BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DS @SHABERYC !!! MELOYAKINI MAIN KASAR DAN KOTOR DENGAN ISU PM @NAJIBRAZAK !!! TOLONG PANTAU !!!

Posted: 13 Aug 2013 08:30 AM PDT


Apa sebenarnya yang cuba hendak di-spin oleh portal milik pembangkang ini?  Pada awalnya portal Malaysiakini mendakwa,Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang.Tapi,setelah Jusuf Kalla menyatakan Anwar telah memungkiri janji diatas perkara yang diusahakan oleh Anwar sendiri sebelum pilihanraya umum 5 Mei lalu ekoran enggan menerima keputusan PRU,Anwar lantas mempertahankan langkah tersebut sebaliknya menyalahkan Najib kerana mendakwa Najib tidak menandatangani perjanjian.

Kalau benar apa yang didakwa iaitu Najib cuba berbaik dan memulakan usaha bagi membentuk kerajaan perpaduan,Relevankah dakwaan tersebut jika Najib tidak tandatangani perjanjian? Kenapa Najib tak tandatangani perjanjian jika Najib berhasrat sepertimana yang didakwa? Sementara itu,memetik laporan portal Asia Sentinel yang membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu." Andaian,pelbagai andaian boleh dibuat,tapi sejauhmanakah kebenaran mengenai andaian itu ? Bagaimana pula 'riak' Anwar bila memperkatakan mengenai Najib? Apa sebenarnya yang berlaku diantara mereka? - GK

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! GAMBAR YANG MEMALUKAN LIM GUAN ENG TELAH TERSEBAR !!!

Posted: 13 Aug 2013 05:00 AM PDT


satu gambar yang memalukan lim guan eng telah tersebar.dia ingat orang tak nampak.dia ingat pulau pinang dia punya.dia ingat jalanraya pun dia punya.saksikan gambar di bawah


anda lihat gambar di atas.cara lim guan eng meletak kenderaan beliau ala-ala gangster.Kereta rasmi lim guan eng diletakkan di kawasan larangan meletakkan kereta.Memalukan orang pulau pinang betul si lim guan eng ni.lepas tu Media melaporkan bahawa gambar di atas menjadi viral dalam internet dan menimbulkan persoalan kredibiliti dan imej Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.Yang lebih memalukan ialah lim guan eng beria-ia mempersoalkan isu polis dan kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi tetapi kereta rasmi beliau sendiri didakwa melanggar undang-undang.Samalah seperti kenyataan beliau yang mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia padahal parti sendiri gagal menjalankan pemilihan CEC DAP dengan baik.apa cerita ni lim guan eng ??? Kita tunggu dan lihat cara Lim Guan Eng melepaskan diri tentang isu kereta yang memalukan ini.Apakah Guan Eng DAP akan diam membisu seperti isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh beliau sebelum ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SYIAH !!! SIMBOL KEPINCANGAN ISLAM !!!

Posted: 13 Aug 2013 01:30 AM PDT


KEADAAN yang wujud dalam negara ini masa kini merupakan simbol kepincangan umat Islam dalam menghadapi dilema yang berunsurkan akidah dan syariah Islam.Perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap umat Islam yang terlalu lalai menghayati konteks ajaran Islam yang sebenarnya.Sikap para pemimpin parti politik umat Islam dalam negara ini yang terlalu ghairah dengan kuasa adalah punca utama perpecahan umat di mana ukhuwah sesama umat Islam adalah berdasarkan kepada parti politik bukan kepada pemahaman akidah dan syariah seperti dituntut oleh Islam.Sikap terlalu taksub kepada parti politik menyebabkan pemimpin parti politik dan penyokongnya mengetepikan prinsip perjuangan Islam yang dituntut Allah SWT. Kuasa dan kedudukan merupakan objektif perjuangan sehingga mereka kabur melihat realiti, konteks dan implikasi berpolitik tanpa berdasarkan kepada etika berpolitik dalam Islam. Keangkuhan yang dipertonjolkan oleh mereka digambarkan dalam pelbagai bentuk yang tersasar sama sekali dengan perjuangan politik dalam Islam.

Parti politik yang melaungkan perjuangan Islam lebih mirip kepada sikap dan mentaliti golongan Kharijites di mana setiap individu yang bukan ahli dan penyokong parti politik mereka adalah dianggap kafir dan disisihkan walaupun individu itu beragama Islam dan mempunyai pertalian keluarga. Ideologi golongan Kharijites dianuti dan diamalkan oleh golongan parti politik ini sudah sampai ke tahap serius.Apabila pemikiran politik sudah disebatikan dengan ideologi Kharijites maka strategi politik mereka adalah sama dengan golongan Kharijites.Oleh itu golongan ini digelar sebagai kumpulan neo-Kharijites.Apabila prinsip perjuangan tidak berdasarkan kepada etika berpolitik dalam Islam maka sikap dan pemikiran para pemimpin dan penyokong parti politik sering berubah-ubah mengikut perubahan masa dan keadaan sehingga mereka tidak menyedari sikap dan cara mereka mengendalikan urusan politik amat berbahaya kepada masa depan umat Islam. Ini realiti yang jelas ditonjolkan sejak 1980an sehingga kini.

Pada pertengahan abad ke-7 masihi golongan Kharijites tidak bergabung dengan golongan Syiah kerana mereka mempunyai pemahaman dan perjuangan politik berbeza.Dalam abad ke-21 golongan Syiah menyerap masuk dalam parti politik bercirikan ideologi Kharijites demi untuk mendapat kuasa dan kedudukan dalam politik.Ketika ini baru disedari golongan Syiah sudah mempengaruhi ahli-ahli politik golongan ahlu Sunnah wal-Jamaah kerana keghairahan berpolitik menyebabkan mereka sukar menilai kefahaman akidah para pemimpin dan ahli politik mereka.Apabila kuasa politik dijadikan sebagai objektif kehidupan maka sikap dan tingkah laku mereka juga berubah.Jika pada peringkat permulaan perjuangan dalam arena politik menonjolkan kejituan perjuangan Islam sehingga memukau dan membangkit semangat memperjuangkan Islam di kalangan belia dan graduan kolej dan universiti kenapa dalam perjuangan politik masa kini lebih menjurus kepada perjuangan golongan pluralisme?

Sikap begini bukan sahaja boleh menghakis kepercayaan tauhid dalam kalangan masyarakat Islam malah ia boleh memperkukuhkan perjuangan golongan liberalisme di negara ini.Apabila suasana begini wujud maka umat Islam sukar mempertahankan akidah dan syariah walaupun agama rasmi negara adalah Islam. Islam adalah agama yang universal dan setiap individu yang berada dalam negara Islam mempunyai hak untuk menikmati kekayaan dan pembangunan negara.Realiti yang wujud dalam dunia masa kini ialah setiap parti politik yang dianuti oleh sesuatu bangsa mereka lebih menjurus untuk mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa dan agama mereka.Hak dan keistimewaan yang ingin dikongsi sepatutnya perlu diseimbangkan supaya tiada satu golongan yang terlalu banyak berkorban hak dan kedaulatan tanah tumpah darah datuk nenek moyang mereka demi berkompromi dengan bangsa lain.Hakikat yang dapat dilihat oleh umat Islam masa kini dalam negara ini ialah umat Islam perlu banyak berkorban untuk hidup bersama masyarakat lain sehingga ke tahap pengorbanan agama dimana apabila umat Islam ingin melaksanakan sesuatu hukum hakam syariah berkaitan umat Islam maka masyarakat beragama lain juga begitu berani menunjukkan penentangan terhadap perlaksanaan undang-undang tersebut.

Persoalannya kepada kesemua para pemimpin parti politik umat Islam dalam negara ini ialah apakah hasil yang diperolehi oleh mereka dalam pergolakan dan perebutan kuasa sesama sendiri? Akibat daripada pergolakan parti-parti umat Islam masa kini maka pergerakan-pergerakan ajaran sesat dan Syiah bergerak begitu aktif untuk menyebarkan ajaran mereka.Remaja Islam yang berminat terhadap ajaran Islam dan menghadapi kekosongan jiwa mengalih haluan mereka kepada pergerakan tersebut.Golongan ulamak yang dianggap ulamak muktabar sibuk berpolitik sehingga menganuti ideologi Kharijites menghukum orang Islam yang tak sokong mereka sebagai binatang,kafir dan sebagainya.Individu yang terlalu ghairah berceramah agama lebih mirip memperjuangkan parti politik sehingga kurang menekankan aspek kerohanian dan inti sari ajaran Islam yang boleh menyerap hati nurani umat Islam. Tambahan pula terdapat penceramah agama yang tidak terdedah kepada pengajaran ilmu wahyu secara mendalam ghairah memberi fatwa yang mana bertentangan dengan konteks ajaran Islam.

Perkara ini berlaku disebabkan sikap umat Islam sendiri yang terlalu menyanjungi penceramah agama yang terkenal tanpa melihat latar belakang ilmu pengetahuan penceramah tersebut.Para cendekiawan Islam yang memperjuangkan parti bercirikan liberal dan pluralisme lebih gemar menonjolkan kehebatan ilmu mereka dengan membicarakan pelbagai istilah-istilah akademik yang sukar difahami oleh masyarakat awam. Hasilnya berlaku perdebatan dalam isu-isu berkaitan keagamaan dimana perdebatan begini memberi peluang kepada para ilmuan bukan Islam menyertainya. Akhirnya masyarakat Islam ketandusan ilmu wahyu dan konteks ajaran sebenar.Suasana yang wujud masa kini sepatutnya membuka mata semua umat Islam bermuhasabah tentang kesilapan mereka.Pemimpin politik,cendekiawan Islam dan ulamak sepatutnya bermuhasabah dan berfikir sejauh manakah mereka menyumbang perkhidmatan dan ilmu kepada masyarakat Islam.

Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

EKSKLUSIF !!! KEKAYAAN ANWAR IBRAHIM ADALAH HARTA DARI RAKYAT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 Aug 2013 10:00 PM PDT


Kekayaan Anwar Ibrahim sudah lama menjadi tandatanya ramai.Kehidupan Anwar sekeluarga yang mewah amat menghairankan kita semua.Walaupun Wan Azizah tidak pernah dipersoal mengenai barang kemas dan gaya yang mewah tetapi umum sedia maklum bahawa beliau bukanlah 'sengkek' atau hidup dalam keadaan sederhana.Malah,kehidupan mereka sekeluarga adalah melebihi tahap kemewahan yang logik dicapai oleh seorang bekas Perdana Menteri dan bekas banduan.Anwar mampu mempunyai pengawal peribadi yang ramai serta mampu pula keluar negara berpuluh kali setahun.Ketika beliau di penjara,anak-anaknya masih ramai yang sedang belajar.Ramai di antara mereka pula belajar di luar negara.Pendek kata,kemewahan Anwar boleh dikatakan mengatasi Perdana Menteri memandangkan beliau tidak lagi mendapat kemudahan dari kerajaan. 

Kemewahan Anwar membuatkan pembangkang tidak berhak menjadikan isu 'pemimpin BN hidup mewah' sebagai salah satu peluru untuk menembak kerajaan.Apatah lagi dengan perkembangan terbaru melalui surat-surat layang yang mendedahkan transaksi kewangan Anwar.Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail.Jika selama ini kita tertanya-tanya berapa agaknya kos guaman Anwar maka kini kita sudah mendapat gambarannya iaitu mencapai angka RM50 juta. 

Jumlah ini amat munasabah memandangkan sebahagian besar hidup Anwar adalah meliputi kes-kes mahkamah dari kes liwat,salahguna kuasa,video seks serta fitnah.Pastinya,siapa saja yang menulisnya mempunyai akses kepada data peribadi Anwar dan jika Anwar menyaman mereka ini samalah seperti beliau menjerat diri sendiri.Justeru,Anwar memilih untuk bermain wayang iaitu ingin menyaman pihak yang melaporkannya dan bukannya mencari atau menyaman pihak yang menulisnya.Apapun,tindakan menyaman sesiapa tidak akan mampu menghapuskan kemusykilan rakyat.Jika kos guaman sahaja sudah menjangkau sebegitu banyak,tidak termasuk tanggungan dan kos sara hidup yang mewah dengan aktiviti-aktiviti politik yang melangkaui sempadan negara,maka berapa banyakkah sebenarnya harta Anwar Ibrahim sekeluarga ??? 

Sebelum ini,terdapat pendedahan dari berbagai pihak tentang bagaimana Anwar menyalahguna kuasa Menteri Kewangan ke atas Bank Negara.Selain itu,terdapat juga pendedahan bagaimana Wan Azizah turut menerima sejumlah wang dari Estrada iaitu bekas Presiden Filipina bagi membantu aktiviti politik Keadilan dan pembebasan Anwar tetapi khabarnya tidak sesen pun dari wang itu masuk ke parti.Kita juga tidak lupa tentang pendedahan bagaimana wang diterima melalui Thailand dari pihak-pihak tertentu di luar negara yang ingin meletakkan Anwar sebagai pemimpin boneka. Oleh itu, dengan melihat dari kemewahan Anwar,rasanya tidak salah jika rakyat menganggap semua pendedahan di atas sebagai benar belaka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TOLONG HARAMKAN THE NEW VILLAGE !!! JANGAN BENAR DITAYANGKAN !!!

Posted: 12 Aug 2013 06:52 PM PDT


Filem The New Village terus menjadi kontroversi apabila pembikinnya,Namewee,sekali menghentam kerajaan di youtube kerana menunda penayangannya.Filem tersebut mendapat reaksi terkejut dan marah dari berbagai pihak,terutama yang pernah menjadi mangsa komunis apabila ia mengangkat komunis sebagai wira dalam memperjuangkan kemerdekaan.Secara dasarnya pula,filem ini adalah lanjutan dari sikap biadap dan tidak sensitif yang ditunjukkan Namewee sebelum ini.Terbukti kini bahawa Namewee tidak pernah merasa bersalah,jauh sekali insaf dari perbuatannya menghina agama Islam, Melayu dan kerajaan tidak lama dahulu.Permohonan maafnya sebelum ini hanyalah lakonan semata-mata dan kini beliau mengambil kesempatan atas kenaifan kerajaan untuk terus mencabar dan menghina kerajaan.saya minta maaf kerana naikkan isu ini kembali kerana belum ada jawapan lagi sampai sekarang tentang filem ini.adakah di haramkan atau filem ini akan ditayangkan

Dari satu segi,Namewee sebenarnya sedang memperlekehkan kerajaan yang telah mempercayai dan memberi kemaafan kepadanya.Namewee juga sedang memperbodohkan kerajaan kerana memberi geran kepadanya untuk berkarya serta mengangkatnya sebagai ikon 1Malaysia.Kini,terbukti sudah bahawa segala kebaikan kerajaan itu langsung tidak dihargainya.Mengambil kira hakikat ini,inilah ditegaskan bahawa bukan sahaja filem The New Village yang menjadi isu,tetapi kedudukan Namewee dalam arena seni hiburan negara juga harus dikaji semula.Hakikat yang sukar untuk dicerna oleh kerajaan ialah Malaysia pada hari ini berada dalam keadaan tegang.Walaupun pada dasarnya keadaan kelihatan aman,namun ketegangan sebenarnya sedang meningkat dan membarah dari dalam. 

Negara kini berhadapan dengan masalah di mana kumpulan minoriti enggan menerima identiti nasional,menolak aspirasi negara mentah-mentah serta enggan menerima sebarang usaha untuk membentuk perpaduan.Keadaan begitu kronik sehingga mereka sanggup menolak dan menukar sejarah yang mana menyebabkan timbulnya prejudis dan kebencian terhadap kerajaan Melayu.Mereka menganggap sebarang usaha untuk mempromosi perpaduan dan membentuk identiti nasional sebagai ancaman kepada identiti dan aspirasi kaum mereka.Dalam kata lain,mereka tidak pernah berkongsi cita-cita dan hala tuju yang sama dengan warganegara dari kaum lain di Malaysia ini tetapi ingin meletakkan kaum mereka di satu kelas tersendiri yang berasingan dan filem The New Village adalah bertitik-tolak dari sikap minoriti itu.Perlu ditegaskan bahawa filem seperti ini mampu menjejaskan usaha kerajaan untuk memulihkan ketegangan kerana ia bakal menambahkan lagi kekusutan pemahaman golongan minoriti mengenai sejarah negara. 

Justeru,saya mendesak agar filem The New Village ini diharamkan sahaja tayangannya sebagai salah satu langkah tegas dalam menghentikan sebarang usaha untuk mengawal ketegangan.Ia juga merupakan antara langkah segera dalam mengekang usaha untuk memanipulasi dan menukar sejarah.Sehubungan dengan itu,Namewee juga wajar diharamkan terus dari berkarya.Beliau tidak harus diberi peluang untuk terus menimbulkan kekusutan dan ketegangan.Sudah sampai masanya beliau diberi pengajaran dalam bentuk hukuman supaya beliau kembali menjunjung langit di mana buminya dipijak.Sesungguhnya,apa yang Namewee lakukan adalah keterlaluan.Memberi peluang lagi kepadanya akan hanya menunjukkan kelemahan kerajaan.Percayalah jika diberi peluang,beliau pasti akan menggunakannya untuk memperlekeh,menghina dan memperbodohkan kerajaan lagi.Apakah Namewee perlu membuktikan kebodohan kerajaan sebelum menerima hukuman ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...