CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[KERANA GAMBAR ANAK PEREMPUAN] Aaron Aziz Maki Hamun Peminat Di Instagram

Posted: 18 Jul 2013 01:27 AM PDT


Jika sekadar melihat daripada kebanyakan watak romantik dan penyayang yang dibawakan oleh Aaron Aziz, mesti ada yang tak menyangka pelakon ini boleh tahan garang rupanya.

Hakikatnya, Aaron Aziz cukup pantang sekali apabila ada orang yang menganggu atau cuba menegur urusan yang berkaitan dengan keluarganya.

Perkara ini berlaku apabila Aaron berkongsi sekeping gambar anak-anaknya sedang menanti waktu berbuka di laman Instagram.


Dan secara kebetulan, ada pula pengikut Aaron di laman sosial tersebut yang menegur cara duduk anak perempuan Aaron yang dilihat agak tidak sopan.

Dari apa yang difahamkan, mereka berpendapat bahawa Aaron sepatutnya mengajar anak-anaknya duduk dengan cara yang betul daripada kecil supaya akan diingati hingga dewasa.


Bagaimanapun, Aaron membalas komen tersebut dengan kata-kata yang agak kasar dan menyatakan dia tidak perlukan nasihat yang tak munasabah seperti itu.

Dan mungkin kerana terlampau bengang, Aaron telah bertindak memadam komen dan 'block' pengikut berkenaan dari laman Instagramnya. Mungkin begini cara seorang bapa melindungi anak-anak dan keluarganya.

Sumber:Ohbulan

Menjejak tauke dakwat kekal

Posted: 17 Jul 2013 10:02 PM PDT

Bangunan di mana wartawan Sinar Harian cuba menjejak syarikat dikatakan pembekal dakwat kekal PRU13.

SHAH ALAM – Nama Mohamed Salleh Mohamed Alli tiba-tiba jadi tumpuan apabila dikaitkan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat dua hari lalu sebagai pemilik syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd yang membekalkan dakwat kontroversi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk digunakan pada PRU13, Mei lalu.

Rafizi juga mendakwa Mohamed Salleh turut terlibat membekalkan topi, kemeja-T untuk digunakan petugas SPR.

Berpandukan maklumat yang dinyatakan Rafizi termasuk nombor kad pengenalan lelaki itu, Sinar Harian cuba menjejak Mohamed Salleh dengan tujuan bertemu dan mendapatkan reaksinya susulan dakwaan itu.

Daripada pencarian itu, didapati Mohamed Salleh Mohamed Alli adalah nama ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang beralamat di Seksyen 9, di sini.

Syarikat itu bagaimanapun bukanlah Integrated Challenger (M) Sdn Bhd yang disebut Rafizi.

Juga tidak dapat dipastikan sama ada persamaan nama itu hanya kebetulan, ataupun sememangnya Mohamed Salleh adalah empunya kepada kedua-dua syarikat, dan mungkin juga banyak syarikat lain - lumrah bagi kebanyakan ahli perniagaan yang berjaya pada masa ini.

Menariknya, setelah anggota pasukan penyiasat kami turun ke lokasi syarikat itu di Seksyen 9, didapati alamatnya sama dengan alamat yang disebut Rafizi dalam Dewan Rakyat kelmarin.
Kebetulan yang kedua!

Namun tidak ada pula papan tanda nama Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di premis itu. Malah di seluruh kawasan itu pun tidak ada.

Kami menghubungi syarikat berkenaan menerusi telefon berpandukan maklumat yang diperolehi.

Wanita yang menjawab panggilan itu menafikan pihaknya yang membekalkan dakwat kekal kepada SPR sebaliknya memberitahu, mereka hanya pembekal alat tulis.

Dia juga enggan memberitahu nama syarikat, malah namanya sendiri. Namun katanya sejak kelmarin (selepas Rafizi mendedahkan maklumat mengenai Integrated Challenger di Parlimen), mereka dihujani ratusan panggilan telefon yang bertanya mengenai syarikat itu.

Selepas memberitahu hal berkenaan, dia terus meletak telefon.  Di pintu masuk premis yang alamatnya 'kebetulan' sama dengan alamat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd itu, kami cuba bercakap dengan pihak di dalam menerusi interkom. Seorang wanita menjawab.

Sinar Harian: Selamat pagi, boleh kami bertanya, adakah ini syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd?

Wanita: Selamat pagi, untuk apa ye encik?

Sinar Harian: Kami datang mahu berjumpa dengan Mohamed Salleh Mohamed Alli, beliau ada di syarikat sekarang?

Wanita: Saya minta maaf encik, Encik Mohamed Salleh tiada di pejabat sekarang, dia 'outstation'.

Sinar Harian: Kalau dia tak ada, boleh ke kami berjumpa dengan sesiapa dari pejabat dia?

Wanita: Tidak boleh encik, sekarang tiada seorang pun pihak atasan yang ada di pejabat.

Sinar Harian: Bila kami boleh datang semula ke pejabat?

Wanita: Saya pun tidak tahu...(padamkan interkom)

Cubaan kami untuk hubungi kakitangan wanita itu semula tidak berjaya kerana di pintu masuk itu mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Ketika kami masih menunggu di pekarangan syarikat tersebut, seorang lelaki kelihatan baru keluar dari pintu pejabat berkenaan.

Lelaki ini bertanya kepada kami apa tujuan kami menunggu di kawasan itu, dan kami memberitahu mahu berjumpa dengan pemilik syarikat Integrated Challenger.

Katanya, di lot kedai tersebut, terdapat banyak syarikat lain yang menyewa bilik dan syarikat Integrated Challenger mungkin menyewa sebahagian daripada pejabat di situ dan ia tiada kena mengena langsung dengan pihaknya.

Setelah mendapati harapan untuk bersemuka dengan Mohamed Salleh yang sebagaimana didakwa Rafizi mempunyai hubungan rapat dengan individu tertentu dalam SPR semakin tipis, kami pun meninggalkan lokasi pejabat syarikat berkenaan dengan janji kepada diri sendiri, kami akan datang lagi setelah cubaan pertama ini gagal.

Sumber: SinarHarian

[MENGHILANGKAN DIRI] Ibu bapa Vivian PENGHINA ISLAM 'menghilang'

Posted: 17 Jul 2013 05:54 PM PDT

Kediaman ibu bapa Vivian yang tidak berpenghuni sejak seminggu lalu

JOHOR BAHRU – Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi menghina Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan berasal dari Desa Jaya, di sini.

Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu.

Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni. Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.

Terdapat beberapa helai pakaian  dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.

Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.

Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.

Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.

Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.

Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...