Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Tawaran Nikah Mut'aah Satu Malam Bersama Gadis Indon, Iran dan Iraq?

Posted: 17 Aug 2013 09:40 AM PDT



Boleh baca sendiri kot apa yang ditulis kat banner tu. Bila tanya orang syiah, depa kata ini cara nak mengelakan zina. Tapi dengan kawin mut'aah ni boleh menyebabkan masyarakat kacau bilau.

Kenapa zina itu haram? kerana disebabkan zina akan terjadi anak luar nikah, mungkin akan terjadinya buang bayi, bayi dibunuh, penyakit kelamin, tersebarnya aids dan pelbagai lagi perkara buruk bakal berlaku.

Apakah dengan kawin mutaah boleh menyelesaikan semua masalah tu? Atau jadi lagi teruk?

Dah nama pun kahwin, sudah tentu tak pakai 'protection' untuk buat hubungan. Sudah tentu 'dilepaskan' di'dalam'. Sebab tu Mc kata ia boleh menjadi lagi teruk!!

Dalam hal ni pun kita dah dapat agak ajaran syiah ni mengarut! Minta pada semua umat Islam, jangan terpedaya dengan semua ni. Jauhkan diri anda dan keluarga anda dari syiah!

PANASS!! Perasaan MB Kedah Setelah 100 Hari Mentadbir! #KedahAmanMakmur

Posted: 17 Aug 2013 06:13 AM PDT


 DATUK Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei 2013, setelah Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Kedah dalam PRU13 dengan memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun.

Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam melantik lapan Exco dalam melicinkan pentadbiran, di mana beliau memegang portfolio Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan & Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

Sebaik menggalas tugas sebagai Menteri Besar, Mukhriz menggariskan 14 perkara utama manifesto BN Kedah dalam buku Akujanji PRU13 untuk direncanakan sepanjang tempoh lima tahun ini.

Sepanjang 100 hari mengambil alih kepimpinan, Mukhriz dilihat amat serasi terajui Kedah, malah telah merencana perancangan terbaik untuk melonjak ekonomi Kedah melalui beberapa transformasi politik, ekonomi dan sosial.

Sebaik BN berjaya rampas kembali Kedah dalam PRU13, apakah pendekatan yang diterapkan dalam pentadbiran untuk menawan kembali sokongan rakyat?

Mukhriz: Kerajaan BN mengambil pendekatan berhemah sejurus mengambil alih pentadbiran negeri, di mana kita mengambil alih pemerintahan secara perlahan tanpa paksaan terhadap mana-mana pihak. Kita tidak drastik dengan arahkan mana-mana individu meletak jawatan dalam kerajaan, tidak pernah berdendam dengan pengurusan terdahulu. Saya juga memupuk hubungan baik dengan pihak pembangkang, pada hari kedua dilantik sebagai Menteri Besar, saya mengunjungi bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Kedah Medical Centre (KMC) dan turut melawat beliau di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebanyak tiga kali. Saya anggap ini tanggung jawab saya selaku Menteri Besar baru, mewakili kerajaan negeri menghormati dan mengambil tahu kebajikan beliau. Saya dapati pendekatan saya ini diterima baik semua pihak, sama ada Pas mahupun Umno.

Bagaimana penerimaan awal terhadap Datuk sejurus peralihan kuasa?

Mukhriz: Pendekatan sama juga saya terapkan dalam pentadbiran mahupun perubahan di peringkat kerajaan negeri, saya tidak akan lakukan perubahan drastik hingga mencetuskan rasa panik kakitangan khususnya Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS). Apa jua perubahan dibuat dengan mengkaji situasi semasa, sekiranya perlu. Malah dalam minggu pertama sejurus memegang pentadbiran, saya adakan perjumpaan bersama KCS secara tertutup. Saya akui kalangan KCS ada yang cenderung politik, ada memihak kepada Umno dan ada sokong Pas. Itu hak individu, cuma satu pesanan saya, berkhidmat kepada setiap lapisan masyarakat tanpa pilih kasih dan buang dendam kerana kita adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat. Kepada mereka yang tidak menyokong BN, saya harap jangan cuba sabotaj kerajaan negeri, sama ada dengan melengahkan kerja atau tidak luluskan permohonan atau enggan kerjasama dengan ketua jabatan. Ia mudah dibuat namun beri impak negatif kepada negeri. Pendekatan berhemah ini akan saya teruskan pada masa akan datang, kerana kita sudah lama dibelenggu polemik politik yang memecahbelahkan masyarakat. Saya harap kedua pihak akan main peranan masing-masing dan elakkan persengketaan agar tidak jejas kepentingan rakyat.

Kedah sinonim dengan negeri pertanian dan boleh dikatakan agak terbelakang berbanding negeri lain, apa perancangan awal Datuk untuk pulihkan imej selain lonjakan prestasi ekonomi Kedah?

Mukhriz: Saya orang baru di sini dan tak anggap mempunyai penyelesaian kepada semua masalah, terutama aspek ekonomi dalam membangunkan Kedah. Saya juga tiada pengalaman dalam jawatan peringkat negeri sebelum ini, malah saya akui hubungan dengan kerajaan negeri pun kurang rapat. Namun sebagai orang baru, ada juga kelebihannya. Saya tidak dibelenggu masalah terdahulu, saya datang dengan kacamata baru dan tak buruk sangka pada mana-mana pihak. Perancangan awal saya mahu wujudkan Makmal Transformasi Kedah (MTK) untuk bawa masuk pakar dalam pelbagai bidang dari dalam atau luar Kedah. Fikirkan strategi bersama untuk bangunkan Kedah dan pilih sektor yang wajar diberi tumpuan, contohnya, pertanian, pelancongan, industri automotif serta getah berteknologi tinggi. Semua perkara ini sedang diperhalusi untuk menjadikan bandar raya ini membangun pesat. Kita juga akan tinjau projek-projek jangka pendek, sederhana dan panjang. Pada masa sama, tidak abaikan tanggungjawab sosial, di mana projek yang dilaksanakan mesti memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kedah. Untuk jayakan aspirasi ini, aspek pembangunan modal insan juga diberi perhatian. Saya mahu lihat anak Kedah berkemahiran tinggi dan menepati permintaan pasaran agar mendapat faedah daripada pembangunan.

Apakah inti pati perancangan Makmal Transformasi Kedah (MTK)?

Mukhriz: Perancangan ini meliputi jangka masa lima tahun, dalam usaha kekalkan BN sebagai pemerintah. Kita juga ada jangka masa 10 dan 15 tahun. Melalui MTK, saya akan buktikan pada rakyat, ada yang boleh dilaksana dalam tempoh sepenggal, ada untuk jangka masa panjang. Saya percaya apabila rakyat pilih BN, itu harapan mereka terhadap kerajaan yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat. Kita perlu ada strategi berkesan selain berfikir di luar kotak serta memiliki pelaksana yang efisien. Sistem penyampaian juga mesti mantap untuk elak projek gajah putih atau sebarang penyelewengan.

Bagaimana pula dengan aspek sosial, budaya, warisan yang banyak diwarisi negeri ini selaku negeri tertua di negara ini?

Mukhriz: Aspek itu juga tidak akan dilupakan. Kedah sememangnya kaya dengan unsur sejarah, budaya dan warisan. Saya berhasrat untuk hidupkan semula bagi tujuan pelancongan, selain mahu anak muda kita mengenali latar belakang budaya sendiri. Dengan cara ini, mereka akan bangga menjadi anak Kedah selain lebih jelas mengenai jati diri. Sekarang ramai anak Kedah berhijrah untuk cari kerjaya yang menepati cita rasa, ini suatu kerugian. Selain wujudkan peluang kerja dan niaga di sini, saya mahu pupuk rasa sayang golongan muda terhadap negeri ini dan usaha akan dibuat dalam pelbagai cara, antaranya memperhalusi sejarah negeri di peringkat sekolah. Saya juga berhasrat kembalikan kegemilangan budaya Kedah, seperti persembahan Mek Mulung sebagai tarikan baru. Aspek pembangunan pelancongan di Langkawi mahupun tanah besar juga perlu ada ciri-ciri tersendiri untuk serlahkan identiti Kedah, contohnya, Lembah Bujang.

Dalam tempoh 100 hari pentadbiran, adakah BN berjaya menunaikan sebahagian janji-janji dalam manifesto pada PRU13 lalu?

Mukhriz: Matlamat kerajaan negeri adalah untuk tunaikan Akujanji BN, sama ada cepat atau lambat sahaja. Setiap yang disenaraikan sudah diagih kepada Exco berkaitan mengikut portfolio masing-masing untuk diperhalusi. Contohnya, aspek agama yang mahu perkasakan semula sekolah pondok dan maahad tahfiz, di mana kita sudah salurkan dana. Kita juga akan bagi keutamaan pada pembangunan Maktab Mahmud yang berjaya lahirkan ramai ilmuan agama. Bagaimanapun, untuk projek ekonomi ia ambil masa, dan saya harap dalam tahun pertama ini dapat lancarkan beberapa projek besar, seperti Bandaraya Getah Kota Putra di Padang Terap. Kita sedang kenal pasti beberapa syarikat pelabur berteknologi tinggi untuk projek itu. Pada 22-24 Ogos ini, saya akan mengiringi Perdana Menteri ke Bangkok untuk jumpa Perdana Menteri Thailand, untuk memperhalusi memorandum persefahaman yang ditandatangani itu.

Pembinaan litar lumba untuk golongan muda antara janji manifesto yang menjadi tarikan, adakah ia akan menjadi kenyataan?

Mukhriz: Projek itu masih dalam perbincangan, saya sedang berusaha untuk jalin kerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk merealisasikan projek ini. Ini penting kerana mereka ada kepakaran termasuk acara peringkat kebangsaan yang mungkin boleh memanfaatkan litar baru ini. Saya akan pastikan projek ini dilaksana secepat mungkin.

Isu pembalakan dijadikan agenda sebelum PRU13, adakah Datuk akan lebih selektif berikutan Datuk antara individu yang mendokong gerakan hentikan pembalakan di Pedu melalui Jaringan Gelombang Merah sebelum ini?

Mukhriz: Saya kotakan janji di mana isu itu ditangani dengan baik. Alasan kerajaan terdahulu untuk tebang balak tetapi berselindung di sebalik bangunkan ladang buah di Pedu, sudah dihentikan. Kita hanya teruskan pembalakan secara selektif untuk elak pencemaran alam sekitar. Ini yang kita bangkitkan dalam Akujanji BN PRU13. Pembalakan dalam Tasik Pedu pernah dibangkitkan oleh BN sebelum ini, namun ia perlu dikaji sama ada berbaloi untuk diteroka atau sebaliknya. Pokok balak itu ditenggelami air dan ia tidak menyumbang kepada ekosistem. Kayu bernilai tinggi itu tetap bertahan walau terendam lama dalam tasik. Jika kos dapat dikawal ada kemungkinan kita akan kaji. Kedah akan terus mempraktikkan amalan sebelum ini, di mana pembalakan dibuat secara tender untuk tingkatkan pendapatan.

Kerajaan negeri berhasrat untuk lakukan transformasi ke arah negeri berteknologi tinggi?

Mukhriz: Kedah sinonim dengan tanaman padi dan sudah selesa dengan status itu, namun dari aspek struktur tidak memberi pulangan besar, malah petani tidak beroleh hasil lumayan. Formula itu perlu diberi nafas baru, adakah kita berani keluar dari zon selesa? Saya sedar peranan Kedah sebagai pembekal makanan negara namun ia menjadi faktor menyekat pembangunan negeri. Perlu cari satu formula baru untuk kedua-duanya tanpa korbankan mana-mana aspek. Saya juga perlu yakinkan semua pihak untuk buat perubahan ini.

Adakah ini bermakna tanah sawah akan bertukar status tanah industri?

Mukhriz: Kita masih ada tanah yang bukan tanah sawah untuk dimajukan sebagai taman industri, seperti di Bukit Kayu Hitam, di mana 3,000 hektar sudah dikenal pasti. Perbincangan turut diadakan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk kita bangunkan kawasan pinggiran Mada sekitar 8,000 hektar. Kita akan bangunkan Alor Setar sebagai Bandaraya Metropolis yang menjadi tumpuan ilmuan dengan wujudnya universiti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berteknologi tinggi.

Bagaimana dengan dakwaan Selatan Kedah lebih maju berbanding Utara Kedah?

Mukhriz: Perbezaan ini wujud kerana kawasan Selatan mengambil manfaat kerancakan ekonomi Pulau Pinang. Saya akan wujudkan pembangunan riadah di Selatan untuk tarik rakyat Pulau Pinang untuk melancong ke Kedah. Bagi Utara yang juga kawasan sempadan juga berpotensi dimajukan, saya yakin apabila projek Kota Putra dan Kota Perdana Bukit Kayu Hitam dibangunkan, pertumbuhan ekonomi rancak. Kita akan wujudkan hab logistik untuk kumpul dan edar produk PKS Kedah ke seluruh negara termasuk eksport ke Thailand. Kedah Utara bakal alami fasa pertumbuhan pesat namun berbeza sektor dengan kawasan Selatan.

Apakah perkara paling mencabar dalam tempoh 100 hari mentadbir?

Mukhriz: Paling sukar ialah untuk ubah pemikiran pelbagai pihak untuk terima transformasi yang dibawa dalam pentadbiran saya. Transformasi ini bukan perubahan tetapi yang diharapkan transformasi yang menuntut mereka keluar daripada zon selesa dan buat keputusan yang akan ubah nasib secara drastik. Ia perlukan keberanian.

Apa yang dapat Datuk rumuskan sepanjang menerajui Kedah?

Mukhriz: Saya akui masih dalam proses pembelajaran dan pengalaman di MITI banyak membantu. Setakat ini ia adalah perjalanan yang menarik. Ada yang berkata, untuk menawan hati rakyat Kedah mudah sahaja iaitu gunakan pendekatan mesra dan mudah berkomunikasi untuk menang PRU. Saya sudah cuba tetapi ia tidak cukup, yang penting perlu tunaikan janji yang dibuat dalam usaha tingkatkan taraf hidup rakyat. Ini keutamaan saya. Bukan mudah untuk yakinkan orang untuk buat perubahan. Saya tidak mahu lihat Kedah terbelakang lagi, saya mahu Kedah pesat membangun dan yakin ia boleh dilakukan. Saya akan cari peluang terbaik dan teroka potensi Kedah, anda akan teruja dengan apa yang kita ada kelak. Saya optimis dalam tempoh lima tahun, Kedah akan berubah wajah!

PANASS!! Video Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalanraya!

Posted: 17 Aug 2013 12:13 AM PDT


Ustaz Azhar Idrus dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Kalau tengok gambar, nampak gaya macam laju.

Katanya, Ustaz Azhar Idrus tidak mengalami sebarang kecederaan manakala isterinya dilaporkan pengsan. Isteri yang ke berapa tu tak pulak Mc diberitahu.

Tempohari Ustaz ni ada bawa naik video dia memandu kereta, boleh tahan juga lajunya. Jadi memang tak hairanlah kalau dia boleh kemalangan.

Tak percaya, tengok kat bawah ni,



Ini satu peringatan pada semua penguna jalanraya, berhati-hatilah, jangan bawak laju sangat!

McTheory:
Untuk Ustaz Azhar Idrus, kita doakanlah supaya dia selamat..

HOT! Nora Danish dan Nadeem bersuara bila dihentam teruk!! @NoraDanish

Posted: 16 Aug 2013 09:22 PM PDT


Orang ramai asyik hentam Nora Danish dan Nadeem, tapi tak siapa pun pernah minta penjelasan dari mereka. Bagi peluang mereka bersuara dan kita dengar apa yang mereka nak perkatakan.

Semuanya bermula apabila Nora Danish telah memuat naik gambarnya bersama anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan iaitu Nadeem.

Disebabkan gambar itu, ada segelintir peminat memberikan tanggapan buruk terhadap Nadem sehingga menyebabkan aktress drama Puteri ini terpaksa membidas perspektif berkenaan.


Sementara itu, Nadeem turut sama memberi respon terhadap tanggapan negatif tersebut dengan menyatakan dia hanya mencari rezeki yang halal. Bila ada sesetengah pihak pertikaikan jawatannya sebagai Pegawai Khas Menteri kepada ayahnya sendiri.


Bagi Mc tak salah dia nak jadi Pegawai Khas kepada ayahnya sendiri. Malah rahsia peribadi si menteri akan lebih terjamin bila diserahkan kepada anaknya. Pegawai Khas menteri bukannya sorang dua, selalunya ramai dan memegang pelbagai tugas.

 Dalam 10 pegawai khas, apa salah diselitkan seorang anaknya. Kita umum tahu Nadeem ni memang nakal dan agak sosial, maybe itu satu cara Nazri mahu mengawal dan menjaga anaknya. Biar depan mata.. heh sapa tahu.

McTheory:
Ini adalah pandangan dari sudut yang berbeza..tak salahkann..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...