Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Video menarik ni boleh buat kita mengalirkan air mata!

Posted: 01 Aug 2013 08:12 AM PDT


Mc rasa ramai yang dah tengok cerita ni. Kalau tak tengok pun tentu dah baca cerita budak sekolah baju dan kasut buruk. Sedih bila Mc tengok video ni.


Alhamdulillah, kita kerana masih hidup selesa dibumi Allah ni. Ramai lagi yang susah dari kita. Jadi angkat tangan dan bersyukurlah kepadanya. Jangan asyik merungut itu tak cukup, ini tak cukup. Usaha tu yang penting. Insyallah jika usaha, rezeki akan datang dengan sendirinya.

TUDIAA! Bukti Azeez Rahim Tak Buat Kerja Di Baling!! #KedahAmanMakmur

Posted: 01 Aug 2013 06:12 AM PDT



Terharu rasa hati apabila dapat menyaksikan kegembiraan yang terpapar di wajah anak-anak yatim dan anak yatim piatu dari daerah Baling yang telah di raikan Datuk Azeez Rahim, ahli parlimen Baling didalam program bantuan Aidilfitri kepada anak yatim dan anak yatim piatu.

Kali ini gedung pakaian Jakel Sungai Petani yang dimiliki syarikat Alamoda Silk House Sdn Bhd telah di pilih Datuk Azeez Rahim kerana ingin memberi peluang kepada anak-anak yatim dan anak yatim piatu memilih pakaian raya mereka sendiri.

Yang lebih terharu, anak-anak yatim dan anak yatim piatu ini akan di jadikan anak angkat kepada pejabat Azeez Rahim, segala pengajian mereka sehingga tamat akan cuba di bantu Datuk Azeez Rahim.

PANASS!! Setuju dan Sokong Kerajaan Untuk Wujudkan Semula Akta ISA dan Ordinan Darurat!!

Posted: 01 Aug 2013 01:12 AM PDT


Kini semakin ramai penjenayah berani mencabar kewibawaan dan kedaulatan serta keharmonian perpaduan kaum di negara ini setelah Akta Darurat dan ISA dimansuhkan.

Menurut Sumber bernama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya, cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara kementerian dengan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di Putrajaya, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. Lapor benama.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan terdapat segelintir generasi muda semakin berani mencabar undang-undang kerajaan. Cadangan untuk men'wujud'kan ISA amatlah diharapkan.

 Kronologi kes tembak menembak di Malaysia, boleh sambung baca SINI

HOT! Pertandingan Adik Beradik Siapa Bakal Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? #NKPUM

Posted: 31 Jul 2013 11:12 PM PDT


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata UMNO kekal sebagai sebuah parti yang tetap relevan dulu, kini dan selamanya sekiranya terdapat ramai mereka yang ingin menawarkan diri dalam pemilihan parti tersebut nanti.

Namun beliau mengharapkan ruang yang terbuka luas itu diseimbangi dengan tunggak perpaduan supaya ianya kelak dapat mengekalkan perpaduan serta kestabilan didalam parti untuk kepentingan bersama.

"Kalau pertandingan itu sihat kita akan melihat calon yang terbaik akan muncul dalam parti dan sekiranya niat tidak baik..umpamanya mengacau dan sebagainya sesiapa pun tidak akan mendapat manfaat serta faedah.

"Kita bertanding seperti adik beradik… tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita," katanya.

Khairy berkata demikian pada majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di Masjid Asy-Syakirin di KLCC. Turut diraikan pada majlis berbuka puasa itu anak-anak yatim serta ibu tunggal dan mereka yang tidak berkemampuan.

Khairy seterusnya menambah bercakap soal transformasi ianya bukan sahaja dapat dilihat di dalam kerajaan malah turut melangkaui parti UMNO itu sendiri.

"Dengan demokrasi yang terbuka dan tidak ada halangan kepada mana-mana ahli untuk bertanding kita anggap ianya cukup positif.Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia adalah untuk kukuhkan parti… kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi," katanya.


JAMAWI JAAFAR
Tenom, Sabah

LOKMAN NOR ADAM
Shah Alam, Selangor

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Titiwangsa, WP

KHAIRUL AZWAN HARUN
Pasir Salak, Perak (KPUN)


Dengar kata ramai lagi yang tawar diri bertanding NKPUM. Bertanding ramai-ramai la bagus, baru meriah. Tapi kalau hanya syok sendiri, bagi Mc tak payah la kot. he he..

Pilih Pemuda yang mampu membela, jangan yang hanya pandai cakap saja. he he..


McTheory:
Salah pilih Pemuda UMNO hanya tinggal nama..

PANAS! Gambar Suspek Bunuh Pengasas Arab Malaysian Bank!

Posted: 31 Jul 2013 09:47 PM PDT




Suspek ini di dengan nama Sei Ngan Chai. Jika ternampak atau terserempak dengan lelaki ini boleh hubungi Balai Polis Berdekatan...

Sila sebarkan..

PANASS! Suspek Video Raya Pegang Anjing Di Bela Oleh PKR!!

Posted: 31 Jul 2013 07:22 PM PDT



Wanita yang membuat video kontroversi menyambut hari raya bersama tiga ekor anjing ditangkap polis dan ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini semalam.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd. Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif membabitkan agama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

"Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi (semalam) untuk diambil keterangan," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.


Tomboi ni pernah kata pegang anjing tu tak haram, nak tau apa dia kata lagi, klik SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...