CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


NAJIB-NAZRI BUAT U-TURN isu lantik anak jadi pegawai khas

Posted: 18 Aug 2013 01:02 AM PDT


(TMI) - Tidak sampai dua hari, PM Najib terpaksa menukar pendiriannya berhubung tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang melantik anaknya sebagai pegawai khasnya di kementerian itu.

Jika semalam Najib menyatakan tidak menjadi salahnya Nazri berbuat demikian asalkan tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan tetapi hari ini beliau mengubah kenyataannya itu dengan mengatakan ahli keluarga menteri hanya boleh diletakkan sebagai pembantu di kawasan Parlimen masing-masing dan bukannya di kementerian.

"Inilah prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri," katanya.

Tindakan Nazri melantik anaknya sebagai pegawai khas telah mengundang keresahan orangramai, bukan saja kerana anaknya, Nedim itu terlibat dengan kontroversi sebelum ini, bahkan cara Nazri mempertahankan anaknya memperlihatkan keangkuhannya yang melampau.

Selain mengatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri, Nazri dengan nada sombongnya juga berkata, "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja.

"Dalam hal ini Nazri barangkali terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad. Kementerian adalah milik kerajaan dan menteri duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

Hanya setelah menjadi wakil rakyat atau dewan negara, barulah seseorang itu boleh dilantik sebagai menteri. Ini menjadikan seseorang menteri sebenarnya sentiasa terikat kepada sokongan dan undi rakyat.

Selagi rakyat menyokongnya, dapatlah jadi menteri tetapi setelah tidak lagi mendapat sokongan rakyat, kedudukan menteri terpaksa dilepaskan dan kementerian juga kena ditinggalkan.

Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja.Ingatlah bahawa menjadi menteri adalah atas pertanggungjawaban bersama sebagai sebuah kerajaan setelah diberi mandat oleh rakyat. Jika menteri bersikap sombong dan angkuh, parti dan kerajaan yang akan menerima kesan penolakan daripada rakyat.

Oleh sebab itu, menjadi seorang pemimpin dan menteri haruslah menjauhi sikap sombong dan angkuh bagi memastikan sokongan rakyat berterusan.Pemimpin yang bersikap sombong, angkuh dan enggan menerima teguran adalah beban kepada parti dan kerajan.

Tindakan Najib yang terpaksa mengubah pendirian dan menjadi flip-flop berhubung keputusan Nazri melantik anaknya itu, walaupun mengundang persepsi yang berbagai mengenai kefahaman Perdana Menteri sendiri berhubung perlantikan ahli keluarga oleh seseorang menteri, tetapi secara nyata menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Nazri itu adalah salah.

Cumanya, mungkin atas sebab-sebab tertentu dan hubungan peribadi yang agak lama, Najib segan memberitahu secara terus-terang agar Nazri mengeluarkan anaknya daripada kementerian itu.

Dengan meletakkan anaknya duduk di kementerian, walaupun gajinya dibayar oleh bapanya sendiri tetapi sudah tentu pelbagai kemudahan kerajaan akan turut digunakannya.Lagi pula meletakkan anak dan ahli keluarga sendiri di di kementerian di mana bapanya menjadi menteri, turut juga mengundang persepsi yang tidak baik kepada rakyat dan kakitangan kementerian itu sendiri.

Rakyat akan melihat menteri mengamalkan nepotisme manakala kakitangan kementerian pula menjadi serba-salah dalam menjalankan tugasnya terutama jika ada permintaan yang melibatkan pemberian kontrak dan peluang perniagaan.


Kan saya cakap dah ..... Macamana nak marah Nazri isu PALaM ( Pejabat Anak Lelaki Menteri ) kalau bini PM sendiri ada pejabat FLOM ! ?Terpaksalah Najib sokong juga ...... korang pulak macamana ? Nak buat U-Turn ?- Din Turtle

Muhammad Nedim, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kini disenaraikan di laman web kementerian sebagai pegawai khas di kawasan Parlimen bapanya, dan bukan di kementerian.

Sebelum ini ia disenaraikan sebagai "pegawai khas" dalam direktori kakitangan. Nedim kini disenaraikan sebagai "Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan Gen Y)". tle


Hina Agama : Sikap Talam Dua Muka Pemimpin Pas

Posted: 17 Aug 2013 11:59 PM PDT


Umum mengetahui, sejak kebelakangan ini isu penghinaan oleh segelintir mereka yang biadab kepada agama Islam semakin menjadi-jadi. Malah perkembangan tidak sihat itu juga, di lihat sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat khususnya orang Melayu.

Namun apa yang menyedihkan, bila mana ada di kalangan pemimpin pakatan pembangkang cuba menyalahkan sesetengah pihak yang disifatkan sengaja ingin mensensasikan isu.

Ia berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa.Dia menyifatkan semua isu yang dibangkitkan itu sengaja di besar-besarkan ekoran sokongan masyarakat bukan Islam kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengatakan ia adalah merupakan kes-kes terpencil dan sepatutnya dmykmu.netikan di kalangan mereka."Terdapat satu agenda untuk mewujudkan ketakutan dan kebencian di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu" katanya melalui laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah portal pembangkang petang tadi.

Namun persoalan yang timbul ialah, apakah Mujahid merasakan isu-isu penghinaan agama ini sepatutnya di senyapkan dari pengetahuan umum? Apakah dia mengharapkan agar media tidak lagi memainkan peranan yang sewajarnya untuk melaporkan sesuatu perkara yang berlaku?

Nampak sangat, pemimpin Pas ini begitu takut dengan bayang-bayang sendiri. Apabila terdapat sebarang isu yang boleh mengaitkan pakatan pembangkang, mereka mengharapkan agar laporan tersebut 'dihilangkan'.

Namun sekiranya ia berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional, mereka bebas menggunakannya isu tersebut demi survival dan kepentingan politik mereka.

Apa yang menghairankan ialah Mujahid langsung tidak membangkitkan isu ini ketika pakatan pembangkang begitu ghairah menyerang bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika kempen pilihan raya umum yang lalu. Mereka sebelum ini hampir saban hari mengecam Zulkifli yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat India.Walaupun Zulkifli telah membuat permohonan maaf, sambil menjelaskan kenyataan yang dibuat pada 10 tahun yang lalu itu dibuat ketika beliau berada dalam parti Pas, namun ia langsung tidak diendahkan. Ibarat mendapat 'durian runtuh' mereka menyerang dan memberikan publisiti yang meluas berhubung isu tersebut sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat India.

Sedangkan, sebagai seorang pemimpin yang kononnya mewakili parti yang memperjuangkan Islam, Mujahid seharusnya bertegas dan meminta semua umat Islam dan Melayu di negara ini agar bersatu dan menolak perbezaan politik dalam usaha menangkis sebarang bentuk penghinaan terhadap kesucian agama Islam yang dilakukan oleh pihak tertentu.Ini kerana umat Islam di negara ini tidak lagi boleh hanya bergantung kepada orang lain untuk menegak serta membela kesucian agama Islam, sebaliknya tanggungjawab itu perlu diletakkan di bahu setiap orang Islam.Kesimpulannya, Mujahid seharusnya berhenti bermain politik, dia perlu mengetepikan perbezaan ideologi seketika kerana umat Islam di negara ini perlu bersatu ketika berdepan suasana seperti itu dan sebarang tindakan sepatutnya menjurus kepada matlamat memartabatkan kesucian Islam secara bersama.- mykmu.net
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...