Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS! Kes Tembak Menembak, Malaysia Negara Tak Selamat?

Posted: 31 Jul 2013 06:12 AM PDT



1. Dengan kejadian tembakan yang terbaru yang mengakibatkan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi meninggal dunia telah menjadikan tahun 2013 sebagai tahun kes tembakan profil tinggi yang tertinggi pernah dicatatkan.

2. Kes tembakan ini adalah yang ke-12 pada tahun ini sahaja.

3. Samada kes tembakan sebegini adalah perkara lazim di Malaysia ataupun hanya disensasikan oleh media, ia telah mengundang pelbagai kerisauan dan ramai mula mempersoalkan keberkesanan pihak Polis DiRaja Malaysia.

4. Kes tembakan profil tinggi ini bermula pada 25 April yang lalu dan yang terbaru adalah pada 29 Julai, semalam. Dalam tempoh 95 hari sahaja, telah berlaku 12 kes tembakan menjadikan secara puratanya satu kes tembakan seminggu.


5. Senarai kes yang berlaku adalah seperti berikut:

a. 25 April 2013 - N. Ragunathan, telah ditembak mati di dalam kereta selepas beliau mengkendalikan satu transaksi di pejabat JPJ di Jalan Seremban-Tampin. Beliau keseorangan di dalam kereta Proton Perdana beliau apabila dua lelaki bermotorsikal lalu di sebelah kereta beliau dan menembak beliau mati di luar pejabat JPJ.

b. 30 April 2013 - Seorang pembonceng motorsikal telah melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun di laman rumah lelaki tersebut di Simpang, Taiping namun tersasar. Penunggang motorsikal dan pemboncengnya telah menjerit nama beliau sebelum melepaskan tembakan.

c. 12 Mei 2013 - Seorang pembantu di kedai barangan terpakai ditembak di persimpangan lampu trafik di Kulim, Kedah.

d. 13 Mei 2013 - Dua lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera apabila seorang lelaki bermotorsikal melepaskan tembakan semasa mangsa meninggalkan majlis perkahwinan di Butterworth, Pulau Pinang.

e. 29 Mei 2013 - Seorang ahli perniagaan terselamat meskipun telah ditembak sebanyak 7 kali oleh dua lelaki bermotorsikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.

f. 15 Jun 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim berusia 58 tahun telah ditembak mati oleh dua lelaki bermotorsikal di persimpangan lampu trafik di Putrajaya.

g. 5 Julai 2013 - Seorang guru, Mat Zaki Hashim berusia 35 tahun telah mengalami kecederaan serius akibat ditembak di leher berdekatan Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Kereta beliau telah dipercayaai ditahan di atas jalan sebelum ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali.

h. 8 Julai 2013 - Pembantu Kanan Hal Ehwal Murid, Hashim Mat Zain telah ditembak semasa beliau meninggalkan sekolahnya di Bachok, Kelantan.

i. 12 Julai 2013 - Budak lelaki berusia 4 tahun telah cedera di dahi dan juga kaki kirinya apabila seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap budak lelaki tersebut dan bapanya yang merupakan seorang penarik kenderaan di hadapan rumah mereka di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

j. 18 Julai 2013 - Seorang lelaki melepaskan 9 das tembakan yang membunuh seorang guru berusia 45 tahun di persimpangan lampu trafik di Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

k. 28 Julai 2013 - Penasihat MyWatch, R. Sri Sanjeevan telah ditembak oleh dua lelaki bermotorsikal di Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan.

l. 29 Julai 2013 - Pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi dan isteri telah ditembak di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur oleh seorang lelaki berkaca mata dan berpakaian sukan.

6. Daripada 12 kes tembakan ini didapati bahawa modus operandi yang digunakan adalah hampir sama iaitu di persimpangan lampu trafik, 2 orang lelaki bermotorsikal terlibat dan mangsa ditembak sewaktu memandu meninggalkan pejabat ataupun kediaman.

7. Berkemungkinan besar ini bermaksud kes-kes tembakan ini adalah satu operasi khusus yang mengkaji kegiatan dan aktiviti rutin mangsa. Besar kemungkinan juga kes-kes ini adalah menggunakan khidmat pembunuh upahan yang terdiri daripada warga asing.

8. Terdapat satu cerita yang sering menjadi bahan perbualan sekitar peristiwa pengawal keselamatan peribadi Sultan Kelantan yang ditembak mati tahun lepas yang mengatakan anda boleh mengupah pembunuh upahan daripada negara Thailand dengan kos serendah RM 3000 sahaja.

9. Yang jelas pada pandangan rakyat Malaysia adalah kes tembakan ini samada hanya disensasikan oleh media atau tidak telah menjadi semakin serius dan memerlukan perhatian khusus daripada PDRM dan juga kerajaan.

10. Walaupun kes-kes ini tidak berkaitan antara satu sama lain dan barangkali hanya kes terpencil, namun pada hakikatnya rakyat Malaysia kini tidak berasakan mereka ini tidak selamat lagi.

11. Ada juga sahabat saya yang sudah menyatakankan bahawa Malaysia kini antara negara yang paling tidak selamat di rantau ini. Mungkin percakapan beliau tidak berasas, namun persepsi beliau mungkin dikongsi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

12. Kementerian Dalam Negeri, PDRM harus mengambil perhatian segera terhadap peningkatan kes ini. Jika tidak, rating PDRM dan juga KDN akan merundum serta persepsi terhadap keberkesanan kerajaan DS Najib Razak akan dipersoalkan.

13. Seharusnya pihak pembangkang akan mengambil kesempatan atas tragedi yang berlaku ini untuk memberikan mereka kelebihan politikal.


Sumber : Salah Ad-Din

Mc nak tambah satu lagi info, menurut kajian dari PDRM, 80% kejadian tembak atau jenayah dinegera ini dilakukan semula oleh banduan yang pernah ditahan dibawah akta ordinan darurat (OD) atau ISA.

Mereka ini dilepaskan selepas akta ISA dan OD dibubarkan kerajaan atas desakan pembangkang. Apakah ini yang kita mahu selepas membebaskan orang yang tidak sepatutnya? Salah pembangkang kerana mahu membubarkan akta yang begitu penting dalam soal keselamatan, salah kerajaan pula kerana menjadi dunggu mengikut apa saja kata pembangkang.

Sekarang negara kita diklafikasikan sebagai tidak selamat. Kerajaan Malaysia patut buat sesuatu untuk menghadapi perkara ini. Jangan sampai rakyat Malaysia dah tak yakin dengan keselamatan dalam negeri sekarang.


McTheory:
Kerajaan taknak tanya pembangkang lagi ka, apa nak buat?

PANASS! Azalina Boleh Menang Jika Bertanding Ketua Wanita?

Posted: 31 Jul 2013 02:12 AM PDT


Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.

Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO.

"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.

Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,

"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"

"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.

Sebagai isteri kepada Pengerusi FELDA, Yb Tan Sri Isa Samad, pada majlis Iftar semalam Puan Sri Bibi dilihat memikul tugas sebagai tuan rumah meraikan tetamu yang hadir. Sumber SINI.

Mungkin kita perlu pembaharuan dari segi kepimpinan untuk wanita UMNO terus menjadi tunjang dalam parti.

PANASS!! Rupanya Mangkuk Beraya Bersama Anjing Tu Orang Islam?

Posted: 30 Jul 2013 11:12 PM PDT


Kita tertanya-tanya siapa mangkuk yang buat video sambut raya dengan anjing ni. Tak sangka pulak Mc dia ni Islam, ingat kapir mana yang sanggup hina Islam sampai macam tu sekali.

Mai kita dengar alasan si mangkuk ni bagi.

"Saya tiada niat hina Islam". Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

"Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya 'educate' orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan," katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

"Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif," katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

"(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak," katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, "saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat 'statement' kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya".

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

"Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini," katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

Ada niat atau tidak, pembaca boleh nilai sendiri video dibawah,



McTheory:
Boleh dimaafkan ka kalau macam tu?

PANASS!! Suspek Tembak Pengasas Arab Malaysian Bank di Kenal Pasti!

Posted: 30 Jul 2013 08:18 PM PDT


Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.

"Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.

"Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil," katanya.

Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari
arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.

Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.

Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

"Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan," katanya.-mynewshub.

PANASS!! Mahfuz Omar buat lawak Bodoh Tahap Terencat!

Posted: 30 Jul 2013 06:42 PM PDT


Dalam kecoh-kecoh tentang syiah, wartawan Utusan Malaysia menghubungi Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, si Mahfuz Omar atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.

Bila di tanya tentang syiah dalam maklum balas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

"Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas.

Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perisytiharan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ahmad Zahid turut mengesahkan terdapat beberapa pemimpin dari sebuah parti pembangkang secara aktif terlibat menghebahkan fahaman Syiah di beberapa negeri.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman tersebut.

Kemudian Pas juga telah memberi amaran kepada semua ahlinya, jika menganut fahaman syiah maka mereka akan digugur dari parti.

Walaupun jelas dalam Pas disyaki beberapa pemimpin utamanya menganut syiah namun Pas tetap menafikan bahawa parti itu terlibat!

Takpalah, sama-sama kita tengok permainan pemimpin syiah dalam Pas. Lama mana lagi dorang nak sembunyikan diri.

McTheory:
Orang Pas pun tahu si Mat Sabu tu 'Bapak Syiah' tapi macam mana Pas boleh nafikan lagi?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...