BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #BARCELONAFC MENEWASKAN #MALAYSIA 3-1 !!! #LUASKANKUASAMU !!!

Posted: 10 Aug 2013 08:26 AM PDT


Barcelona FC menewaskan Malaysia XI 3-1 dalam perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia 2013/2014 di Stadium Shah Alam,di sini,sebentar tadi.Perlawanan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Harimau Malaya hasil rembatan kencang Amri Yahya pada minit ke-17.

Namun kegembiraan anak buah Rajagobal tidak bertahan lama apabila Barcelona menyumbat gol penyamaan menerusi tandukan Cesc Fabregas pada minit ke-31 dan jaringan Neymar Jr minit ke-43.Ia disusuli jaringan mudah oleh Gerard Pique pada minit ke-75.

Barcelona FC,terkenal dengan panggilan Los Blaugrana memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand,7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok,Rabu lalu.Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baru Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos. - BH

TAHNIAH MALAYSIA !!!

WALAUPUN KALAH TAPI PERMAINAN YANG DITUNJUKKAN AMAT MENGKAGUM KAN !!!

HOT NEWS !!! MALAYSIA VS BARCELONA FC !!! TUKAR STADIUM !!! INI JAWAPAN @KHAIRYKJ !!!

Posted: 10 Aug 2013 07:22 AM PDT


Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue asal perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol,Barcelona FC ditentukan oleh pihak penganjur dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan demikian berhubung pertukaran venue ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir kerana keadaan padang Stadium Bukit Jalil 'yang tidak mengizinkan'.

Beliau juga mengakui tidak berpuas hati dengan keadaan padang SNBJ selepas kali pertama melawatnya dalam masa sebulan selepas dilantik sebagai menteri.

"Saya juga telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia untuk menutup SNBJ pada Oktober selepas perlawanan akhir Piala Malaysia selama enam bulan untuk membolehkan kerja-kerja menggantikan padang kerana padang lama tidak boleh diselamatkan.Keputusan saya mendapat liputan luas dalam media arus perdana dan media sosial,' katanya di laman Facebook beliau.

Penukaran lokasi perlawanan yang akan diadakan jam 8.45 malam ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan BSC Soccer Malaysia Effendi Jagan Abdullah.Khairy menerusi posting di facebooknya bersimpati dengan ribuan penyokong yang terpaksa mengubah perancangan mereka malam ini.

Ditanya mengapa stadium itu tidak ditutup lebih awal,Khairy berkata,beberapa penganjur telah membuat segala persiapan acara yang akan diadakan di stadium itu termasuk beberapa konsert,selain keputusan FAM yang tetap mahu mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di situ.

Beliau juga memaklumkan bahawa Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia telah mengadakan mesyuarat beberapa minggu yang lepas untuk menentukan prosedur tender bagi kerja-kerja menggantikan padang baharu. – Bernama

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH LEE KUAN YEW KAW-KAW !!!

Posted: 09 Aug 2013 09:17 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian sinis terhadap pandangan bekas Perdana Menteri Singapura,Lim Kuan Yew daripada Singapura yang mengkritik mengenai penyuburan Islam di Malaysia.Katanya,dakwaan Lee bahawa Malaysia kononnya kini semakin ghairah menuju ke arah Islam yang lebih ortodoks dan tidak seiring zaman adalah pandangannya.

"Itu adalah pandangan dia.Setiap orang berhak menyuarakan pandangannya.Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara,khususnya di Singapura," kata kata mantan Perdana Menteri itu.

Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.Dasar kuku besi itu diteruskan oleh pengganti-pengganti Lee. Baru-baru ini Singapura memperkenalkan undang-undang bagi mengawal kandungan berita di portal-portal negara itu.

Dalam buku "One Man's View Of The World" itu, Lee mendakwa Malaysia semakin di bawah telunjuk negara-negara Arab, menyebabkan cara hidup Islam semakin menebal di negara ini.Beliau juga menyatakan kesangsiannya bahawa Malaysia berupaya menjadi sebuah negara Islam yang progresif.Mahathir berkata pandangan itu datang daripada seorang yang sudah berusia 90 tahun dan "kita patut memberi kelonggaran kepada beliau"

"Kita patut memberikan kelonggaran kepada mereka yang sudah lanjut usianya. Saya juga berharapkan demikian untuk diri saya. Saya berusia 88 tahun," kata Mahathir yang menjadi Perdana Menteri lebih dua dekad sebelum berundur pada 2003.Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara,khususnya di Singapura," kata Mahathir.

Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.Bagaimanapun,Mahathir tidak mahu mengulas kenyataan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bukunya "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia".Beliau berkata,dirinya belum membaca buku itu lagi.

"Saya belum membaca buku itu lagi. Saya akan mengulas nanti."

Dalam buku itu,Abdullah berkata Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya.Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin dan setebal 620 halaman serta diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur. - Antarapos

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...