Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Video Ceramah Ustaz Kazim Elias Bersama Ustaz Don!!
- PANASS!! Betul Ka KUIN Akan Di Swastakan? #HanyaDiKedah
- HOT INFO! Teknik Jahat Reb Babi Army Di Dedahkan!!
- PANASS!! Pas Kedah Nak Bagi Duit RM1000 Pada Seluruh Rakyat Kedah?!! #5Tahun3Billion
- PANASS!! Pendatang Asing Nak Jadi Setpol PM?
- PANASS!! Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh, Guan Eng pulak Marah?
HOT! Video Ceramah Ustaz Kazim Elias Bersama Ustaz Don!! Posted: 09 Jun 2013 08:17 AM PDT Bagus gabungan ni, ini ceramah agama yang berbaloi untuk didengar, kalau ceramah politik Pas tu, baik baca buku komik jepun atau layan DVD movie hollywood, sebab takdak isu pun, buat dosa saja dengar. |
PANASS!! Betul Ka KUIN Akan Di Swastakan? #HanyaDiKedah Posted: 09 Jun 2013 05:37 AM PDT Sejak Kerajaan Negeri Kedah dikawal oleh BN. Kerajaan Negeri Kedah telah berusaha untuk membantu KUIN yang telah teruk 'dirosakkan' oleh Pas Kedah. Pelbagai usaha dan cadangan dikemukakan untuk membantu KUIN naik semula dari zaman kemerosotan. Namun sejak akhir-akhir ini, tersebar khabar angin yang berunsur fitnah. Mengatakan Kerajaan negeri mahu menswastakan KUIN, apakah itu benar? Semalam Exco Pelajaran Kedah, Tajul Urus, ada menjawab soalan tersebut, "Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR," katanya. Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah. "Mungkin ia sekadar cakap kosong atau khabar angin yang timbul ekoran kebimbangan staf atau pelajar yang risau jika kolej universiti itu ditutup," katanya. Tajul Urus berkata, selepas beberapa perjumpaan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Insaniah, pihaknya sudah merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tindakan. "Kita akan fokus untuk jangka pendek terlebih dahulu, antaranya isu gaji, asrama pelajar dan kebajikan staf. Dua perkara utama yang dikenal pasti untuk tindakan segera ialah atasi kelemahan pentadbiran dan pengurusan serta kekangan kewangan," katanya. Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas diwujudkan untuk transformasi Insaniah ke arah lebih baik dalam usaha menentukan hala tuju kolej universiti itu. "Mesyuarat Exco telah bersetuju untuk wujudkan pasukan khas ini. Langkah pertama ialah melantik Timbalan Rektor, Datuk Che Barni Mohd Noh sebagai pemangku Rektor bermula Jun," katanya. Tajul Urus berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama enam bulan, sehingga lantikan baru bagi jawatan Rektor dibuat. "Dalam tempoh transisi seperti ini, kita wajar beri keutamaan kepada perkara penting terlebih dahulu. Ia memerlukan masa untuk selesaikan semua isu berbangkit, saya akan cuba teliti satu persatu ikut kepentingan," katanya. Menurutnya, kos operasi Insaniah antara perkara yang diberi tumpuan, dan tidak menolak kemungkinan akan dibuat beberapa rombakan membabitkan jawatan pengurusan tertinggi. "Perkara yang berkaitan dengan kos operasi akan dinilai, mana-mana yang tidak memberi manfaat kepada Insaniah akan dimansuhkan, selain keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Kita akan cuba jimatkan kos dengan buat beberapa perubahan," katanya. Tajul Urus turut membangkitkan keperluan memiliki dua kampus iaitu di Mergong dan Kuala Ketil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. "Sekarang ada dua kampus, ia libatkan kos yang banyak. Kita wajar nilai keperluan miliki dua kampus pada masa akan datang. Ianya masih dalam perbincangan dan saya harap pasukan khas itu akan kemuka beberapa cadangan sebagai panduan," katanya. Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan agar dilantik konsultan untuk memberi penambahbaikan kepada Insaniah agar lebih cemerlang, sebagai langkah jangka panjang. "Saya percaya dengan adanya pasukan itu termasuk konsultan, kita akan hasilkan satu penyelesaian terbaik tangani kemelut di Insaniah," katanya. Kelmarin, sumber-sumber mendakwa Insaniah bakal diswastakan apabila timbul desas-desus kerajaan negeri menawarkan penjualan kolej itu kepada beberapa buah IPT yang berminat untuk mengambil alih Insaniah. Jadi, memang takdak ada penswastaan, yang ada cuma penambahbaikan.. itu saja.. jangan dok gabra no.. McTheory: Sejak Pas jadi pembangkang, awat banyak sangat fitnah? |
HOT INFO! Teknik Jahat Reb Babi Army Di Dedahkan!! Posted: 09 Jun 2013 02:17 AM PDT 6P Teknik Serangan Red Bean Army Penipuan Salah satu teknik serangan Red Bean Army dalam alam siber adalah mengaplikasi penyebaran penipuan demi mencapai matlamat mereka. Sebelum ini kita telah melihat bagaimana penyebaran peningkatan harga minyak dan Roti Gardenia telah berleluasa di laman Facebook. Kita juga melihat penyebaran isu gambar blackout di Bentong , Gelang Patah dan Lembah Pantai. Realitinya , kotak ballot box yang disebarkan memiliki logo PAS dan ketiga – tiga tempat yang didakwa memiliki blackout merupakan kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS. Paling penting sekali adalah Pakatan Rakyat memenangi 2 daripada 3 kerusi yang dikatakan memiliki isu blackout di Facebook oleh Red Bean Army. Psikologi Serangan psikologi Red Bean Army adalah untuk membangkitkan segala emosi masyarakat Malaysia untuk menentang kerajaan Barisan Nasional. Emosi kemarahan timbul apabila terdapatnya fitnah berlakunya ketidakadilan dalam Pilihan Raya 13. Emosi ketakuatan dicetuskan apabila seolah – olah LYNAS itu adalah loji nuklear. Emosi kebencian dibangkitkan apabila digambarkan bahawa UMNO menindas masyarakat Cina. Keadaan ini akhirnnya akan menyebabkan masyarakat Malaysia yang terpedaya dengan Red Bean Army akan memiliki perasaan takut , benci dan marah kepada Barisan Nasional. Provokasi Red Bean Army akan melancarkan serangan provokasi terhadap sesiapa sahaja yang menyokong pihak Barisan Nasional di alam siber. Mangsa – mangsa Red Bean Army akan dilabel sebagai anjing , pengkhinat Cina , pelbagai kata – kata kesat , pelacur dan pelbagai lagi perkataan yang tidah senonoh dalam konteks budaya masyarakat Malaysia. Kita lihat bagaimana seorang gadis berumur 23 tahun iaitu Wong Kim May mengalami serangan ancaman bunuh dan rogol apabila beliau merakamkan video untuk mempromosikan Barisan Nasional. Perang Saraf Perang Saraf yang dilancarkan adalah demi untuk melemahkan semangat mental dan emosi sesiapa sahaja yang dianggap memiliki kuasa pengaruh dalam masyarakat yang menyokong Barisan Nasional. Sami Buddha Hsing Yun dilemparkan dengan pelbagai soalan apabila beliau berjumpa dengan Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Abdul Razak. Pemain badminton Negara dipersoalkan apabila beliau bergambar dengan Datuk Mukhriz semasa kempen PR 13. Datuk Michelle Yeoh menerima serangan berterusan hanya kerana beliau merasmikan sebuah majlis jamuan makan 60 000 masyarakat Cina dengan Perdana Menteri Negara kita. Seorang model terkemuka negara iaitu Leng Yein mengalami serangan boycott terhadap segala jenama syarikat yang menaja beliau sehingga menjejaskan peluang pekerjaan dan punca rezeki beliau. Kesemua rakan – rakan dan keluarga saya sendiri menjadi mangsa Red Bean Army apabila saya lantang membongkar segala masalah dan kebenaran mengenai DAP. Teknik ini adalah untuk menghentikan sesiapa sahaja yang memiliki pengaruh dalam masyarakat tidak akan berani tampil ke hadapan untuk membantu Barisan Nasional sehingga menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Propoganda Definisi propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Berbanding dengan menyalurkan maklumat propaganda. Propaganda sering memilih fakta-fakta menipu melalui penyingkiran untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan reaksi yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi. Hasil yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kumpulan sasaran untuk melanjutkan agenda politik. Sebagai contohnya dakwaan blackout , penerbangan 40 000 bangla , sistem Pilihan Raya di Malaysia berlandaskan kepada undi popular , penyelewangan SPR dan sebagainya untuk memberi gambaran seolah – olah terdapatnya penipuan dalam kekalahan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya 13. Perpepsi Teknik ini merupakan teknik yang paling berkesan dan juga sangat berbahaya dalam operasi Red Bean Army. Persepsi seperti hanya Barisan Nasional sahaja yang terlibat dalam rasuah dan kesemua rasuah dalam Pakatan Rakyat adalah ciptaan Barisan Nasional. Begitu juga dengan segala skandal yang melibat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat adalah taktik kotor Barisan Nasional sedangkan realitinya adalah skandal yang sebenar. Persepsi penjenamaan seperti MCA adalah anjing kepada UMNO , UMNO merupakan sebuah parti yang anti Cina , Barisan Nasional adalah zalim dan jahat dan pelbagai lagi persepsi yang amat berbahaya berjaya dirancang dengan amat teliti oleh Red Bean Army sehingga terpahat dalam masyarakat Malaysia yang mudah terpedaya. Keadaan ini akan menyebabkan segala kebenaran kesilapan dan kelemahan Pakatan Rakyat akan dianggap sebagai palsu dan segala fitnah yang dilemparkan terhadap Barisan Nasional akan dipercayai sebagai benar. Tujuan Politik Pakatan Rakyat Segala operasi yang dirancang dan dilancarkan hanya demi kepentingan politik Pakatan Rakyat . Pengundi yang terpedaya akan cenderong untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dan menentang Barisan Nasional. . Protest Situasi ini juga akan menyebabkan masyarakat Malaysia yang mudah terpengaruh akan melancarkan gerakkan protest terhadap kerajaan Barisan Nasional dengan segala perhimpunan dan demonstrasi yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim. Perdana Menteri / Putrajaya Sekirannya protest tersebut tidak dikawal dengan baik maka impian Anwar Ibrahim untuk menakluki Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri dapat dicapai. Kesan Perpaduan / Polarisasi Kewujudan Red Bean Army hanya akan menjarakkan lagi perpaduan dan polarisasi antara dan sesama kaum di Malaysia. Keadaan ini sudah berjaya dibuktikkan apabila Red Bean Army melancarkan serangan kempen boycott perniagaan terhadap usahawan Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary dan juga Roti Gardenia dan akhirnya mengundang NGO Melayu pula melancarkan serangan kembali terhadap produk dan perniagaan Cina. Pembangunan Negara Pembangunan Negara juga akan terencat apabila perpaduan kaum di Malaysia tidak dapat dikecapi untuk bersama – sama membangunkan Negara Malaysia. Pelabur asing juga akan bimbang dengan ketidakstabilan politik , ekonomi dan sosial Negara Malaysia apabila Anwar meneruskan dengan pelbagai tohmahan fitnah dengan gerakan demonstrasi dan perhimpunan haram yang berterusan. Sumber – sumber kerajaan hasil daripada cukai rakyat akan dibazirkan untuk mengekang segala usaha Anwar dan juga Red Bean Army. Pertumpahan Darah Sekirannya Anwar dan Red Bean Army tidak ditangani dengan baik maka kebarangkalian untuk tercetusnya partumpahan darah bersejarah May 13 bakal berlaku apabila hubungan antara kaum semaking renggang dan budaya politik keganasan tanpa batasan diberi ruang untuk bermaharajalela. Sumber : 1sya.com |
PANASS!! Pas Kedah Nak Bagi Duit RM1000 Pada Seluruh Rakyat Kedah?!! #5Tahun3Billion Posted: 08 Jun 2013 11:37 PM PDT Kelantan dah lingkup, Kedah pun hampir nak lingkup di tangan Pas, selamatlah rakyat Kedah cepat sedar dan bangkit untuk menolak Pas. Kalau dibiarkan lama lagi, pasti Kedah pun jadi macam Kelantan juga. Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan Pas membuat pinjaman bank berjumlah RM 330 juta untuk membina kompleks KUIN dimana tidak mempunyai fasiliti lengkap seperti hostel, masjid, kediaman kakitangan serta beberapa lagi keperluan untuk pelajar dan kakitangan, walhal jumlah kontrak bernilai RM 330juta itu meliputi semuanya.. Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun kepada bank berjumlah RM 42.6 juta bermula dari tahun 2013 hingga 15 tahun seterusnya. Jumlah itu belum termasuk kos pengurusan dianggarkan sebanyak 20juta.. Selepas Pas mentadbir Kedah jumlah pinjaman jangka panjang anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman (BDB) sehingga 31 September 2012 mencecah RM 255 juta dengan liabiti RM434 juta.. Sedangkan di zaman kerajaan BN dahulu pinjaman itu hanya sekitar RM 40 juta dengan liabiti RM 185 juta.. Menurut laporan Audit Negara 2011 baki tunai kerajaan negeri hanya tinggal RM 193.22 juta.. Manakala baki hutang awam mencecah RM 2.6 bilion.. Selama Pas mentadbir 5 tahun di Kedah, hasil balak merupakan hasil utama kerajaan negeri dan kononnya dengan hasil itu Pas mampu mentadbir dan menjana ekonomi dengan baik.. Walhal projek projek pembalakkan sebenarnya untuk kayakan kroni kroni Pas.. Benarkah Pas mentadbir negeri dengan baik selama sepenggal ?? Jika wang hasil balak diwar-warkan banyak, kenapa Kerajaan Pas Kedah waktu itu terpaksa berhutang untuk membina kampus KUIN ?? Itu persoalannya.. Sekarang ini kerajaan BN terpaksa mencari jalan untuk melunaskan segala hutang hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah.. Pertama kali dalam sejarah dimana dalam masa sepenggal hutang kerajaan sebanyak RM 3 bilion.. Tahniah kepada Pas kerana merosakkan ekonomi negeri Kedah dengan beban hutang yang begitu besar.. Bayangkan jumlah RM 3 bilion dimanfaatkan untuk rakyat Kedah seramai 1,910,174 orang (statistik), setiap seorang bakal memperolehi RM 1361 mengikut kiraan tunai .. Tetapi sekarang ini setiap seorang rakyat di Kedah perlu menanggung hutang sebanyak RM 1361, jumlah yang sama untuk lunaskan hutang tinggalan kerajaan Pas.. Adakah ini satu keadilan bagi rakyat Kedah?? Apa kata rakyat Kedah paksa Pas Kedah bayar RM3 billion tu kepada semua rakyat Kedah. Sebab selama Pas perintah Kedah, rakyat Kedah tak dapat pun. Dok tengok Pas dan kroni tebang balak sampai habis, kemudian duit bawa lari buh dalam poket masing-masing. McTheory: Pas Menang, Kroni Senang, Balak Hilang!! |
PANASS!! Pendatang Asing Nak Jadi Setpol PM? Posted: 08 Jun 2013 09:37 PM PDT Mc tertarik dengan cerita dari blog Keris7Lok, macam mana kita nak terima orang macam ni jadi Setpol PM? Ketua Pemuda Lombok jadi Setpol? he he.. Mc juga membantah orang yang tak buat kerja dan sering sibuk dengan bisnes, menjawat jawatan penting!! Kalau BN nak jadi pembangkang, sila lah angkat orang-orang macam ni jadi penasihat PM pulak! Ini bukan soal bawa anak orang balik daripada lombok. Ini cerita bantu atau tidak ketika pilihanraya yang lepas. Umum tahu Dato' Khairun Aseh adalah AJK Bahagian di Putrajaya namun kemana dia menghilang sewaktu kempen sedang berjalan? Cerita Keris mengenai Khairun, Keris masih ingat soalan yang diajukan kepada pemimpin atasan UMNO bahagian Putrajaya tentang mana Khairun dan jawapannya adalah entah. Keris ada sejak penamaan calon lagi untuk membantu SU Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Cuba bagitahu dimana dia ada ketika itu? Apa yang dia buat? Apa kontribusi yang dilaksanakan dalam menjayakan serta memastikan Barisan Nasional kekal menerajui Parlimen Putrajaya? Kini setelah dilantik Setpol, ada cerita dia mula menjemput beberapa Ketua-Ketua Pemuda Cawangan untuk hadir ke pejabat barunya. Eh! Kenapa ya? Ada keinginan untuk bertanding sekali lagi sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya. Maaf! Jika kempen pilihanraya pun gagal diberi masa dan melaksanakan tugas sebagai AJK Bahagian maka Keris sarankan tolong hentikan fantasi tersebut, Jangan buat 'denial statement' yang kata tidak akan bertanding. Siapa boleh jawab mana pergi Khairun Aseh ketika tempoh kempen pilihanraya 13 yang lalu? Mc pun nak tanya, boleh sesiapa tolong jawab, di mana dia diwaktu BN sedang bertarung nyawa mempertahankan Malaysia? McTheory: Ramai lagi manusia dalam Malaysia, pilih la orang lain. |
PANASS!! Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh, Guan Eng pulak Marah? Posted: 08 Jun 2013 06:12 PM PDT Sebelum ni puak pencacai menuduh ini projek BN. Sememangnya ia projek dari Kerajaan Pusat. Tapi perlu di ingat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memainkan peranan dalam hal ni. Ini buktinya bahawa kontraktor jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung adalah Cergas Murni Sdn Bhd. Setiap pembinaan jambatan mempunyai 3 pakej. Dalam pakej ke 3 dipecahkan kepada 5 pakej, iaitu A, B, C, D, dan E. Cergas Murni Sdn Bhd menguruskan pembinaan di pakej 3A (Batu Maung Interchange). Pemilihan kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dibuat oleh Penang Development Corporation (PDC). Pengerusi PDC pula ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Siapa Ketua Menteri Pulau Pinang? (Lihat sumber di sini) PENANG RAMP COLLAPSE DUE TO FAILURE OF FORMWORK SUPPORT: DOSH Penang DOSH director Mohd Anuar Embi said early investigations by its team had found that this was the cause of the collapse of the ramp. Formwork is a term for a temporary or permanent mould in which concrete or similar materials are poured. Lagi: "All the support for the formwork is supposed to be done on good engineering practices and this collapse could also be due to design failure or maintenance failure," he said. Tunku |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment