BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! ADAKAH ANDA FAHAM DENGAN IKLAN 'EJEN DAP' A.K.A RED BEAN ARMY INI ?? MARUAH MELAYU DIPIJAK-PIJAK ???
- EKSKLUSIF !!! AKTA HASUTAN HARUS KEKAL !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KEJATUHAN MORSI !!! SAH !!! BARAT DI BELAKANG TINDAKAN ANARKI !!!
- HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM TUNJUK BELANG HIPOKRASI UNTUK MENYOKONG MORSI !!!
Posted: 11 Jul 2013 08:30 AM PDT Sebuah iklan mencari ejen bagi mempromosi 'Impian DAP' kini diedar kepada orang ramai.Antara slogan iklan tersebut berbunyi : "Selepas 505,Apa Lagi?,Mari Jadi Ejen Impian".Butiran iklan pula menjelaskan seperti berikut : DAP mengambil Ejen Impian !!! Apakah yang kita boleh buat lagi untuk UBAH ??? Jom daftar sebagai Ejen Impian sekarang !!! Marilah kita bekerjasama untuk mempromosikan konsep Impian Malaysia dengan melibatkan diri dalam aktiviti komuniti di luar bandar dan luar cyber,sila daftar diri di sini !!! Seperti biasa iklan tersebut disusuli dengan terjemahan bahasa Cina kerana Cina-cina di Malaysia ramai yang berjiwa pendatang serta tidak tahu membaca dan memahami Bahasa Kebangsaan dengan baik.Iklan ini jelas menunjukkan bahawa DAP sedang berusaha untuk menembusi kawasan-kawasan luar bandar di mana capaian internet tidak begitu luas.Kawasan luar bandar adalah kawasan yang mana DAP sukar meraih undi kerana majoritinya adalah kawasan Melayu. Apa yang pasti,Ejen-ejen Impian yang terpilih tidak mungkin sekali-kali akan berterus terang dalam aktiviti promosi mereka bahawa DAP ingin menghapuskan Hak Istimewa Melayu dan juga Raja-raja Melayu.Justeru,saya menjangkakan tipu daya dan fitnah yang berterusan untuk meraih sokongan golongan luar bandar pula.Jika diperhatikan,iklan-iklan jawatan kosong di negara ini sering saja terpampang penguasaan Bahasa Mandarin sebagai syarat kelayakan utama untuk bekerja di sektor swasta.Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk memberikan jawatan tersebut kepada kaum Cina walaupun jawatan atau syarikat berkenaan tidak perlu pun berurusan dengan negara yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai perantara.Ini adalah satu pendekatan rasis yang halus dan licik sekali oleh kaum Cina di negara ini.Oleh itu, apa yang menarik ialah syarat 'Mandarin' langsung tidak dikenakan untuk menjadi 'Ejen Impian DAP'. Ini pastinya kerana DAP mengalu-alukan pendaftaran di kalangan anak-anak Melayu yang kehilangan pedoman bagi membantu mereka memperdaya Melayu-melayu di luar bandar dengan 'mimpi-mimpi indah'.Di harap orang-orang UMNO mengambil perhatian dan tindakan segera bagi menangani taktik DAP ini. Sebenarnya,syarat penguasaan Bahasa Mandarin untuk bekerja bukanlah perkara kecil.Namun,malang bagi orang Melayu kerana sehingga ke hari ini, tiada apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang rasisme terhadap kaum bumiputera di sektor-sektor swasta yang bertitik tolak dari syarat penguasaan Bahasa Mandarin itu.Di kalangan pemimpin UMNO sendiri,kebanyakan mereka memandang masalah ini sebagai terasing kerana masih berfikiran stereotaip konon tidak ramai Melayu yang menyertai sektor swasta.Mereka seolah-olah ingin membiarkan sektor swasta dikuasai Cina dan merelakan kaum Melayu dipinggirkan.Ini membawa kepada penindasan yang tiada pembelaan terhadap orang Melayu,selain menutup peluang mereka untuk bersaing bersama-sama dengan kaum lain.Akibatnya,anak-anak Melayu terus mengharap kerja kerajaan atau paling hebat,GLC,yang sebenarnya tidak membantu membuka minda dan membentuk personaliti yang memungkinkan mereka memajukan diri. Sedangkan hakikatnya,terdapat begitu ramai anak-anak Melayu bijakpandai yang menyertai sektor swasta tetapi walau betapa bijak dan rajin pun mereka,peluang untuk mereka mendaki tangga ke atas adalah terhad kerana dihalang oleh kaum Cina yang menguasai syarikat-syarikat tersebut.Secara dasarnya,ramai anak-anak Melayu yang menguasai bidang yang memerlukan kepakaran teknikal,contohnya kejuruteraan elektrik atau mekanikal,wafer fabrication,telekomunikasi,IT dan sebagainya.Justeru,industri-industri di Malaysia banyak menyaksikan jawatan-jawatan yang menjadi nadi syarikat ini,dipegang oleh anak-anak Melayu.Kaum Cina pula,tidak dinafikan menguasai bidang kewangan dan pemasaran dan tidak begitu menyerlah dalam bidang teknikal.Kerana itu,kita biasa melihat kedai servis kereta,penghawa dingin atau elektrik yang dimiliki kaum Cina tetap bergantung kepada kepakaran pekerja Melayu atau India.Pokoknya di sini ialah,Melayu di sektor swasta adalah cukup ramai untuk diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya oleh kerajaan agar tidak terus ditindas oleh kaum Cina.Mereka inilah Melayu baru yang sebenarnya menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara melalui kepakaran dan juga cukai pendapatan.Jika kerajaan memberi perhatian kepada rungutan Cina yang mendesak agar GLC dan jawatan-jawatan pengurusan di IPTA dibuka kepada mereka, maka kerajaan wajar turut memberi perhatian yang sama kepada rungutan orang Melayu dan kaum-kaum lain yang bukan Cina, di sektor swasta. Kepada siapa kita boleh mendesak agar jawatan-jawatan tinggi di sektor swasta diberikan kepada yang layak tanpa mengira kaum ??? Kepada siapa kita boleh menuntut agar sektor swasta turut mengikut sistem meritokrasi dan bukan sistem 'rasis-Cina' ??? Kita sedar bahawa desakan dan tuntutan sebegini adalah hampir mustahil sebagaimana hampir mustahilnya untuk kita membuktikan berlakunya penindasan atas dasar 'rasis' di sektor swasta.Oleh kerana perkara ini 'hampir mustahil',maka kerajaan wajib memastikan yang kedudukan orang Melayu di dalam sektor awam, GLC dan IPTA tidak dibuka sewenang-wenangnya kepada kaum lain bagi mengimbangi masalah orang-orang Melayu di sektor swasta.Jika tidak,maka satu hari nanti kaum Melayu bumiputera akan ditindas di kedua-dua sektor sekali gus.Hari ini Cina sudah pun menguasai ekonomi dan dengan strategi DAP untuk menembusi kawasan luar bandar melalui Ejen Impian,jelaslah yang mereka berazam meneruskan perjuangan menguasai politik pula.Atas hakikat ini,apakah kita masih lagi ingin membuka peluang kepada mereka sedangkan mereka terus menerus menutup segala peluang untuk kita ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! AKTA HASUTAN HARUS KEKAL !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 11 Jul 2013 05:00 AM PDT Dalam apa jua situasi,pihak yang dinamakan sebagai 'musuh' harus ditangani dengan penuh waspada,syak wasangka dan keraguan.Walaupun politik itu bersifat diplomasi tetapi apabila disebut 'musuh politik',maka ia wajib ditangani dengan cara yang sama iaitu dengan waspada,prasangka dan tidak percaya.Kita tidak boleh merujuk seseorang sebagai musuh tanpa memikirkan tipu muslihatnya setiap kali dia menyuarakan sesuatu.Ini kerana musuh akan sentiasa mencari kelemahan dan menggunakan kelemahan itu untuk menghuru-harakan kita.Dalam konteks kerajaan UMNO,kita telah pun melihat bagaimana musuh mendesak agar dakwat kekal digunakan dalam pilihanraya yang mana akhirnya dakwat itulah yang dijadikan mereka sebagai modal untuk menyerang dan menghuru-harakan kita.Sebarang tindakan membela dakwat tersebut akan dihentam sebagai tidak telus dan penarikan balik pula akan memperlihatkan kelemahan di pihak kerajaan.Justeru,apa saja yang dibuat menjadi serba tidak kena atau huru-hara.Kita juga sudah melihat bagaimana musuh mendesak agar ISA dihapuskan. Walaupun kita berusaha menahan asakan mereka tetapi,entah bagaimana mereka akhirnya berjaya melepaskan 1,300 banduan Simpang Renggam melalui desakan itu.Berikutan dengan itu,kadar jenayah semakin meningkat apabila pencegahan tidak dapat dilakukan.Kepala-kepala gangster yang dulunya dapat dikawal kini bermaharajela dan buktinya dapat dilihat di mana-mana sahaja dari kes-kes ragut, samun dan rompak yang begitu giat sehinggalah kewujudan pusat-pusat maksiat dan rumah-rumah urut yang tumbuh begitu rancak.Maka,peningkatan kadar jenayah pun dijadikan modal oleh musuh untuk mengecam kerajaan dan pihak berkuasa.Bagi menanganinya,kerajaan mungkin boleh mengembalikan ISA,tetapi itu akan dilihat sebagai kelemahan dan sikap 'flip-flop' yang memalukan.Membiarkan sahaja keadaan seperti ini pula akan menyebabkan masyarakat semakin resah dan semakin menyalahkan kerajaan.Lalu,apa yang dilakukan juga menjadi serba tidak kena.Masalah dan kesilapan sepatutnya memberi pengajaran dan mematangkan kita.Menghadapi kehidupan tanpa belajar apa-apa dari masalah dan kesilapan bukan sahaja satu kerugian tetapi mampu membawa kita ke arah kemusnahan.Pengajaran dari isu dakwat kekal dan ISA ini ialah - setiap tuntutan dan desakan musuh itu adalah umpan untuk memerangkap kita di kemudian hari.Oleh yang demikian,kita harus lebih berhati-hati dengan sebarang desakan dan tuntutan mereka selepas ini. Hari ini,kita melihat musuh-musuh kita semakin galak menyebar fitnah, penipuan,kebencian,menghina dan memperlekeh perlembagaan dan juga Raja-raja secara langsung.Langsung tiada kesetiaan atau kecintaan mereka kepada tonggak negara ini, malah yang terserlah hanyalah kebencian dan kebencian semata-mata.Secara umumnya,mereka cukup tahu bahawa tindakan ini adalah salah mengikut undang-undang dan terlebih dahulu memikirkan cara untuk melepaskan diri.Kerana itu,sejak tahun lalu dan sebelumnya lagi mereka telah menjalankan kempen halus mendesak agar Akta Hasutan dihapuskan.Dari situ,pada Julai 2011,kepimpinan negara pun mengumumkan yang Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian.Semua ini sebenarnya adalah helah untuk memudahkan mereka menyebar fitnah dan menghasut rakyat agar memperlekeh Raja-raja.Lihatlah bagaimana mereka telah terlebih dahulu meminta kerajaan menyediakan jalan lama sebelum mereka melaluinya untuk menabur onar tanpa perlu takut pada undang-undang.Ketegasan Ketua Polis Negara dan juga Menteri Dalam Negeri untuk mempertahankan Akta Hasutan mendapat pujian ramai.Jelas,kedua-dua mereka telah dapat membaca strategi musuh dan tidak mudah terpedaya.Namun begitu,rakyat masih lagi resah dan tidak dapat mengelak dari meragui masa depan negara jika kerajaan terus menerus keliru antara 'suara musuh' dengan 'suara rakyat'.Hakikatnya,melihat 'tuntutan musuh politik' sebagai 'tuntutan rakyat' adalah satu kesilapan yang besar.Sebagai kerajaan,musuh politik tentu sekali tidak mewakili majoriti,tetapi hanya minoriti rakyat.Dan melutut kepada desakan minoriti merupakan satu cara pintas untuk membunuh diri dalam sebuah negara demokrasi. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KEJATUHAN MORSI !!! SAH !!! BARAT DI BELAKANG TINDAKAN ANARKI !!! Posted: 11 Jul 2013 01:30 AM PDT Akhbar Sinar Harian membawa khabar yang sedang bertiup kencang di Mesir iaitu mengenai bakal pemimpin baru negara itu.Nama yang disebut-sebut ialah ElBaradei yang terkenal sebagai sekutu kepada Amerika Syarikat.Turut terdedah bagaimana hanya satu SMS dari Amerika sahaja berjaya membuat Mursi mengalah dan turun dari takhta walaupun sebelum itu beliau cuba bertahan dengan menempelak Duta Amerika ke Mesir agar jangan mencampuri urusan negaranya.Kejatuhan Mursi dikatakan didalangi oleh 'orang-orang sekelilingnya' terutama Jeneral Abdel Fattah yang menerajui angkatan tentera.Selebihnya,ia dirancang secara teratur dengan menggunakan parti-parti politik pembangkang dan atas pagar.Perancangan dilihat sebagai menjurus kepada menaikkan Elbaradei sebagai Perdana Menteri.Elbaradei merupakan Muslim pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah IAEA yang mana kemudiannya diberi tanggungjawab untuk mencari 'bukti' di Iraq bagi menutup kesilapan Amerika menceroboh negara itu. Beliau juga pernah menerima Anugerah Nobel Keamanan atas tugas-tugas tersebut.Kita sedia maklum bahawa Anugerah Nobel bertaraf dunia hanya diberi kepada mereka-mereka yang pro-barat sahaja walaupun kadangkala sumbangan mereka tidaklah sebesar mana dalam bidang yang berkenaan.Apa yang berlaku di Mesir perlu direnung dalam-dalam oleh penyokong pembangkang dan juga kepimpinan Malaysia.Ternyata,segala tuduhan mengenai campurtangan asing dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan bukanlah cerita dongeng semata-mata.Sudah tentu ada sebabnya kenapa Amerika Syarikat ingin kita memilih parti atau orang tertentu, serta menentang parti atau orang tertentu sebagai pemerintah negara.Adalah tidak mungkin Amerika berbuat begitu kerana hanya inginkan 'kesejahteraan' ke atas kita semua.Malaysia juga sering diganggu kalaupun tidak diancam oleh demonstrasi dengan tujuan yang sama, iaitu untuk menggulingkan kerajaan.Dan bukan kita tidak tahu bahawa PR menerima dana asing melalui NGO yang didalangi mereka seperti BERSIH dan SUARAM.Siri-siri demonstrasi PR juga jelas digerakkan secara tersusun dan terancang rapi termasuk mencipta elemen 'pencetus' yang dibakar di laman-laman sosial. Ini semua menjelaskan bahawa PR dibantu oleh satu pihak yang canggih dengan dana tanpa had. Ironi sekali kerana sebelum Mursi tumbang,beliau pernah menyuarakan keinginan untuk belajar dari Malaysia tetapi kini,apa yang lebih tepat ialah Malaysia wajib belajar dari kejatuhannya.Jika Mursi dikatakan dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan yang didalangi Amerika kerana pendekatan 'Islamiknya',maka kita wajar menilai semula pendekatan Islamik PAS.Ini kerana,jika benar PAS begitu Islamik,tidak mungkin Amerika akan membantu PR menggulingkan kerajaan ??? Takkanlah Amerika sanggup membiarkan mana-mana negara di dunia diperintah oleh parti yang 'Islamik' seperti PAS,mahupun parti yang bekerjasama dengan parti Islamik seperti PR.Satu-satunya jawapan kenapa Amerika lebih suka PAS memerintah Malaysia bersama PKR dan DAP adalah kerana mereka tahu bahawa 'Islamik' PAS adalah palsu.Mereka juga tahu PAS tidak punya kuasa dan kebijaksanaan untuk memahami apatah lagi menangkis kelicikan mereka. Justeru,bagi Amerika,Malaysia di bawah PR iaitu PAS,DAP dan PKR adalah lebih mudah untuk dikawal daripada di bawah BN.Namun begitu,Amerika sentiasa mempunyai perancangan 'back-up' sekiranya demonstrasi jalanan gagal untuk mencapai matlamatnya.Caranya ialah dengan memastikan parti pemerintah ditembusi oleh agen-agen mereka.Dan inilah yang berlaku kepada Mursi apabila orang-orang dipercayainya adalah agen-agen yang sebenarnya merancang kejatuhannya.Agen-agen Amerika ini akan memastikan pemerintah membuat keputusan dan tindakan yang salah dan bakal menimbulkan kemarahan rakyat.Di masa yang sama juga mereka akan memastikan kerajaan mengubah dasar-dasar serta akta-akta bagi menguntungkan atau memberi kemudahan kepada pihak asing atau sekadar untuk melakukan lebih banyak kemusnahan bagi memburukkan keadaan.Apabila keadaan semakin buruk,rakyat akhirnya akan menyalahkan pemerintah. Pada waktu ini, pihak-pihak tertentu akan memainkan peranan untuk menyemarakkan kemarahan rakyat sehingga mereka bangun memberontak untuk menggulingkan kerajaan.Keadaan yang huru-hara akan memungkinkan Amerika masuk campur secara langsung sepertimana yang berlaku di Mesir.Campurtangan ini kemudiannya pasti akan membawa kepada penguasaan dan penyerahan sepenuhnya kepada dasar-dasar ekonomi dan sosial yang ditentukan oleh kuasa besar itu.Dengan senario politik di Malaysia,bolehlah dikatakan bahawa perancangan asal iaitu untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi seperti di Mesir telah tidak berjaya buat masa ini.Namun,tidak mustahil perancangan 'back-up' sebenarnya sedang berjalan tanpa kita menyedarinya. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM TUNJUK BELANG HIPOKRASI UNTUK MENYOKONG MORSI !!! Posted: 10 Jul 2013 09:46 PM PDT Anwar Ibrahim berada dalam keadaan dilema untuk menyatakan pendirian yang telus dan ikhlas dalam insiden kudeta di Mesir oleh tentera terhadap Presiden Mohammed Morsi.Ketika kumpulan Islamik,Ikhwan Muslimin,berjaya menumbangkan rejim Presiden Mubarak lebih setahun yang lalu,Anwar menganggapnya sebagai satu kejayaan besar siri revolusi 'Arab Spring' yang didokong kuat oleh kuasa rakyat.Sebelum Mesir,'Arab Spring' juga berjaya menurunkan rejim-rejim Arab yang dianggap bersifat diktator di Tunisia dan juga Libya.Kejayaan ini telah mencetuskan ilham di dalam minda Anwar untuk membawa bukan sahaja semangat 'Arab Spring' tetapi juga kaedah yang sama untuk diapplikasi di Malaysia.Malah dalam temuramah dengan media asing dan pada siri ceramah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu,Ketua Pembangkang itu menekankan berkali-kali tentang pentingnya rakyat bersama-sama pakatan pembangkang untuk menggerakkan 'Malaysian Spring' bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Rasional yang digunakan oleh Anwar untuk menyeru rakyat menjatuhkan kerajaan BN adalah atas alasan korupsi dan penyelewengan kuasa yang berleluasa. Malangnya Anwar tidak pula menyebut mengenai pelbagai dakwaan rasuah serta salahguna kuasa semasa beliau berada di dalam kerajaan selama 16 tahun.Tidak pula dijelaskan bagaimanakah ahli keluarga terdekat,saudara mara da sahabat handai yang rapat denga Anwar menjadi begitu kaya raya dan kemewahan melimpah ruah sepanjang beliau berkhidmat di bawah kerajaan BN.Malah terkini apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam dari BN,Liang Teck Meng membangkitkan isu 20 akaun luar negara berjumlah USD66 juta yang didakwa kepunyaan Anwar,beliau diancam dengan tindakan saman.Rakyat melihat dua sikap berbeza yang diamalkan oleh Anwar,satu yang memberi kepentingan kepada agenda politiknya untuk menjadi Perdana Menteri dan satu lagi sikap agresif yang ditonjolkan apabila tembelang dan temberangnya didedahkan.Begitu juga dalam isu rampasan kuasa di Mesir di mana pada satu pihak Anwar begitu kuat menyokong rakyat Mesir yang meletakkan Morsi di atas tampuk kuasa malah teruja untuk mengimport ide 'Arab Spring' ke Malaysia. Pada masa yang sama Anwar juga mengkritik keras rakyat Mesir yang sama yang kini menurunkan pula Morsi dari kerusi presiden di atas kegagalan beliau untuk mengurus 1001 macam masalah kritikal yang mendepani negara Arab di utara benua Afrika itu.Paling ketara ialah masalah ekonomi yang meruncing di tambah pula dengan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan golongan muda dan belia.Masalah Morsi dikompaunkan lagi dengan sikap golongan Ikhwan Muslimin yang tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang dilandaskan kepada permuafatan nasional yang melibatkan semua 'stakeholders' termasuk golongan yang pernah mendokong rejim Mubarak.Dengan menjadikan pentadbiran Morsi eksklusif kepada golongan Ikhwan Muslimin ia meminggirkan sebahagian besar golongan penting lain yang juga mahu memainkan peranan yang bermakna di bawah pentadbiran baru.Dalam kenyataannya sejurus berita Morsi digulingkan,Anwar berkata,"Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar." Dalam hal ini Anwar menampakkan sifat hipokritnya yang amat jelas mempertahankan pentadbiran Morsi yang dipilih secara demokratik.Bagaimana standard penilaian yang sama tidak diapplikasikan kepada negara sendiri apabila mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat menumbangkang kerajaan BN yang telah sah dipilih rakyat.Melalui amalan demokrasilah BN telah dipilih semula untuk menerajui kerajaan pada PRU13 lalu tetapi Anwar tidak dapat menerima kekalahan pihak pembangkang.Anwar mungkin berfikir bahawa beliau adalah calon paling layak untuk menjadi Perdana Menteri tetapi rakyat pula mempunyai pandangan lain yang harus dihormati.Sebenarnya bukan Anwar menentang BN tetapi hakikatnya beliau melawan kuasa rakyat yang telah meletakkan BN kembali ke tampuk kekuasaan.Anwar menganjurkan siri perhimpunan haram Blackout 505 dalam percubaannya mempergunakan rakyat sekali lagi untuk memenuhi impian peribadinya.Akhirnya beliau kecundang dek perbuatan penyokong pembangkang sendiri yang menyedari mereka telah ditipu oleh Sang Pembohong Agung.Anwar menipu pemimpin-pemimpin pembangkang,penyokong pembangkang,rakyat Malaysia,Jusuf Kalla,pembiaya-pembiaya asing,pelabur-pelabur antarabangsa malah keluarganya sendiri.Kini beliau tersepit dan terperangkap dalam permainan politik yang natijahnya tidak membawa apa-apa hasil bagi dirinya tetapi hanya berjaya membawa negara ke jurang kemusnahan. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment