Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Kisah Nujuk Pak Belalang Di Bulan Puasa! #SalamRamadhan

Posted: 10 Jul 2013 08:17 AM PDT


Cerita Nujum Pak Belalang version 2.0


Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai

Nujum Masai: Apakah dia 1-banyak-banyak, 2-sadikit-sadikit, 3-kaddang- kaddang, 4-jarrang- jarrang?

Sunyi sebentar keadaan. Hening...

Lalu, Pak Belalang senyum keseorangan.

Pak Belalang: Ah, itu senang saja. Jawabnya .. Terawih!! (sambil tersenyum riang)

Nujum Masai: Jelaskan

Pak Belalang: "1- Baanyak-baaanyak" bermaksud minggu pertama banyak orang akan datang masjid dan surau untuk terawih. "2-sadikit-sadikit" minggu kedua sudah sadikit orang akan datang terawih. Yang ke tiga;"kaddang-kaddang" pada minggu ketiga kadang-kadang saja orang akan datang tarawih dan yang keempatnya;jarrang-jarrang" pada minggu keempat jarang-jarang jumpa orang datang terawih.

P/s: Kuang kuang kuangg... hehhe..

HOT INFO! Video yang Wajib Orang Melayu Tengok! #SalamRamadhan

Posted: 10 Jul 2013 05:38 AM PDT



Video ni khas pada semua melayu, tak kira yang sokong UMNO, Pas atau Pkr. Sebab kitalah penentu hala tuju bangsa Melayu Islam pada zaman akan datang. Jika gagal maka hanyut la generasi kita, hancur la syiar Islam.

Kalau tengok pun tak sedar diri lagi, baik hantok pala kat dinding saja la. heheh..

INFO! Tolak Sistem Mengkayakan Orang Kaya! - Ayahanda Tun Dr Mahathir

Posted: 10 Jul 2013 02:15 AM PDT




KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan rasa "kurang percayanya" kepada amalan meritrokrasi dan mahu mereka yang kurang bernasib baik turut diberi peluang memperbaiki diri.

Beliau berkata sistem meritokrasi yang diamalkan sekarang lebih memberi peluang kepada mereka yang bernasib baik untuk menjadi lebih kaya manakala yang kurang bernasib baik tidak boleh memperbaiki diri atau kekal miskin.

"Saya kurang percaya kepada meritokrasi iaitu semua peluang mestilah diberi kepada orang yang terkenal kerana kecekapan mereka saja. Kalau kita amalkan meritokrasi, maka orang yang tidak mendapat merit yang sama, mereka tidak akan dapat peluang sama sekali.

"Kita akan lihat yang kaya menjadi lebih kaya dan yang miskin akan jadi lebih miskin. Saya berpendapat yang kurang merit juga perlu diberi peluang," katanya kepada pemberita semalam.

Mengambil contoh pemberian biasiswa kepada pelajar, Dr Mahathir berkata bagi keluarga yang berkemampuan, mereka berpeluang mencatat keputusan cemerlang kerana berupaya membayar yuran tuisyen dan sebagainya namun bagi yang kurang berkemampuan adalah sebaliknya.

Akhirnya, keputusan yang dicapai kurang baik sedangkan kegagalan itu adalah disebabkan oleh keadaan mereka yang daif, katanya. Selain itu, beliau berkata pemberian permit import (AP) kepada golongan tertentu berdasarkan merit juga perlu diteliti supaya golongan tertentu tidak menyalahgunakan peluang yang diberi kepada mereka.

"Kalau bagi peluang kepada yang tidak minat langsung, jadi peluang itu akan disalah guna, sebaliknya orang yang berkebolehan...kalau kita bagi peluang, dia lebih maju. Apa salahnya bagi supaya orang lain pun dapat peluang," katanya.

TUDIAA!! Mukhriz Kena Serbu dan Pukul Dengan Kakitangan KUIN? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 09 Jul 2013 11:12 PM PDT

Sebahagian kakitangan bergambar dengan MB selepas pengumuman dibuat


Seramai 550 kakitangan Kolej Universiti Insainah (KUIN) menerima durian ruuntuh apabila status KUIN milik kerajaan negeri itu diumum bakal dilonjak sebuah badan berkanun.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, ketika berucap selepas melakukan lawatan mengejut sempena perjumpaan bulanan kakitangan KUIN di kampus induk universiti itu di Kuala Ketil, dekat sini, semalam sekali gus menutup spekulasi kononnya KUIN bakal diswastakan.

Berdasarkan maklumat, Mukhriz ketika berucap mengumumkan kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah KUIN bersetuju melaksanakan sekurang-kurangnya menerima pakai pekeliling perkhidmatan kerajaan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya empat perkara demi memastikan kebajikan dan hak kakitangan KUIN dipelihara.

Antaranya termasuk kenaikan gaji 13 peratus kepada kakitangan KUIN mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012, kenaikan kadar bantuan sara hidup RM50, pemberian pemindahan gaji kepada kakitangan KUIN mengikut Sistem Saraan Baru (SSB) serta penambahbaikan jadual gaji kepada kakitangan KUIN mengikut SSM.

Selain itu, Menteri Besar turut mengumumkan persetujuan untuk menerima pakai pekeliling perkhidmatan kerajaan terutama dalam soal pemberian imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi atau dikenali bonus tahunan kepada semua kakitangan KUIN.

Pengarah Jabatan Perhubungan Awam KUIN, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, dalam satu kenyataan di sini, semalam mengesahkan pengumuman dibuat Menteri Besar itu yang menerima tepukan gemuruh semua warga KUIN kerana kerajaan negeri mengembalikan hak yang pernah dituntut kakitangan melalui gerakan Bersih KUIN sebelum ini.

"Kita lihat kerajaan negeri terpaksa menanggung implikasi kewangan lebih RM 3.4 juta setahun melalui pengumuman itu, namun demi kebajikan kakitangan KUIN ia dianggap hadiah terbaik daripada pihak kerajaan negeri kepada semua kakitangan.

"Tidak hairanlah pengumuman dibuat Menteri Besar itu diibaratkan sebagai durian runtuh untuk kakitangan KUIN, lebih-lebih lagi ia dibuat tidak sampai 24 jam selepas beliau memberi jaminan untuk memberi perhatian bagi menyelesaikan masalah dan kelemahan KUIN," katanya.

PANASS!! Video Menarik Zahid Hamidi Hentam Anak Karpal Singh Dalam Parlimen!

Posted: 09 Jul 2013 07:46 PM PDT


Persidangan Dewan Rakyat semalam, kembali mencuri perhatian apabila berlaku sedikit kekecohan dan pertikaman lidah yang melibatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Isu bermula ketika Zahid selaku menteri yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat ketika seisi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

Sengaja ingin mencetuskan pertikaian, anak lelaki Karpal itu bangun untuk memohon pencerahan sambil mempertikaikan perlantikan dan menuduh beliau tidak layak untuk menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Ahli Parlimen yang mewakili DAP itu turut bertindak biadab dan sengaja melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat ketika meminta penjelasan.

"Adakah kamu ugut dia, adakah kamu ugut dia, adakah kamu ugut dia?" jerit Gobind berulang kali.

Walaupun diasak berulang kali, Zahid tetap tenang menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. Malah beliau turut mempertikaikan dan menempelak tindakan Gobind itu, kerana mempunyai kepentingan peribadi.

"Kes itu bukan kes jenayah tetapi kes sivil. Untuk pengetahuan dewan yang mulia, (ahli parlimen) Puchong ini ada kepentingan peribadi kerana menjadi peguam bela…laporan polis tersebut dibuat pada 2006, saya bukan Menteri Dalam Negeri (ketika itu)," katanya.

Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu, sebaliknya isu berkenaan diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.

"Kita jumpa di mahkamah," kata Ahmad Zahid.

Tidak berpuas hati tindakan Gobind itu yang dilihat sengaja ingin menimbulkan suasana tegang, ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional bangkit dan mempertikaikan kewajaran itu sehingga menyebabkan persidangan pada petang itu kecoh hampir 15 minit.

Antaranya Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato Seri Reezal Merican yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat bagi meminta Speaker Dewan Rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, 35 (6) menetapkan "Seseorang ahli tidak boleh bercakap berkenaan dengan apa-apa perkara yang ada dalamnya faedah kewangan yang tepat bagi dirinya jika tidak diterangkannya sebanyak mana faedah bagi dirinya dalam perkara itu."

Gobind membangkitkan isu mengenai tindakan saman yang difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Zahid yang dikatakan telah menumbuk muka anak guamannya kerana dikatakan telah melarikan anak perempuan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Gobind menyalahgunakan kepentingan Parlimen untuk kepentingan firma guamannya yang menyaman Zahid dalam satu pertikaian sivil.- Sumber
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...