BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! DS @SHABERYC !!! PAUL CHOO MENGHINA FILEM #TANDAPUTERA !!!
- HOT NEWS !!! STRATEGI PENIPUAN DAP DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! PROF. AGUS YUSOFF MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN KAW-KAW !!!
HOT NEWS !!! DS @SHABERYC !!! PAUL CHOO MENGHINA FILEM #TANDAPUTERA !!! Posted: 11 Aug 2013 10:49 AM PDT satu lagi perbuatan cauvunist cina telah dikesan.sebelum ini namewee yang kurang ajar mengatakan akan membuat sesuatu kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.ini kerana filem the new village tidak dapat ditayangkan.adakah filem itu merupakan sejarah ??? itu filem komunis.ada faham kerr namewee ??? kali ini paul choo menghina filem Tanda Putera dengan isyarat orang islam tempatnya seperti jamban.apa cerita ni ??? nampaknya maruah umat islam di malaysia makin dipijak oleh umat lain seperti paul choo ni.kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,tolong pantau si paul choo ni.jangan sampai melayu bangkit.nahas nanti.lihat gambar di bawah |
HOT NEWS !!! STRATEGI PENIPUAN DAP DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!! Posted: 11 Aug 2013 05:11 AM PDT Akhirnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membuat keputusan supaya DAP mengadakan semula pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu.Seperti yang dijangka,DAP menegaskan,tidak akan terikat dengan keputusan itu.Maksudnya mereka tidak akan patuh.Justeru,mampukah ROS menguatkuasakan keputusannya itu Diharap kali ini ROS tidak lagi mengikut rentak politik DAP.Jangan lagi tertangguh sampai setahun baru tindakan tegas mahu diambil. DAP sebenarnya membentuk trend tidak sihat dalam amalan demokrasi negara. Mereka menghalang proses undang-undang yang cuba dikuatkuasakan. Bayangkan jika arahan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak dipatuhi oleh rakyat Pulau Pinang,apa akan jadi pada negeri tersebut.Contohnya,jika penduduk di Kampung Buah Pala mengingkari keputusan kerajaan negeri supaya berpindah agar kawasan tersebut dapat dibangunkan dengan projek mewah,sudah tentu Guan Eng pening kepala.Guan Eng yang terkenal keras kepala akhirnya berjaya menghalau penduduk berpindah keluar. Guan Eng pernah mendakwa beliau kagum dan mahu mencontohi gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz.Tetapi Umar Abd Aziz tidak pernah melakukan tindakan keras dan zalim kepada rakyatnya.Sebenarnya tidak ada siapa yang percaya dengan cakap Guan Eng itu. Pas pula tidak berani menegur DAP.Sebab itu Guan Eng semakin keras kepala.Bagaimanapun keputusan ROS itu membuka banyak pekung dalam DAP. DAP seperti mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum, apabila enggan mengadakan semula pemilihan jawatankuasa CEC parti. DAP takut ia akan menelanjangkan lagi 'gambaran palsu' parti DAP yang kononnya parti yang amat demokratik.Jawatan Setiausaha Agung dan beberapa lagi jawatan tertinggi parti bukan dipilih oleh ahli akar umbi atau sejumlah 2,576 anggota perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan. Sebaliknya ia dipilih oleh 20 orang anggota CEC. Dalam konvensyen tahun lalu,keputusan awal telah dibatalkan. Kononnya berlaku kesilapan semasa pengiraan undi.Maka bermulalah 'gambaran palsu' amalan demokrasi dalam DAP.Ahli yang tidak berpuas hati mendedahkan selama 47 tahun,DAP berjaya memanipulasi cara perwakilan dipilih untuk menghadiri Kongres Kebangsaan parti dan cara pengundian CEC dibuat.Ini termasuk dakwaan,kehadiran 547 orang perwakilan haram di konvensyen tahun 2012. Bahkan terdapat 32 orang perwakilan yang mendakwa mereka tidak menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri konvensyen tersebut. Sebab itu DAP tidak boleh menyalahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi. Father Augustus Chen penulis buku The Equity Report mendakwa,pada tahun 1968,Lim Kit Siang telah menggunakan sentimen kaum untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Bangsar Devan Nair sebagai Setiausaha Agung DAP yang pertama.Dengan sentimen Cina itulah DAP terus hidup pada hari ini sehinggalah berlakunya Tsunami Cina.Justeru DAP adalah parti lapuk.Lapuk dari segi kaedah memilih pemimpin tertinggi parti,lapuk dari cara memilih perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan Tahunan DAP, lapuk dari segi sistem dan ketelusan pengiraan undi, lapuk kerana masih memainkan isu kaum bagi memonopoli sokongan Cina dan lapuk kerana masih berlindung dengan 'gambaran palsu'. Selain pendekatan 'gambaran palsu',DAP ada kelebihan untuk menukar ancaman menjadi simpati.DAP dituduh sebagai parti perkauman dan anti Islam,tetapi Pas tetap sokong mereka.Dituduh parti kuku besi, tetapi segolongan anak muda Cina yang kononnya menuntut ketelusan dan kesaksamaan tetap menyokong mereka. Dituduh parti anak beranak dan kroni, tetapi dinasti Lim dan Karpal terus menguasai parti tanpa mahu bersara. Apa sahaja yang salah dibuat oleh DAP tetap dianggap betul oleh golongan ini kerana DAP adalah parti 'gambaran palsu'.DAP mampu membunuh bukan setakat dua ekor burung dengan seketul batu, tetapi tiga ekor burung dengan seketul batu.Baling batu sembunyi tangan.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digunakan untuk memujuk Pas supaya sedia bekerjasama dengan DAP. Anwar dijanjikan sokongan kuat DAP untuk jawatan Perdana Menteri. Dalam masa yang sama Anwar pujuk Pas supaya gugurkan perjuangan Negara Islamnya. Pas pula digunakan untuk memecahkan belahkan perpaduan Melayu dan membunuh UMNO. Manakala MCA yang hampir dikuburkan oleh DAP terus ditekan secara senyap supaya mempersoalkan dasar dan polisi BN yang kononnya punca Cina tidak sokong MCA.Hakikatnya MCA memang lemah kerana masalah kepimpinan dan imej. Justeru, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), taktik 'gambaran palsu dan 'ancaman menjadi simpati' akan terus digunakan oleh DAP.DAP barangkali mahu pengundi Cina melakukan 'tindakan maksimum' fasa dua.Tindakan maksimum itu ialah keluar mengundi dan maksimum mengundi pembangkang. Objektif mereka ialah hilangkan UMNO di dunia.Hilang UMNO,maka berakhirlah 'kontrak sosial'. Oleh Dr Puad Zarkashi APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PROF. AGUS YUSOFF MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN KAW-KAW !!! Posted: 10 Aug 2013 08:22 PM PDT SELEPAS 100 hari PRU13 berlalu,saya perhatikan tidak ada keghairahan baru dalam politik Kelantan.Ini kerana kerajaan barunya sekadar meneruskan dasar lama sahaja. Kenapa begitu kering dan miskinnya idea kerajaan baru Kelantan ini? Adakah cukup sekadar menjadi kerajaan 'punch card' sahaja (masuk pejabat jam 8pagi dan balik jam 5ptg?). Persoalannya,jika sekadar meneruskan dasar lama sahaja,mengapa tidak meneruskan projek Lebuh Raya Rakyat? Mengapa diam sahaja dengan projek stadium? Teruskanlah sahaja dua projek lama tersebut kerana ia membawa manfaat untuk rakyat,khususnya Projek Lebuh Raya Rakyat.Kerajaan negeri perlu tahu bahawa rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur sudah tidak tahan lagi memandu kereta sehingga 15 jam untuk sampai ke Kota Bharu semata-mata kerana jalannya sesak.Projek ini nampaknya sudah macam tertangguh kerana tidak ada maklumat dan pengumuman baru mengenainya.Kontraktor utama juga sudah menarik diri kerana tidak ada jaminan daripada kerajaan negeri tentang pembayaran pelaksanaan projek ini. Saya ingin katakan kepada kerajaan negeri,jika tidak ada duit untuk meneruskan projek ini,cari jalan penyelesaiannya.Sekiranya jalannya adalah dengan memohon bantuan dari kerajaan pusat,maka teruskan perundingan itu secepatnya.Yang penting projek ini perlu diteruskan dan diselesaikan.Ini kerana telah banyak kos awal pengambilan tanah dan lain-lain telah dibelanjakan dan wang rakyat pun telah dikutip.Jika sekadar meneruskan dasar lama, mengapa juga diam terus dengan projek stadium? Memang projek stadium tidak sepenting projek Lebuh Raya Rakyat,tetapi pembinaannya boleh menjana ekonomi negeri.Harga tanah berdekatan stadium akan melonjak, banyak rumah baru boleh dibina, kawasan padat di bandar boleh dikurangkan dan perniagaan baru boleh dibuka oleh rakyat.Projek pembinaan stadium ini mudah sahaja dilaksanakan jika kerajaan negeri serius mahu meneruskannya. Cuma dalam melaksanakan projek ini,kerajaan negeri dan barisan kepemimpinannya perlu kreatif dan berusaha sedikit mencari idea bagaimana mahu membina,membangun dan mengembangkannya.Satu yang saya lihat ada sedikit perubahan ialah dari segi bekalan air.Saya lihat kuantiti airnya semakin banyak,tetapi tidak kualiti airnya. Sistem perawatan air masih banyak yang perlu ditingkatkan kerana airnya masih kuning.Saya dikhabarkan oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa isu air ini akan selesai pada akhir tahun ini. Semoganya! Maka,apa yang barunya dengan dasar kerajaan sekarang? Satu yang dapat saya perhatikan ialah membenarkan wanita menyertai musabaqah Al-Quran. Lain-lain tidak ada.Jika betullah pemerhatian ini, saya kira ini amat malang bagi rakyat Kelantan yang mengharapkan kerajaan negeri lebih baik dari yang dahulunya.Dari aspek lain,saya fikir ada beberapa pencapaian kerajaan negeri yang boleh direkodkan. Saya melihat pengurusan kerajaan tempatan,khususnya kebersihan bandar dan hubungan keajaan pusat-negeri adalah lebih baik dari kerajaan sebelum ini.Semoga hubungan tidak lagi tegang dan kerajaan pusat-negeri boleh saling bekerjasama dengan menghormati prinsip persekutuan. Tapi soal tuntutan royalti minyak,itu perlu teruskan kerana ia hak Kelantan.Jika kerajaan pusat mempunyai tafsiran yang berbeza tentang hak Kelantan ini,uruskan hal ini di mahkamah untuk mendapatkan keputusan yang lebih autoritatif.Dengan kekurangan kerajaan Kelantan hari ini,maka apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan rakyatnya? Banyak hal baru yang boleh saya cadangkan.Cuma dalam tulisan ringkas ini,saya mahu mencadangkan kerajaan negeri menghidupkan kembali program pertanian dan penternakan kambing Jamnapari yang tergendala.Projek kambing ini memang gagal,tapi ia merupakan projek baik untuk rakyat.Saya lihat di Kelantan sekarang ini jika ada majlis kenduri kendara,rakyat bercakap tentang kambing panggang dan nasi Arab.Ini menunjukkan projek kambing ini ada sambutan rakyat,tetapi kerajaan negeri pula tidak menyambutnya.Exco Pertanian perlu mengambil perhatian tentang hal ini. Begitu juga dengan projek pertanian yang lain.Banyak yang boleh ditanam dan dikembangkan.Projek padi organik di Tunjong sudah tidak kedengaran lagi.Apapun kegagalan projek lepas,saya harap selepas ini kerajaan negeri dapat menjadikan Kelantan yang mempunyai tanah luas itu sebagai negeri yang mampu sara diri dari segi keselamatan makanan. Kelantan dekat dengan Thailand,maka ambillah sedikit 'bau' dari kejayaan pertanian Thailand untuk dibawa ke Kelantan.Selepas dari Hari Raya ini,apabila pejabat dibuka semula, saya harap barisan Exco dapat kembali berbincang semula perancangan pembangunan Kelantan selepas 100 hari pemerintahannya.Kerajaan negeri tidak boleh hanya selesa dengan slogan mengekalkan tradisi kepimpinan lama.Jika buat projek,rancanglah projek pembangunan itu untuk rakyat Kelantan,bukannya hanya untuk ahli parti Pas sahaja.Jadikan pengalaman projek Ladang Rakyat untuk merakyatkan pembangunan Kelantan,bukannya 'memPaskan' pembangunan Kelantan. Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin. Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment