CELAH GELEGAR |
- [CELAKA & MELAMPAU] ALVIN DAN VIVIAN mengucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA dengan SUP HERBA RUSUK BABI
- Warga asing sembelih ayam
- [TERKINI HARI INI] Penamaan Calon PRK DUN Kuala Besut 12 Julai 2013 (Jumaat)
- TPP: Dulu tak mahu, sekarang mahu
- [ACARA Jom Durian] RM20 Untuk Makan Durian Yang TERMAMPU Dalam 1 Jam
[CELAKA & MELAMPAU] ALVIN DAN VIVIAN mengucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA dengan SUP HERBA RUSUK BABI Posted: 11 Jul 2013 11:57 PM PDT PETALING JAYA: Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar 'Selamat Berbuka Puasa' di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis. Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan 'bak kut teh' yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan. Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. "Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa." Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum. Seorang pelawat memberi ulasan: "Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau." Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei. Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, "belum lagi…" "Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami. "Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini," katanya dalam satu perbualan telefon bersama The Star Online. Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan 'orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini'. Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing. Sehingga berita ini ditulis, lebih 140 penggunan akaun Facebook telah berkongsi posting berkenaan. Lebih babi daripada babi, poster sama dicetakkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Dua budak CINA menghina jutaan UMAT ISLAM di Malaysia di media sosial, itu fakta. Siapa pedulikan, mereka tetap bebas dan akan kekal bebas ...demi kebebasan bersuara.... | ||
Posted: 11 Jul 2013 11:20 PM PDT TRIANG, PAHANG - Penyalahgunaan 'lesen' penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan. Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam. Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan. "Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing. "Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?" katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh. Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek. Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini. "Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya. Perlu pantau lebih kerap Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008. "Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna. "Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka," katanya. Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini. "Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya. Tidak tahu perlu kad tauliah Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja. Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab. "Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan. "Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga. "Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan," katanya. Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu. Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah. "Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf," katanya. | ||
[TERKINI HARI INI] Penamaan Calon PRK DUN Kuala Besut 12 Julai 2013 (Jumaat) Posted: 11 Jul 2013 07:08 PM PDT
PRK DUN Besut berkemungkinan menyaksikan saingan sengit antara dua muka baru iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman daripada Barisan Nasional (BN) dan Endut @ Azlan Yusof yang mewakili PAS. Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor kayu di Kota Baru, Kelantan. Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut. Pertembungan ini dilihat begitu signifikan kepada BN dan PAS dalam menentukan masa depan dan senario politik di Terengganu. Selepas PRU-13, BN berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dengan majoriti tipis. DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu). Menerusi PRK ini, BN semestinya mahu mengekalkan 'status quo' bagi mengelakkan berlakunya 'DUN tergantung' yang boleh membawa kepada kemungkinan wujudnya krisis Perlembagaan mengenai hak membentuk kerajaan. Di pihak PAS, tentunya mereka menyasarkan kemenangan di kerusi DUN Kuala Besut yang bakal membawa kepada kedudukan DUN 16:16 jika keputusan berpihak kepada parti itu. DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi. Mengikut pecahan umur, sebanyak 27.94 peratus berumur 21 hingga 29 tahun, 27.36 peratus (30 hingga 39 tahun), 19.34 peratus (40 hingga 49 tahun), 12.86 peratus (50 hingga 59 tahun) dan 12.49 peratus berumur 60 tahun ke atas. Sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 melibatkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara manakala mengikut pecahan kaum pula, 98.71 peratus Melayu, Cina (0.80 peratus), India (0.08 peratus) dan lain-lain sebanyak 0.41 peratus. BERIKUT merupakan perkembangan terkini proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut pada Jumaat. 10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, A. Rahim Jusoh mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan ditutup. 9:24 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat penamaan calon. 9:15 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman masuk ke dewan pusat penamaan calon. 9:01 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan diarak ke pusat penamaan calon diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut bersama Muhyiddin ialah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 9:00 pagi: SPR mengumumkan proses penyerahan borang calon PRK Kuala Besut dibuka. 8:41 pagi: Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di lokasi penyokong BN berkumpul. 8:35 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berada di lokasi penyokong BN menunggu ketibaan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum berarak ke pusat penamaan calon. 8:25 pagi: Penyokong BN semakin ramai walaupun dalam keadaan hujan. 7:50 pagi: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di lokasi penyokong BN berkumpul. 7:40 pagi: Hujan renyai-renyai mula turun di Kuala Besut. 7:30 pagi: Penyokong parti politik mula berkumpul di tempat yang dikhaskan untuk mereka sebelum berarak mengiringi calon ke pusat penamaan calon. 7:00 pagi: Laluan utama memasuki kawasan Kompleks Rakan Muda Daerah Besut mula ditutup. Di pusat penamaan calon, kelihatan dua buah khemah disediakan untuk pengiring dan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS berkumpul. 6:30 pagi: Polis mengadakan sekatan jalan raya memasuki ke Kuala Besut dari arah Pasir Puteh, Kelantan. | ||
TPP: Dulu tak mahu, sekarang mahu Posted: 11 Jul 2013 06:08 PM PDT SEBELUM ini, pelbagai isu dibangkitkan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sedang dirunding Malaysia, termasuk kesan buruk ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mengehadkan kuasa kerajaan untuk menggubal dasar. Kini, satu lagi isu berhubung TPP dicungkil, membabitkan pendirian kerajaan mengenai FTA dengan Amerika Syarikat (AS). Seorang pakar undang-undang dan ekonomi dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa mempersoal mengapa Malaysia bersedia menandatangani perjanjian TPP yang disertai AS, berbeza dengan pendirian kerajaan sebelum ini. "Apa yang berubah? Dulu Malaysia tak mahu tandatangan FTA dengan AS kerana ada 58 perkara yang AS mahu tetapi Malaysia tidak akan kompromi. Tetapi kenapa sekarang setuju?," soalnya dalam perjumpaan tertutup dengan media Malaysia, semalam. Beliau enggan dikenali. Malaysia sebelum ini pernah mengadakan rundingan FTA dengan AS pada 2007 tetapi gagal selepas kedua negara tidak dapat mencapai persetujuan dalam banyak perkara. Menurut pakar itu, AS mempunyai pendirian sama dalam semua rundingan FTA sebelum ini dan pendirian ini turut digunakan dalam TPP. TPP agenda politik kekang China? Hubungan perdagangan antarabangsa Malaysia-China juga dikhuatiri terjejas jika kerajaan tetap meneruskan hasrat menandatangani TPP. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, NGO itu menyokong penuh kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang TPP akan memberi kesan buruk kepada perdagangan negara dengan China. "Apa yang dikatakan Tun Mahathir itu perlu diambil serius oleh kerajaan," katanya semasa sesi penerangan TPP kepada media di Kuala Lumpur, semalam. Statistik di laman web Kementerian Perdagangan Industri dan Antarabangsa (Miti) menunjukkan China adalah destinasi eksport kedua terbesar Malaysia (selepas Singapura) tahun lalu, iaitu 12.6 peratus daripada RM702.2 bilion nilai eksport negara, dan berada pada kedudukan sama bagi suku pertama tahun ini. Mahathir kelmarin dilaporkan akhbar The Malaysian Reserve berkata, TPP akan memperjudi dagangan negara dengan China kerana TPP adalah usaha AS untuk mengekang kenaikan kuasa China di rantau ini. "Malaysia patut ambil kira agenda politik di belakang TPP. Kita akan terikat kepada mereka. Apa saja dasar yang mereka buat akan menjejaskan hubungan perdagangan kita dengan China," menurut Mahathir. Beliau turut menegaskan TPP tidak akan menaikkan eksport Malaysia ke AS seperti yang didakwa. Malaysia boleh disaman syarikat luar negara Sementara itu, pakar undang-undang itu berkata, melihat teks rundingan TPP yang dibocorkan, Malaysia telah bersetuju semua pelabur luar mendapat layanan adil dan sama rata selama operasi atau pelaburan mereka di Malaysia. "Ini bermakna Malaysia tidak boleh menukar peraturan dan undang-undang yang akan memberi kesan kepada pelabur atau pelaburan yang dibuat mereka kerana itu dianggap tidak adil dan kerajaan boleh disaman. "Sedangkan sudah pasti kerajaan dari semasa ke semasa perlu mengubah dasar atas sebab tertentu seperti krisis kewangan atau hal persekitaran," menurut pakar tersebut. Beliau berkata, mengikut rekod sebelum ini, 81 peratus daripada kes saman terhadap kerajaan yang dibuat di bawah bab pelaburan seperti dirundingkan dalam TPP dimenangi syarikat multinasional, mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan negara itu. Beliau berkata, bab perlindungan pelaburan yang membolehkan syarikat asing memfailkan saman terhadap kerajaan bukan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan. "Australia menolak sama sekali perlindungan ini. Perunding negara itu berkata, mereka juga ada syarikat yang beroperasi di luar negara dan mereka mahu syarikat Australia dilindungi tapi ada cara lebih baik, bukan seperti bab yang dibincangkan di bawah TPP," katanya. Kerahsiaan melampau TPP tidak boleh diterima Beliau turut mempersoal kerahsiaan melampau dalam rundingan TPP yang akan masuk pusingan ke-18 di Kota Kinabalu, Sabah dari 15 hingga 25 Julai ini. Pakar itu berkata, rundingan serupa dengan TPP sentiasa dijalankan di peringkat WTO tetapi proses rundingan itu jauh lebih telus. "Dalam rundingan WTO, mereka menerbitkan dokumen dan memaklumkan apa yang telah dipersetujui atau tidak dipersetujui dari semasa ke semasa, malah wakil NGO turut dibenarkan memasuki bilik rundingan dan melihat sendiri bagaimana ia dijalankan. "Rundingan WTO juga membincangkan isu sama seperti dalam TPP jadi saya tak faham kenapa rundingan TPP ini sangat dirahsiakan," katanya. Beliau turut berkongsi bagaimana FTA antara negara di benua Amerika termasuk AS gagal apabila teks rundingan didedahkan kepada orang ramai. "Selepas 10 tahun rundingan dijalankan, pihak terlibat dalam FTA itu mendedahkan teks rundingan. Tetapi banyak pihak termasuk kementerian setiap negara menentang apa yang dirundingkan, jadi akhirnya ia tidak ditandatangani. "Jadi kini apabila ditanya mengapa TPP begitu dirahsiakan, Wakil Perdagangan AS, iaitu sama seperti menteri perdagangan, berkata, kalau didedahkan, rundingan akan gagal seperti kes negara-negara Amerika itu," katanya. Manfaat ekonomi TPP tidak besar Pakar tersebut juga skeptikal dengan hujah bahawa TPP memberi manfaat ekonomi besar kepada Malaysia. Menurutnya, selain negara Asean, Malaysia telah pun mempunyai FTA dengan tiga anggota TPP iaitu New Zealand, Chile, Australia serta Jepun yang bakal sertai TPP minggu depan. Malaysia melalui gabungan Asean turut mempunyai FTA dengan Korea, China dan India. "Kalau dilihat dari sudut akses pasaran, Malaysia telah pun mempunyai pasaran bebas dengan negara yang terlibat dalam TPP. "Jika alasannya adalah untuk mengeksport ke AS, bukan senang untuk memasuki pasaran AS dengan pelbagai peraturan yang mereka kenakan, walaupun cukai dihapuskan di bawah TPP," katanya. Beliau berkata, TPP adalah perjanjian yang berat kerana jika Malaysia bersetuju dengan TPP tetapi tidak dapat memenuhi perjanjian yang ditetapkan, negara boleh disaman di tribunal antarabangsa dan dikenakan sekatan ekonomi sehingga kerajaan menepati peraturan TPP. Menjawab persoalan mengenai senarai pengecualian yang diambil kerajaan dalam TPP, pakar itu berkata agak sukar untuk menentukan sama ada pengecualian itu akan dipersetujui semua negara terlibat terutama AS. "AS ada senarai pengecualian mereka, iaitu bagi PKS dan perniagaan etnik minoriti. Malaysia juga boleh kecualikan PKS tetapi Bumiputera bukan etnik minoriti," katanya. Politik negara tak sesuai untuk TPP Sementara itu, Nizam berkata, MTEM telah menerima jawapan bertulis 14 muka surat daripada Miti berhubung tuntutan NGO tersebut yang meminta Menteri Miti Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi penjelasan mengenai 16 perkara yang dibangkitkan berhubung TPP. "Melalui jawapan diberikan, kami masih tidak jelas dengan pendirian kerajaan dalam pelbagai isu yang dibincangkan dalam TPP jadi kami harap Miti boleh terangkan dengan lebih lanjut," katanya. Menyentuh isu TPP, beliau juga berkata, keadaan politik negara sekarang ini juga mungkin membawa masalah jika TPP ditandatangani. "Kerajaan yang memerintah sekarang tidak lagi mempunyai majoriti dua pertiga jadi bagi sebarang dasar atau undang-undang yang mereka ingin gubal atau ubah, lebih sukar. "Jika perkara ini berlaku dan undang-undang negara tidak diubah bagi memenuhi tuntutan TPP, Malaysia akan dituduh tidak memenuhi komitmen perjanjian dan boleh disaman di tribunal antarabangsa," katanya. | ||
[ACARA Jom Durian] RM20 Untuk Makan Durian Yang TERMAMPU Dalam 1 Jam Posted: 11 Jul 2013 05:35 AM PDT ACARA Jom Durian, "Eat All You Can for Charity" bagi mengumpul dana untuk Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia kembali lagi untuk tahun keenam berturut-turut. Sebanyak tujuh tan durian dari kaki bukit di Negeri Sembilan akan dibawa ke The Summit Subang USJ, memberi peluang kepada orang ramai menikmati 'Raja Buah' sambil mengumpul dana yang amat diperlukan untuk masyarakat. "Orang ramai boleh membeli tiket berharga RM20 yang membolehkan mereka makan sebanyak yang mampu dalam masa satu jam. Terdapat sehingga 1,500 tiket untuk diperolehi dari sekarang di The Summit Subang USJ. "Terdapat lima sesi tanpa henti untuk dipilih, bermula dari pukul 2 petang hingga 8 malam pada 18 Ogos," kata naib presiden persatuan Teoh Teik Hoong. Beliau berkata, semua hasil kutipan dari acara itu akan disalurkan kepada masyarakat untuk membantu memenuhi hasrat kanak-kanak yang sakit di seluruh negara. "Durian ditaja oleh The Summit, USJ Subang. "Kami juga menawarkan kepada syarikat meja korporat berharga RM5,000. Setiap meja mempunyai tempat duduk untuk 10 orang dan tiada had masa untuk meja ini. " "Banyak meja telah ditempah dan kami berharap lebih banyak syarikat tampil ke hadapan untuk menyokong perjuangan kami," kata Teoh, sambil menambah acara itu memberi peluang yang sempurna untuk syarikat-syarikat menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka. Mereka yang menghadiri acara itu juga akan berpeluang membeli T-shirt edisi khas yang memaparkan hasil kerja karikatur tempatan, Mie. Tiket kini dijual di Kaunter Informasi, The Summit USJ Subang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8023 3493 (Wivien/Debbie). Lawati halaman Facebook Jom Durian VI di www.facebook.com/CWSMalaysia |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment