Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Rokok Elektronik (VAPE) Lebih Teruk Dari Rokok Biasa? #VAPEon
- HOT INFO! Orang Kedah Pecah Rekod hari Pertama Dah Kena Mercun! #HanyaDiKedah
- INFO! Alhamdulillah Kerajaan Negeri Kedah Bertindak Bijak!! #HanyaDiKedah
- HOT! Misteri Perempuan Bertudung Jadi Kroni Dap? #TolakPR
- PANASS!! Gadis Bertudung Ni Jadi Barua Dap? #DapAntiIslam
INFO! Rokok Elektronik (VAPE) Lebih Teruk Dari Rokok Biasa? #VAPEon Posted: 11 Jul 2013 08:12 AM PDT Terdapat ura-ura untuk mengharamkan penggunaan vaporiser atau e-cig. Kementerian Kesihatan melalui jawatankuasa teknikal sedang mengumpulkan data (klik di sini) dan kemudian akan membuat keputusan samada mengharamkan vaporiser atau tidak. Seperti diketahui ramai, vaporiser tidak dicukai oleh kerajaan dan tentunya penggunaan alat itu tidak mendatangkan keuntungan kepada negara berbanding rokok. Apapun, perhatikan catatan dipaparkan di kotak rokok di bawah. Amat pelik, rokok mengandungi LEBIH 4,000 bahan DISAHKAN berbahaya kepada kesihatan tetapi tidak pula diharamkan penjualannya. Justeru jika kajian jawatankuasa terbabit mendapati sisha dan vaporiser memudaratkan kesihatan, terlebih dahulu haramkan penjualan rokok di Malaysia secara total. Biar paru-paru setiap perokok tidak terus dicemari dan mereka di sekeliling menjadi secondary smokers selama ini berasa lebih lega. Pada masa sama, tiada puntung rokok bersepah dan baju juga tidak berlubang akibat terbakar. Pihak berkuasa harus memastikan pelbagai jenama rokok diseludup dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia tidak terus dilambakkan di Malaysia. Jika inginkan BUKTI, saya tidak keberatan merakamkan gambar penjual dan rokok terbabit. Saya percaya, ramai pembaca blog ini sudi menghulurkan kerjasama. Betul kata Mazidul Akmal, kalau nak haram, baik haramkan rokok biasa dulu dari haramkan vape ni. Vape ni lebih banyak kebaikan dari keburukan. Kalau rasa kerajaan nak kawal, baik kawal awal-awal sebelum apa-apa terjadi. Mungkin ada bahaya dari segi campuran cecair dan nakotin dalam minyaknya tu. Itu boleh dikawal kalau ada keluaran khas atau lesen. Kaji dulu, jangan haramkan terus. Kalau terus haramkan rasa macam tak prihatin pada keperluan rakyat pula. Bukan sikit rakyat Malaysia yang dok hisap Vape ni. Nasihat Mc, turun ke bawah, buat survey dulu, then baru decide nak haram atau nak buat apa-apa. P/s: Kalau betul baik, nak haram buat apa? betul? |
HOT INFO! Orang Kedah Pecah Rekod hari Pertama Dah Kena Mercun! #HanyaDiKedah Posted: 11 Jul 2013 06:14 AM PDT ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam. Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka. Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling. Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Menurut bapa Mohd Aiman Amzar, Jamsari Ismail, 37, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau Taman Bersatu, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. "Kami semua pergi ke surau. Mungkin pada masa itu anak saya dan beberapa rakannya main mercun yang dibuat sendiri," kata Jamsari kepada pemberita semasa ditemui di HSB Rabu. Menurutnya dia mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.40 malam setelah dimaklumkan oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun. "Saya terus balik ke rumah dan melihat muka dan tangan Mohd Aiman Amzar melecur tetapi tidak berdarah lalu bawa dia ke Hospital Baling kira-kira pukul 11 malam dan kemudiannya hantar ke HSB untuk dirawat di Unit Rawatan Kebakaran," kata Jamsari. - BERNAMA |
INFO! Alhamdulillah Kerajaan Negeri Kedah Bertindak Bijak!! #HanyaDiKedah Posted: 11 Jul 2013 02:17 AM PDT Nampaknya masalah KUIN hampir selesai apabila kakitangan Insaniah Holding diserap masuk sebagai kakitangan KUIN tetap. Lepas ni tak ada lagi, orang akan kata Kerajaan BN balas dendam terhadap Insaniah Holding. Keputusan kerajaan Kedah menjadikan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai badan berkanun turut dinikmati 26 pekerja Insaniah Holdings Sdn Bhd yang diserap sebagai kakitangan tetap. McTheory: Bukti Kerajaan Kedah sekarang lebih utamakan rakyat dari Kerajaan Pas dulu.. |
HOT! Misteri Perempuan Bertudung Jadi Kroni Dap? #TolakPR Posted: 10 Jul 2013 11:42 PM PDT Memula Mc fikir macam mana perempuan bertudung ni boleh dilantik jadi Ahli Majlis? Ingat Ahli Dap Melayu cawangan mana pulak dia ni. Cerita dia dilantik boleh baca kat SINI. Dikhabarkan pemilihan Nur Fitriah disebabkan campur tangan bapanya Datuk Abd Halim Hussein yang tidak berpuas hati tidak disambung jawatannya Speaker DUN di penggal baru selepas PRU13. Soo.. Dap Penang pun lantik la anak dia untuk nak pujuk balik si bapanya tu. Bapa tak dapat, lantik anak, tak rasa macam kroni ka? Kata Dap tak main kroni? Atau kroni anak beranak ni memang diamalkan dalam Dap. Ohh lupa pulak, Kit Siang dengan anaknya Guan Eng. Karpal pun bawa masuk anaknya juga. Guan Eng, pula siap bawa masuk bini dan anak beranaknya dalam Dap. Jadi setakat kes Nur Fitriah ni, ada apa hal... hehe McTheory: Kutuk UMNO/BN pasal kroni.. tapi dalam Dap sendiri ni, menatang apa? |
PANASS!! Gadis Bertudung Ni Jadi Barua Dap? #DapAntiIslam Posted: 10 Jul 2013 07:49 PM PDT Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli majlis perbandaran, yang dilihat tanpa melalui proses sepatutnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) P.Pinang. Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina. Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula. Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga. Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau. Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu. Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau. "Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya. Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas. - MSTAR |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment