Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Pas punca Syiah Tersebar di Malaysia?
- INFO! 100 hari di Kedah, Mukhriz mahathir Bela Kroni? #KedahAmanmakmur
- TUDIAA!! Bila Guan Eng Fikir Guna Kepala Lutut!
- HOT! Gambar terbaru Ustaz Azizan di hospital! #KedahAmanMakmur
- HOT! Wanita di belasah suami dalam lif muncul buat pengakuan!!
- PANASS!! Lagi Kisah Jemaah Cium Khatib di Pendang! #KedahAmanMakmur
HOT! Pas punca Syiah Tersebar di Malaysia? Posted: 15 Aug 2013 08:12 AM PDT |
INFO! 100 hari di Kedah, Mukhriz mahathir Bela Kroni? #KedahAmanmakmur Posted: 15 Aug 2013 06:12 AM PDT Jangan terkejut, baca dulu cerita kat bawah ni, he he.. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya. Kata Mukhriz beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini. "Setakat ini tidak ada seorang pun ahli keluarga saya nak buat apa-apa projek di sini. Saya harap ia akan kekal macam tu. Kalau tak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka. "Yang saya utamakan kepentingan rakyat. Kalau terpaksa pilih kepentingan rakyat dan kepentingan keluarga dalam soal perniagaan sudah tentu saya pilih rakyat. Jadi jika nak elakkan menyinggung perasaan mereka lebih baik tidak timbul keadaan seperti itu (anggota keluarga dapat projek)," katanya pada sidang media di sini sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun, beliau mungkin akan meminta nasihat daripada anggota keluarganya kerana kepakaran mereka dalam bidang tertentu amat berguna. Mengenai isu perumahan di negeri ini, Mukhriz berkata kerajaan negeri akan mengekalkan dasar 50:50 bagi pemilikan rumah untuk bumiputera dan terbuka, yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, dan bukan kembali kepada dasar 30:70 yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. "Dasar rumah, kita masih amal 50:50. Dalam hal perumahan ini banyak keperluan dan permintaan di kalangan bumiputera. Kami nak ratio penduduk bumiputera di kawasan-kawasan bandar dikekalkan. "Sebab itu amalan 50:50 yang dimulakan PAS diteruskan. Memang ia diteruskan dari segi dasar tetapi dari segi pendekatan mereka (kerajaan PAS) gagal. Dalam hal ini kita juga kena pastikan kepentingan bukan Melayu dijaga… banyak cara lagi untuk diimbangi sebaik mungkin," katanya. Mukhriz berkata dasar 50:50 itu boleh mengelakkan tanah rizab Melayu terpaksa ditukar dengan tanah di tempat lain berbanding dasar 30:70 yang memerlukan tanah rizab Melayu ditukar. "Dalam Alor Setar boleh dikatakan semua tanah rizab Melayu. Kita nak penduduk di bandar terutama di Alor Setar kekal dengan demografi sekarang. Tak nak timbul masalah Melayu tinggal di luar bandar, bukan Melayu di bandar. Bagi Kedah, ini keadaan yang tak boleh diterima," katanya. Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan Kedah sedang mengenal pasti tanah bukan sawah yang sesuai untuk dimajukan berikutan negeri ini merupakan sebuah negeri pertanian dengan tanah yang luas digunakan untuk penanaman padi. "Buat masa ini masih ada tanah bukan bendang yang boleh diusahakan sebagai taman industri. Contohnya di Bukit Kayu Hitam ada 3,000 hektar. Itu kita sedang usahakan," katanya. Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk membangunkan tanah milik agensi kerajaan Persekutuan itu yang berada dalam kawasan pinggiran Mada. "Ia melibatkan 8,000 hektar. Kawasan-kawasan pinggiran Mada yang berada di sekeliling bandaraya Alor Setar boleh dilaksanakan untuk tujuan pembangunan. Kita boleh runding dengan Mada," katanya. |
TUDIAA!! Bila Guan Eng Fikir Guna Kepala Lutut! Posted: 15 Aug 2013 02:12 AM PDT Apa punya mangkuk si Guan Eng ni. Kita susah hati dengan apa yang terjadi sekarang, dia pulak bagi cadangan serupa minta nak kena ketuk. Guan Eng ni ada otak ke takdak? Atau dia fikir guna kepala lutut kot? DAP menyarankan kerajaan Malaysia mendapatkan bantuan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani jenayah tembak di negara ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, langkah itu wajar dilaksanakan memandangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan terdapat kira-kira 260,000 penjenayah tegar kini bebas di jalanan selepas Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan dan menyebabkan kes jenayah tembak semakin meningkat. "Jika benarlah dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terdapat 260,000 penjenayah bebas di jalanan, maka usaha menghidupkan semula undang-undang seperti EO tidak dapat membantu polis menangani jenayah itu. "Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasukan pengaman PBB harus membantu pihak polis menghadapi ketumbukan 260,000 orang penjenayah ini," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Guan Eng seterusnya mendakwa, bilangan 260,000 penjenayah itu melampaui bilangan jumlah anggota polis seramai 112,583 orang serta 124,000 pasukan angkatan tentera maka pasukan pengaman PBB perlu diundang bagi membantu PRDM mengalahkan pasukan penjenayah tersebut. Beliau dalam pada itu mendakwa KDN sengaja menjadikan kes jenayah tembak yang semakin meningkat untuk menjustifikasikan pelaksanaan semula undang-undang pencegahan yang membenarkan penahanan tanpa bicara seperti EO. Guan Eng turut mendakwa hanya sembilan peratus daripada kekuatan anggota polis berjumlah 112,583 orang atau 10,150 anggota sahaja yang ditugaskan untuk memerangi jenayah. "Rakyat menuntut separuh daripada bilangan anggota polis ditugaskan menentang jenayah serta membuat rondaan," dakwanya lagi. Guan Eng cakap pandai la, suruh dia turun padang basmi jenayah, kita nak tengok berapa banyak kes yang dia boleh settle. Rakyat menuntut semua akta EO untuk menjamin keselamatan dalam negara. Masalah dalaman Dap pun dia tak dapat nak selesai, ini pula masalah negara. piiirahhh! |
HOT! Gambar terbaru Ustaz Azizan di hospital! #KedahAmanMakmur Posted: 14 Aug 2013 11:12 PM PDT Ini gambar terbaru Ustaz Azizan di hospital Pulau Pinang. Khabarnya Ustaz Azizan sudah beransur pulih dan akan dipindahkan ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Patutla Pas Kedah bersilat sakan takmau buat PRK, rupanya masih lagi menaruh harapan pada Ustaz Azizan untuk jaga Dun Sungai Limau. Persoalannya, mampukah Ustaz Azizan memberi khidmat terbaik pada penduduk Sungai Limau dalam kesihatannya yang agak terganggu. Lebih baik kita biarkan Ustaz Azizan memberi tumpuan kepada kesihatan dan keluarganya dari kerjaya politik, sebab beliau pun kurang sihat. Ada orang tanya Mc, siapa sebelah Ustaz Azizan tu, hmm.. entah Mc nak jawab pun taktau, nampak macam Anwar Ibrahim. Biasala Anwar, kadang-kadang pelanduk dua serupa. Muka macam saya, tapi itu bukan saya! Soo.. jangan pandai-pandai kata itu Anwar, sebab dia kata ramai muka macam dia! McTheory: Dah 3 bulan masuk hospital, baru teringin nak melawat ka? heh.. |
HOT! Wanita di belasah suami dalam lif muncul buat pengakuan!! Posted: 14 Aug 2013 08:12 PM PDT Dua hari lepas kecoh mengenai video cctv seorang lelaki membelasah seorang perempuan yang dipercayai isterinya dalam lif dihadapan anak-anak. Disebabkan tersebarnya video tersebut, masing-masing tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa lelaki itu bertindak sedemikian. Dibawah ini merupakan video pengakuan dari wanita yang menjadi mangsa belasahan suaminya didalam lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu. Menurut wanita berkenaan, beliau dan suaminya telah lama tidak berkomunikasi diantara satu sama lain disebabkan masalah rumahtangga. Kejadian tersebut juga dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang. Wanita berkenaan juga turut mengakui bahawa suaminya bertindak sedemikian untuk kali pertama sejak mereka berkahwin. Akibat kejadian itu, wanita berkenaan kini terpaksa menahan kesakitan apabila mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan. Suami wanita berkenaan berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang yang dimaklumkan merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang kini masih diburu Polis ekoran tersebarnya rakaman CCTV insiden terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan. "Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja. Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa. "Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya. McTheory: Boleh cik Polis bagi kami tinju sebarang dua muka si mangkuk tu?? heheh.. |
PANASS!! Lagi Kisah Jemaah Cium Khatib di Pendang! #KedahAmanMakmur Posted: 14 Aug 2013 06:13 PM PDT Semalam Mc ada membuat entri dan mengambil video dari blog MTK berkenaan jemaah cium khatib selepas khutbah. Entri semalam boleh baca kat SINI. Disini Mc nak buat pembetulan selepas Mc meminta rakan dari Pendang untuk menghubungi Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Othman Abdul, atau yang lebih dikenali sebagai Tok Man Bedui. Mc meminta penjelasan beliau mengenai perkara cium khatib tu. Mengikut apa yang dikatakan oleh Tok Man, amalan cium khatib ni menjadi satu turun-temurun di Pondok Chegar, malah ianya menjadi 'adat' wajib apabila raya. Tapi bukan seluruh Pendang amalkan perbuatan begitu, hanya disesetengah tempat saja. Mc terima kata-kata Tok Man tu sebagai satu pengalaman Mc baru mengenai 'adat' di Pendang. Mc juga pernah dengar mengenai amalan-amalan kumpulan 'Tarekat' yang mencium Tok Guru selepas khutbah, tazkirah atau bila berjumpa. Kononnya itu menjadi satu 'adat' atau amalan yang semestinya dilakukan. Kalau tak buat bermakna kita tak menghormati tok guru kita. Mc tak pertikaikan semua tu, maklumlah Mc pun agama tak tinggi tapi cukup hanya untuk bekalan diri dan family. Adat tak itu bukan agama, adat tak semestinya berdosa jika tidak dilakukan. Cuma gambaran dalam video itu yang merisaukan kita, tak bolehkah tunggu si Khatib turun dulu sebelum nak cium dan peluk puas-puas. Kenapa perlu panjat, dan tunggu macam harimau nak terkam mangsa? Pada sesiapa yang pernah lihat video tu pasti berasa amat pelik dan hairan dengan apa yang berlaku. Tak pernah pula tengok Imam besar masjid negara di Putrajaya sana diperlakukan demikian, apakah 'ilmu' Imam masjid negara tak sehebat tok guru di pondok Chegar tu? Tolonglah umat Islam Malaysia, banyak sangat rencah tambahan dalam agama kita sekarang ni. Pegang pada Al-Quran dan Hadis sahih, buat apa yang disuruh dan tak perlu memandai atau menambah apa yang tak pernah disuruh. Ahlul sunnah wal jemaah patuh pada ulul amri, tapi bukan taksub! McTheory: Hanya pandangan peribadi..maaf atas kesilapan.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment