CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[ISU KANTIN TANDAS] Setelah BERBAKUL Kaum India MAKI Cikgu Islam, Timb Menteri Kamalanathan Buat U-TURN

Posted: 24 Jul 2013 10:01 AM PDT


KUALA LUMPUR - Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh dekat sini, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Beliau berkata isu yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.

"Bilik itu digunakan sejak Mac lepas dan semua murid termasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.

"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat setelah dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu hari ini.

Katanya cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga telah dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.

Kamalanathan berkata pihaknya sedar bahawa bilik itu tidak sesuai dan telah berbincang dengan pihak sekolah itu supaya tidak lagi menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara.

"Saya juga menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk meminta bantuan bagi pengubahsuaian kantin asal bagi menampung lebih ramai pelajar, dan kami akan pertimbangkan permohonan itu.

"Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin," katanya.

Sebelum ini akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini. - Bernama


Bandingkan dengan Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan YANG 'BODOH' sebelum Siasat Perkara Sebenar


KUALA LUMPUR 23 Julai – Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama Islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali.

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini
 
Beliau mengulas dakwaan kononnya murid bukan Islam di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di tandas semasa Ramadan.

Gambar yang tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Kamalanathan berkata: "Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara.

Hasil kenyataan Timb Menteri ini juga dipercayai turut menyumbang kepada Caci maki Kaum India

 

EDITOR MAKKAL OSAI kata Apa Guna Puasa dan Solat Jika Bertindak Seperti Anjing Liar


Editor Berita akhbar Makkal Osai Mohan Perumal antara paling lantang membelasah guru sekolah yang dikatakan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam tandas. Dalam posting pertama beliau di Facebook mengenai isu ini beliau menulis,

Tuan Zaharin Mohd Yasin Najib Razak Haji Rahim Mahmood Ini adalah tindakan Guru Besar Sekolah kebangsaan Sri Pristana yang memberi arahan kepada murid-murid bukan lslam untuk makan makanan mereka di perkarangan tandas semasa Bulan Puasa. Mungkin Allah dan Nabi Mohammad (saw) sendiri tak akan maafkan Guru Besar tersebut.
Kepada ibubapa yang terlalu gairah hantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan padan muka. Apakah gunanya berpuasa dan solat lima kali, tetapi bertindak seperti anjing liar terhadap umat manusia sendiri?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...