BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM TAK DIJEMPUT KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK JUSOF KALLA !!! AMIK UBAT !!!

Posted: 28 Aug 2013 08:30 AM PDT


amat memalukan bila Anwar yang sering melaungkan keakrabannya yang teramat sangat dengan mantan Naib Presiden Indonesia,Jusof Kalla,tidak dijemput ke majlis perkahwinan anak pemimpin Indonesia itu di sebuah hotel terkemuka di Jakarta semalam.Sedangkan seteru Anwar,Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penghormatan sebagai satu-satunya pemimpin utama negara asing yang dijemput ke majlis penuh prestij tersebut.Walhal setahu saya,Anwar kerap mengaitkan Jusof Kalla dengan dia.Sikit-sikit Jusof Kalla,sikit-sikit Jusof Kalla.Sampaikan cerita lawak Anwar di 'offer' jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Najib pun,Anwar kata Jusof Kalla yang sebut.Bunyi macam rapat sangat,tapi majlis kahwin anak dia sendiri pun,Anwar tidak dijemput Jusof Kalla. 

Majlis kahwin,adalah jemputan untuk kawan karib dan saudara mara terdekat.Bila dah tak dijemput tu,faham-faham sudahlah. Kalau itu bukan kemaluan terbesar,saya tak tahulah nak kata apa lagi.Bagi saya sendiri,tidak ada alasan lain kenapa Anwar tidak dijemput untuk datang ke majlis itu,melainkan Jusof Kalla berasa kecil hati kerana namanya sering dilibatkan Anwar untuk menghidupkan semula 'pesona'nya di kalangan pengikut pembangkang yang semakin tawar kebelakangan ni.Siapa pun kecil hati kalau namanya dijual berulang kali macam sampah tepi jalan.Pulak tu,betulnya tidak,autanya saja lebih.Tapi saya juga perlu akui,ada kemungkinan Jusof Kalla mungkin menjemput,tapi Anwar malu nak datang kerana mengenangkan pelbagai pembohongan menggunakan nama Jusof Kalla yang sering dibuatnya kebelakangan ni.Berulang alik ke Jakarta tu bukan satu masalah untuk Anwar,alangkah Turki yang lebih jauh itupun Anwar ulang alik hampir setiap bulan,takdak masalah pun.Tiket habis,sewa jet,apa susah,duitkan banyak.Bayar legal fees saja sudah berpuluh juta ringgit nilai,apalah sangat sewa jet tu.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PEGUAM PAKATAN HARAM PALING RAMAI MELINDUNGI #GANGSTER DI MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Aug 2013 05:00 AM PDT


PR merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan kerosakan.Selama kewujudannya,parti itu hanya memainkan peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas,selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum,agama mahupun sesama Islam.Malah,PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu.Pendek kata,sehingga kini,tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan,kebebasan dan hak asasi manusia.Tidak lama dahulu,PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan.Kononnya,dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan,kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.Walaubagaimanapun,hasil dari 'perjuangan' PR hanya membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin menjadi-jadi.Apa yang pelik ialah PR bukan sahaja tidak merasa bersalah,tetapi bertindak membela penjenayah pula.Beberapa peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah.PR langsung menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat. 

Hakikatnya,parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit dan memusing fakta.Malah,antara personaliti PR yang paling lantang ialah Karpal Singh,juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan homoseksual Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya menjadi pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat.Ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kotor,busuk dan jahatnya politik PR.Secara dasarnya,peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia gelap.Antaranya,bapa ayam,pengedar CD haram,pengedar dadah,gangster dan berbagai-bagai lagi.Pendek kata,membela penjenayah sudah menjadi tugas mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari dakwaan,ganjarannya sudah pasti lumayan,tidak termasuk dengan jaminan 'keselamatan'.Ini tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik mereka pula.Maka,tidak hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau Pinang,sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri.Jika kita imbas kembali kes pembunuhan berprofil tinggi,Datuk Sosilawati iaitu jutawan kosmetik yang terkemuka,anda akan dapati kes tersebut juga dikaitkan dengan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam yang mana diketahui menjadi tulang belakang kepada PR.Bukan setakat kes berprofil tinggi,tetapi dalam kes-kes biasa juga PR sering cenderung membela pesalah atau orang yang disyaki. 

Dalam isu demonstrasi ganas BERSIH,PR langsung tidak mengambil kira tindakan peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela keganasan peserta.Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah engkar arahan polis untuk berhenti,PR telah mengambil sepenuh kesempatan untuk menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi kejadian.Nampaknya,PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana sanggup berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas dan berbuat jenayah.Justeru,kita jangan terkejut jika melihat peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke muka pengadilan.saya pasti PR akan terus mempertahankan gangster kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! RAKYAT NAK TAHU SIAPA WAKIL RAKYAT SYIAH DI MALAYSIA !!! KEPADA PAS TOLONG JAWAB !!!

Posted: 28 Aug 2013 01:30 AM PDT


Bukan lagi satu rahsia bahawa Syiah memilih untuk bersarang melalui PAS.Semua orang tahu bahawa penganut Syiah memang ramai di dalam parti PAS.Malah,orang-orang PAS sendiri telah beberapa kali mendedah dan menegur kepimpinan berkenaan hal ini.Namun,entah kenapa kepimpinan PAS hanya berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan kewujudan Syiah di dalam kelompok mereka.Amaran-amaran yang dikeluarkan terhadap Syiah oleh pemimpin PAS dilihat sebagai retorik dan lakonan semata-mata.akhbar Sinar Harian pula mendedahkan bahawa terdapat wakil rakyat Syiah,tanpa menyebut dari parti mana.Kenyataan ini memberi gambaran bahawa Syiah mungkin turut wujud di dalam UMNO.Justeru,saya mendesak agar Prof. Dr. Mohd Kamil Abd Majid yang mendedahkan hal ini agar lebih bertanggungjawab dengan menyatakannya secara spesifik. 

Ini kerana kenyataannya itu secara tak langsung menggambarkan bahawa beliau sememangnya tahu siapakah wakil rakyat Syiah tersebut dan jika beliau mengetahuinya, beliau wajib mendedahkannya.Tidak kira sama ada fahaman wakil rakyat itu mewakili parti atau tidak,beliau wajib didedahkan kerana Syiah telah diwartakan sebagai salah dari segi undang-undang Malaysia.Apatah lagi jika wakil rakyat tersebut mewakili parti PAS yang membawa nama 'Islam'.Ini kerana beberapa pecahan ajaran Syiah telah disahkan sebagai sesat dan bukan lagi Islam.Justeru,rakyat wajib tahu dari ajaran Syiah manakah wakil rakyat tersebut.Malah,jika pemimpin PAS ikhlas menentang Syiah,mereka juga tentu ingin tahu siapakah gerangannya.Kata tidak boleh menyalahkan sesiapa jika rakyat menuduh wakil rakyat yang dimaksudkan oleh Prof. Mohd Kamil itu adalah dari parti PAS.Kita semua sedia maklum bahawa biarpun para penyokong PAS begitu giat membela rakyat Syria yang dibunuh kejam oleh puak Syiah pada ketika ini, namun hakikatnya pemimpin mereka sendiri telah lama menyokong Syiah dan menyanjung Imam Besar Khomeini. 


Mengimbas kembali laporan akhbar-akhbar Harakah pada tahun 1980-an,anda akan mendapati bahawa parti itu sememangnya menyanjung kalau pun tidak memuja Imam Besar Syiah iaitu Ayatollah Khomeini.Apabila Khomeini meninggal dunia,akhbar Harakah mengeluarkan kenyataan Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat yang berkata 'Pemergian Khomeini Satu Kehilangan Besar Kepada Ummah'.PAS pada ketika itu menjadikan Iran sebagai model Negara Islam kerana terlalu mengagungkan Khomeini.Revolusi Iran yang menyaksikan kejatuhan Shah Reza Pahlavi dijadikan inspirasi oleh PAS dan dirujuk sebagai 'kemenangan Islam' dalam menentang sekular.Iran di bawah Khomeini pantas mengenakan kod pakaian terhadap wanita serta menutup beberapa syarikat akhbar.Tindakan Khomeini membuatkan PAS begitu teruja.Seperti kebanyakan pemerintah Arab lain,kerajaan Khomeini juga menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka dengan kejam,termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai atas alasan menentang pemerintahan Islam.Pendekatan Khomeini ini tentunya bertentangan dengan PAS hari ini yang beria-ia mendesak penghapusan Akta ISA kerana tidak memberi peluang bagi pesalah membela diri.

Satu perkara yang menarik mengenai Khomeini ialah beliau membenarkan pertukaran jantina bagi mereka yang mengalami kelainan hormon.Pada tahun 1979,mereka yang terlibat dibolehkan melalui rawatan dan mendapatkan identiti baru.Maka,tidak hairanlah apabila Syiah semakin teruja dengan PAS apabila parti itu bersekongkol dengan PKR yang turut memperjuangkan hak LGBT.PAS cuba menepis bahawa parti itu menyokong atau 'mesra' Syiah.Alasan mereka,Syiah di zaman Khomeini adalah berbeza dengan Syiah yang membunuh Ahli Sunnah di Syria.Benar,Syiah di zaman Khomeini tidak membunuh Ahli Sunnah dengan kejam,namun itu tidak bermakna fahaman mereka benar.Buku tulisan Khomeini bertajuk Kashaful Asrar membuktikan bagaimana beliau telah memfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dengan merujuk kepada mereka sebagai menentang AlQuran dan sebagainya.Khomeini juga dilaporkan telah melakukan mut'ah dengan anak-anak kecil dan memfatwakannya sebagai harus.Walaupun kepercayaan yang dipegang oleh Khomeini ini sudah menjadi pengetahuan umum, namun PAS nampaknya tidak ada masalah untuk menyanjung Khomeini.Malah, sehingga ke hari ini, masih ada pemimpin PAS yang merujuk kepada Khomeini sebagai tokoh Islam yang ulung. 

Berdasarkan hakikat ini,anda tidak wajar memandang ringan akan isu wakil rakyat Syiah malah wajib membongkar dan mendesak beliau dan partinya menyatakan pegangan mereka mengenai hukum-hukum Syiah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dan juga AlQuran.Jika alasannya bahawa Syiah dahulu dan sekarang telah berubah, maka kita juga wajar mengambilkira akan perubahan yang berlaku.Hakikatnya,PAS juga telah berubah dari sebuah parti konservatif menjadi parti yang cacamarba dan separa liberal serta 'mesra' pluralisme.Oleh kerana kedua-dua Syiah dan PAS telah mengalami perubahan,maka PAS wajib membuat kenyataan yang jelas terhadap pegangan dan fahaman parti itu mengenai Syiah dan pendekatannya terhadap pemimpin atau wakil rakyat yang menganut ajaran Syiah.PAS tidak boleh terus berdiam diri dan berpura-pura tidak terlibat dengan Syiah. Keratan-keratan akhbar lama sudah cukup untuk membuktikan kaitan PAS dengan Syiah.Sikap membisu PAS hanya akan mengembangkan lagi ajaran Syiah.Oleh itu,apakah jaminan Syiah yang diternak PAS ini tidak akan bangun menentang dan membunuh Ahli Sunnah pada suatu hari nanti ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! #ALVIVI KEMBALI KE TWITTER DAN LANGGAR ARAHAN !!! TOLONG PANTAU !!!

Posted: 27 Aug 2013 09:58 PM PDT


Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee. Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.Jika dilihat,pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.




Pada masa yang sama,timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.Pada 26 Julai lalu,Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel,komen,gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.Selain itu,mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar,komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.


Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari? Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet? Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum. - MyNewsHub

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PAS TAK KISAH KALIMAH ALLAH DIBENARKAN OLEH BUKAN ISLAM ??? APA CERITA NI ???

Posted: 27 Aug 2013 07:00 PM PDT


Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor beberapa hari lepas dan telah mendakwa PAS bahawasanya sentiasa bertolenrasi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit termasuk isu berkenaan Kalimah Allah.Sehubungan dengan itu,Pendekar merasa janggal melihat perangai Naib Presiden PAS ini bila Beliau seakan akan mendabik dada kononnya isu sensitif itu telah pun selesai selepas pucuk pimpinan parti itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut sedangkan tuntutan agama lain ini masih tidak bernohtah kerana masih lagi berjalan dan akan ditentukan pada masa akan datang. 

"Isu kalimah Allah umpamanya.Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas,kita selesaikan isu itu," demikian katanya yang dipercayai merujuk pada keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang menolak kesepakatan PR untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu.Ini dah macam kes tak sedar diri rasanya,masih terperuk dalam dunia halusinasi sendiri hingga lupa kebenaran realiti.Hakikatnya isu kesucian kalimah Allah S.W.T masih berliku ranjau penyelesaiannya malah kenyataan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 itu tidak pun mengubah pendirian PR yang telah bersepakat untuk membenarkan kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya.Pokok pangkal isu ini ialah gereja Kristian yang didukung oleh DAP telah menuntut supaya kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu bagi menggantikan kata nama "God".Dan PR bersetuju selaras dengan kesepakatan PR yang turut disertai oleh PAS.Bila sedemikian persetujuannya ia bermakna secara sedar atau tidak,pimpinan PR seperti mengiktiraf bahawa konsep ketuhanan Islam dan keesaan Allah S.W.T seolah-olah sama seperti konsep ketuhanan triniti dalam agama Kristian.Hairan bila melihat dikalangan pimpinan PAS terutama sekali membabitkan golongan liberal yang berkiblatkan idelogi Anwarinas dalam AJK PAS Pusat pun masih ramai yang mengiakan tuntutan Kristian.

sebagai tambahan Kebisuan pimpinan Pas berhubung dengan isu kalimah Allah memang sudah diduga dan bukan satu perkara yang pelik kata seorang pembaca laman  AIDC tidak mahu namanya disiarkan.Menurutnya,Pas sebagai parti kompenan Pakatan Rakyat masih terikat dengan Tahaluf Siasi (perjanjian) 8 Januari 2013.Pada 8 Januari 2013,ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum PKR, Lim Kit Siang,Penasihat dan DAP dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas mengadakan sidang media khas untuk menentukan sikap mereka terhadap isu berkaitan dengan kalimah Allah.Abdul Hadi yang ditugaskan membaca keputusan itu menegaskan partinya masih berpegang dengan keputusan 4 Januari 2010 iaitu bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian. 

 "Walaupun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza dengan pendirian Presiden Pas pada 13 Januari 2013,namun keputusan itu hanya terpakai di kalangan ahli parti sahaja dan tidak terpakai terhadap Pakatan. Manakala keputusan rasmi parti Pas adalah keputusan yang dibacakan Abdul Hadi pada 8 Januari yang tidak pernah ditarik balik hingga ke hari ini.Maknanya Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian dan tunduk dengan suara Kristian dari PKR dan DAP," rumus pembaca.Pakatan membuat keputusan rasmi 8 Januari disebabkan desakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang mahu Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu. Guan Eng membuat tuntan itu pada 24 Disember 2012 bersempena dengan perutusan menyambut Krismas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !! MAMPUKAH UMNO MEMILIH PEMIMPIN YANG MENEPATI CIRI-CIRI TRANSFORMASI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Aug 2013 05:00 PM PDT


Dalam saya memandang sinis pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah,saya juga tidak lupa memerhati keadaan politik UMNO.Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula terasa.Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama,bangsa dan tanahair.Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya,hidup matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia.Pada dasarnya,UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam PRU-13 yang lalu.Namun begitu,walaupun telah memberi kemenangan kepada UMNO,orang-orang Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ini kebelakangan ini.Seimbas membaca blog-blog yang menyokong UMNO akhir-akhir ini,kita tidak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu-ragu,yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara menempelak keras. 

Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai 'dengki' atau sebagai 'suara pembangkang' bukanlah tindakan bijak.Seharusnya,pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO dalam PRU-12.Sebaiknya,UMNO mengkaji apakah yang diragui oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini.Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger ??? Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang sama dengan blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut ???  Jika anda memberi sedikit perhatian,anda akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu secara dekat pada hari ini ialah isu jenayah,isu menghina Islam,TPPA dan juga pengurusan GLC.Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yang dikhuatiri oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini.Secara dasarnya,orang-orang Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini adalah berpunca dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang dan orang-orang Cina.Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan,telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yang dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang seperti Namewee untuk menghina Islam dan Melayu. 

Ternyata apa yang dikhuatiri itu benar-benar berlaku.Begitu juga dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kepada pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA.Kerajaan mungkin menafikan yang penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk memberi berbagai alasan untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan.Namun,dukacita dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO,sekurang-kurangnya setakat hari ini.Bagaimanapun,setakat hari ini juga,harapan terus diberikan kepada UMNO kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai PR untuk membela nasib mereka.Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi,terutama TPPA.Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia.Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang,dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini. 

Bertitik tolak dari persepsi itu juga,orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan. Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan. Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.Berdasarkan senario ini,mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik.Sikap sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. 

Pendek kata,tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan datang.Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal ??? Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan 'transformasi' dari segi minda dan sikap.Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama,bangsa dan negara.Transformasi harus dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta mengadaptasinya dalam mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara ini.Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri 'transformasi' ini ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...