House PK

House PK


PANAS! PERKASA PUTUS HUBUNGAN DENGAN UMNO? KENAPA? UMNO DAH TAK MELAYU KE?

Posted: 18 Jul 2013 11:43 PM PDT

Dr M hormati pendirian Perkasa ambil sikap berkecuali

Tun Dr Mahathir Mohamad menghormati pendirian Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri yang merupakan penyokong kuat kepada Perkasa dilihat menyokong pendirian itu dalam satu mesyuarat  bagi membentangkan hasil retreat kumpulan hak Melayu itu, selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Rabu.

"Tun tidak cakap banyak, dia hanya mendengar dan bersetuju dengan pendirian Perkasa itu," kata Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Perkasa ambil keputusan untuk mengamalkan dasar berkecuali sekarang ini, berbanding menyokong kerajaan sangat sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta Perkasa supaya bertindak bijak dalam usaha mereka untuk mempertahankan kepentinga n Melayu.

"Tun minta kami buat perancangan dengan betul dan strategi yang tepat supaya tidak merugikan kuasa politik Melayu," katanya mengulas mengenai pertemuan yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana,  Putrajaya.

Pertemuan dengan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu diadakan selepas Perkasa membuat keputusan dua minggu lalu untuk memikirkan semula hubungan dengan Umno berikutan kerajaan meminggirkan mereka.

Presiden Perkasa, Datuk  Ibrahim Ali menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terlalu memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang "memberontak melawan kerajaan."Ibrahim merujuk kepada tindakan kerajaan untuk mendekati Kumpulan Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong.

Menurut Syed Hassan, pertemuan itu memutuskan, mulai saat ini, Perkasa hanya akan bekerjasama dengan kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu dan agama Islam.

"Kita berbincang dengan Tun, biar mereka (ahli Perkasa) putuskan. Kita belum sampai tahap untuk mengarahkan ahli mengundi parti  Kalau mereka hendak sokong PAS pun boleh, Umno pun boleh, janji Melayu, Islam," katanya merujuk kepada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dan  Perkasa mempunyai lebih 1,000 ahli di situ.

Beliau mengakui persepsi awam berpendapat Perkasa adalah kumpulan tajaan Umno. "kita tak boleh nak buat apa kalau orang nak kata seperti itu. Tetapi tanggapan itu tidak benar". katanya.

Bila ditanya bagaimana dengan ahli umno yang ramai Perkasa mahu bersifat berkecuali, Syed Hassan menjawab. "Kalau mereka betul-ahli ahli Umno buat apa mereka sertai Perkasa? Ahli Perkasa yg juga ahli UMNO, jiwa mereka sudah tinggal 50% sahaja kepercayaan kepada UMNO. Yang majoritinya mereka bersama Perkasa adalah atas 'semangat Perkasa'," – 19 Julai, 2013.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...