Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Cerita Pelik Sembahyang Orang Syiah yang Patut Kita Tahu!!

Posted: 12 Aug 2013 08:12 AM PDT




Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid'ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:



Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah "berdusta dan berbohong". Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.


Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.



Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.



Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I'tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)


Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.


Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.


Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah " SABURJIAN " sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain " Daily Teleghraph ".


Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Wallahu'alam….
Semoga di kreditkan kembali artikel ini ke hasnulhadiahmad.com

TUDIAA!! Singapura Hampir Muflis, Perlukan Bantuan Anwar Ibrahim!!

Posted: 12 Aug 2013 05:39 AM PDT



Mc agak terharu bila mendapat tahu, negara jiran Singapura cuba mencampuri urusan hal negara kita. Itu maknanya mereka mengambil berat terhadap Malaysia. Prihatin sungguhh!!

Tapi apabila Singapura menyentuh perihal ekonomi Malaysia, itu bermakna ekonomi Singapura sudah tentu berada ditahap yang amat bagus.

Namun, Mc agak curiga bila blog MyMassa mendedahkan sebaliknya.

Tak sangka pulak jiran yang kutuk kita, rupanya lagi teruk dari kita. he he..

1. Lee Kuan Yew nampaknya cuba mencampuri hal Malaysia melalui buku terbarunya. Rasanya ramai pembaca yang sudah maklum tentang perkara ini.

2. Daripada Kuan Yew sibuk pasal hal Malaysia, lebih baik dia risaukan pasal hutang negara Singapura yang kini mencecah 111.4% GDP negara tersebut.


3. Anwar Ibrahim selalu temberang pengikutnya bahawa Malaysia semakin muflis di bawah BN kerana hutang negara baru mencecah 53.5% GDP. Kalau lebih 50% pun Pak Anwar Ibrahim sudah bilang negara ini MUFLIS, bagaimana pula dengan Singapura yang dah mencecah 110% GDP? Mungkin layak digelar BAPAK KEPADA BAPAK MUFLIS!


4. Kalau di negara Kota Singa sudah kekurangan pakar ekonomi, eloklah Lee Kuan Yew membuang egonya lalu suruh anaknya lantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Singapura. Jangan tak tau betapa hebat Pak Anwar dalam bidang ekonomi sampai BANK DUNIA pun nak lantik dia jadi penasihat.


5. Kalau dah lantik Anwar Ibrahim, jangan lupa bawak Rafizi Ramli sekali. Nanti diorang boleh buat PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGARA SINGAPURA sebagaimana yang mereka pernah buat di Selangor.

Kalau nak tau, negeri Selangor sekarang amat hebat, wifi percuma, kereta murah, tol free, sekolah tak payah bayar, universiti di tanggung oleh kerajaan negeri, elaun sara diri setiap bulan pada suri rumah rm500, parking tak payah bayar, kawin dapat bantuan rm10k dan terakhir sekali gaji terendah rm1500. Semuanya disebabkan Anwar dan Rafizi menjadi penasihat ekonomi.

He he he.. kalau tak percaya pi tanya orang Selangor.. betul dak? kah kah kah..

McTheory:
Orang Selangor mana ada rumah kayu, semua batuuuu... kann kann.. jangan marah haaa..

HOT! Kontroversi Sebenar di Sebalik Surau dijadikan Tempat Sembah Tokong!

Posted: 12 Aug 2013 12:13 AM PDT

Semalam beberapa Sahabat blog, telah menyiarkan penjelasan Pemilik Tanjung Sutera Beach Resort, Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, berkenaan kejadian sebuah surau digunakan sebagai tokong "sementara" oleh beberapa pelancong Singapura.

Penjelasan diberikan pihak pengurusan resort berkenaan cumalah sekadar alasan untuk meloloskan diri setelah dikritik hebat umat Islam berkenaan kejadian tersebut. Dan penjelasan itu juga bukanlah jawapan konkrit untuk 'menghalalkan' penghinaan terhadap rumah ibadat umat Islam itu.

Malah penjelasan Pengurus resort tersebut juga membuktikan bahawa dia langsung tidak mempunyai sifat sensitif berkaitan hal kesucian Islam dan lebih mementingkan keuntungan perniagaan sehingga membenarkan surau digunakan sebagai tokong untuk warga Singapura.

Persoalannya, sampai bilakah umat Islam harus tunduk terhadap desakan masyarakat bukan Islam sehingga kali ini kita sanggup 'menyedekahkan' pula surau kita untuk dijadikan kuil, tokong ataupun gereja?

Namun pagi ini, saya berkesempatan sekali lagi untuk ke lokasi dan menemubual beberapa penduduk dan pihak berkuasa tempatan berkenaan hal tersebut.


Hasil temubual bersama-sama penduduk mendakwa bahawa kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di resort berkenaan, sebaliknya penduduk setempat menyedari bahawa beberapa aktiviti tertutup dan bertentangan dengan undang-undang telah mendapat kebenaran pengurusan resort untuk dianjurkan di sini.

Lebih menyedihkan lagi, menurut penduduk setempat, pernah berlaku upacara membakar kemenyan dan pemujaan turut dianjurkan di surau berkenaan.

Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Penduduk (JKKP) Sedili Besar pernah menemui pengurusan resort beberapa kali, mendesak pihak resort agar tidak membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mencabuli kesucian agama Islam, namun desakan tersebut tidak diendahkan, sebaliknya penduduk kampung pula diherdik pihak pengurusan.
Pemilik Resort Warga Singapura

Menurut penduduk lagi, difahamkan bahawa resort tersebut dimiliki individu warga Singapura, menyebabkan kejadian seperti ini dipandang enteng oleh pemilik resort berkenaan. 

Namun menerusi dokumen yang diperolehi melalui Majlis Daerah Kota Tinggi, menunjukkan bahawa pemilik resort itu, Syed Ahmed mempunyai kad pengenalan Malaysia seperti dipaparkan di bawah;


Malah menerusi semakan di Pejabat Tanah dan Galian daerah Kota Tinggi turut membuktikan bahawa tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu. Seandainya benar bahawa tanah tersebut merupaan Tanah Rezab Melayu, maka bagaimana tanah ini boleh pula dimiliki oleh warga Singapura?



Namun penduduk tetap bertegas bahawa tanah tersebut dimiliki seorang individu dari Singapura dan telah mendaftarkan tanah berkenaan menggunakan nama sebuah syarikat, Tanjung Sutera Sdn Bhd sebagai pemilik tanah berkenaan berdasarkan Sijil Kebenaran Menduduki Bangunan dari Majlis Daerah Kota Tinggi.


Dan disebabkan kejadian sebegini, pelbagai persoalan baru pula terungkai, bagaimanakah tanah tersebut boleh diserahkan kepada warga Singapura untuk dimajukan dan dijadikan pula rumah peranginan di kawasan ini? Adakah wujud campur tangan pihak tertentu sehingga membolehkan tanah terbabit dibeli dan diusahakan oleh bukan warganegara Republik tersebut?

Saya cuba untuk mendapat maklum balas dari pemilik resort berkenaan, namun ternyata pemilik resort melarikan diri melalui pintu pagar lain dan meninggalkan orang ramai, media dan pihak berkuasa yang hadir ke resort berkenaan pagi ini.

Nak sambung baca boleh klik SINI. Nak tengok video kontroversi ritual buddha dalam surau ni pulak boleh klik kat SINI.

Mc baru dapat info dengar kata, DYMM Sultan Johor nak roboh surau tu sebab ianya tidak di iktiraf sebagai surau oleh kerajaan negeri. Maybe untuk elakan ada perkara macam ni berlaku lagi kot. Kalau info ni tak betul, ada info yang lebih tepat boleh maklumkan Mc di komen ok.

McTheory:
Kalau boleh, selesaikan baik-baik..

HOT INFO! Kisah Surau di jadikan Tempat Sembah Tokong?

Posted: 11 Aug 2013 10:17 PM PDT




Kecoh lani pasal surau digunakan sebagai ritual agama buddha, lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu kelmarin. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

"Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

"Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa," katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan.

Nak tengok video ritual tu ada dibawah ni,




Selepas itu ramai pihak mahukan Jabatan Agama Islam Johor bertindak. Ya laa..ini perkara berat, mana boleh surau digunakan untuk sebarang ritual agama lain.

Disebabkan itu Mc dapat info dari Sahabat di Johor,

UNTUK PERHATIAN: Bagi umat Islam terutamanya di Johor usahlah bimbang dengan tindakan seseorang membenarkan SURAU di kawasan persendiriannya 'DIPINJAM' oleh Penganut Buddha/Hindu untuk melakukan 'ibadah' mereka …

Ini kerana pihak berkuasa termasuk JABATAN AGAMA JOHOR telahpun mengambil langkah segera membenteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini dengan pantas beberapa hari lalu.

Difahamkan, pemilik tanah di Tanjung Sedili ini yang hanya dikenali sebagai SYED dan dipercayai warganegara Singapura telah melarikan diri, termasuklah SAMI yang mengetuai penganut Buddha/Hindu itu melakukan 'ibadah', setelah pihak berkuasa bertindak bersama orang-orang kampung.

Turut difahamkan Jabatan Agama Islam akan turut membuka kertas siasatan untuk mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab ini, sambil pihak-pihak berkuasa dan jabatan-jabatan yang berkenaan akan ketempat tersebut esok (Isnin)



McTheory:
Kita tunggu tindakan dari pihak Jabatan Agama, jangan cakap saja!!

PANASS!! Kisah Letupan BOM di Kelantan, Seorang Terkorban!

Posted: 11 Aug 2013 08:27 PM PDT




Ya Allah, makin banyak pulak kes jenayah pelik-pelik di negara kita sekarang ni. Dari tembak-tembak hingga ke bom pulak. Kenapa jadi macam tu? Kalau ia melibatkan kumpulan kongsi gelap atau mafia tu tak heranlah sebab, tembak menembak tu kerja depa. Tapi ia melibatkan seorang kerani sekolah? Apahal kerani sekolah boleh kena BOM?

Kita tengok gambar kat bawah dulu,






Mengikut maklumat yang Mc dapat boleh baca dibawah,

BOM control yang diletakkan di bawah sebuah kereta diletupkan di Taman Sri Periuk Chabang 4 Tumpat. Seorang kerani Sek Keb Guchil Kuala Krai mati dengan kedua tangan putus dan perutnya pecah.

Maklum kes menarik perhatian berkait Chabang Empat dalam Report : 670/13

A ) FAKTA KES :
1. Pengadu : Rf 84216 Zaibullah bin Ismail
Caw Gerakan IPD Tumpat

2. Mangsa : Mohd Yusrizal bim Mat Zai
Kpt : 810618-03-5649 (32 thn)
Almt : Kg Kenor 18000 Kuala Krai, Kelantan
Kerja : Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai
Status: Berkahwin ank seorang (perempuan, 4bln)

3. Tempat kejadian: hadapan rumah No 127 Blok M Rumah JPN Kok Seraya, Tumpat, Kelantan

B) KETERANGAN KES :
Pada 11/8/2013 jm lebih kurang 1100 hrs semasa pengadu bertugas di bilik gerakan ipd terima panggilan dari 999 mengenai kejadian letupan gas di taman seri periok chabang empat tumpat. Dan 1 mangsa cedera. Pengadu buat repot pertama.

1. Menurut saksi mangsa keluar dari rumah ibu mertua untuk melihat suatu benda atas kereta Naza Citra WNS 8721 (warna gold). Tiba2 dengar letupan kuat dan dapati mangsa terbaring atas jalan mengalami kecederaan teruk dan dapati meninggal dunia.

2. Mangsa alami kecederaan putus dua belah tangan dan perut terburai.

3. Tiada saksi yg lihat kejadian

4. Telah maklum unit Forensik, unit bom dan unit K9 untuk tindakan.

5. OCCI hadir di tempat kejadian.

Siasatan lanjut masih diteruskan.


P/s: taktau nak komen apa, berdoa semoga Malaysia kembali aman.


McTheory:
Tentu ada sesuatu disebalik semua ini.. apakah ianya perancangan, atau terancang?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...