tun faisal dot com |
- Alvin, Vivian disiasat bawah Seksyen 233, Namewee dan Tian Chua bagaimana?
- Blogger porno pencen sound-sound orang..
- Gengster KL kena `sound' dengan @TengkuAdnanReal
- Baiah, GAM, bukti Calon Pas #KualaBesut TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!!!
| Alvin, Vivian disiasat bawah Seksyen 233, Namewee dan Tian Chua bagaimana? Posted: 15 Jul 2013 08:30 PM PDT ![]() Menurut Seksyen 233 (1), seseorang boleh didakwa kerana membuat, mewujudkan atau meminta-minta, dan memulakan penghantaran menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar - mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain. Mengikut akta ini sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Dari segi maksud dan tujuan, undang-undang ini adalah baik kerana ia membenarkan keharmonian antara agama, kaum, etnik dan individu dapat dipelihara di dalam negara ini. Ia mempunyai maksud yang luas dan secara literalnya, kita tahu Alvin dan Vivian telah melakukan dua kesalahan; 1. mewujudkan dan menghantar posting yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati dan menganggu orang lain ![]() ![]() 2. mewujudkan dan menghantar posting lucah dan jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati dan menganggu orang lain 3. Dalam hal Alvin dan Vivian, Akta Keterangan 1950, Seksyen 114A tidak terpakai kerana mereka menggunakan identiti mereka sendiri dan mereka telah mengakui perbuatan mereka dalam laman media sosial. Berdasarkan Seksyen 233 di atas, jelas bukan sahaja Alvin dan Vivian boleh didakwa dan dihukum, tetapi Namewee, Tian Chua dan ramai anggota Red Bean Army juga boleh dikenakan tindakan yang sama. Kenapakah tiada tindakan terhadap Namewee dan Tian Chua? Dalam negara ini, berdasarkan undang-undang dan praktis sedia ada, apabila kesalahan dalam talian (online) dilakukan, pegawai yang diberi kuasa untuk menyiasat bagi kes-kes seperti ini adalah pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Apakah tugas Polis? Secara praktisnya, adalah untuk membantu pegawai SKMM jika terdapat keperluan untuk melakukan geledahan, penahanan dan penangkapan. Bagaimanakah kesalahan ini hendak disabitkan? Seksyen 259 Akta ini dengan jelas menyebut, "Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya." Jadi bagi membolehkan seseorang disabitkan dengan kesalahan di bawah akta ini, pertamanya, pegawai SKMM perlu terlatih untuk membuat penyiasatan dan jumlah mereka perlu mencukupi. Jika pegawai penyiasat SKMM cuma 10 orang, maka tidak mungkin mereka boleh menyiasat begitu banyak kes, termasuk kes jenayah siber yang lain. Jika jumlah mereka mencukupi, tetapi tidak terlatih pun tiada gunanya. Jadi adalah menjadi tanggung jawab Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Ketua Setiausaha kementerian ini memastikan pra-syarat ini mencukupi. Polis? Setakat ini secara praktis, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bukan pihak yang diberi tanggung jawab penuh untuk menyiasat kes-kes seperti ini. Jadi Menteri Dalam Negeri, KSU kementerian dan Ketua polis Negara sepatutnya tidak dipersalahkan. Pendakwaan perlu dilakukan oleh Peguam Negara. Dalam kes ini sekiranya tiada pendakwaan dibuat atau dibuat secara secara cuai, tidak teliti dan tanpa persiapan yang rapi, maka Menteri yang menjaga Undang-undang dan Peguam Negara perlu bertanggung jawab. Ini mungkin sedikit sebanyak menjawab persoalan dan ketidak fahaman ramai pihak tentang bidang kuasa dan tugas Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi. Ia mungkin menjawab persoalan kenapa Tian Chua masih gagal didakwa walaupun sudah mengakui mengolah gambar Perdana Menteri bersama Razak Baginda dan Altantunya pada tahun 2007. Dalam kes Namewee, ramai yang tidak bersetuju dengan hujah bahawa posting Namewee ada berunsur hasutan jika dilihat kepada posting you tube di bawah :- Tetapi jika pendakwaan gagal dibuat atas kesalahan melanggar Akta Hasutan, ramai yang gagal memahami kenapa tiada pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 233 AKMM. Jika ini precedentnya, adakah rakyat boleh yakin bahawa Alvin dan Vivivan akan dikenakan tindakan undang-undang? |
| Blogger porno pencen sound-sound orang.. Posted: 15 Jul 2013 05:00 PM PDT Semalam ada seorang blogger pencen sound saya di Parlimen, "jaga sikit anak buah lu, jangan balun kuat sangat." Halamak, ada juga manusia macam ni ka? Pertama, faham semula artikel yang saya tulis - Sebelum ni mungkin mereka di bawah naungan UMB. Jadi mereka terikat dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Tetapi sekarang mereka semua blogger bebas. Terserah kepada mereka la untuk tulis apa pun. Seperti blogger pencen ini, mereka tidak terikat dengan sebarang peraturan dan garis panduan yang pernah saya tetapkan sebelum ini. Blogger pencen ini pun tak balun orang sebab dah berbayar. Sebelum tu dia dan kumpulannya lah jaguh balun orang lain termasuk pemimpin UMNO. Sekarang pun masih ada yang secara berterusan membalun pemimpin agensi tertentu. Bila dah berbayar, terus tak balun pemimpin dan kementerian tertentu walaupun tak betul. Kedua, silakan lah sound `kawan-kawan' blogger anda tu sendiri. Kalau berani lah..... Setahu saya lah, mereka ni musuh nyata blogger pencen ni dan bila-bila masa sahaja sanggup ke mahkamah untuk buat pengakuan bersumpah terhadap blogger pencen ni. Kalau rasa boleh sound mereka, silakan lah. Saya tidak mahu campur hal ni. Saya sendiri mungkin akan jadi lebih kritikal jika tidak memegang jawatan sebagai Pengerusi UMB. Atas dasar menghormati jawatan, baik jawatan dalam parti mahupun jawatan dengan pemimpin tertentu, saya akan menggunakan saluran yang ada untuk menyampaikan pandangan. Itu pun jika saluran masih ada. Jika tidak ada saluran lagi untuk berjumpa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan para Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi sekalian, belum tentu saya tidak akan menggunakan apa sahaja saluran yang ada untuk menegur dan mengkritik mereka. Sekarang siapa sahaja ahli UMNO boleh bertanding dan memegang jawatan dalam UMNO. Bertandinglah macam anak jantan dan jadi Exco Pemuda atau Ahli Majlis Tertinggi. Selepas itu pegang lah jentera parti dan baru lah anda faham macam mana terikatnya tangan anda. Saya masih ingat lagi, dulu ada Menteri yang baru kena tegur sikit; bukan kena balun pun, tapi baru kena kritikan membina; dah berjela SMS hantar kepada pemimpin tertentu minta pemimpin tersebut tegur saya dan blogger dan cybertrooper UMB supaya tidak kritik dia. Jawapan saya kepada pemimpin tersebut, "blogger-blogger ini bukan balun pun, mereka hanya beri kritikan membina. Jangan lupa, waktu Menteri ini dibalun oleh blogger dari kumpulan tertentu, blogger-blogger yang mengkritik Menteri ini lah yang mempertahankannya." Bagaimanapun, saya masih diminta untuk menegur dan menghalang blogger-blogger ini dan meminta maaf kepada Menteri tersebut. Bagi saya, kalau anak jantan, ke hadapan lah. Kalau setakat nak buat duit untuk 5-10 orang blogger, tak payahlah. Kalau nak kepalai jentera tapi nak bersembunyi di belakang-belakang, dan takut pikul tanggung jawab bila berhadapan dengan kegagalan, itu pun tak payah lah. Itu semua khunsa. |
| Gengster KL kena `sound' dengan @TengkuAdnanReal Posted: 15 Jul 2013 02:13 AM PDT Silap orang la beb.... 'Gangster' terkedu selepas tersilap memaki hamun Tengku Adnan.Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam. Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah. Media difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu. Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu. Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari 'lawan' lelaki itu seorang menteri. Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab. Dalam lawatan sama, seorang peniaga wanita, menyuarakan rasa tidak puas hati apabila petak perniagaan yang diperoleh hasil undian diubah ke lokasi tersorok dan memohon perhatian Tengku Adnan memindahkannya bersama tujuh peniaga lain ke lokasi lebih strategik. Sementara itu, Tengku Adnan berkata, perkara berkenaan akan diberi perhatian dan akan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti permintaan untuk memindahkan lapan tapak berkenaan ke lokasi berhampiran Semua House. Menurutnya, rungutan mengenai tindakan peniaga premis memonopoli ruang kaki lima dan permintaan untuk mengekalkan keluasan tapak juga diberikan perhatian. "Hari ini saya turun meninjau keadaan di sini, dan beberapa bazar Ramadan lain untuk mengetahui sekiranya ada sebarang masalah dihadapi peniaga. "Saya bersama DBKL akan bincangkan dengan pihak berkenaan pada Isnin depan dalam usaha menyelesaikannya masalah yang disuarakan" katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan bersama pegawainya, di sekitar Bazar Ramadan Masjid India dan Pasar Malam Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR). - siemens |
| Baiah, GAM, bukti Calon Pas #KualaBesut TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!!! Posted: 14 Jul 2013 10:00 PM PDT ![]() Pertama, kerana baiah laknat. Apabila calon Pas ini diminta membuat baiah laknat secara terbuka - atas sebab apa ya? Adakah sebab calon Pas pernah lompat parti? Mungkinkah sebab kesalahan disipilin, mungkinkah sebab pil kuda atau dadah, atau mungkinkah atas kesalahan yang menyebabkan dia dipecat daripada Pemuda UMNO? Atau mungkinkah sebab kepentingan projek yang diberi oleh Pas? Kedua, bila dia di arah tutup mulut. Maksudnya, sebagai calon dia tidak boleh dipercayai apabila dia membuka mulut. Hanya pengurus kempen dan parti saja yang boleh buka mulut, tetapi bukan calon Pas. Calon Pas hanya layak di GAM mulutnya sebab dia memang ada masalah. Masalah apa? Masalah kebijaksanaan ke? Macam mana nak jadi wakil rakyat macam ni kalau parti sendiri dah tak percaya? Masuk akal ke Pas nak paksa RAKYAT percaya calon yang dia sendiri TAK PERCAYA? Hancuss puak-puak ni... |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment