BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! KERAJAAN PERLU BERTEGAS DAN TERUSKAN PENDAKWAAN DUTA VATICAN CITY !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Jul 2013 08:30 AM PDT


Setelah berhari-hari diselubungi kontroversi akhirnya Duta Vatican City ke Malaysia,Biskop Joseph Marino mengambil keputusan memohon maaf berikutan keceluparannya sebelum ini yang menyokong tuntutan DAP dan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible.Nampaknya Marino lebih berjiwa besar berbanding pimpinan DAP dan PAS kerana masih ada kesedaran diri untuk memohon maaf walaupun sedikit terlewat,tapi setidak-tidaknya dapatlah juga membantu meredakan kegusaran ramai selain mengurangkan ketegangan dalam masyarakat.Namun begitu amat perlu difahami permohonan maaf oleh Duta Vertican City itu bukannya bermakna ia adalah noktah penamat kepada isu kontroversi yang sengaja dicetuskannya.Ia tidak memadai selagi mana Marino belum menarik balik kenyataan kontroversinya.Suka atau tidak,Marino tetap perlu menarik balik kenyataan sokongannya kepada tuntutan penggunaan kalimah Allah S.W.T sebagai ganti kata nama God dalam kitab Bible sebagaimana diperjuangkan oleh DAP dan orang Kristian. 

Marino atau siapa sahaja penganut Kristian termasuklah para pemimpin DAP,perlu terima hakikat,Allah S.W.T hanya satu dan bukannya tiga atau trinity sebagaimana fahaman God oleh penganut Kristian.Justeru itu,usahlah dicemari kesucian kalimah Allah S.W.T dengan kepercayaan lain.Perkara lain yang berbangkit ialah tetap perlu ada tindakan susulan di mana Kerajaan seharusnya meneruskan pendakwaan ke atas Marino supaya dengan demikian ia akan menjadi pengajaran dan dapati membendung perkara seumpamanya dari berulang di masa depan.Sehubungan itu saya mengalu-alukan kenyataan Peguam Negara,untuk melakukan siasatan berhubung kenyataan kontroversi Biskop Marino itu.Ia mungkin sedikit rumit kerana melibatkan imuniti wakil asing tapi jika kena caranya barangkali dapat mengekang dari menjadi ikutan Duta yang lain.saya minta agar joseph marino dibuang atau dihalau dari Malaysia kerana perbuatannya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 #BLACK505 MALAYSIA AKAN MENERIMA 'BENCANA' !!! PUAK PR BUAT #BERSIH4 PULAK !!!

Posted: 19 Jul 2013 05:00 AM PDT


Desas-desus mengenai satu lagi demonstrasi jalanan bakal diadakan oleh puak pembangkang kini semakin jelas kedengaran.BERSIH 4.0 dikatakan sedang digerakkan sebagai membantah persempadanan semula sekiranya dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.Ambiga,Tian Chua,Mahfuz,Tukar Tiub dan Meloyakini kini sedang sibuk mempromosi BERSIH 4.0.Di masa yang sama,kita yakin mereka sedang mencongak-congak sambutan penyokong mereka bagi memastikan 'bencana' yang berlaku dalam Black505 tidak berulang.Dalam Black505 yang sepatutnya menjadi kemuncak bantahan 'rakyat' terhadap keputusan PRU-13,PR hanya mampu menggerakkan sekitar 5,000 orang sahaja.Jumlah ini amatlah memalukan jika dibandingkan dengan sasaran 1 juta.Lebih memalukan ialah selepas penyokong mereka berguling-guling di dalam jerebu membantah keputusan PRU-13, esoknya juga pemimpin pembangkang mengangkat sumpah menerima keputusan PRU yang sama.Oleh yang demikian,Black505 dengan tidak semena-mena menjadi bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.Mungkin kerana itu,pembangkang yang tidak berpuas hati,merasakan perlu untuk mengadakan demonstrasi lagi.Mereka berazam untuk memastikan BERSIH 4.0 menyaksikan kehadiran yang lebih ramai.Dengan menggunakan alasan persempadanan semula dan dakwat kekal, BERSIH terus memburuk-burukan imej SPR. 

Hairan sekali kenapa BERSIH tidak memanjangkan isu pengundi hantu dan 'blackout' dalam himpunan kali ini ??? Walhal,di waktu PRU berjalan dan beberapa hari selepasnya, kedua-dua isu ini dimainkan dengan begitu giat siap dengan gambar dan bukti-bukti kotak-kotak undi yang 'hilang'.Tetapi,entah kenapa mereka-mereka yang mempunyai bukti-bukti ini tidak pula membuat laporan dan tidak pula memasukkannya dalam petisyen.Mungkin SPR sendiri perlu memulakan siasatan menjejaki semua yang menyebarkan 'bukti-bukti' ini bagi membersihkan namanya.Sebagai pemerhati,kita melihat PR bakal berhadapan dengan tekanan hebat untuk memastikan BERSIH 4.0 dapat mengumpul lebih ramai peserta dari himpunan-himpunan yang lepas.Kali ini,tiada lagi alasan jerebu bagi menjustifikasi kehadiran yang memalukan.Jika dilihat dari 'mood' peserta-peserta Black505, kita mendapati kebanyakan mereka bosan dan ramai juga yang pulang separuh jalan.Mereka juga kedengaran merungut kerana ceramah yang panjang serta membuang masa.Dari rungutan itu,kita dapat memahami bahawa sebahagian besar dari mereka inginkan 'aksi' iaitu cabar-mencabar dan pertempuran dengan polis. 

Manakala,sebahagian lagi pula benar-benar menjangkakan himpunan aman dan santai sehingga berani membawa anak-anak kecil menyertainya.Di sini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyokong PR keliru dengan pendekatan yang ingin diambil oleh kepimpinan mereka. Ada yang terpedaya bahawa PR benar-benar inginkan himpunan aman dan ada yang berpegang kepada desakan untuk mencetuskan anarki.Di penghujung drama komedi 'slapstick' Black505,kita melihat segelintir dari peserta telah memilih untuk 'berjuang ke titisan darah terakhir' dengan cuba merempuh Parlimen.Tetapi akhirnya mereka membuat keputusan untuk berbaring saja di atas jalan beramai-ramai,mungkin cuba menghilangkan keletihan dan mengantuk akibat dihalau dari khemah jam 4.00 pagi oleh DBKL dan apa yang tercatat dalam sejarah kini ialah Black505 berakhir dengan Anwar bergelak ketawa mesra dengan Perdana Menteri di dalam Parlimen.Berdasarkan apa yang berlaku,bagaimana PR boleh yakin akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dalam BERSIH 4.0 ??? Dan agak-agak,berapa ramaikah agaknya penyokong mereka masih tidak sedar atau tidak serik menjadi bodoh ??? Atau,berapa kali gandakah upah perlu dinaikkan bagi mendapatkan peserta yang sanggup membodohkan diri sekali lagi ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KEPADA NIK AZIZ !!! MANA TANAH MILIK RAKYAT KELANTAN ??? KENAPA TIDAK PULANGKAN ???

Posted: 19 Jul 2013 02:00 AM PDT


Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu,khalayak umum telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai pemilikan 14 lot tanah di sekitar Kota Bharu atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana nilai komersialnya boleh mencecah RM10 juta.Selain pemilikan tanah atas nama Menteri Besar Kelantan itu,turut didedahkan sama sejumlah 13 lot tanah lagi yang bernilai jutaan ringgit termasuk sebuah stesen minyak yang dimiliki Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak,isteri kepada Nik Aziz.Beberapa hari selepas isu pemilikan tanah itu didedahkan,Nik Aziz telah tampil menjelaskan bahawa 14 lot tanah yang luas keseluruhannya 1.76 hektar itu bukan miliknya walau pun namanya tercatat sebagai pemilik.Menurut Nik Aziz,namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan jawtan MB yang disandangnya dan tanah itu kemudiannya kelak akan dipindah milik kepada nama MB baru. 

Rentetan itu,rakyat Kelantan menarik nafas lega menerima penjelasan itu dan yakin bila berlaku peralihan tampuk kepimpinan negeri kelak akan ada pengumuman rasmi pindah milik nama pemilik semua lot tanah tersebut.Namun seperti semua sedia maklum,sejak dari tarikh kejatuhan Nik Aziz pada 5 Mei 2013 hingga sekarang,tiada khabar berita mengenai pemindahan hak milik 14 lot tanah tersebut kepada nama MB Kelantan sekarang yang kedengaran.Malah 13 lot tanah yang tertera nama isterinya itu pun sampai sekarang Nik Aziz buat-buat lupa untuk menjelaskan bagaimanakah statusnya,adakah ia milik peribadi atau sekadar pemegang amanah sama sepertinya.Tanpa tindakan susulan oleh Nik Aziz berhubung status terkini lot-lot tanah tersebut sukar untuk rakyat Kelantan menepis rasa was-was dan kebimbangan kalau-kalau jika didiamkan ianya kelak terus menjadi hak milik Nik Aziz sekeluarga.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KHALID GEREJA SOKONG DUTA VATICAN !!! ELOK SANGAT TUNDUK DENGAN DAP !!!

Posted: 18 Jul 2013 10:52 PM PDT


PAS Selangor menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mahukan tindakan sesuai diambil terhadap Duta Vatican City ke Malaysia,Biskop Joseph Marino,berhubung kenyataannya yang menyokong penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam di negara ini. 

"(Tindakan) itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dilakukan kerana dia (Marino) hanya memberikan pandangan dia dan kalau kita ambil apa-apa tindakan terhadap dia pun, ianya tidak akan mengubah pandangan dia," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad kepada Antarapos,hari ini.Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Syeikh Mohd Baderuddin Ahmad yang juga Mufti Kedah berkata badan itu itu semalam memutuskan bahawa campurtangan Marino dalam isu kalimah Allah tidak boleh dimaafkan.Dalam wawancara dengan media Malaysia baru-baru ini,Marino berkata pihak gereja di Malaysia menyediakan hujah-hujah bernas bagi menerangkan kenapa kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible.Kenyataan beliau disifatkan campurtangan dalam urusan dalaman negara ini kerana isu penggunaan kalimah Allah masih belum diputuskan oleh mahkamah.Badan-badan Islam dan ahli politik turut membidas Marino kerana disifatkan menghina Islam. Pegawai tertinggi gereja Katolik di Malaysia itu kemudiannya memohon maaf setelah dipanggil oleh Kementerian Luar untuk memberi penjelasan. 



Khalid berkata pandangan Marino harus dihormati sungguhpun ia boleh dianggap sebagai campurtangan pihak luar dalam hal ehwal Malaysia. "Memanglah sepatutnya dia sebagai seorang yang datang dari luar negara tidak mencampuri hal dalaman negara kita.ianya boleh dikatakan sebagai tidak sopan.Namun saya juga boleh faham yang kekeliruan yang dialami oleh beliau kerana dia melihat undang-undang di Malaysia ini berbeza dari satu negeri ke negeri yang lain dalam persoalan kalimah Allah itu.Maka bagi seseorang yang datang dari luar negara,Mungkin dia beranggapan bahawa ianya satu isu yang boleh dibincangkan oleh kerana ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh dan dia ingin menyatakan pandangannya," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. 

Menurut beliau, adalah memadai Marino sekadar diberi nasihat mengenai struktur undang-undang Islam di Malaysia."Dari segi itu, ia adalah pandangannya dan kita hormatilah pandangannya dan kita beritahu pada dia bahawa negara kita ada undang-undang bagi negeri-negeri yang berbeza," katanya lagi. Kedah menjadi negeri terbaru yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan mufti negeri itu Syeikh Mohd berkata permohonan maaf oleh Marino tidak mencukupi. "Tindakan perlu diambil sebab dia telah mencampuri urusan negara kita. Dia sebagai duta datang untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara kita dan bukan untuk menyentuh perkara-perkara yang sudah diputuskan dalam negara ini," kata beliau. "Kita sudah bincang dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan dan sudah sepakat untuk tidak boleh memaafkan perkara-perkara seperti ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KALIMAH ALLAH !!! PEMIKIRAN PAS SELARI DENGAN VATICAN CITY !!! APA KATA ANDA ???

Posted: 18 Jul 2013 07:00 PM PDT


Baru-baru ini Duta Vatican City ke Malaysia,Biskop Joseph Marino telah mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong tuntutan penganut Kristian di Malaysia supaya kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai dalam kitab Bible.Kenyataan kontroversinya itu nyata mendapat sokongan sesetengah penganut Kristian khususnya di dunia maya untuk fokus pada tuntutan yang sama tapi tanpa disedarinya ia telah mengundang bantahan umat Islam dari seluruh negara.Gara-gara keceluparan dan kegagalannya memahami sensitiviti majoriti rakyat negara ini yang terdiri dari kalangan umat Islam,akibatnya isu kalimah Allah S.W.T yang pernah dicetuskan oleh Gereja Kristian dan DAP kembali hangat diperkatakan.Menyedari timbulnya banyak bantahan besar-besaran dari pelbagai lapisan masyarakat Islam termasuklah NGO-NGO,barulah Biskop Marino mengakui kesilapannya dan mengambil langkah susulan memohon maaf dalam perjumpaannya dengan Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman.Tindakannya meminta maaf atas keterlanjuran itu boleh dikira baik untuk meredakan keaadaan disamping mencegah kemarahan masyarakat Islam dari terus meluap-luap,tapi apa gunanya lagi setelah nasi menjadi bubur ??? 

Perlu ada jaminan dari Biskop Marino mahu pun pihak lain yang mewakili penganut Kristian untuk bertekad tidak akan mengulangi lagi tuntutan yang sama,jika itu dapat dilakukan nescaya ia memberi kelegaan kepada semua pihak.Dalam pada itu,sepanjang kekalutan isu ini berlangsung sehinggalah Biskop terbabit meminta maaf,peliknya langsung tak kedengaran sebarang kenyataan bantahan pucuk pimpinan PAS seolah-olah pada mereka kontroversi yang dicetuskan oleh Duta Vatican City itu perkara biasa.Barangkali kerana isu kalimah Allah S.W.T turut melibatkan tuntutan yang diperjuangkan oleh rakan sekedudukannya iaitu DAP,maka sebab itulah PAS mengambil sikap berdiam diri dan lebih selesa membicarakan isu lain bagi mengalih perhatian ramai.

Bila diingatkan kembali sikap flip-flop PAS dalam isu kalimah Allah S.W.T maka fahamlah kita tiada peliknya bila mana PAS menjadi kura-kura yang menyorokkan mukanya kerana PAS selaku sebahagian dari PR pernah bersetuju sebulat suara untuk membenarkan kesucian kalimah Allah S.W.T tergadai dalam kitab Bible.Malah ramai antara kita pastinya tidak lupa bila mana Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah beriya-iya menyokongnya dan tanpa segan silu menyifatkan isu kalimah Allah S.W.T untuk kegunaan bukan Islam (Kristian) adalah seumpama satu bentuk dakwah.Dari konteks tersebut,jelaslah wujud keselarian pemikiran antara PAS dan Vatican City,walau pimpinan masing-masing berbeza anutan agamanya tapi kedua-duanya seia sekata berkongsi pemikiran yang sama dalam menyokong tuntutan DAP dan Gereja Kristian dalam isu ini.Jika andaian ini tersasar,bukankah sewajarnya PAS secara terbuka mengisytiharkan menolak keputusan bersama PR berhubung kalimah Allah S.W.T ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...