Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Ucapan Ayahanda Tun Dr Mahathir Tentang Nasib Melayu Kian Buruk!

Posted: 27 Jul 2013 07:45 AM PDT



Ucapan kontroversi Ayahanda Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu.

Bagi Mc apa yang Ayahanda Tun cakap itu adalah benar, jika diabaikan, nescaya harapan kita akan musnah!

1 - "Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk".

2 - "Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang".

3 - "Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan"

4 - "DS Najib nak jadi "BRAND" dan juga cogan "1Malaysia" kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi"

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya"

5 - "Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin"

6 - "Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu" ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu.

"Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam"

7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

9 - "Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?" ujar Tun Mahathir. "orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

10 - "Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib"

11 - "BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya"

12 - "Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi"

Akhir sekali Tun berkata "Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis".

Untuk baca artikel sepenuhnya - KLiK

INFO! Kerajaan Kedah Akan Selamatkan KUIN! - @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur

Posted: 27 Jul 2013 12:13 AM PDT


Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, Khamis.

Menurutnya apapun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.

Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya.

Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.

Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya. - BERNAMA

PANASS!! Bila Cina Dap Sanggup Berbuka Puasa Dengan Melayu? #Dapigs

Posted: 26 Jul 2013 08:07 PM PDT

 
 
Orang melayu kita ni, dari dulu hingga sekarang mudah mempercayai orang lain. Sebab itu dulu Tanah Melayu pernah dijajah oleh British tanpa mengunakan senjata. Hanya gunakan 'budi bicara' kita tewas dibawah penasihat British.

Perkara yang sama berulang lagi, mengikut blog CTS. Malam semalam sahaja, dua majlis berbuka puasa atau Iftar diadakan oleh Ahli Parlimen DAP. Menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini, ahli-ahli politik DAP berlumba-lumba mengadakan majlis berbuka puasa untuk menarik perhatian dan minat orang-orang Islam terhadap DAP. Malah Roketkini, lidah rasmi DAP turut mengadakan majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, tidak ketinggalan mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah surau di Taman Pearl, Berapit. Majlis berkenaan ditaja oleh Lydia Ong, EXCO Pulau Pinang dan juga merupakan ADUN Berapit. Bukan setakat orang-orang Melayu beberapa pemimpin Cina turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Lebih ironinya, gambar Tokong Joseph Lim, megah bergantung di perkarangan surau berkenaan.
Kalau majlis berbuka puasa di Pulau Pinang diadakan di surau, lain pula keadaan di Subang Jaya. AJK Masjid Al Mukminun USJ 2 begitu berbesar hati menjemput ADUN DAP Subang Jaya yang juga merupakan Speaker Kerajaan Negeri Selangor untuk hadir berbuka puasa bersama mereka. Hebat peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin DAP. Mereka tahu di mana kelemahan orang-orang Melayu. Banyak yang mereka pelajari daripada perwatakan MP Tian Chua yang tidak lekang berbaju Melayu yang saban malam berbuka puasa bersama masyarakat Melayu.
 
 



Teringat lak kat Lee Kuan Yew masa kempen pilihanraya dulu-dulu sanggup pakai songkok tapi bila dah dapat kuasa songkok pun dah hilang. Kita lupa semua tu.. cara LKY mendapat kuasa di Singapura.

Kemudian nak kaburkan mata Melayu, dia letak orang Melayu jadi Presiden Pertama Singapura. Lepas dia betul-betul berkuasa, mana duduknya Melayu Singapura sekarang? Kat rumah-rumah flat. Kalau ada yang dapat merasa duduk kondo besar atau rumah besar pun boleh dikira dengan jari.

Melayu mudah lembut hati. Bila orang pakai dan ikut sikit cara kita, kita rasa mereka dah jadi sebahagian dari kita. Walhal dalam hati Allah saja yang maha tahu. Sebenarnya undi Melayu memang diperlukan sangat untuk mendapat kuasa.

Dah macam-macam Allah tunjuk tapi kita masih berdegil tak mahu terima hakikat sebenar. Rahsia tentang kafir ni banyak terdapat dalam firman Allah dan hadis Rasulullah. Bacalah dan fikirkan. Semoga Allah selamatkan kita, amin.

LIVE STREAM! Kuliah Pagi Dari Sri Mentaloon Dari Sheikh Ashraf Hamed Dari Mesir! #KedahAmanMakmur

Posted: 26 Jul 2013 06:47 PM PDT


Ikuti Live Stream Kuliah Pagi,



Streaming live video by Ustream
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...