CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[SELANGOR MEMALUKAN] Khalid Dikritik Tarik Balik Keputusan Exco Perlu Isytihar Harta

Posted: 10 Jul 2013 02:17 AM PDT


KLANG: Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikritik kerana menarik balik keputusan yang memerlukan ahli-ahli exco negeri mengisytiharkan harta mereka.

Ketua Pembangkang negeri Datuk Shamsuddin Lias berkata Khalid telah melanggar janjinya, dan menegur "konsep ketelusan" Pakatan Rakyat.

"Perisytiharan hendaklah dibuat ke atas aset yang diperoleh sebelum memulakan tugas, dan selepas pengambilalihan tugas yang baru.

"Ini supaya orang ramai boleh membuat perbandingan. Jika apa-apa berlaku (kerugian atau skandal) di kemudian hari, orang ramai akan curiga," katanya dalam satu temu bual pada Rabu.

Khalid dilaporkan berkata keputusan untuk tidak membuat pengisytiharan aset awam adalah demi kepentingan keselamatan peribadi ahli-ahli exco dan keluarga mereka.

Shamsuddin berkata, ia adalah satu alasan yang tidak munasabah, kerana terdapat jutawan di negara ini yang mempunyai aset dan nilai bersih yang telah diketahui umum.

Candy Crush Untung RM2 Juta Sehari!

Posted: 10 Jul 2013 01:53 AM PDT


CANDY Crush Saga – permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.

Sungguh pun permainan ini boleh dimuat turun secara percuma, tanpa disedari ramai pengguna terjebak untuk mengeluarkan belanja akhirnya semata-mata demi kepuasan hati dan hilang sabar.

Hal ini kerana semakin tinggi level permainan akan bertambah tinggi kesukaran untuk menyudahkannya. Tidak hairanlah pengguna mudah terumpan untuk mendapatkan 'nyawa' tambahan dan lain-lain kelebihan bagi memenangi permainan dengan cara membayar sedikit kos. Perkara ini dimaklumi oleh semua peminat permainan maya termasuk Candy Crush.

Di sebalik fenomena dicetuskan Candy Crush, pihak paling untung sudah tentulah pembangunnya, King.com Limited. Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853) atau bersamaan USD6.7 juta (RM21 juta) setahun.

Jika mengambil kira sebanyak 6.7 juta pemain aktif Candy Crush, secara purata seorang pemain membelanjakan sebanyak USD2.84 atau RM9.05 untuk permainan ini setiap hari.

Candy Crush Saga boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan boleh digunakan di iPhone, iPad dan iPod.

Apa pun, berhati-hatilah! Daripada permainan yang hanya percuma pada mulanya, tidak mustahil anda mungkin salah seorang penyumbang jutaan ringgit keuntungan harian King.com Limited selepas ini.

Sumber:MyNewsHub


Tips and Tricks for Candy Crush Saga

1. How to Get Infinite Lives:
Never pay for lives. 

You can show support for the game other ways (buying tickets, boosters, etc.), if you really want to. To get infinite lives:

  1. On your phone: 
  2. close out CCS; 
  3. go to your settings and find the date and time section; 
  4. disable automatic date setting; 
  5. change the date to tomorrow's date
  6. Now open CCS and go to the game board/main screen; 
  7. your lives should be full. 
  8. Now CLOSE CCS, 
  9. reopen your date settings and fix the date to today's date. 

When you reopen CCS, your lives will still be full, but now your phone knows what day it is and this trick will work again (and again and again and again) without messing everything else on your phone up.


 

[BN MENANG 1-0] Mahkamah TOLAK PETISYEN PAS untuk batal keputusan PRU13 Dun Selising dengan Kos RM30 ribu

Posted: 10 Jul 2013 12:48 AM PDT


KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.

Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.

Pada PRU13 lalu, Dun Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.
 
Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Selising, Semsudin Muhammad.

Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada Pas bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.

Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.

Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen Dun Gaal.

Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan.

[PRK KUALA BESUT] PRU13 Calit Dakwat TAPI PRK CELUP JARI, Kalau TIdak Ok Jugak MANDI TERUS Dengan Dakwat

Posted: 10 Jul 2013 12:21 AM PDT


BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah baik kaedah penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mewajibkan pengundi mencelup jari mereka berbanding prosedur yang digunakan sebelum ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu tidak lagi menggunakan kaedah mencalit seperti yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab, dakwat kekal akan terus digunakan dalam PRK Kuala Besut.

"Tetapi kali ini pengundi-pengundi perlu mencelup jari telunjuk kiri mereka ke dalam dakwat kekal," katanya pada Rabu.

Pengenalan prosedur baru ini dibuat berikutan rungutan banyak pihak bahawa kaedah mencalit dakwat kekal pada jari yang digunakan buat kali pertama pada PRU-13 lalu tidak kekal seperti yang dijanjikan.

Sebelum ini Abdul Aziz juga dilaporkan berkata bahawa pihaknya akan menggunakan dakwat kekal baharu yang lebih tahan lama dalam usaha menambah baik penggunaannya.

[CALON PAS PRK KUALA BESUT] Azlan @ Endut Yusof Seorang Kontraktor

Posted: 10 Jul 2013 12:03 AM PDT


BESUT: PAS menamakan ahli perniagaan, Azlan @ Endut Yusof sebagai calon untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Nail, di sini, Selasa malam.

Azlan, 48, yang lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long' dikalangan masyarakat tempatan merupakan seorang kontraktor yang juga pernah memiliki sebuah stor kayu terkenal di daerah ini.

Azlan akan berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37.

Kedua-dua calon berkenaan merupakan calon muka baru bagi parti masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari BN yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...