Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Pasangan Porno Langgar Perintah Mahkamah!!
- PANASS!! KP Jutawan? Minta @AzwanBro Tolong Jawab dakwaan Blogger ni!! @KhairyKJ
- PANASS!! Kenapa Pemain Kedah Tahun 2007/08 Lari Meninggalkan Pasukan? #KedahAmanMakmur
INFO! Pasangan Porno Langgar Perintah Mahkamah!! Posted: 28 Aug 2013 03:12 AM PDT Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee. Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula. Jika dilihat, pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka. Pada masa yang sama, timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah. Pada 26 Julai lalu, Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka. Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan. Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum. Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari? Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet? Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum. - Mynewshub.my |
PANASS!! KP Jutawan? Minta @AzwanBro Tolong Jawab dakwaan Blogger ni!! @KhairyKJ Posted: 27 Aug 2013 09:38 PM PDT Dah lama Mc baca cerita MTK dedah pasal Azwan Bro si Ketua Pemuda UMNO Perak. Bila baca pehhh.. terkejut juga, berpuluh-puluh syarikat rupanya si Azwan Bro ni pegang, ada BOD, ada Chairman, ada CEO dan macam-macam lagi. Tu pun kalau benarlah dakwaan si Azwan ada syarikat sebanyak tu. Kalau betui.. memang kaya la si Azwan ni. Tapi blogger si Azwan ni tak faham apa yang si MTK tu tanya.. tanya lain, jawab lain.. Mc faham apa maksud MTK, bukan dia tak suka ada korporat dalam UMNO, tapi tak suka budaya 'mengkontraktor' kan Pemuda UMNO, 'mengBISNESkan' Pemuda UMNO, mengKAYAkan diri, guna Pemuda UMNO. Sebab mereka yang cari makan dengan nama Pemuda UMNO ni selalunya kerja lingkup! Bukan Mc nak kata Azwan jenis macam tu, takk.. itu cuma contoh Mc kepada semua. Sebab Mc kenal ramai Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang setahun sekali balik tengok kawasan, waktu lain mereka sibuk bisnes kat KL. Bila ada Ketua Pemuda macam tu, macam mana nak jaga Pemuda di kawasan? Sudah la UMNO kini kekurangan sokong dari Pemuda, jika ada pulak Ketua Pemuda yang tidak bertanggung jawab dan langsung tak mengambil berat, rasanya apa akan jadi pada Pemuda UMNO pada 5 tahun akan datang? Agak terlambat jika nak PRU baru pulun nak baik dengan pemuda di kampung-kampung. Patutnya gerakan tu bermula dari sekarang. Tengok Pemuda Pas, walaupun ketua mereka bukan dari golongan bangsawan dan hartawan, tetapi dari sokongan mereka tak kurang! Pemuda Dap pula merisik ke merata tempat untuk menagih sokongan belia cina. Malah hampir semua pengundi baru kaum cina di sapu bersih untuk didaftarkan. Itu baru satu cara untuk menang! Pemuda UMNO pulak sibuk buat apa? Boleh Mc tahu? Apa gerakan Pemuda UMNO untuk menang PRU ke 14? Macam mana nak tarik sokongan orang muda? Nak tabur duit? Bagi minyak motor naik konvoi ramai-ramai? Bagi bola? Bagi jersey? Macam tu? Kalau diteruskan macam tu, Mc percaya PRU ke 14 UMNO/BN bakal jadi pembangkang!! Itu alasan kenapa kami tak suka melihat Pemuda UMNO dikorporatkan, sebab nanti, dia akan lebih sibuk buat bisnes dari menjaga UMNO sendiri! Jadi minta Mc minta Azwan Bro tolong jawab dakwaan si blogger MTK, Kalau tak benar, sila nafikan!! Kami juga Pemuda UMNO, kami juga ada hak bertanya dan menentukan! McTheory: Tolak Pemuda kayakan poket sendiri! |
PANASS!! Kenapa Pemain Kedah Tahun 2007/08 Lari Meninggalkan Pasukan? #KedahAmanMakmur Posted: 27 Aug 2013 07:12 PM PDT Masih ingatkah kita kejayaan pasukan bola sepak Kedah pada tahun 2007 dan 2008. Di mana pasukan bola sepak Kedah berjaya memenangi tiga piala berturut-turut. Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia. Tidak dinafikan nama 'sang kenari' hijau kuning amat digeruni oleh kawan atau lawan. Tiada pasukan yang mampu 'mengalahkan' pasukan hijau kuning ini dengan mudah. Jikalau Kedah kalah pun, ianya hanya 1 dari 20 perlawanan. Kiranya pasukan bola sepak Kedah memang berada disatu tahap yang lebih tinggi. Tapi selepas pada tahun 2008, pasukan Kedah jatuh merudum. Tentu ada sebabnya. Apakah pemain tak kualiti? Tak, pemain tetap sama. Apakah jurulatihnya orang lain? Tak.. jurulatihnya tetap sama. Cuma dibawah pemerintahan Kerajaan yang berbeza. Bukan Mc nak tuduh Kerajaan Pas tidak pandai menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Tapi itulah hakikatnya. Sikap tidak mengambil berat menyebabkan sebuah pasukan yang amat hebat berpecah, hancur dan akhirnya Kedah tersungkur hinggalah sekarang. Salah Pas kerana mereka tidak mempedulikan pemain. Mereka terlalu percaya dan banyak membiarkan 'golongan' terlalu pandai dalam KFA mencaturkan segala. Bila ada manusia 'terlalu' pandai, ia akan merosakan segalanya, sebab 'terlalu pandai' tu membuktikan dirinya tu kosong dan syok sendiri! Dalam KFA juga ada politik yang tersembunyi, dalam KFA juga ada 'warload' yang hanya mahu cakapnya saja perlu di dengar. Manusia ini yang mengatur gaji, pemain hingga melebihi kuasa yang ada pada pengurus dan jurulatih. Bila ada manusia yang terlalu pandai ni menguasai keadaan, pemain akan jadi lemah dari segi mental dan fizikal. Cakap pemain langsung tak pakai, malah pemain yang mereka tak suka, akan ditekan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap permainan, lalu meninggalkan pasukan. Sejak 2008, kali terakhir pasukan Kedah menawan 3 piala. Berapa ramai pemain Kedah pada zaman itu yang tinggal pada pasukan sekarang? Dimana Pelam, Pak Long, Mie yeh, Hasmawi? Yang tinggal hanya Badrol Bakhtiar dan Khairil Muhymeen. Kenapa mereka meninggalkan pasukan? Tentu ada masalahnya kann? Pada zaman Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, Allahyarham menjaga pemain seperti anak-anaknya sendiri dan cukup mengambil berat tentang hal pemain. Sejak beliau pergi ke rahmatullah, tidak ada lagi Pengurus berbuat demikian. Masa Othman Aziz ada, ok lagi la. Bila Othman Aziz dah tinggalkan Pasukan Kedah, terus 'manusia bijak pandai' tu mencorak kan segala hingga pasukan jadi rosak! Mc sudah menghubungi kesemua pemain yang meninggalkan pasukan Kedah, kesemuanya memberikan jawapan yang sama, iaitu individu 'bijak pandai' dalam KFA tu, patut di keluarkan terlebih dahulu jika mahu melihat KFA bangkit semula sebagai persatuan bola sepak yang cemerlang. Jika 'individu bijak pandai' tu masih ada dalam KFA, mereka percaya, pemain Kedah sekarang akan menerima nasib yang sama seperti mana mereka kena dulu! McTheory: Ada dua orang 'bijak pandai' dalam KFA tuu.. nak tau sapa? nanti kita sambung.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment