Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Ustaz Fathul Bari BIDAS Nik Aziz Kata Orang UMNO Tak Sembahyang! #KualaBesut

Posted: 21 Jul 2013 08:14 AM PDT


Video diatas adalah bukti bahawa Nik Aziz kata orang UMNO buat masjid tapi tak sembahyang! Disebabkan perkara itu, kami meminta penjelasan dari Ustaz Fathul Bari.

Tengok video kat bawah ni!


Betul kata Ustaz Fathul Bari, kalau benar Nik Aziz ni tinggi ilmu agamanya, dia takkan kata macam tu. Ni tak habis-habis fitnah dan cakap melulu!

McTheory:
Nik Aziz tu dah nyanyuk sebenarnya..

Video Hot! Pesanan Kumpulan Rabbani Kepada Pengundi #KualaBesut, Supaya Undi Kerajaan!! @Tunfaisal

Posted: 21 Jul 2013 07:03 AM PDT


Dalam sibuk berkempen, Mc tersempak dengan kumpulan nasyid paling popular di Malaysia, iaitu Kumpulan Rabbani, mereka sedang mengadakan persembahan nasyid di Kuala Besut.

Dalam pada itu sempat juga mereka memberi pesanan 'keramat' kepada pengundi Kuala Besut supaya berfikir sebelum memberi undi dan terus menyokong untuk mendapat bantuan dari Kerajaan.

Mc tak cakap Rabbani sokong sebelah mana, tapi bila Rabbani cakap macam tu, faham-faham saja la ya.

McTheory:
Buat apa nak pilih yang buruk, sebab yang ada ni doh comei doh!!

PANASS!! Bila Orang Pas Sendiri Tolak Calon Pas? #KualaBesut

Posted: 21 Jul 2013 06:12 AM PDT


Seorang bekas ahli PAS yang sekian lama memegang jawatan di PAS Kuala Besut, pernah memegang jawatan sebagai Bendahari PAS Gong Penaga akhirnya menyatakan PAS penuh dengan kepincangan berbanding Barisan Nasional.

56 tahun beliau duduk dalam PAS, penuh ceramah dengan ayat Al-Quran bagai tapi nak singgah rumah orang-orang bawahan memang tak la. Erti kata lain memang susah nak jumpa dan sombong sangat bila dah menang. Sebelum menang pun jarang nak jumpa melainkan di ceramah PAS!

Beliau juga menyatakan PAS hanya menjadikan nama Islam sebagai tarikan politik sahaja. Selama ini ramai yang telah termakan dengan pembohongan 'Isle' yang cuba PAS bawa.

Berkenaan dengan calon Barisan Nasional, beliau menyatakan sokongan serta bersetuju dia sebagai calon berbanding calon PAS, rata-rata pengundi tahu dia sendiri tidak mahu jadi calon tetapi dipaksa untuk menjadi calon PAS [minit 05:08].

Rupanya calon yang dibisukan ini sendiri tak gembira nak bertanding! Jadi apa yang PAS cuba buat sekarang? Perjudikan kerusi DUN Kuala Besut semata-mata untuk parti! Bukan untuk rakyat!



INFO! Pengundian Awal dan dakwat Kekal di Kem Tentera Ada Masalah? #KualaBesut

Posted: 21 Jul 2013 02:12 AM PDT


Mc pagi tadi sempat memantau pengundian awal di markas tentera udara Gong Kedak. Ternyata, pengundian awal telah dijalankan di Markas Tentera Gong Kedak bagi Pegawai-Pegawai dan Anggota ATM, POLIS dan Pegawai-pegawai SPR yang bertugas pada Piliharaya kecil kali ini, berlangsung dalam keadaan yang cukup teratur.

Seramai 1,148 Pengundi yang akan mengundi awal pada hari ini.

Timbalan Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar memaklumkan dakwat kekal pada kali ini lebih tahan lama dan yakin bahawa dakwat tidak akan hilang selepas 6 hari selepas pembuangan undi katanya.

Menyatakan tidak ada seorang pun rakyat malaysia yang mengundi lebih dari 2 kali kerana sebelum membuang undi,terlebih dahulu pemilih mendaftar nama di kerani pendaftar.

Pasal dakwat kekal Mc ada video yang menjawab, sama ada dakwat itu kekal atau tidak!

Tengok video kat bawah ni,



Basuh guna clorox pun tak keluar. Kalau nak buang juga dakwat tu, terpaksa kerat jari la kot. Harap video ini menjelaskan dulu sebelum puak pembangkang buat isu. Kalau dorang kata keluar juga, memang sah menipu la!


McTheory:
Tunggu la, macam mana pun mesti ada spin jahat nanti..

PANASS! Suami Muda Abby Abadi Seorang Pemuda UMNO?

Posted: 20 Jul 2013 09:08 PM PDT


Heboh sana sini orang dok hebohkan pasal Ostazah Segera Abby Abadi yang membawa suami baru dinikahi 12 hari yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Abby dan suami barunya dan takziah diucapkan kepada mana-mana pemimpin & penyokong PAS yang ada terniat di hati untuk tackle Ostazah Segera ini.

Ramai orang bercerita sana sini, semalam saya sempat pergi ke ceramah Dato Takiyuddin di Kuala Besut. Berborak dengan seorang kenalan baru berkenaan suami muda Abby yang berusia 24 tahun tersebut.

Katanya suaminya itu merupakan student yang baru lepas graduate dan paling memeranjatkan beliau adalah seorang ahli UMNO di dalam Pemuda.

Betui ka ni? Nak tau boleh sambung baca SINI.

Kalau betul Pemuda UMNO, nampaknya Abby dah tersalah pilih, sebab dulu Abby pernah kata orang UMNO ni sesat, tak Islam. Akhirnya cari suami pun orang UMNO.. he he he

McTheory:
Macam jilat ludah sendiri la pulak ya..

PANASS!! MB Kedah Mahu Pengundi Kuala Besut Pertahankan Kemenangan BN! #prkKualaBesut

Posted: 20 Jul 2013 08:37 PM PDT


Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.

"Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.

"Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kedah.

Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada lebih 100 penerima dari Kampung Air Terjun dekat sini hari ini.

Mukhriz juga berkata, Kedah akan mencontohi teknik pendidikan Terengganu terutama dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat keputusan cemerlang untuk 11 tahun berturut-turut.

Selain itu, Terengganu juga membuktikan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling cemerlang empat tahun berturut-turut dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tiga tahun berturut-turut.

Mukhriz turut menaruh keyakinan terhadap perwatakan dan peribadi calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk membawa kemenangan pada 24 Julai ini.

"Oleh kerana saya difahamkan pengundi muda di sini sebanyak 54 peratus, saya yakin dengan pendekatan secara terus dan perwatakannya yang rendah diri itu mampu menarik pengundi terutama golongan muda," katanya.

Mukhriz turut melawat seorang warga emas, Hasan Ali, 68 serta bersolat Asar di rumah bekas bendahari Pas Gong Penaga. - Bernama

PANASS!! Misi Penting UMNO Kedah Di PRK #KualaBesut

Posted: 20 Jul 2013 06:12 PM PDT


Mc diberitahu, jentera UMNO Kedah diletakan di Bukit Puteri, Kampung Tok Has. Menjaga PDM Bukit Puteri yang dulu BN kalah pada PRU 13. Sememangnya untuk memenangi semula peti undi hanya pada dua bulan lepas, agak sukar. Namun itulah cabaran yang terpaksa dilakukan oleh jentera UMNO Kedah dalam PRK kali ini.

Mc sendiri berkesempatan turun ke kawasan berkenaan, sememangnya kawasan tersebut 'hijau' dan agak pekat, sukar untuk jentera UMNO tembusi. Mungkin disebabkan itu jentera UMNO Kedah ditugaskan kekawasan berkenaan.

UMNO Kedah turun dengan jentera pilihanraya kecil paling kuat yang diketuai oleh Datuk Rozai Speaker Dun negeri Kedah yang juga Ketua Bahagian UMNO Pendang. Turut bersama Rozai ialah Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat, yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kedah.

Mc kagum melihat pergerakan jentera UMNO Kedah yang turun dari rumah ke rumah untuk membawa semangat gelombang biru kepada penduduk sekitar Bukit Puteri.

Berbekalkan semangat merampas semula Kedah dari tangan Pas, seorang demi seorang pemimpin UMNO Kedah turun berkempen bersama jentera Kedah di Bukit Puteri. Kempen semakin rancak apabila suntikan
semangat dari Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang turut turun padang meninjau beberapa tempat untuk bersama penduduk.

Selepas itu kemudiannya, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah bersama Datuk Seri Mahadir Khalid juga turun padang melawat kawasan sekitar bagi membela nasib rakyat di sekitar Bukit Puteri.

Dari permulaan waktu berkempen hinggalah sekarang, jentera UMNO Kedah terus menerus bertemu, mengadakan ceramah, penerangan dan melakukan aktiviti bersama rakyat.

Malah ketika Mc menemubual Harris Che Mat, beliau yakin bahawa untuk PRK kali ini, BN akan menang di PDM Bukit Puteri sekaligus kawasan yang selama ini hitam kepada BN Terengganu akan berjaya di putihkan.

Mengenai tentangan Pas di sana, Mc tak rasa Pas akan turun berkempen 'all out' kerana Pas merasakan Bukit Puteri adalah kubu kuat Pas dan mereka yakin akan kekalkan PDM tersebut menjadi fix deposit kepada Pas.

Keyakinan Pas itu menjadi senjata utama UMNO Kedah untuk terus bersama rakyat, kerana sewaktu Pas sibuk berkempen gila di PDM lain, mereka akan mengabaikan terus Bukit Puteri dan membiarkan penduduk disana rasa seolah-olah Pas tidak pedulikan mereka lagi.

Mc harap kempen ini akan terus berjalan hingga habis waktu kempen, kerana pada PRU yang lepas, BN kalah sebanyak 90 undi di Bukit Puteri, dan jumlah itu bukan sesuatu yang kecil bagi sebuah peti undi.

Namun berbekal jentera terkuat UMNO Kedah di sana, Insyallah PDM Bukit Puteri akan berjaya dimenangi oleh BN pada kali ini. Sama-sama kita doakan.


McTheory:
Dari masa kesemasa, akan update perkembangan disana..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...