Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Video kejadian Ragut di Bukit Mertajam, Pulau Pinang!
- PANASS! Syiah Kedah lapor Polis Sebab di UGUT Bunuh? #KedahAmanMakmur
- INFO! Kroni Pas Punca KUIN Seleweng dan Hancur!
- PANASS!! Akhirnya si Pengurus Bodoh ni kena tangkap juga!
HOT! Video kejadian Ragut di Bukit Mertajam, Pulau Pinang! Posted: 13 Aug 2013 08:12 AM PDT Jenayah ada dimana-mana, tolong berhati-hati. Selepas banyak akta yang menjaga rakyat Malaysia selama ini dibubarkan. Jenayah semakin menjadi-jadi. Walaupun hanya 2600 orang penjenayah dibawah akta ordinan darurat dibebaskan kerana desakan pembangkang. Kesan daripada itu menyebabkan berpuluh-puluh kes tembakan dan baru-baru ini letupan bom juga telah berlaku. Jadi salah siapa sekarang? Sampai bila kita nak tahan dengan kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi ni? |
PANASS! Syiah Kedah lapor Polis Sebab di UGUT Bunuh? #KedahAmanMakmur Posted: 13 Aug 2013 06:16 AM PDT Selepas pendedahan berturut-turut tentang gerakan syiah di Kedah dan Malaysia. Blog ini mula diserang pengikut syiah yang 'menyamar' sebagai neutral dan cuba menyerang artikel dan video pendedahan mengenai syiah. Malah ada yang mencabar dengan mengatakan tiada syiah di Kedah. Betul ka takdak syiah kat Kedah ni? Kalau takdak, kat bawah ni apa? Siap buat laporan polis kononnya ada ugutan bunuh, Abdullah tu sapa? Bukan Ketua Syiah di Kedah ka? Pas rahsiakan kewujudan puak syiah ni sebabkan 'undi'. Puak syiah dah janji nak bagi undi pada Pas, sebab tu ada pimpinan Pas yang cuba menutup sebelah mata walaupun tahu ada syiah di Kedah. Kenyataan Pas kononnya nak 'pecat' ahli Pas yang menganut syiah tu hanya politik, kalau benar Pas nak pecat dah ramai pimpinan utama Pas dah kena pecat. Masih ingat pameran Islam antarabangsa di Kelantan 2011? Pameran tersebut dipenuhi dengan artifak dan gambar-gambar agungan syiah. Pameran tersebut di rasmi oleh Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan. Tak mungkin pimpinan Pas Kelantan tidak 'check' dulu barangan yang hendak dipamerkan. Atau sengaja lepas dulu sebelum disimpan semula atas laporan 'awam'. Siapa penganjur pameran tersebut? Takkan orang UMNO kot? Pada yang belum baca kisah syiah di Kuala Kedah boleh klik SINI dan sembahyang orang syiah yang patut ada tengok, boleh klik SINI. Kat bawah ni lagi video pasal syiah, McTheory: Ahli Pas sendiri yang bongkar pasal syiah dalam Pas ni.. |
INFO! Kroni Pas Punca KUIN Seleweng dan Hancur! Posted: 13 Aug 2013 12:12 AM PDT Laporan siasatan dalaman terhadap urus tadbir Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan Pas Kedah mendedahkan, punca bebanan kewangan Kuin bertambah buruk disebabkan Kuin menubuhkan Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB). Pada masa sama, IHSB didapati mewujudkan pula lima anak syarikat iaitu Insan Maya Sdn. Bhd., Insan Fasih Sdn. Bhd., Insan System Sdn. Bhd., Insan Hospitality Sdn. Bhd. dan Insan Medic Sdn. Bhd. selain menubuhkan Sekolah Insan Bestari. Menurut sumber, laporan siasatan itu menyatakan IHSB ditubuhkan secara berskala besar dengan gred jawatan yang diwujudkan terlalu tinggi dan melebihi keperluan 'semula jadi perniagaan'. "Syarikat berkenaan tidak menjana hasil dan keuntungan selari dengan kekuatan jawatan berkenaan. Tiga jawatan tinggi diwujudkan dalam syarikat itu menerima pembayaran gaji maksimum mencecah RM35,000 sebulan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Sumber itu memberitahu, laporan tersebut juga mendedahkan IHSB dan anak syarikatnya tidak mempunyai kecairan mencukupi untuk menampung kos operasi menyebabkan Kuin terpaksa memberi pendahuluan bagi membayar gaji setiap bulan dan menampung sebahagian kos operasi. Katanya, berdasarkan analisis yang dijalankan, Kuin menyalurkan pendahuluan sebanyak RM13 juta setahun untuk menampung kos emolumen IHSB dan anak-anak syarikat di bawahnya. "Jumlah terkumpul yang didahulukan oleh Kuin sehingga Mei lalu ialah sebanyak RM39.52 juta dengan punca penyalurannya merupakan pemberian kerajaan negeri kepada kolej universiti tersebut," ujarnya. Sumber itu menambah, laporan juga mengesan Kuin menyerahkan operasi kuliah kepada empat anak syarikat IHSB menyebabkan berlaku pertindihan fungsi dan peningkatan kos berganda yang terpaksa ditanggung dan diserap kepada Kuin. "Kuin menyerahkan pungutan yuran pelajar kepada syarikat yang mengendalikan kuliah dengan purata RM4.39 juta setahun. "Kakitangan akademik dilantik di bawah syarikat yang mengendalikan operasi kuliah dan sebahagian dilantik atas jawatan bukan pengarah tetapi bertanggungjawab sebagai pensyarah di Kuin," katanya. Menurut sumber itu lagi, laporan berkenaan turut mengesan beberapa masalah lain melibatkan IHSB yang dilihat tidak mempunyai hala tuju perniagaan jelas dan lebih cenderung menjual perkhidmatan kepada Kuin berbanding pasaran atau pelanggan luar. Antaranya, kata sumber itu, IHSB dan anak syarikatnya mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan berlipat kali ganda kepada Kuin sekali gus meningkatkan kos operasi berbanding jika kolej universiti itu mendapatkan perkhidmatan daripada pembekal luar. "Jumlah terkumpul yang dikenakan oleh IHSB dan anak syarikatnya kepada Kuin yang belum dibuat pembayaran adalah sebanyak RM20.31 juta," ujarnya. Dalam pada itu, sumber tersebut memberitahu, kerajaan negeri terpaksa menyalurkan peruntukan menerusi pemberian kepada Kuin pada setiap tahun bagi menampung kos operasi kolej universiti berkenaan. Menurutnya, laporan sama menyatakan bahawa pada 2005 kerajaan negeri hanya menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta namun dengan pengembangan operasi Kuin, jumlah berkenaan meningkat kepada RM17 juta pada tahun ini. Angka itu dijangka terus meningkat jika kolej universiti tersebut terus bergantung kepada kerajaan negeri. Katanya, laporan itu mendedahkan, pembinaan Kampus Kuala Ketil mengakibatkan liabiliti kerajaan negeri meningkat sebanyak RM534 juta dan terpaksa menanggung kos bayaran secara tertangguh berjumlah RM44.508 juta setahun. "Jumlah keseluruhan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM61.508 juta setahun untuk pembiayaan Kuin," katanya. -UTUSAN ONLINE |
PANASS!! Akhirnya si Pengurus Bodoh ni kena tangkap juga! Posted: 12 Aug 2013 09:22 PM PDT Disebabkan kecuaian dan sikap tidak prihatin seorang pengurus resort yang beragama Islam, akhirnya penguatkuasa mengambil tindakan dengan menahannya. Polis menahan pengurus sebuah resort di Sedili Besar, dekat Kota Tinggi, semalam susulan kejadian penganut Buddha dibenarkan menjalankan upacara keagamaan di surau resort tersebut. Lelaki berusia 34 tahun ditahan jam 1.30 petang di resort itu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan membinasakan, merosakkan atau mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana kaum. Untuk detail cerita pasal kes ni boleh klik SINI |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment