CELAH GELEGAR |
- [Ini Penang CINA PUNYA, You Mesti BELAJAR CAKAP CINA] Nasib Melayu DIHINA di Bumi Sendiri
- [JIKA LOMPAT PARTI DILAKNAT ALLAH] Calon PAS diarah SUMPAH Laknat Di Hadapan Orang Ramai
- [ARTIS TAK PUASA] Artis dicekup tidak puasa sambil main mahjung
[Ini Penang CINA PUNYA, You Mesti BELAJAR CAKAP CINA] Nasib Melayu DIHINA di Bumi Sendiri Posted: 10 Jul 2013 11:03 PM PDT Terserah kepada anda untuk menilai tajuk artikel ini. Jika anda percaya ianya berbaur rasis, rasislah ia. Jika anda berfikiran ia cubaan menghasut, maka ia menjadi hasutan. Ternyata, akal kita dapat memilih untuk berada di pendirian tersendiri, berdasarkan "favouritisme" atau apa juga sebab yang selalunya menyebelahi kita. Apa yang cuba penulis fokuskan disini ialah berkenaan dengan pengalaman seorang sahabat yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pulau Pinang. Sedang beliau bukanlah seorang yang mesra politik, pengalamannya yang baharu sahaja mencecah 5 bulan di Pulau Pinang, telah merobah dirinya secara total; "from nothing to something", menjadi rakyat yang celik politik. Menurut sahabat, beliau sering melihat politik sebagai medan pemecahan keterikatan perpaduan ummah. Tidak pernah menyalahkan beliau, tetapi itulah yang berlaku di lingkaran masyarakat Melayu, yang sebahagiannya mempercayai fatwa kafir mengkafir hanya kerna politik. Minda singkat lagi kusut, hanya untuk mencari pengikut. Biarkan si Algojo menjalankan tugasnya nanti. Pengalaman sahabat di Pulau Pinang (beliau masih lagi bertugas di sana) yang baru sahaja mencecah 5 bulan telah berjaya membuka matanya tentang apa itu politik dan betapa pentingnya mengekalkan status quo 2004, disebalik pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan yang telah lebih 50 tahun mengemudi negara ini. Menurut sahabat, di Pulau Pinang, sensitiviti agama, mahupun adat budaya tidak lagi dihiraukan oleh golongan yang mendabikdada kerna berjaya membentuk kerajaan, waima sekadar kerajaan negeri. "Si Kerbau Pendek" dijual secara terbuka, tanpa menghiraukan sensitiviti kawasan kejiranan. Tidak perlu penulis hebahkan tentang betapa angkuhnya mereka sekiranya ditegur. Nasib peniaga Melayu sudah ramai yang tahu, berjajaran peniaga Cina di persisiran jalan, tetapi dihukum sebagai haram untuk peniaga Melayu. Ironinya, hukum ini diterimapakai oleh golongan Melayu minda kusut. Betapa dendam amarah syaitanirrajim yang menjadi dasar pemahaman politik mereka telah sebati di hati sanubarinya. Bangkitnya hati Melayu sahabat ini, apabila sedang memberi perkhidmatan kepada rakyat, seraya diherdik "Ini Penang cina yang punya, you mesti mau cakap bahasa Cina". Seperti dipalu halilintar gegendang telinganya mendengar kenyataan berbaur hamis, persis komunis. Pilu hatinya mendengar "penghinaan" itu. Dia tidak menyangka itu akan berlaku, kerana menganggap semua yang mendapatkan perkhidmatan di tempat beliau bertugas adalah rakyat Malaysia. Apakah Pulau Pinang bukan lagi sebuah provinsi berdaulat milik Malaysia yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi? Sahabat memberitahu, bahawa beliau tidak sabar untuk menamatkan tugas dan kembali di negeri asalnya. Bukan takut, tetapi takut gagal membendung perasaan amarahnya. Amarah bila menyala, hadirlah syaitan menunggangnya, persis bagaimana golongan Melayu minda kusut ditunggang, sehingga lupa mana harbi, mana dzimmi. Dan beliau memberi penjelasan, takut-takut, semangat Dato' Bahaman, atau Rentap, tiba-tiba bangkit dan menggila sewaktu penghinaan-penghinaan tersebut dilontarkan kepadanya. Syukur rasanya bila sahabat ini sudah keluar dari fobia politik yang selama ini membelenggunya sekaligus menyebabkan beliau gagal melihat politik dari sudut makro. Semoga ramai lagi yang diberi hidayah sama seperti beliau. Ke utara atau ke selatan, kegelapan atau cahaya, kau sendiri yang mengambil keputusan. Sumber: MyKMU.Net | ||
[JIKA LOMPAT PARTI DILAKNAT ALLAH] Calon PAS diarah SUMPAH Laknat Di Hadapan Orang Ramai Posted: 10 Jul 2013 10:46 PM PDT KUALA BESUT 10 Julai - Buat pertama kali, Pas meminta calonnya melakukan baiah (bersumpah) secara terbuka dalam majlis ceramah dan pengumuman calon di sini, malam tadi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang akan berlangsung 24 Julai ini. Langkah di luar kelaziman itu dilakukan Azlan @ Endot Yusof, selepas diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon merebut kerusi tersebut yang diharap dapat dikuasai bagi memberi harapan kepada parti berkenaan kembali mentadbir negeri Terengganu. Menurut Abdul Hadi, kebiasaannya calon Pas berbaiah dengan membaca ikrar di hadapan wakil Majlis Syura Ulama. "Namun, saya diwakilkan malam ini untuk meminta Azlan berbaiah yang disaksikan umum. "Biasanya amalan ini dibuat dalam bilik tetapi hari ini, kita buat di tengah padang dan saya meminta supaya calon kita ikut apa yang akan saya baca nanti," katanya ketika berucap dalam ceramah itu. Walau bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menjelaskan mengapa perbuatan itu dilakukan secara terbuka serta sama ada kandungan baiah tersebut sama sebagaimana yang pernah dilafazkan calon-calon Pas sebelum ini. Azlan, 48, yang merupakan ahli perniagaan akan menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan bekas jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dalam PRK tersebut. Sementara itu, lafaz baiah tersebut berbunyi: "Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat. "Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." Dalam ceramahnya, Abdul Hadi berkata, ketika masyarakat Cina dan orang Melayu terutama di kawasan bandar memberi sokongan padu kepada Pas dan pakatan pembangkang, orang Melayu di kampung dan tidak berpengetahuan masih memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN). | ||
[ARTIS TAK PUASA] Artis dicekup tidak puasa sambil main mahjung Posted: 10 Jul 2013 05:56 PM PDT Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam. Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit. Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam. Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ. Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas. Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung. "Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen. "Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ," katanya. Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment