Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Bila Shahidan Kassim 'Jolok' Azmin Patut Jadi MB Selangor!

Posted: 19 Jul 2013 08:12 AM PDT


Memalam ni kita layan video ahli parlimen dok sindir menyindir. Agak kelakar bila Shahidan Kassim 'jolok' Azmin Ali patut jadi MB Selangor dan bukannya Khalid Gagap. Ya la, bagi Mc pun, patutnya Azmin lagi layak dari Khalid. Sebab Khalid macam taktau buat kerja.

Nak kata Khalid pandai bercakap pun tak, kerja hampeh, tapi kenapa Anwar masih pilih Khalid? Sebab Khalid boneka Dap? Dap sokong Khalid sebab bodoh dan senang dipergunakan? Sebab tu?

Macam nak cakap banyak, layan saja la video kat bawah ni,


PANASS!! Student KUIN Mengamuk Kerana Kerajaan Kedah Kejam? #HanyaDiKedah

Posted: 19 Jul 2013 06:12 AM PDT



Mc ada baca surat yang kononnya ditulis oleh student KUIN kepada Nurul Izzah. Untuk apa surat tu ditujukan kepada Nurul Izzah pun Mc taktau, sebab Nurul Izzah sendiri bukan kisah dengan nasib student KUIN ni. Dulu semasa KUIN bermasalah dibawah Pas Kedah, Nurul Izzah tak pernah datang bantu pun. Rasanya dia sendiri pun taktau kot, apa itu KUIN!

Surat layang tanpa nama dan mengaku student KUIN tu amat meragukan. Sebenarnya sesiapa pun boleh buat surat macam tu. Sebab kalau benar itu tulisan dari student KUIN, sudah tentu ia dibuat oleh student KUIN yang paling haprak dan paling degil, sebab taknak dengar cakap orang. Jauh beza, kampus KUIN Kuala Ketil dengan kampus Alor Setar. Hanya orang gila atau kurang waras saja yang suka kampus KUIN di Kuala Ketil tu.

Sebab apa Mc kata macam tu? Sebab kampus KUIN Kuala Ketil tidak lengkap dan bermasalah. Bayangkan asrama pelajar sejauh 20 KM dari kampus untuk belajar. Asrama pula terletak jauh dipendalaman dan tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap. Nak makan pun susah! Sudah la tak ada masjid khas untuk pelajar, terpaksa keluar jauh untuk berjalan untuk pergi bersolat.

Pada student yang rajin bersolat di masjid sudah tentu ia mendatangkan masalah. Lain la kalau student yang tulis surat tu jenis tak solat, soo mana dia nak kisah masjid ada ka takdak!

Sedang ramai student KUIN gembira kerana mereka akan dipindahkan ke semula ke Alor Setar, hanya ada dua-tiga kerat, penganut karat 'hijau' yang cari pasal memberontak taknak pindah ke Alor Setar, student yang lainnya takdak masalah. Semuanya bersyukur!! Legaa..

Student 'karat' hijau tu, biasa la, menentang apa saja perubahan yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Kedah sekarang ni. Kalau sekarang Mukhriz bagi rm1000 seorang pada pelajar KUIN pun depa akan bantah kata benda tu salah. Sebab bagi depa, apa saja Kerajaan negeri buat, semua salah, semua tak betul. Biasa la, jenis karat gila!

Sebab tu orang kata, mencari salah tu senang, nak membetulkan salah tu payah. Soo.. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh Datuk Mukhriz cuba dengan segala upaya mencari jalan terbaik untuk KUIN dan menyelamatkan KUIN dari terus dibelengu masalah.

Mc diberitahu, semasa Datuk Mukhriz memegang jawatan MB Kedah, beliau tak boleh lelapkan mata kerana memikir jalan penyelesaian terbaik untuk kembali menjana KUIN. Sudah la KUIN berhutang beratus juta dengan bank, kampus KUIN di Kuala Ketil bermasalah, pelajar ditendang seperti bola kesana ke sini, gaji staff selalu sangkut, Insaniah Holding tak dapat berfungsi dengan baik dan habiskan peruntukan. Kiranya Kerajaan negeri dulu melingkupkan KUIN ni ditahap yang 'paling teruk'!

Kini Kerajaan BN Kedah cuba mencari jalan terbaik untuk selesaikan semua masalah. Kotor yang dibuat selama 5 tahun, bukan boleh dicuci dalam masa 3 bulan. Ia akan mengambil masa, taktau la kalau Datuk Mukhriz ada bela 'jin aladin' yang hanya perlu digosok 'pling' semua masalah selesai!

Atas sebab demikian, tolonglah bagi masa pada Datuk Mukhriz untuk susun jalan penyelesaian satu per satu. Pada rakyat Kedah dan rakyat Malaysia yang prihatin pada nasib student dan staff KUIN, insyallah Kerajaan negeri Kedah kini cuba melakukan yang terbaik.

Jangan risau, pilihan anda kali ni tepat!


P/s: Dengar kata 24hb ni ada berita 'baik' untuk student dan staff KUIN. Apa agaknya?


McTheory:
Lepas selesai masalah, kita angkat terus KUIN jadi Universiti Insaniah, boleh? he he..

PANASS!! Pas sendiri pun 'menyampah' dengan Che Long calon Kuala Besut! #prkKualaBesut

Posted: 19 Jul 2013 02:12 AM PDT


Gara-gara disifatkan oleh kepimpinan Pas sebagai 'kurang cerdik', calon Pas PRK Kuala Besut Azlan Endut @ Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long dilaporkan telah diarahkan oleh pimpinan Pas supaya tidak kerap bercakap atau membuat ucapan dihadapan umum kerana Pas sendiri tidak begitu yakin dengan apa yang sudah ditampilkan oleh Che Long setakat hari ini.

Menurut sumber dalaman Pas, cakap-cakap mengenai Che Long yang tidak punyai bakat kepimpinan itu makin hangat diperkatakan sesama mereka, sehinggakan pihak parti terpaksa tidak membenarkan beliau berucap bersama-sama mantan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Che Long yang hadir berbaju hijau dan berkasut putih itu sekadar menjadi hadirin tanpa diberikan kesempatan walaupun seminit untuk beliau membuat ucapan, pada awal kontroversi ketidaklayakkan Che Long menjadi seorang pemimpin, beliau masih lagi diberi peluang selama 3 minit untuk membuat ucapan sebelum dikurangkan kepada 2 minit. ( sila rujuk ceramah beliau kebelakangan ini.) Namun malam tadi beliau langsung tidak diberikan ruang lagi.

Jika diperhatikan bermula penamaan calon lagi, pimpinan Pas yang mengiringi Che Long semasa sidang media sudah tidak selesa dengan tindak-tanduk dan tutur kata yang dizahirkan oleh Che Long, ianya seperti mereka kebimbangan terhadap sesuatu dan dalam keadaan terhati-hati bilamana Che Long membuka mulut atau ingin menjawab apa-apa dari soalan yang diajukan wartawan.

Sikap ego dan 'lokek' Che Long jika ada yang menegurnya atau meminta beliau supaya kurang membuat kenyataan-kenyataan media menambahkan lagi rasa tidak selesa pimpinan Pas. Mereka seolah-olah menyesal meletakkan Che Long sebagai calon Pas dalam PRK ini, apapun segalanya sudah terlambat, mahu tidak mahu Pas terpaksa meneruskan dengan apa yang telah mereka putuskan walau mereka sendiri tidak yakin dengan keupayaan calon yang telah dipilih itu.

Pada pandangan umum pun Che Long dilihat 'pelik' dan lain dari yang lain, bukan sekadar kenyataanya saja yang menjadi kontroversi, penampilan pun pelik, intelektual 'mabuk ketum', gurau jer Che Long jangan marah! Tapi penonjolan beliau dihari penamaan calon dengan berbaju melayu serta berkasut putih dilaporkan benar-benar membuatkan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang merasa malu, Hadi dikatakan mengeluh dengan kasut putih 'stylo' yang dipakai oleh Che Long yang menurutnya tidak sesuai bagi seorang yang sudah berumur dan bakal menjadi pemimpin.

Pada hari penamaan calon juga, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa membetulkan samping yang dipakai oleh Che Long dihadapan media dan dilihat membisikkan sesuatu ditelinga Che Long, dengan masalah semulajadi yang sering Che long zahirkan itu yang turut tidak disenangi oleh pimpinan Pas, kita tidak pasti apakah rakyat di Kuala Besut akan memperjudikan masa depan mereka dengan menaruh undi simpati terhadap Che Long ? Anda Mampu Mengubahnya.

Cerita calon Pas ni Mc ambil dari Gelombang Kick.

Orang macam ni mana layak nak jadi Adun, nak wakil suara rakyat macam mana kalau tak reti cakap. lagi satu, kalau parti sendiri pun tak yakin dengan dia, macam mana penduduk Kuala Besut nak yakin?


PANASS!! Blogger Prono Alvin dan Vivian di Penjara Sebenarnya Penyokong BN?

Posted: 18 Jul 2013 11:12 PM PDT


Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 semalam telah pun didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Semalam semasa dibawa keluar dari mahkamah, Alvin dan Vivian pandai pula menutup muka, malu kononnya.

Hek elehh.. kena tangkap pandai la pulak malu, masa buat adegan bogel, seks tak rasa malu. Pelik punya manusia.

Lepas dua ekor mangkuk ni kena tangkap, timbul ura-ura mereka ni penyokong BN. Sebab Vivian dikatakan pernah ambil gambar dengan bendera BN dalam keadaan berbogel. Tapi betui ka depa ni sokong BN? Tengok betul-betul gambar kat bawah ni!







McTheory:
Agak-agak depa ni penyokong belah mana?

PANASS! Kedah Fatwa Syiah Haram Di Kedah? #HanyaDiKedah

Posted: 18 Jul 2013 09:12 PM PDT



Kerajaan Negeri Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.

"Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.

"Oleh itu, saya rasa tepat pada masanya dan sesuai untuk kita berusaha mewartakan fatwa ini di peringkat negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, semalam

Menurutnya, pendekatan itu wajar dilaksanakan selagi ia masih boleh dikawal.

"Walaupun begitu, sudah timbul masalah apabila berlaku kematian, kadang-kadang jenazah itu diambil pihak tertentu untuk diuruskan mengikut cara Syiah.

"Ia bertentangan dengan amalan kebiasaan kita sebagai Ahli Sunnah. Jadi, ini antara perkara yang sedang berlaku dan akan kita cuba elakkan daripada merebak," katanya.

Mukhriz menambah, keputusan mengenai hanya akan dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan bersama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderudin Ahmad dalam masa terdekat.

"Sekarang ini kita tidak boleh menguatkuasakan fatwa itu kerana ia belum diwartakan di peringkat negeri.

"Pada peringkat awal, mungkin kita mahu perbetulkan akidah mereka terlebih dahulu sebelum kita ambil tindakan lebih serius," katanya.

Terdahulu, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akhidah, syariah dan akhlak.

HOT! Gambar Ngeri Cikgu India Kena Tembak Di Kulim Semalam!

Posted: 18 Jul 2013 06:07 PM PDT




Semalam gempar dengan kejadian tembak yang berlaku di Kulim. Kerana sebelum itu, ada satu lagi kejadian tembak terjadi di Bukit Mertajam.

Mangsa Shanmugam a/l Krishnasamy telah ditemui mati di tembak dalam kereta jenis toyota wish warna silver di tempat duduk penumpang hadapan. Saspek 2 orang lelaki berbangsa tidak pasti memakai topi keledar menaiki motosikal jenis yamaha lc warna hitam.

Sebanyak 9 buah kelongsong peluru thai arm 9mm dijumpai berhampiran kereta mangsa. Pemilik kenderaan adalah milik mangsa kejadian. Menurut saksi kejadian, yang sedang memandu kereta jenis viva di hadapan kereta mangsa menyedari kejadian ini sebaik keretanya  dilanggar dari belakang oleh kereta mangsa.

Kejadian ini telah mengemparkan penduduk sekitar dan menyebabkan kesesakan lalulintas hampir satu jam.

Jarang berlaku kejadian tembak di Kedah ni. Tentu ada yang tak kena, atau melibatkan dua kumpulan gelap yang berebutkan sesuatu. Andaian saja la..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...