi. "Ana punya cita-cita. Sekarang ni 2013kan? 2030, 'MAP' ana, Sultan tak ada. Sultan dah habis. Malaysia ni dah jadi negara Republik. Sistem berpresiden dah. Bila? 2030.. "Kita dah buat map, kita dah buat perancangan tau, sebenarnya 'game' ana ni awal lagi, 2011…'game' ana. Dah ada 2012 dan 2013. "Apa ana punya 'game', 'game' ana, tahun yang pertama, ana buat 'game', orang kate Sultan Syaitan. "Mulut orang…Setan…setan…setan…setan…bile??…Tahun ke… Dan terbukti berjaya….ok…ok? Berjayakan??? Orang sekarang tak panggil Sultan…. "Kalau Sultan pun…Setan…dalam kepala otak diakan???…Setan…Setan…Setan…Setan…Setan…Setan,"katanya dalam satu 'bengkel' yang dipercayai dihadiri oleh ahli kumpulan blogger yang satu aliran pemikiran dengannya. Selanjutnya Apakah kepimpinan PAS tidak sedar tentang gerakan subversif ini atau ianya merupakan agenda tersembunyi PAS dan pembangkang dalam mendepani cabaran politik di Malaysia ? Apa yang dapat di lihat dalam rakaman tersebut bukanlah satu perkara biasa yang boleh di buat main-main kerana ia bersangkutan dengan dasar dan perlembagaan negara.Malah Institusi Raja-Raja Melayu juga di heret sekali termasuklah penghinaan terhadap Sultan yang menjadi tonggak kepada kekuatan bangsa Melayu itu sendiri. Menyamakan Sultan dengan Syaitan dan Babi adalah tindakan yang tidak boleh di maafkan , apatah lagi gerakan ini mahu menghapuskan Sultan menjelang 2030 dan ianya bermakna menghapuskan Islam dan bangsa Melayu itus sendiri. Pihak berkuasa khususnya KDN perlu segera menyiasat apa yang sebenarnya berlaku dan mengambil tindakan kerana ini merupakan sebahagian daripada gerakan untuk menghancurkan negara. sumber: blog MMI Satu laporan Polis akan dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Satu laporan Polis akan dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap seorang ahli serta penyokong Pas yang bernama Wan Ji wan hussin. Laporan akan dibuat pada jam 4.00 petang ini (20 Ogos 2013) di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala lumpur berikutan tersebarnya satu video yang dianggap menghina Sultan. Selain dari penghinaan ia juga dianggap sebagai ancaman untuk menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. - MPP Online |
[ISU SYIAH] Haji Hadi Kata Sunni BODOH dan Syiah BODOH Punca 'Penyakit' Hari Ini Posted: 20 Aug 2013 01:38 AM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan isu kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah perkara lama yang sengaja ditimbulkan semula. Justeru, katanya secara sedar tetapi bodoh atau jahil isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam tentang kebangkitan Islam di seluruh dunia. Menurut Ustaz Abdul Hadi, asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya adalah Israel serta kuasa-kuasa besar dunia. "Sekarang kita (umat Islam) menghadapi zaman kebangkitan Islam. Kumpulan Islam menang di rata-rata dunia, bangkit sama ada secara sedar tapi bodoh atau pun jahil isu-isu lama ini ditimbulkan semula. "Sehingga orang Islam lupa masalah kebangkitan Islam yang patut mereka tangani dan mereka lupa sepatutnya mereka (umat Islam) hadapi Israel dan kuasa-kuasa besar dunia. Asyik sibuk dengan masalah-masalah mazhab yang ditimbulkan," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, baru-baru ini. Katanya, umat Islam juga wajar memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel. Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kuasa besar dunia yang dipengaruhi Israel cukup bimbang dengan kebangkitan Islam seluruhnya terutama di Mesir dan Turki. Menurutnya, 90 peratus dunia Islam hari ini ahli Sunnah termasuk Mesir dan Turki merupakan negara Sunni yang mampu menguasai serta memimpin dunia Islam. "Seorang pimpinan dari Syiah pernah mengatakan depan saya, bahawa kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh ahli Sunnah. Orang Syiah tidak boleh pimpin kerana 90 peratus dunia Islam adalah ahli Sunnah. Merekalah (Sunni) yang layak memimpin dunia Islam. "Sebab itulah seluruh kekuatan barat mengepung Mesir, mengepung Turki kerana barat mengetahui jika berlaku kemenangan di Mesir dan Turki akan menguasai dunia Islam seluruhnya. "Iran tidak boleh menguasai dunia Islam dan ini bacaan politik antarabangsa yang kita kena faham," jelasnya di hadapan lebih 500 peserta perantau. Hadir sama sebagai tetamu khas pada majlis perantau tersebut Penaung Majlis Permufakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan wakil kerajaan Hamas Palestin, Syeikh Dr Ahmed al-Najjar. Kata Ustaz Abdul Hadi, sepatutnya pihak yang berautoriti membincangkan masalah antara mazhab adalah di kalangan ahli-ahli agama, ahli ilmu akademik dan bukan golongan yang 'bodoh' serta jahil. "Dalam hal ini kita kena sedar dalam masalah mazhab ini sepatutnya dibincang oleh ahli-ahli ilmu, jangan yang bodoh. Dalam Sunni ada bodoh, dalam Syiah pun ada yang bodoh dan ini 'penyakit' yang kita sedang hadapi hari ini," ujarnya. Tambah beliau, pengaruh mazhab Syiah dalam masyarakat Melayu bukan perkara baru tetapi sejak kedatangan Islam ratusan tahun lalu. Namun, katanya orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. -Harakahdaily |
[ISU PTPTN] Mentaliti Bangsa Yang Bankrap & Korup Posted: 19 Aug 2013 10:56 PM PDT Ermmm, "seram" nak cakap topik ini sebenarnya kerana ia mungkin akan mengguris hulu hati ramai orang. Saya terbaca banyak komen tentang #PTPTN dan ada yang panggilnya sebagai PTPTipu. Dulu saya pun rasa ianya begitu, walaupun saya tidak hidup di zaman yang ada PTPTN tetapi saya pun terikut cakap-cakap beberapa orang yang mengutuk PTPTN. Ikut kawan. Tetapi persepsi saya mula berubah apabila isteri saya sendiri merupakan "pengguna" perkhidmatan pinjaman PTPTN. Dia agak sedih bila saya kutuk PTPTN kerana dia kata saya tidak akan faham betapa susahnya keluarga dia untuk nak hantar dia sambung belajar di UIA buat law ketika itu. Arwah ayah dia kerja kerajaan dan gaji kecil, tinggal dikampung dan memang tidak pernah terfikir yang anak dia adalah pandai dan boleh belajar tinggi. "Programming" generasi dulu adalah janji habis belajar dapat kerja kerani lepas tu kahwinkan sahaja. Tetapi anak dia 2 orang sahaja dan pandai pula tu, tup-tup nak sambung belajar lagipun ayah isteri saya sentiasa marah kalau belajar tak pandai walaupun sebenarnya dia pun tak tahu apa-apa, dia hanya tahu marah setiap kali dapat keputusan periksa walaupun dapat markah 100. Long story short, wife saya habis belajar dengan gunakan pinjaman PTPTN, makanan dia setiap hari hanyalah roti berkrim coklat sebab itu sahaja yang dia mampu, pergi balik kuliah jalan kaki, balik kampung sekali sekali kerana tak mampu dan duit pinjaman untuk bayar yuran, buku biasanya fotostat atau pinjam buku di library atau kawan. Dia cakap, jangan kutuk kerana walau apapun, pinjaman tu buat dia boleh belajar sampai habis dengan izin Alah swt. Dia cakap, bila orang dah beri kita pinjam, kita wajib bayar balik, lagipun supaya dapat lebih ramai anak-anak macam dia dapat peluang untuk belajar. Kalau belajar pandai, boleh mohon tak payah bayar pula tu. Point dia, dia bersyukur ada pinjaman macam tu sebab jika tidak keluarga dia tak mampu. Habis belajar, bila bayar balik pun, jadual bayaran adalah bermula dari jumlah yang kecil setiap bulan dan meningkat perlahan-lahan. Kita tak perlu salahkan mak ayah kita dulu yang tidak ada ilmu kewangan, tapi hari ini, kita sendiri boleh belajar rancang kewangan supaya anak kita tidak peru meminjam akan datang untuk belajar. Ramai yang pinjam tapi tidak bertanggungjawab untuk bayar, walaupun sebenarnya dah kerja dan ada gaji. Take things for granted. Isu CCRIS sebenarnya tidak perlu wujud jika kita faham tanggungjawab bayar semula pinjaman tersebut. Dan pinjaman ptptn untuk belajar kan? dapat degree untuk kerja kan? kenapa tak kerja? mungkin masalah sikap? saya dulu belum habis belajar dah dapat kerja, sebab sikap saya. IT'S ALL ABOUT ATTITUDE. Generasi lepas kita tidak perlulah meminjam jika mak bapa dia ada ilmu kewangan, berniaga dengan berjayanya, dia mesti tidak risau untuk suruh anak dia pinjam ptptn. kawan-kawan cina saya ramai yang berniaga kedai runcit, jual sayur tapi anak belajar kat australia samada guan simpanan dari insurans yang mereka ambil 20 tahun dulu masa anak dia kecil dan simpanan/ pelaburan yang telah dirancang 20 tahun dahulu. SIKAP mereka berbeza, mereka tidak harap kepada kerajaan atau ptptn. Kita tidak bercakap isu politik dan salah kerajaan di sini. menyalahkan tu senang. point di sini ialah, ptptn ada fungsi kepada yang memerlukan, saya hormati perkara itu bila isteri saya "sekolahkan" saya. Saya juga pernah meminjam untuk belajar dari Yayasan Melaka dulu dan saya juga bayar balik sepenuhnya bila habis belajar dan mula bekerja. Mentaliti bankrap dan korup adalah bila semua perkara perlu bergantung kepada orang lain dan bila dapat, orang lain salah, bila tak dapat, pun orang lain salah! Satu lagi nak cakap, buat mana-mana orang atau pihak yang ada kuasa atau yang ingat dia ada kuasa buat sesuka hati, korup sana sini, Allah swt melihat, malaikat mencatit. mati itu pasti, ingat, mati itu pasti! Tuhan beri peringatan banyak cara dan kita masih sempat perbaiki diri kita selagi nyawa belum sampai ke halkum! Gunalah jawatan yang rakyat beri untuk benar-benar kebaikan rakyat! Cakap ni sebab saya sayang! -Tulisan #DrAzizanOsman - |
[VIDEO] Akhirnya PAS Ucap SYABAS Kepada Zahid Hamidi Kerana Lucut PR Pemilik Resort Posted: 19 Aug 2013 06:34 AM PDT |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment