Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS! Mahfuz Bengang dengan PKR dan Dap! #TolakPR

Posted: 29 Jul 2013 08:36 AM PDT



PAS Kedah mahu sekutunya dalam Pakatan Rakyat tidak lepas tangan akibat daripada kegagalan mempertahankan negeri tersebut daripada diambil alih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada Mei lalu.

Sebaliknya Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menggesa PKR dan DAP agar memikul beban itu bersama selain mengenal pasti faktor kelemahan dan kegagalan.

Jelas beliau, kemenangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan disebabkan keupayaan dan kerjasama antara ketiga-tiga parti komponen itu.

"Bagi saya bahawa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kita boleh pertahan atas keupayaan bersama bukan atas satu kebolehan atau kelebihan yang ada pada mana-mana pihak.
"Begitu juga kejatuhan kerajaan negeri Kedah bukan hanya diletakkan semua beban itu kepada PAS tapi itu tanggungjawab kita bersama.

"Walaupun dari kerajaan negeri diterajui oleh PAS namun saya percaya kelemahan itu dapat kita kenal pasti untuk memastikan perkara sama tidak berulang di negeri-negeri lain dan juga tidak akan berulang bila kita diberikan mandat semula pada pilihan raya umum seterusnya," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Pada PRU13, BN mengekalkan kuasa pentadbiran di peringkat pusat selain menawan semula Kedah yang diterajui PAS sejak 2008. Sementara Pakatan mengekalkan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Menurut Mahfuz, sebagai pemimpin nombor satu PAS di Kedah beliau sedia memikul tanggungjawab kekalahan itu dan akan memastikan mandat diberikan semula kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa pun kekalahan di Kedah saya mengambil tanggungjawab itu dan saya memohan maaf kepada seluruh rakyat Kedah, ahli serta kepimpinan PAS dan seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat atas kegagalan mempertahankan Kedah.

"Namun begitu azam dan tekad kita bersama adalah untuk menempatkan kembali PAS dan Pakatan Rakyat di persada kuasa di Kedah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, punca kegagalan akan diketahui selepas jawatankuasa 'post-mortem' peringkat negeri selesai menjalankan tugas dalam tempoh empat bulan.

"...dan saya begitu yakin bahawa kita akan dapat kembali (Kedah), ini berasaskan apa yang berlaku di Kelantan dulu di mana PAS hanya tinggal dua kerusi dan pada pilihan raya umum 1999 ia berjaya mencipta sejarah dan akhirnya kekal selama 23 tahun sehingga hari ini.

"Ini semua kita belajar daripada kelemahan masa lalu dan kita kena pastikan ia tidak berulang," katanya.

TUDIAA! Pas nak Pecat Mat Sabu?

Posted: 29 Jul 2013 06:15 AM PDT


Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.

"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.

"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," tambahnya lagi.

Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat.

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya.

Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu.

"... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi.

Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang cuba memanipulasi isu Syiah ini apatah lagi menjelang pemilihan parti itu November ini.


McTheory:
Ishh.. bila Pas nak pecat Mat Sabu?

TERPANASS!! Senarai Ketua Bahagian UMNO Selangor yang Patut Undur Diri!! #SaveSlgor

Posted: 29 Jul 2013 02:16 AM PDT



Jika sayangkan parti, baik kita tegur dulu sebelum benda yang kita patut tegur tu menjadi melarat dan barah pada parti. Mungkin itu perjuangan yang dibawa oleh blogger ShahalamRebel.

Kepimpinan UMNO di Selangor mesti diubah. Itu sahaja harapan yang tinggal untuk memikat semula hati rakyat bagi memenangi semula negeri Selangor dalam PRU-14.

Justeru menjadi tanggungjawab perwakilan di UMNO bahagian supaya berfikir panjang dan beri peluang kepada muka-muka baru dalam pemilihan di peringkat bahagian akan datang.

Kepada perwakilan, formulanya mudah. Ketua-ketua UMNO bahagian yang parlimen-nya tewas pada PRU-13 wajar berundur dan janganlah menawarkan diri lagi dalam pemilihan kali ini.

Bagi ketua bahagian yang tewas semua kerusi di parlimen dan Dun pula, sewajarnya turut angkat kaki dan berundur. Mereka ini patut berasa malu dengan kegagalan mereka dan menyedari isyarat bahawa rakyat sudah muak dan menolak kepimpinan mereka.

Penulis angkat topi kepada Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Bushro Mat Johor yang telah menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang sedang disandangnya.


Tabik spring Dato'! Banyak Ketua Bahagian takde telor, tak macam Dato'. 

Bushro sedar di atas kegagalannya menerajui bahagian. Maka UMNO Bahagian Subang memerlukan muka baru yang boleh memberi kemenangan kepada parti, negeri dan parlimen.

Jadi jawatan itu janganlah pula diisi oleh mereka yang tidak berwibawa pula. Contoh seperti di Subang, jawatan ketua bahagian jangan pula diganti oleh Dato' Zein Isma yang tidak relevan lagi sebagai pemimpin di situ. Beliau juga tidak berupaya menarik minat pengundi di parlimen Subang. Semua mengakui hakikat itu.



Dato' Zein Isma bin Ismail bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang menawarkan diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Subang. "Wahai Dato' Zein, sudah tiba masanya kamu pun berundur" - ahli akar umbi.

Justeru bukanlah sesuatu yang luar biasa, jika pemimpin muda turut menjadi pertimbangan perwakilan. Peralihan kuasa di bahagian-bahagian di Selangor adalah perlu demi mengimbangi kelahiran pemimpin-pemimpin baru di dalam UMNO. Supaya tiada lagi isu ketandusan pemimpin di Selangor.

Perwakilan yang sayangkan parti dan mahukan parti menang pada PRU-14, mesti gunakan kuasa dan undi mereka untuk keluarkan pemimpin yang tidak lagi boleh bawa kemenangan kepada parti di DUN dan Parlimen.

Oleh itu, penulis senaraikan Bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/Dun dan memerlukan pemimpin yang baru:-
1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)

14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)

Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13
1. Sabak Bernam (menang 2-1)

2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)

3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)

4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 3-1)

5. Sungai Besar (menang 2-1)

Boleh sambung baca SINI

Kalau dah tak mampu nak jaga bahagian, jaga orang UMNO dan rakyat. Lebih baik undur diri. Sebab ramai sangat Ketua Bahagian sekarang yang Mc nampak syok sendiri! Tempat yang kalah 4-0 tu, Ketua Bahagiannya patut undur diri dan beri peluang pada orang lain pula. Jangan syok sendiri la, kelak parti yang binasa.

Itu cuma pendapat Mc, mungkin juga itu pendapat dari semua akan umbi.

McTheory:
Patutkah di Kedah kita senaraikan juga?

PANASS!! UMNO/BN Tolong Jaga KUBU kuat dan Pengundi Sebelum Orang Menyampah! #RevolusiUMNO

Posted: 28 Jul 2013 09:09 PM PDT



Selepas balik pada Kuala Besut, ada satu perasaan 'pelik' yang menghantui Mc. Kenapa UMNO/BN selalu alpa dan biarkan ahli dan penyokongnya susah sedangkan UMNO/BN tahu, tanpa penyokong atau atas pagar yang mengundi mereka. Mereka akan tersungkur kalah, mungkin tidak lagi menjadi kerajaan.

Adalah pelik bila kawasan kuat UMNO/BN kelihatan tidak membangun, jalan tar tahap zaman jepun, daif dan rumah hampir nak runtuh. Slogan UMNO/BN kononnya bawa perubahan, bawa kemajuan, perubahan apa yang BN bawa kalau kawasan KUBU kuat BN pun rumah macam reban ayam yang hampir nak roboh!

Jangan terkejut, bukan semua KUBU kuat BN macam tu.

Contoh macam parlimen Pagoh, TS Muhyiddin Yasin. Mc pernah ke kawasan berkenaan, nak cari rumah kayu buruk pun susah. Hampir semua rakyat miskin disana telah diberi bantuan PPRT, jalanraya tiptop lancar macam lebuhraya, sekolah, stadium, dewan semua infra lengkap. Itu baru contoh terbaik parlimen KUBU kuat BN. Kita nak sebut KUBU kuat pun bangga kalau kawasan macam tu.

Jangan pulak ada yang kata disebabkan situ kawasan TPM maka duit banyak turun. Kawasan lain KUBU kuat yang 'terbela' pun ada, dijaga baik dan tak mempunyai masalah dari segi pembangunan, namun apa yang Mc lihat, lebih banyak kawasan KUBU yang tidak dijaga hingga menyebabkan rakyat yang menyokong BN boleh berubah fikiran dan mengundi pembangkang.

Di Baling DUN Bayu, antara KUBU kuat BN. Sebab waktu gelombang 2008 pun DUN tu masih kekal bersama BN hingga ke hari ini. DUN bayu pun ada masalah pembangunan. Mc tak salahkan ADUN, sebab ADUN selalunya sibuk dengan kerja mereka. Tapi tolong awasi JKKKP, jangan percaya sangat, sebab banyak yang sapu projek masuk poket penuh-penuh dulu, yang serdak-serdak baru bagi pada orang kampung.

Malah ada yang beritahu Mc, waktu kampung kena ribut tempohari, ramai penduduk kampung rumah bumbung tercabut, bantuan sampai dari pusat, cuma tak sampai kepada orang kampung, sebab JKKKP dia tukar bumbung rumah baru, setiap keping bumbung rumah semua dia sapu! Hasilnya orang kampung terpaksa kutip duit sendiri untuk baiki bumbung rumah. Ada orang tahu bab ni? Sedangkan dikampung tersebut, PDM BN tak pernah kalah!

Belum lagi kisah buat jalan tar mohon 3KM tapi jadi 2 KM, sebab 1KM lagi dah masuk poket! Orang macam ni yang kita kena tukar! ADUN tolong waspada, jika biar JKKKP yang dibayar elaun ni dok aniaya orang kampung, lambat laun, sekali ADUN pun depa tukar!

Peristiwa yang paling Mc sedih adalah sewaktu kempen di Kuala Besut, dimana rumah penyokong kuat BN, pacak bendera BN depan rumah, tapi dalam rumah cuma ada satu saja lampu. Rumah pun hampir nak roboh. Wehh malu la, ada orang BN yang rumah hampir nak roboh, ke mana  perginya ahli parlimen BN yang jaga disitu walaupun ADUNnya sudah meninggal dunia, tapi ahli parlimennya orang 'besar' di Terengganu!

Kalau nak bagi contoh, banyak lagi Mc boleh bagi. Langkawi pun termasuk dalam KUBU kuat BN. Mc minta ahli parlimen Langkawi tolong buat kerja, tengok sama rakyat Langkawi, sewaktu kami turun 'cari isu' berkaitan Pas, kami blogger pro BN ni banyak jumpa isu berkaitan BN.

Kalau orang tanya Mc, kenapa tak tegur mengunakan saluran parti? Kenapa mesti nak bising-bising dalam blog. Mc jawab senang saja, ada orang peduli ka kat kami ni kalau kami gunakan saluran parti? Ada orang nak dengar ka suara kami? Mc bukan setahun dua jadi ahli UMNO, sejak tahun 1998 lagi. Dah kenal sangat, sepak terajang politik UMNO ni.

Apa yang Mc dedahkan dalam blog, adalah suara akar umbi yang mahu pemimpin UMNO/BN berubah. Disebabkan sayangkan partilah Mc mahu lihat BN terus memerintah pada PRU ke 14, walaupun harapan BN untuk memerintah pada PRU ke 14 nanti hanya 40% saja, selagi BN gagal tawan saluran orang muda.

Tak payah peduli kaum cina yang tolak BN. Cari inisiatif untuk tarik orang muda bersama UMNO/BN. Golongan muda profesional hampir 70% menolak BN, walaupun mereka berpangkat besar dalam GLC. Sebab apa mereka tolak? Sebab pendekatan UMNO/BN tak pernah berubah, masih di tahap lama, kuno!

Beri peluang orang muda bekerja, terima idea dan sumbangan. Jangan tutup suara orang muda. Jangan sekat jika ada orang muda profesional mahu sertai UMNO. Jika kita lihat suara orang muda didalam Pakatan lebih hebat, lebih ranggi dari UMNO/BN sebab apa? Sebab kepimpinan mereka terbuka untuk menerima cadangan!

Kita UMNO/BN? apa yang kita buat? Nak kata Pemuda UMNO kuat? puii.. saluran orang muda kalah semua! Sepatutnya kalau pemuda kuat, saluran orang muda kenalah menang, baru kata kuat! Tolong beritahu Mc, bahagian mana yang saluran orang muda menang, sebab Ketua Pemuda kawasan situ layak untuk kita angkat jadi KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA kelak! 


P/s: Ikhlas dari suara hati yang menuntut perubahan!


McTheory:
UMNO dulu, kini dan selamanya..

PANASS! KDN gantung Filem 'The New Village' Siapa yang lepaskan?

Posted: 28 Jul 2013 06:12 PM PDT



Mc tabik pada Menteri KDN Zahid Hamidi yang berani untuk mengantungkan filem 'The New Village'. Filem yang kononnya diadaptasi sewaktu zaman pra kemerdekaan, namun mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara. Tindakan KDN adalah tepat.

Baca laporan dibawah,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.

"Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog" katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012.

Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu.

" Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September 2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.?

" Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini," katanya.

The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw serta barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu dan India.

Filem itu berkisarkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.


Walaupun Mc lega dengan tindakan KDN, namun perasaan sangsi tetap wujud. Macam mana filem yang mengangkat komunis sebagai wira negara boleh terlepas untuk tayangan umum di Malaysia? Apakah semasa penapisan filem tu, FINAS dan LPF tidak sensitif dengan pengisian yang dibawa oleh filem terbabit?

Tidak kah mereka rasa filem tu menongkah arus? Atau memang orang sekarang sudah tak peduli lagi pasal sejarah?

Jangan sampai anak cucu, cicit kita mula pakai topi bintang 3, kononnya mereka itu pejuang kemerdekaan. Sampai pada masa tu, kita nak perbetulkan balik pun dah lambat.

Sebab tu dari sekarang kita harus berjaga-jaga jangan sampai sejarah kita, bertukar tangan jadi sejarah dorang pulak!

McTheory:
Faham tak apa yang dikatakan?

INFO! Misteri Dunia yang Masih Belum Terjawab Hingga Sekarang!

Posted: 28 Jul 2013 12:28 PM PDT



Di dunia ni ada beberapa teori cuba dirungkaikan oleh pakar-pakar saintis dan arkeologi dunia mengenai penemuan seperti gambar-gambar di bawah, tetapi hasilnya sungguh mengelirukan. Mungkin diputar belit ataupun sengaja disimpan kemas dan terkunci? Antaranya..



1. Penemuan Piring Batu Dropa Stones


 
Dropa, menurut legenda, adalah satu bangsa yang kerdil seperti extraterrestrials yang kononnya mendiami gunung Baian-Kara-Ula China. Pada 1938 ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei ke wilayah ini telah membawa kepada penemuan beberapa siri gua buatan diukir mengandungi Stones Dropa.

Setiap batu, atau seperti cakera padat (CD)sebaliknya, dikatakan berusia sekitar 12,000 tahun, kira-kira 9 inci diameter, Dipotong kecil di tengah-tengah dan terukir dengan corak lingkaran hieroglif. ia menjadi aneh. Hieroglyphics nampaknya memberitahu kisah Dropa yang datang dari angkasa lepas dan mendarat nahas di pergunungan. Kononnya, pasukan Dr Chi Pu Tei juga menjumpai yang kemas baris beberapa makam dengan 4 kaki 4 rangka inci, yang besar klasik kepala asing dan semua, dikebumikan di dalamnya.


2. Klerksdorp Sfera
 
 
Banyak perdebatan telah timbul asal objek yang kecil dicipta, bulat atau cakera yang berbentuk bulat ditemui berhampiran Ottosdal, Afrika Selatan. Penyelidik alternatif dan wartawan mendakwa ini adalah "ganjil, daripada tempat artifak yang ditemui ini"mustahil dengan daerah yang primitif, tetapi telah mencipta seperti kegunaan untuk peralatan eletronik,mungkin ianya dicipta oleh makhluk pintar, sama ada manusia, atau berasal dari makhluk asing.

Satu Sfera Klerksdorp beralur

Geologi menangkis dakwaan bahawa ketulan sedikit aneh adalah hasil daripada proses semula jadi, yang datang daripada 3.0 bilion tahun dahulu tersimpanan lama.

 Walau apapun yang berkenaan, ini sfera beralur monumentally artifak menarik.
 
3. The Plain Of Jars
 
Terletak di Highlands Lao kawasan Xieng Khouang adalah di pusat tapak arkeologi yang luar biasa yang dikenali sebagai Plain balang. Bertaburan kedudukan di seluruh daerah ini dan balang batu bahawa saintis telah menganggarkan tarikh dari kira-kira 2000 tahun yang lalu.

Berbentuk dalam pelbagai saiz dari agak kecil kepada yang besar dengan yang terbesar seberat sehingga 14 tan. Balang batu ini banyak yang dimusnah akibat peluru hasil sisa-sisa Perang Rahsia apabila Amerika Syarikat yang menjalankan salah satu kempen pengeboman pada tahun 1969 yang paling intensif di semua tempat sejarah.

Ada yang percaya bahawa tempayan-tempayan ini ada untuk pengebumian abu manusia manakala yang lain percaya mereka telah direka untuk menyimpan air hujan dari musim tengkujuh. Ia terletak betul-betul di salah satu laluan perdagangan purba dari India Utara ketika itu.

Mungkin juga faktor keagamaan kerana penggali telah menjumpai patung-patung Buddha,manik dan alat-alat gangsa. Apa yang sering fikirkan bahawa balang-balang ini akan memerlukan masa yang panjang untuk dibuat, mungkin pada skala yang sama seperti Stonehenge, dan itu pasti telah dilakukan atas sebab-sebab yang amat penting. Buat masa sekarang, kewujudan ini adalah hanya satu lagi misteri purba yang masih terjawab.
 
4. Kesan Tapak kaki Di Batu
 
Adakah ia kaki fosil dinosaur dan manusia di zaman batu?Ahli-ahli arkeologi dan palaeontologists serta lain amatur yang berminat telah menemui tapak kaki dinosaur dalam pelbagai jenis batu menpapan. Ini jejak dicipta apabila makhluk meninggalkan jejak dalam bahan lembut seperti lumpur, tanah liat atau pasir.

Tiada apa-apa yang aneh atau tidak dapat diterangkan tentang proses ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak dilaporkan tentang tapak kaki manusia yang ditemui bersama-sama dengan dinosaur – atau dalam batu yang tarikh dari berjuta-juta tahun yang lalu.

 Sememangnya, ini telah mencipta kontroversi yang signifikan antara saintis, penciptaan dan pihak-pihak lain yang berminat. Kesan tapak kaki yang terkenal ini terletak berhampiran Glen Rose di Texas, Amerika Syarikat. Namun, terdapat laporan bahawa beberapa trek telah diubah suai untuk kelihatan lebih seperti tapak kaki manusia selepas penduduk tempatan menyedari nilai pelancongan yang berpotensi.
 
5. Jalan Bimini
 
Para penyelam telah terjumpa bentuk batuan seperti jalan berturap di bawah laut utara Pulau Bimini di Kepulauan Bahama. Ramai orang berpendapat jalan setapak itu adalah kejadian alam semulajadi. Namun penataan batu jalan itu menimbulkan pertanyaan lanjutan kerana ianya terlalu rapi dan tersusun. Beberapa ahli arkeolagi menyatakan ianya adalah sebagian dari Kota Atlantis (seperti yang ditulis oleh Plato beberapa abad silam). Tapi hingga hari ini belum ada terbukti tambahan mengenai kewujudan "kota yang hilang" itu. Dan Jalan Bimini masih menjadi pertanyaan dan tengelam di dasar laut bersama sejarahnya : apakah jalan itu dibuat alam atau manusia?
 
6. Misteri Kehilangan Jimmy Hoffa
 
Pemimpin Buruh yang dikenali sebagai orang Amerika yang paling berpengaruh dalam tahun 1950 tahun – 1960, Jimmy Hoffa adalah seorang tokoh yang telah mengubah wajah dunia buruh Amerika. Julai 30, 1975, Hoffa hilang di tempat letak kereta Detroit dan tidak pernah ditemui lagi. Salah satu teori dipercayai Hoffa dibunuh oleh Jack Anthony Giacalone, kumpulan yang diketuai New Jersey. Mayat Hoffa didakwa dikebumikan di bawah asas stadium Giants, Detroit. Apabila dilakukan penggalian di yayasan stadium, tinggalan Hoffa dijumpai.
 
7. Jack the Ripper
 
Terkenal sebagai pembunuh bersiri dan misteri pada tahun 1888, identiti Jack The Ripper hingga ke hari ini tidak pernah diketahui. Membunuh pelacur-pelacur jalanan dengan cara yang cukup kejam dan membelah tubuh mangsa dengan rapi sempurna, membuat polis berfikir Jack adalah seorang pakar bedah waktu itu. Walaupun mereka banyak buku-buku, filem, dan teori diterbitkan, identiti Jack yang Ripper masih lagi menjadi topik perbincangan dan misteri Jack The Ripper tetap terkubur bersama lipatan sejarah sehingga kini.
 
8. Time Slips
 
Masa mengikut saintis, ialah satu konsep yang lebih kompleks daripada kita manusia digunakan untuk mempercayai apa yang terlihat. Apa lagi telah wujud dengan nama-nama yang terkenal, seperti Albert Einstein, dengan keputusan yang menakjubkan dipanggil "tergelincir masa" sebenarnya, fenomena luar biasa yang menganggap gangguan waktu sedikit masa lalu. Ia dialami oleh orang-orang sekarang dan tanpa disedari oleh orang-orang dari masa lalu. Seseorang mengalami fenomena sedemikian tidak akan mempercayai bahawa apa yang dia lihat selama beberapa saat adalah benar.Bukti Visual slip masa sering muncul dalam gambar lama seperti tanggapan atas artis. Sebuah kereta spot diletakkan di tepi jalan dalam imej yang jelas sangat, mengambil banyak tahun sebelum kenderaan motor itu dikeluarkan.

 
Kewujudan kereta moden di tengah-tengah zaman 'cowboy' ianya nampak seperti filem Back to The Futureseperti bayang-bayang sepintas lalu dan tiada orang yang terpegun atau terkejut. Apakah mereka sering melihat kereta ini? mungkin ya pada ketika itu….?

Teringat saya mengenai filem The League of Extraordinary Gentlemen, lakonan Sean Connery, kisah awal sekitar tahun 1900, sekumpulan 'hero' ini telah memiliki kelengkapan kapal, kereta dan senjata moden yang belum digunakan sesiapa lagi pada masa itu. Kadang-kadang filem Hollywood seperti menunjukkan sedikit 'clue' yang tersembunyi kebenaran walaupun banyak pembohongan/putar belit.
Seperti juga filem National Treasure lakonan Nicolas Gage,terang-terang menceritakan asal usul Freemason.
 
9. Time Traveller ( Misteri Wanita Bercakap Menggunakan Telepon Bimbit Dalam Filem Charlie Chaplin)
 
 
 
Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...