tun faisal dot com |
- Dakwat kekal MAGIK, jawapan SPR dan Parlimen jangan tak MAGIK pulak
- #KualaBesut - Pas tak yakin keupayaan calon. Sekali lagi Che Long tidak dibenarkan berucap
- Vivian, guru tadika dan Alvin, blogger lucah DIPENJARA!
- [Video] Nik Amar - Tanggung jawab Pas, bukan bangun negeri tapi balun balak je? #KualaBesut
- @Zahid_Hamidi - Jabatan Peguam Negara tidak faham @PDRMsia dan pelaksana?
| Dakwat kekal MAGIK, jawapan SPR dan Parlimen jangan tak MAGIK pulak Posted: 18 Jul 2013 08:30 PM PDT Dulu pun selepas undi awal, SPR ada buat demo dakwat kekal. Tapi masa hari mengundi, masih ada laporan dakwat kekal boleh dicuci. Semalam selepas dikritik hebat, sekali lagi SPR membuat demo dakwat kekal. Baguslah. Kita hargainya. Tapi jangan pula masa hari mengundi dakwat ni boleh dicuci lagi. Lepas tu bagi jawapan yang buat rakyat keliru, sekejap ada bahan kimia, sekejap tak ada bahan kimia. Last-last cakap sebenarnya pewarna makanan. Mudah-mudahan betul-betul kekal, kalau boleh dicuci lagi - TOLONG jangan jawab ia BAHAN PEWARNA MAKANAN lagi... [TERKINI] PRK KUALA BESUT: LUAR BIASA! DAKWAT MUNCUL SEMULA SELEPAS DICUCI! @kualabesut_ #N01KualaBesut Thursday, 18 July Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dijamin kekal walaupun dicuci beberapa kali. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak. "Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam satu kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal dijalankan di Bangunan Majlis Daerah Besut pagi tadi. Bagi membuktikan keberkesanan dakwat itu, seorang wartawan menguji dakwat dengan mencelup jari dan mencuci beberapa kali. Ternyata dakwat masih kekal dan bertambah gelap. Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah, simulasi sama turut dibuat oleh SPR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini. Hasilnya pun sama apabila dakwa dilihat kekal pada jari pendemo dalam simulasi itu. Malangnya, dakwat yang digunakan kepada pengundi ketika PRU-13 tidak kekal dan dijadikan isu oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertikaikan keputusan PRU-13. Jadi, pihak SPR jangan mengulangi kesilapan dahulu dan membiarkan isu dakwat kekal dimanupulasikan oleh PR. SPR kena pastikan dakwat itu kekal ketika digunakan pada hari pembuangan undi nanti. Jangan sampai dosa-dosa SPR, BN pula yang kena tanggung. | ||
| #KualaBesut - Pas tak yakin keupayaan calon. Sekali lagi Che Long tidak dibenarkan berucap Posted: 18 Jul 2013 05:00 PM PDT ![]() Semalam calon Pas PRK Kuala Besut, Che Long sekali lagi di`GAM' mulutnya dan tidak diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan semasa kehadiran Nik Aziz di Kg Beris Pak Abu. Nampaknya kepimpinan Pas sendiri tidak yakin dengan kemampuan dan kebolehan calon mereka. Tak percaya? Tengoklah video di atas. Macam mana kepimpinan Pas nak percaya. Jika Pas sendiri tidak yakin dengan kemampuan calon mereka, bagaimana rakyat boleh yakin dengan Che Long? Kalau sekarang pun Che Long tidak dibenarkan bercakap tentang dirinya, mungkinkah Che Long akan dibenarkan untuk bercakap mewakili Pas di masa hadapan? Kalau sekarang Che Long tidak boleh bercakap mewakili dirinya sendiri, adakah rakyat Kuala Besut yakin, Che Long boleh menjadi wakil yang berkesan dan berhujah bagi pihak mereka di Dewan Undangan Negeri atau di mana-mana? Inilah persoalan yang perlu difukirkan semasak-masaknya oleh rakyat Kuala Besut. Video - Punca Calon Pas PRK Kuala Besut Dilarang Buat Ucapan, Hj Hadi Malu Dengan Kasut Putih 'Stylo' Yang Dipakai Che Long @tunfaisal http://gelombangkick.blogspot.com/2013/07/video-calon-pas-prk-kuala-besut.html Gara-gara disifatkan oleh kepimpinan Pas sebagai 'kurang cerdik', calon Pas PRK Kuala Besut Azlan Endut @ Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long dilaporkan telah diarahkan oleh pimpinan Pas supaya tidak kerap bercakap atau membuat ucapan dihadapan umum kerana Pas sendiri tidak begitu yakin dengan apa yang sudah ditampilkan oleh Che Long setakat hari ini. Menurut sumber dalaman Pas, cakap-cakap mengenai Che Long yang tidak punyai bakat kepimpinan itu makin hangat diperkatakan sesama mereka, sehinggakan pihak parti terpaksa tidak membenarkan beliau berucap bersama-sama mantan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pak Abu malam tadi. Che Long yang hadir berbaju hijau dan berkasut putih itu sekadar menjadi hadirin tanpa diberikan kesempatan walaupun seminit untuk beliau membuat ucapan, pada awal kontroversi ketidaklayakkan Che Long menjadi seorang pemimpin, beliau masih lagi diberi peluang selama 3 minit untuk membuat ucapan sebelum dikurangkan kepada 2 minit. ( sila rujuk ceramah beliau kebelakangan ini.) Namun malam tadi beliau langsung tidak diberikan ruang lagi. Jika diperhatikan bermula penamaan calon lagi, pimpinan Pas yang mengiringi Che Long semasa sidang media sudah tidak selesa dengan tindak-tanduk dan tutur kata yang dizahirkan oleh Che Long, ianya seperti mereka kebimbangan terhadap sesuatu dan dalam keadaan terhati-hati bilamana Che Long membuka mulut atau ingin menjawab apa-apa dari soalan yang diajukan wartawan. Sikap ego dan 'lokek' Che Long jika ada yang menegurnya atau meminta beliau supaya kurang membuat kenyataan-kenyataan media menambahkan lagi rasa tidak selesa pimpinan Pas. Mereka seolah-olah menyesal meletakkan Che Long sebagai calon Pas dalam PRK ini, apapun segalanya sudah terlambat, mahu tidak mahu Pas terpaksa meneruskan dengan apa yang telah mereka putuskan walau mereka sendiri tidak yakin dengan keupayaan calon yang telah dipilih itu. Pada pandangan umum pun Che Long dilihat 'pelik' dan lain dari yang lain, bukan sekadar kenyataanya saja yang menjadi kontroversi intelektual 'mabuk ketum', gurau jer Che Long jangan marah ! Tapi penonjolan beliau dihari penamaan calon dengan berbaju melayu serta berkasut putih dilaporkan benar-benar membuatkan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang merasa malu, Hadi dikatakan mengeluh dengan kasut putih 'stylo' yang dipakai oleh Che Long yang menurutnya tidak sesuai bagi seorang yang sudah berumur dan bakal menjadi pemimpin. Pada hari penamaan calon juga, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa membetulkan samping yang dipakai oleh Che Long dihadapan media dan dilihat membisikkan sesuatu ditelinga Che Long, dengan masalah semulajadi yang sering Che long zahirkan itu yang turut tidak disenangi oleh pimpinan Pas, kita tidak pasti apakah rakyat di Kuala Besut akan memperjudikan masa depan mereka dengan menaruh undi simpati terhadap Che Long ? Anda Mampu Mengubahnya. Adoiii ganah sungguh Che Long calon Pas ni, 'stylo' pah ceroh, tapi xrok duk 'stylo' pun kalu mulut ado xleh kecep, pah kalu bisu xleh kecep gitu dalam sidang DUN nanti nok berbahas masalah rakyat guano ? | ||
| Vivian, guru tadika dan Alvin, blogger lucah DIPENJARA! Posted: 18 Jul 2013 02:08 AM PDT ![]() Tiga pertuduhan. Dua pertuduhan adalah berkaitan ucapan Ramadan yang berunsur provokasi di Facebook di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. Satu lagi pertuduhan adalah atas sebaran gambar lucah di bawah Seksyen 43 Akta Penapisan Filem. TERKINI ! PASANGAN PORNO ALVIN & VIVIANDIMASUKKAN DALAM PENJARA !!Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka. Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur. Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan - Bernama Wartawan The Star pula melaporkan bahawa kedua-duanya ditolak ikat jamin dan dimasukkan ke dalam penjara Sungai Buloh dan Kajang. NOTA Sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan (a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan; (b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu; (c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri; (d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri; (e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan. | ||
| [Video] Nik Amar - Tanggung jawab Pas, bukan bangun negeri tapi balun balak je? #KualaBesut Posted: 18 Jul 2013 01:00 AM PDT Ya lah tu... Beriya-iya nak jadi kerajaan negeri tetapi tak nak bertanggung jawab untuk bangunkan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan. Mungkin sebab tu, kerja Husam Musa cuma naik batu asas, bersihkan hutan, tapi pembangunan tak jalan-jalan juga. Mungkin calon Pas Kuala Besut pun nanti akan ikut perangai yang sama - tanggung jawab jaga rakyat Kuala Besut dan pembangunan, tanggung jawab pusat, tanggung jawab dia, buat bisnes kat Kelantan. Punoh puak-puak ni... ![]() Timbalan Menteri Besar Pas cuba sabotaj calon PRK Kuala Besut? http://keris7lok.blogspot.com/2013/07/timb-menteri-besar-kelantan-cuba.html Ramai yang bertanya apa yang dijanjikan oleh Calon PAS bagi DUN Kuala Besut kali ini. Umum bagi mereka yang hadir di Kuala Besut tahu dia tidak ada menjanjikan apa-apa pembangunan selain bersedia untuk mengupah orang lain untuk melakukan kerja-kerja wakil rakyat. Bagi menjawab kenapa calon Pas tidak ada menjanjikan apa-apa pembangunan untuk Dun Kuala Besut sekiranya menang dalam PRK kali ini, Datuk Nik Amar cakap (video di atas): Inilah dia mentaliti seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan, seperti tidak tahu apa tugas dan fungsi kerajaan negeri terhadap pembangunan negeri. Mungkin atas sebab ini juga Kelantan masih lagi mundur dan keterbelakang dalam beberapa aspek pembangunan yang memaksa anak-anak muda mereka berhijrah ke luar negeri untuk mencari peluang pekerjaan. Adakah kita mahu perkara yang sama berlaku terhadap negeri Terengganu? Fungsi pun mereka tak tahu ada hati untuk misi 16:16 yang terang-terang akan menghancurkan pembangunan? K7L : Dok puji Negeri Selangor dan Pulau Pinang..tu puji Kerajaan Persekutuan ke?.. | ||
| @Zahid_Hamidi - Jabatan Peguam Negara tidak faham @PDRMsia dan pelaksana? Posted: 17 Jul 2013 11:27 PM PDT Jabatan Peguam Negara sepatutnya menjadi PEMUDAH CARA kepada PENGGUNA TERAKHIR atau PELAKSANA, bukannya berlagak sebagai PENENTU DAN PEMBUAT KEPUTUSAN terhadap apa permintaan Kementerian, Jabatan dan Agensi kerajaan. Jabatan Peguam Negara juga sepatutnya pro-aktif bertindak bagi pihak kerajaan untuk menyaman dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan kumpulan yang memfitnah kerajaan. Selain itu Jabatan Peguam Negara juga perlu membuat persediaan rapi untuk berhadapan dengan kes-kes mahkamah, jangan sampai kerajaan kalah dalam kes-kes yang penting . Di kementerian-kementerian pula, terdapat keluhan kerana Penasihat Undang-undang seolah-olah tidak berfungsi dan kurang berkesan dalam menasihatkan Kementerian, Jabatan dan agensi di bawah tanggung jawab mereka. Semuanya perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara menjadikan mereka tidak efektif dan lambat bertindak. Dalam pentadbiran kerajaan yang lepas, Jabatan Peguam Negara didapati lesu dalam menangani 3 perkara di atas, tidak termasuk kegagalan untuk melaksanakan komunikasi berkesan sehingga keputusan-keputusan tertentu mahkamah ditafsirkan secara tdak tepat oleh pembangkang. Diharapkan Menteri yang bertanggung jawab akan lebih pro-aktif dalam memantau fungsi, peranan, KPI dan keberkesanan Jabatan Peguam Negara. Zahid gesa Jabatan Peguam Negara fahami masalah polis KHAMIS, 18 JULAI 2013 Sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat. Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memahami permasalahan polis yang disifatkan beliau sebagai 'tidak bergigi' selepas ordinan itu dihapuskan. Katanya, polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah. Sehubungan itu, beliau menegaskan, Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan. "Lihat aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah perlu dibanteras dan bagaimana 'kuman' harus dibuang kerana tidak semua perlakuan jenayah ini ada saksi, tetapi polis dan masyarakat tahu siapa suspek," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penagih yang sedang menjalani proses pemulihan serta anak-anak yatim di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kajang malam ini. Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada rumah perlindungan wanita iaitu Teratak Arfidah selain sumbangan kepada para penagih dan anak-anak yatim. Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika mengulas perkembangan akta baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat berkata, beliau tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang yang membenarkan penahanan untuk pencegahan (preventive detention). Mengenai desakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming supaya beliau meminta maaf kepada Dewan Rakyat berhubung jawapannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak perlu. "Suruh dia baca jawapan saya yang terkandung dalam hansard Dewan Rakyat betul-betul. Kalau dia faham bahasa Melayu, saya tak perlu minta maaf sebaliknya dia yang sepatutnya meminta maaf," katanya. Menyentuh mengenai AADK pula, beliau berkata, sebuah pusat pemulihan berbayar akan dibangunkan sebagai pelengkap kepada pusat rawatan sedia ada bagi merawat penagih tegar yang masih mempunyai peluang disembuhkan. "Pusat pemulihan sebegini sudah dibuat pihak swasta tetapi tidak mencukupi. Saya harap masyarakat menyambut baik langkah proaktif ini kerana berkonsep terbuka iaitu kita tidak menahan penagih tetapi mereka sendiri yang datang," katanya.-17/7/2013 |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment